Anda di halaman 1dari 8

Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu,

34510 Batu Kurau, Perak

Kertas Kerja
Pelancaran Minggu Disiplin dan Penyampaian Watikah
Pelantikan Pengawas Sekolah/Pengawas Pusat Sumber
2018

Anjuran:
Unit Disiplin, Pusat Sumber Sekolah &
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu,
34510 Batu Kurau, Perak
1 Program Minggu Disiplin 2018

KERTAS KERJA
PROGRAM MINGGU DISIPLIN 2018

A. PENDAHULUAN

Disiplin adalah teras kejayaan seseorang murid serta menentukan kegemilangan sesebuah sekolah
itu. Memandangkan disiplin dan murid adalah dua unsur yang saling berkait rapat, maka Unit Disiplin
akan mengadakan satu program yang sangat penting melibatkan semua warga sekolah. Diharapkan
dengan ‘Minggu Disiplin’ ini dapat menjana serta meningkatkan kesedaran dan tahap disiplin para
murid di Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu.

B. RASIONAL

1. Kemantapan disiplin murid memerlukan satu program lebih sistematik yang mampu mengawal
dan merubah sikap mereka.
2. Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin
keharmonian dan kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh dan meningkatkan
disiplin, seharusnya dititikberatkan baik dirumah mahupun di sekolah.

C. OBJEKTIF

1. Melahirkan dan membentuk murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka dengan
peraturan dan undang-undang sekolah.
2. Membentuk keperibadian mulia di kalangan murid.
3. Meningkatkan rasa sayang dan cinta murid kepada sekolah sebagai penyalur pelbagai ilmu
dan pendidikan.
4. Menanam sikap bertanggungjawab murid kepada peraturan sekolah.

D. NAMA PROGRAM

Minggu Disiplin dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah/Pengawas Pusat Sumber

E. TARIKH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN

TARIKH : 5 Februari – 9 Februari 2018


TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu

F. KUMPULAN SASARAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu.

1
2 Program Minggu Disiplin 2018

G. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Abu Samah Bin Aliddin


(Guru Besar)
Tim Pengerusi : En. Mohamad Bin Hasan Bakri
(GPK HEM)
Naib Pengerusi I : En. Shamsudin Bin Ibrahim
(GPK 1)
Naib Pengerusi II : Pn. Mariah Binti Kassim
(GPK Kokurikulum)
Setiausaha I : Pn. Ummi Rashidah Binti Zolraimi
(Setiausaha Unit Disiplin)

Ketua Penyelaras Program : Pn. Ummi Rashidah Binti Zolraimi

Sijil : Pn. Nurul Akma Binti Mohd Rasdi


: Pn. Haryati Binti Mohamed Zulkifli

Edaran Pamplet Sifar Ponteng : Pn. Farah Riza Binti Che Had
: Pn. Ummi Rashidah Binti Zolraimi

Persiapan Tempat : En. Fairuz Muzaman bin Ali Abdan


: En. Mohd Jefri Binti Mat Zain :
: En. Hasbullah Bin Ali

Juru Acara : Pn. Irnawati Binti Chanmekun

Pameran Poster : Pn. Siti Ra’en Binti Mohd Tap


: Pn. Noor Hafizah Binti Fuaddin
: Pn. Siti Yohana Bt. Bujang Saili

Pertandingan Melukis Poster : Pn. Norazimah Binti Abd Rahman


: Pn. Haslina Binti Harun
: Pn. Ruslina Binti Abdul Haziz

Jamuan, Hadiah & Cenderamata : Pn. Zuraidah Binti Zainal Abidin


: Pn. Farah Riza Binti Che Had
: Pn. Wardatul Hayat Binti Chik Rosdi

Keselamatan & Disiplin : En. Taufik Bin Ramli


: Pn. Salmah Binti Mohamed Nayan

2
3 Program Minggu Disiplin 2018

: Pn. Azirah Binti Kamaruddin


: En. Mohd Rizal Bin Hamdan

Dokumentasi : Pn. Julia Binti Jaafar

Siaraya : En. Abdul Hafez Bin Hussain

3
4 Program Minggu Disiplin 2018

H. AKTIVITI

i. Majlis Pelancaran Minggu Disiplin dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas


Sekolah/Pusat Sumber 2018
ii.Kempen Sifar Ponteng
iii.Pameran Poster Anti Dadah
iv.Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah
v.Majlis Penutup

I. TENTATIF PROGRAM

5 FEBRUARI 2018 : Hari Pelancaran Minggu Disiplin dan Penyampaian Watikah Pelantikan
Pengawas Sekolah/Pusat Sumber 2018

6 FEBRUARI 2018 : Kempen Sifar Ponteng dan edaran pamplet Sifar Ponteng

7 FEBRUARI 2018 : Pameran Poster Anti Dadah

8 FEBRUARI 2018 : Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah

9 FEBRUARI 2018 : Majlis Penutup

4
5 Program Minggu Disiplin 2018

J. BELANJAWAN

i) Kewangan sekolah

JUMLAH
BIL PERKARA SUMBER
( RM )

Unit Bimbingan dan


1 BANNER ( RM 40 × 2 ) 80.00
Kaunseling

KERTAS A4 2 RIM Unit Bimbingan dan


2 50.00
KERTAS BERWARNA 1 RIM Kaunseling

SIJIL WATIKAH PELANTIKAN


3 49.00 Unit Bimbingan dan
( RM1 x 49 )
Kaunseling
HADIAH
Hadiah Poster Tahun 1 : 3
Hadiah Poster Tahun 2 : 3
Hadiah Poster Tahun 3 : 3
Hadiah Poster Tahun 4 : 3 Unit Bimbingan dan
4
Hadiah Poster Tahun 5 : 3 Kaunseling
Hadiah Poster Tahun 6 : 3
Hadiah Poster Prasekolah : 3 105.00

( RM 5 × 21 )
JUMLAH RM 284.00

5
6 Program Minggu Disiplin 2018

L. PENUTUP

Semoga kertas kerja ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya demi untuk melihat kecemerlangan murid-
murid di Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu terus berkembang dan mencapai kemuncaknya seperti yang
diharapkan oleh semua pihak.

Disediakan oleh,

…………………………………………………

(Pn. Ummi Rashidah Binti Zolraimi)


Setiausaha,
Unit Disiplin,
Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu

Disemak oleh,

………………………………………………

(En. Mohamad Bin Hasan Bakri)


GPK HEM,
Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu

6
7 Program Minggu Disiplin 2018

Diluluskan Oleh :

……………..………………………………
(En. Abu Samah Bin Aliddin)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu

Dengan ini saya meluluskan / tidak meluluskan program ini.

Ulasan : ……………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………....................................

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

Anda mungkin juga menyukai