Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Pelbagai program perlu dirancang untuk melengkapkan pelajar secara


menyeluruh sebagai seorang pemimpin. Sebagai seorang guru sudah menjadi
tanggungjawab untuk memberi kesedaran dan tunjuk ajar kepada pelajar tentang
tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin di sekolah. Oleh itu wajar
diadakan program “Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar Asrama Peringkat
Negeri Kedah Tahun 2017”. Program ini juga dapat memberi pendedahan dan
memantapkan lagi tugas sebagai seorang pemimpin di asrama yang
dipertanggungjawabkan oleh sekolah kepada mereka.

2.0 RASIONAL

Rasional program ini dijalankan adalah untuk:

a) Memberi pendedahan kepada pelajar tentang tugas dan peranan yang


diberikan kepada mereka.

b) Memberi kesedaran dan panduan kepada pelajar bagaimana menjadi


seorang pemimpin yang baik.

c) Mewujudkan budaya dan persekitaran sekolah yang selamat.

3.0 OBJEKTIF

Di akhir program ini diharap murid dapat:

a) Mempertingkatkan pengetahuan mereka tentang tugas seorang


pemimpin.
b) Mengetahui tugas dan peranan masing-masing di sekolah.

c) Meningkatkan kesedaran dan motivasi diri mereka.

d) Melahirkan pemimpin yang berhemah dan berdisiplin

1
4.0 MATLAMAT

Meningkatkan kesedaran dan kendiri pelajar tentang tanggungjawab yang


diberi.

5.0 SASARAN

Semua Ketua dan Penolong Asrama seluruh negeri Kedah seramai 100
orang.

6.0 MASA, TEMPAT DAN TARIKH

Program ini akan dilaksanakan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis ( Mac
2017).
Program akan berlangsung selama 3 hari 2 malam
Tempat yang akan dipilih ialah Tasik Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

A) Makan
a) Sarapan pagi RM3.00 X 3 hari X 100 orang = RM900.00
b) Makan tengahari RM5.00 X 3 hari X 100 orang = RM1500.00
c) Minum petang RM3.00 X 2 hari X 100 orang = RM600.00
e) Makan malam RM5.00 X 2 hari X 100 orang = RM1000.00
JUMLAH = RM4000.00

B) Alatan
T Shirt peserta RM20 X 100 orang = RM2000.00
T Shirt fasilitator/Jurulatih RM20 X 20 orang = RM400.00
Cenderahati perasmian RM50 X 3 unit = RM150.00
Banner RM30 X 1 unit = RM30.00

2
Backdrop RM100 X 1 unit = RM100.00
Sijil penyertaan RM1.00 X 120 unit = RM120.00
Kertas sebak RM1.00 X 100 unit = RM100.00
Kertas A4 RM9.00 X 3 rim = RM27.00
Marker pen RM3.50 X 10 unit = RM35.00
Belon RM10.00 X 1 bungkus = RM10.00
Gunting RM2.00 X 10 unit = RM20.00
Pembaris RM1.00 X 10 unit = RM10.00
Tali plastik RM3.00 X 10 unit = RM30.00
Spagetti RM8.00 X 10 unit = RM80.00
Mashmallow RM5.00 X 10 unit = RM50.00
Baldi RM2.00 X 10 unit = RM20.00
Tape kertas RM3.50 X 10 unit = RM35.00
Jumlah = RM3217

Jumlah keseluruhan A+B = RM7217.00

8.0 SUMBER KEWANGAN

a) Dana A RM000.00
b) Dana B RM000.00

9.0 SENARAI JAWATANKUASA

Penasihat :
Pengerusi :
Penyelaras :
Kem Komandan :
Pendaftaran & :
Sijil/cenderahati :

3
Makan/minum :
Siaraya :
Dokumentasi :

10.00 TENTATIF PROGRAM

Hari Pertama
9.00 pagi : Pendaftaran Peserta
Sarapan pagi
10.00 pagi : Taklimat program oleh Kem Komandan
10.30 pagi : Pembahagian kumpulan/ Taaruf
12.00 tengah hari : Pemasangan khemah mengikut kumpulan
1.30 petang : Makan Tengah hari
Solat zohor
2.30 petang : Latihan dalam Kumpulan ( LDK 1)
(Lukisan naga)
4.30 petang : Minum petang dan solat asar
5.00 malam : Aktiviti luar oleh Pusat Ko Kurikulum JPN Kedah
7.30 petang : Makan malam
Solat maghrib
Bacaan Yasin
Solat Isyak
9.00 : Latihan Dalam Kumpulan ( LDK 2)
(Menara Impian)
11.00 : Tidur

Hari Kedua
5.30 pagi : Bangun pagi
Solat subuh

4
7.00 pagi : Sarapan pagi
8.30 pagi : Ceramah Kepimpinan
10.00 pagi : Latihan dalam Kumpulan (LDK 3)
(Roda kertas)
11.00 pagi : Latihan dalam Kumpulan (LDK 4)
(Sisa toksik)
12.00 petang : Latihan dalam Kumpulan (LDK 5)
(Mini Teater)
1.00 petang : Makan tengah hari
Solat zohor
2.00 petang : Aktiviti luar oleh Pusat Ko Kurikulum JPN Kedah
5.00 petang : Solat asar
Minum petang
7.00 malam : Makan malam
Solat maghrib
Tazkirah
Solat Isyak
9.00 malam : Latihan Dalam Kumpulan ( LDK 6)
(Romeo & Juliet)
11.00 malam : Tidur
3.00 pagi : “Jejak sibuta”

Hari ketiga
5.30 pagi : Bangun pagi
Solat subuh
7.00 pagi : Senam robik
8.00 pagi : Sarapan pagi
9.00 pagi : Refleksi dan konklusi program
10.00 pagi : Raptai penutup
12.00 petang : Majlis Penutup Program Kursus Kepimpinan
Pelajar Asrama Peringkat Negeri Kedah 2017.

5
1.00 petang : Makan tengah hari / bersurai
11.00 PENUTUP

Program yang akan dijalankan ini diharap dapat memberi manfaat kepada
semua pelajar, guru dan para pentadbir sekolah yang terlibat. Semoga setiap
aktiviti yang akan dilaksanakan dapat memberikan semangat baru kepada
semua pemimpin asrama di sekolah untuk lebih yakin dan bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pemimpin di sekolah dengan penuh
dedikasi.

Disediakan Oleh,

_________________________________

Anda mungkin juga menyukai