Anda di halaman 1dari 5

DIALOG : TOKOH PERJUANGAN KEMERDEKAAN

TAHUN 5

Pencerita : Kedatangan Penjajah British Telah Menyebabkan Lahirnya Pejuang Tokoh


Tempatan Bagi Mengekalkan Kedaulatan Negeri Masing-Masing.

PENCERITA : TOKOH 1, TOK JANGGUT.


Babak 1 :
Tok Janggut : sejak British campur tangan di Kelantan, cukai dan peraturan tanah makin
membebankan kita sebagai penduduk tempatan.
Pengikut 1 : betul tok, tambahan pula, kuasa kita semakin tergugat.
Tok Janggut : Kita mesti menentang British habis-habisan.
Pengikutnya : betul tok , kami semua setuju.
Babak 2 :
Pencerita : pada tahun 1915, Tok Janggut telah lancarkan serangan ke atas Pasir Putih.
Tok Janggut berlawan dengan British dan pengikutnya.

Babak 3 :
Pencerita : pihak British pula menyerang kubu Tok Janggut di Kampung Saring.
Tok Janggut berlawan dengan British dan pengikutnya.

Babak 4:
Pencerita : tok Janggut mati, akhirnya mayatnya diarak di keliling kampung.

TAMAT

DRAMA DATO MAHARAJA LELA


PENCERITA : DATO MAHARAJA LELA

BABAK 1:
Pencerita : Mesyuarat antara Sultan, Dato Maharaja Lela dan Pembesar-pembesar
Melayu untuk menentang Birch di Perak.
SULTAN ABDULLAH : Setelah termeterainya perjanjian Pangkor, Birch telah campur
tangan dalam urusan memungut cukai, mencabar ketuanan
Melayu, mencabuli adat resam Melayu. Oleh itu, kita mesti
menentang Birch, betul tak Dato?
DATO MAHARAJA LELA : Betul Tuanku.
SEPUTUM & PANDAK INDUT : Kami juga setuju!.

BABAK 2:
PENCERITA : 12 September 1875, Dato Maharaja Lela bersetuju untuk mengambil
tanggungjawab membunuh J.W.W. BiRCH.
DATO MAHARAJA LELA : Saya sebagai Dato Maharaja Lela, akan mengambil
tanggungjawab ini untuk membunuh J.W.W. BIRCH.
SEPUTUM: Kami akan membantu Dato.
PANDAK INDUT : Kita akan sama-sama berjuang.

BABAK 3:
PENCERITA : 2 November1875, Birch telah dibunuh oleh Seputum serta pengikutnya
atas arahan Dato Maharaja Lela.
J.W.W. BIRCH : Buat-buat mandi.
DATO; MAHARAJA LELA : Itulah residen kita, sekarang tuan hamba ambil parang ini
dan bunuh dia.
SEPUTUM: Baiklah Dato. (terus lari dan menikam Birch dari belakang).
Birch mati.
DATO MAHARAJA LELA : Ya, akhirnya Birch telah mati. Dengan ini, hamba harap
Perak akan maju.
SEPUTUM & PANDAK INDUT: Ya Betul Dato. Horayyy Birch mati!

BABAK 4:
PENCERITA : 20 November 1877, di Matang Perak, Dato Maharaja Lela, Seputum dan
Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung. Manakala Sultan Abdullah telah
dibuang negeri ke Pulau Seychelles.
Dato Maharaja Lela, Seputum, Pandak Indut dan Sultan Abdullah telah ditangkap
oleh orang British.
PEGUAM: Dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas
Dato Maharaja Lela, Seputum dan Pandak Indut. Manakala Sultan Abdullah
akan dibuang negeri ke Pulau Seychelles. Keputusan mahkamah adalah
muktamad. (Ketuk meja).

NILAI MURNI : Kita seharusnya menghargai jasa pemimpin yang sanggup


berkorban nyawa menentang penjajah.

TAMAT

DRAMA RENTAP
PENCERITA :, AGI IDUP AGI NGELABAN (PENGONCANG DUNIA)

BABAK 1:
PENCERITA : Brooke ingin menghapuskan petempatan orang Iban yang dianggap
sebagai lanun.
JAMES BROOKE : Saya inginkan kamu musnahkan petempatan lanun-lanun
terutamanya di Sungai Skrang.
PENGIKUT 1 & 2 : Baik tuan.

BABAK 2:
PENCERITA : Mesyuarat antara Rentap dan para pengikutnya.
RENTAP: Melampau sungguh James Brooke ini, habis tempat tinggal kita dikacaunya.
PENGIKUT 1: Betul. Biadap sungguh dia kerana menganggap kita sebagai lanun.
PENGIKUT 2: Bukan itu sahaja, kuasa kita makin tergugat, dia juga tidak menghormati
kita.
PENGIKUT 3 : Kita mesti menentang Rajah Putih itu. Kita usir dia dari Bumi Sarawak
ini.
RENTAP : Kita mesti berani berjuang mempertahankan tempat kita.

BABAK 3:
PENCERITA : Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga
Skrang.
Rentap dan pengikutnya lawan James Brooke dan pengikutnya.
PENCERITA : Rentap dan pengikutnya menang dalam serangan tersebut.

BABAK 4:
PENCERITA : James Brooke telah menentang Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran
sengit berlaku.
Rentap dan pengikutnya lawan James Brooke dan pengikutnya.
PENCERITA : Rentap telah tewas dan telah berundur ke Entabai dan tidak dapat
dikesan selepas itu.

NILAI MURNI : Pemimpin-pemimpin tempatan telah berkorban demi bangsa dan


negara. Semangat perjuangan dan keberanian mereka sewajarnya dihargai dan
dicontohi.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai