Anda di halaman 1dari 18

MARKAH

SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN


JALAN SULTAN AZLAN SHAH,31400 IPOH PERAK

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 3 / 2022

TEMA: PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN


TAJUK:

Pahlawan Tempatan Rentap dan Mat Salleh yang


Menentang Kuasa British
NAMA

Harris Haidhar bin Ainul Ridzwan

KELAS:
3P

GURU PEMBIMBING:
PUAN NURUL AZRIENAH BINTI HASHIM

1
ISI KANDUNGAN
Objektif Kajian
Kaedah Kajian
Pengenalan

Rentap
Nama dan Latar Belakang Tokoh
Faktor Pejuang Bangkit Menentang British
Peristiwa Penentangan Terhadap Penjajah

Tok Janggut
Nama dan Latar Belakang Tokoh
Faktor Pejuang Bangkit Menentang British
Peristiwa Penentangan Terhadap Penjajah

Kepentingan SIkap Pejuang Tanah Air Dalam


Mempertahankan Kedaulatan Tanah Air
Rumusan
Sumber Rujukan

2
OBJEKTIF KAJIAN

Menjelaskan nama dan latar belakang


dua orang tokoh.

Menjelaskan tiga factor pejuang tanah


air bangkit menentang pejajah.

Menjelaskan tiga peristiwa


penentangan pejuang tanah air British.

Menjelaskan tiga kepentingan pejuang


tanah air dalam mempertahankan
kedaulatan tanah air.

3
KAEDAH KAJIAN

Saya merujuk buku teks yang dibekal


Kementerian Pendidikan Malaysia bagi
mengumpul dan mencari maklumat dan
fakta.

Saya menemu bual guru matapelajaran


saya bagi mendapatkan maklumat dan
fakta secara terus.

Saya melayari Internet bagi mencari dan


mengumpul lebih banyak maklumat dan
fakta.

4
PENGENALAN

Ideologi kuasa barat yang hendak


mengeksploitasi hasil tanah bumi negara kita
merupakan pencetus rasa tidak puas hati dalam
kalangan masyarakat kita terhadap anasir-anasir
barat tersebut. Kuasa barat juga memaksa
masyarakat kita mematuhi peraturan mereka yang
tidak masuk akal seperti bayaran cukai yang
melampau, gaji buruh yang sedikit dan mempunyai
hak milik bagi seluruh tanah di alam melayu.

Hal ini menjadi pencetus kebangkitan wira


tokoh-tokoh melayu yang pada mulanya kelihatan
seperti suatu kejayaan bagi menumpaskan
penjajah. Namun begitu, masyarakat tempatan
terpaksa menerima pentadbiran barat oleh kerana
senjata, teknologi dan angkatan barat yang terlalu
maju pada masanya.

5
RENTAP

LATAR BELAKANG
 Libau Anak Ningkan.
 Dilahirkan pada tahun 1800.
 Digelar “Raja Ulu, Raja Darat”
 Pahalawan Iban-Dayak yang terkenal di Sarawak.
 Nama gelarannya “Rentap Tanah, Rentap Menua”
diterjemahkan sebagai “Bumi-gegar, Penggoncang
dunia”.
 Seorang pemimpin di Sungai Saribas dan Sungai
Skrang.
 Slogan terkenalnya adalah “Agi idup, Agi ngelaban”.

SEBAB PENENTANGAN
 Dituduh seorang lanun oleh James Brooke
 Penghapusan petempatan orang Iban oleh James
Brooke.

6
RENTAP
PERISTIWA PENENTANGAN

 (1853) Rentap menyerang kubu Brooke di Nangka


Skrang. Seorang pegawai James Brooke, Alan Lee
terkoban dalam serangan ini.

 (1854) Rentap mengundurkan diri ke Bukit Sadok


setelah kubunya diserbu oleh James Brooke di
Sungai Lang.

 (1857) Rentap Berjaya mengundurkan pasukan


Charles Brooke yang menggempur kubunya di Bukit
Sadok.

 (1858) Kubu Rentap di Bukit Sadok digempur oleh


Charles Brooke buat kali kedua.

 (1861) Kubu Rentap di Bukit Sadok diserang oleh


Charles Brooke buat kali ketiga.

 Rentap berunder ke Entabai dan meninggal dunia


beberapa tahun kemudian.

7
NAMA DAN LATAR
BELAKANG TOKOH

Libau anak Ningkan yang juga dikenali sebagai Libau


Rentap merupakan pahlawan Iban-Dayak yang terkenal
di Sarawak ketika pemerintahan James Brooke. Beliau
dilahirkan pada tahun 1800 dan digelar Raja Ulu dan
Raja Darat. Nama pujian beliau iaitu “Rentap Tanah,
Runtuh Menua” bermaksud “Bumi-gegar, Penggoncang
dunia” setelah diterjemahkan dari Bahasa Iban. Beliau
menggunakan slogan “Agi idup, Agi ngeleban” yang
bermaksud “Masih hidup, masih melawan”.

8
FAKTOR PEJUANG BANGKIT
MENENTANG BRITISH

Antara faktor yang menyebabkan beliau bangkit


menentang keluarga Brooke adalah kerana kaum Iban,
termasuklah Rentap sendiri yang dianggap lanun oleh
James Brooke disebabkan gaya hidup mereka. Pendirian
kubu James Brooke dan penghapusan petempatan
orang Iban di Sungai Skrang telah membara kebangkitan
Rentap dalam menentang keluarga Brooke.

9
PERISTIWA PENENTANGAN
TERHADAP PENJAJAH

Legasi Rentap bermula dengan serangan atas pasukan


Brooke di kubu Nanga Skrang oleh orang Iban yang diketuai
beliau pada tahun 1853. Ketika pertempuran itu, seorang
pegawai James Brooke iaitu Alan Lee telah dibunuh oleh
menantu Rentap bernama Layang. Oleh disebabkan 20 rumah
panjang terbakar dan dihancur oleh James Brooke, Rentap
terpaksa berundur ke hulu Sungai Skrang. Walau
bagaimanapun, James Brooke bersumpah untuk membunuh
Rentap dan menghapuskan pengikutnya dari tanah beliau.
Pada tahun 1854, penyerbuan kubu Rentap oleh James Brooke
di Sungai Lang memaksa beliau untuk berundur ke Bukit Sadok
Bersama pengikutnya. Pada tahun 1857 dan 1858, beliau
berjaya menewaskan pasukan Charles Brooke yang
menggempur kubunya di Bukit Sadok dengan kekukuhan bukit
dan Meriam “Bujang Timpang Berang” yang digunakan oleh
rakan beliau, Aji Ampai Limba. Malangnya pada tahun 1861,
serangan ketiga pasukan Charles Brooke setelah dibawa
sebuah Meriam besar bernama “Bujang Sadok” yang
digunakan untuk menghancurkan pagar-pagar kubu Bukit
Sadok. Oleh itu, Rentap terpaksa berunder ke Entabai dan
akhirnya meninggal dunia beberapa tahun kemudian.

10
TOK JANGGUT

LATAR BELAKANG
 Haji Hassan bin Munas.
 Dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram,
Pasir Puteh, Kelantan.
 Digelar Tok Janggut kerana janggut beliau yang
ditumbuh hingga ke paras dada.
 Seorang tokoh agam Islam yang mempunyai ramai
pengikut di Kelantan.
 Menentang pengenaan cukai oleh British.
 Kemahiran tinggi dalam silat

SEBAB PENENTANGAN
 Menentang kekerasan pentadbiran Encik Abdul
Latiff, Ketua Jajahan Pasir Puteh.
 Menentang pengenaan cukai tanah kepada petani
pada tahun 1915.
 Bersemangat jihad menentang British.
11
TOK JANGGUT
PERISTIWA PENENTANGAN

 (1915) Tok Janggut mengadakan


mesyuarat di Kampung Tok Akib untuk
memboikot pengenalan cukai oleh pihak
British.

 Tok Janggut mendapat sokongan Haji Said,


Penghulu Adam dan Che Ishak Merbol
dalam perancangan untuk menyerang
Pasir Puteh.

 Kubu Tok Janggut di Kampung Dalam


Pupuh Saring diserang oleh pihak British.

 Tok Janggut terkorban dalam pertarungan


tersebut.

12
NAMA DAN LATAR
BELAKANG TOKOH

Haji Hassan bin Munas yang digelar sebagai Tok


Janggut ialah seorang tokoh agama Islam yang
mempunyai banyak pengikut di Kelantan dan mahir
dalam bidang silat. Beliau dilahirkan pada tahun 1853 di
Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Nama
gelarannya adalah disebabkan janggutnya yang
dipelihara sampai ke paras dada. Beliau terkenal dengan
penglibatannya dalam penentangan pengenaan cukai
oleh British ketika Perang Tok Janggut di Kelantan.

13
FAKTOR PEJUANG BANGKIT
MENENTANG BRITISH

Antara faktor dan sebab yang membara semangat


jihad beliau menentang British adalah kerana
pentadbiran Encik Abdul Latiff, Ketua Jajahan Pasir
Puteh yang tegas dalam hal pengutipan cukai.
Kewajipan semua orang termasuk Sultan dan pembesar
untuk membayar cukai tanah, salah satu dalam
peraturan cukai yang diperkenalkan pada tahun 1915
juga memutuskan Tok Janggut untuk bangkit
menentang pihak British.

14
PERISTIWA PENENTANGAN
TERHADAP PENJAJAH

15
KEPENTINGAN SIKAP
PEJUANG TANAH AIR DALAM
MEMPERTAHANKAN
KEDAULATAN TANAH AIR

16
RUMUSAN

Di akhir kajian kes ini saya telah


mempelajari nama sebenar dan latar
belakang tokoh seperti yang dibincangkan
saya juga telah mempelajari tentang faktor
atau sebab kebangkitan dan peristiwa
penentangan pejuang tanah melayu dalam
usaha mempertahankan hak milik
penduduk alam melayu. selain itu, saya
telah mengambil tau tentang kepentingan
sikap pejuang tanah air yang sanggup
menumpahkan darah mereka dalam
mempertahankan kedaulatan tanah air.
izharnya, kita perlulah mengambil iktibar
tentang perjuangan tokoh-tokoh melayu
tidak kira berapa lama waktu sudah berlalu
selepas perjuangan mereka.

17
SUMBER RUJUKAN

Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSM

Penulis: Dr. Azharidin bin Mohamed Dali


Editor: Abdul Ghani bin Abu
Pereka Bentuk: Zainal Abidin bin Hasan
Illustrator: Mohd. Sazali bin Ibrahim

Melayari laman web

https://ms.wikipedia.org/wiki/Rentap
https://anyflip.com/iqnoa/rpzt/

Menemu bual guru matapelajaran

Puan Nurul Azrienah binti Hashim

18

Anda mungkin juga menyukai