Anda di halaman 1dari 51

SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT JERTEH

KAJIAN SEJARAH
TAJUK: PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN
DISEDIAKAN OLEH:
AMIERAH IRAIESYA BT AHMAD HAMIDI
5 AL-BIRUNI
DISEDIAKAN UNTUK:
CG. YUSNIZA BINTI YAHYA
ISI KANDUNGAN muka surat

1. Penghargaan 1

2. Pendahuluan 2

3. Penyataan masalah 3

4. Objektif kajian kes 4

5. Nama tokoh pejuang 5

a) Tok Janggut 7

b) Dol Said 11

c) Dato Maharaja Lela 15

d) Dato' Bahaman 20

e) Sharif Masahor 24

f) Yamtuan Antah 28

g) Rentap 32

h) Antanom 37

i) Haji Abdul Rahman Limbong 41

j0 Mat Salleh 45

7. Penutup 49
1. Penghargaan
Alhamdulillh syukur ke hadrat ilahi kerana saya dapat menyiapkan kerja yang
diamanahkan kepada saya. Banyak ilmu yang saya dapat sepanjang tempoh
menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah saya lebih mengenali tokoh-tokoh
perjuangan secara mendalam serta banyak pengajaran yang dapat diambil. Saya
juga dapat meningkatkan kemahiran saya dalam menggunakan komputer. Saya
amat berterima kasih terutamanya kepada guru kelas saya iaitu Ustazah Wan
Mariam , guru sejarah saya iaitu Puan Yusniza dan kedua ibu bapa saya yang
banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah sahaja yang
mampu membalasnya.

1
2. Pendahuluan
Kajian kes ini bertajuk perjuangan tokoh tempatan menentang penjajahan
British. Seramai 11 tokoh perjuangan yang dihuraikan secara ringkas dalam
bentuk peta minda dalam buku skrap ini.

2
3. Penyataan Masalah
Penjajahan dan campur tangan British di negara kita telah menimbulkan rasa
tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan. Pemimpin-pemimpin ini
telah bangkit memimpin rakyat supaya berjuang dengan gigih untuk
mempertahankan kedaulatan tanah air. Mengenali pasti tokoh-tokoh tempatan
dan sejarah perjuangan mereka.

3
4. Objektif Kajian Kes
a. Menyenaraikan tokoh-tokoh tempatan yang menentang penjajahan British.

b. Menyatakan peristiwa penentangan tokoh tempatan terhadap British

c. Menyatakan sebab penentangan tokoh tempatan terhadap British

4
5. Nama Tokoh-tokoh Tempatan yang
Menentang British
a. Dol Said

b. Rentap

c. Sharif Masahor

d. Yamtuan Antah

e. Dato' Maharaja Lela

f. Dato' Bahaman

g. Tok Janggut

h. Mat Salleh

i. Antanom

j. Haji abdul Rahman Limbong

k. Raja Mahadi

5
6. Negeri-negeri yang terubat dalam
menentang British
a. Melaka

b. Sarawak

c. Selangor

d. Negeri Sembilan

e. Perak

f. Pahang

g. Kelantan

h. Borneo Utara ( Sabah )

i. Terengganu

6
NAMA TOKOH TEMPATAN
Tok Janggut (Kelantan)
5.a

7
Latar Belakang Tok Janggut
- Nama sebenarnya ialah Mat Hassan bin Munas
- Beliau dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan

- Beliau mendapat pendidikkan pondok di Pasir Puteh, Kelantan dan Makkah

- Beliau menetap di Kampung Nering, dan berkerja sebagai peniaga dan petani

- Beliau mahir dalam ilmu perilatan

- Beliau dipanggil sebagai Tok Janggut kerana menyimpan janggut hingga ke paras
dada

8
Faktor Penentangan Tok Janggut
a) PERATURAN TANAH
- Tok Janggut menentang peraturan cukai pada tahun 1915 yang mewajibkan
petani membayar cukai tanah

b) PENGENALAN CUKAI YANG MEMBEBANKAN


- Petani dikehendaki membayar cukai pokok kelapa berbuah, sebanyak 3 sen
sepokok

- Cukai pinang 1 sen se pokok

- Cukai sirih 5 sen sejunjung

c) PEMBAYARAN CUKAI MENYUSAHKAN


- Pejabat pembayaran cukai jauh di bandar

- Mereka yang gagal membayar cukai ditangkap dan didenda

- Pegawai British yang bertugas juga bersikap biadap terhadap penduduk


tempatan

d) PERASAAN ANTI BRITISH


- Tok Janggut menyahut seruan kerajaan Turki Uthmaniyah supaya menentang
penjajahan British.

9
Peristiwa Penentangan Tok Janggut
- 28 April 1915 > Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk
menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai.

- Perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok
Janggut.

- 29 April 1915 > Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak
Merbol mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh.

- mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh
bebas daripada ancaman British.

- Ungku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh.

- Tok Janggut sebagai Perdana Menteri.

- 9 Mei 1915 > British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa
yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya.

- 23 Mei 1915 > British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana
enggan menyerah diri

- Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh

- 24 May 1915 > British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam
Pupuh, Saring

- Tok Janggut terkorban

- mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung
songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam

- kemudian dikebumikan di Pasir Pekan

10

DOL SAID (Melaka)


5.b

11
Latar Belakang Dol Said
- Nama sebenarnya ialah Dato' Naning Abdul Said bin Omar

- Beliau Lahir pada tahun 1773

- Beliau memegang jawatan sebagai Penghulu Naning yang kesembilan


- Beliau mula belajar silat ketika berusia 6 tahun

12
Faktor Penentangan Dol Said
- Mempertahankan kemerdekaan Naning

- Menentang bayaran cukai

- Menentang pelaksanaan undang-undang British


13

Peristiwa Penentangan Dol Said


- 15 Julai 1831 > Dol Said diisytiharkan penderhaka

- 150 orang sepoi dihantar menyerang Dol Said oleh Kapten Wyllie

- Dol Said menggunakan taktik perang gerila


- Dol Said mendapat bantuan Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar

- British berjaya ditewaskan

- Mac 1832> Kolonel Herbert yang mengetuai tentera dan pakatan Rembau
berjaya mengalahkan Naning

- Taboh ditawan dan rumah penduduk dibakar

- Dol Said berundur ke Seri Menanti

14
Dato' Maharaja Lela (Perak)
5.c
15
Latar Belakang
Dato' Maharaja Lela
- Nama sebernya ialah Pandak Limo bin Machang Lela Tok Mahmud
- Pembesar kelapan Perak dengan gelaran Orang Kaya-kaya Maharaja Lela Tun
Jana Putra

- Beliau merupakan pemimpin yang mengetuai perjungan menentang British di


Perak

16

Faktor penentangan Dato' Maharaja Lela


a) Mengambil Hak Mengutip Cukai
- 24 Julai 1875 > Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangi pengisytiharkan
yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai

- Sultan Abdullah diugut akan diturunkan tahta jika enggan menandatangi

- Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan
kutipan cukai timah di Bidor

b) Mencabar Ketuanan Melayu


- kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak

- pada 2 Oktober 1875 Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan


penyerahan kuada kepada British

- kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen

- Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik


penghulu

c) Memperkenalkan Cukai Baru


- Birch bertindak sesuka hati

- Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan
bayaran permit untuk membalat

- Setiap isi rumah dekehendaki membayar 2 dolar sebgai cukai kelamin

17

d) Mencabul Adat Resam


- Birch dibenci oleh Sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau
mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu

- Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba


perempuan dirumahnya

18
Peristiwa Penentangan Dato' Maharaja
Lela
- 20 January 1874 > Perjanjian Pangkor

- Febuary 1875 > Bantahan terbuka oleh Sultan abdullah, Dato' maharaja Lela dan
pembesar Melayu Perak yang lain

- Dato' Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak

- 21 Julai 1875 > Mesyuarat antara Dato' Maharaja Lela dengan pembesar-
pembesar Melayu

- 12 September 1875 > Dato Maharaja Lela mengambil tanggungjawab


membunuh J.W.W Birch

- 2 November 1875 > 500 tentera British menyerang Pasir Salak

- Dato' Maharaja Lela dan Dato' Sagor melarikan diri ke Kota Lama

- 20 November 1877 > Perbicaraan dadakan di Matang, Perak

- Dato' Maharaja Lela bersama Dato' Sagor, Pandak Lam, Seputunm dan Pandak
Indut dijatuhi hukuman gantung

- Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor

- Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana dibuang negeri ke


Pulau Seychelles

19
Dato' Bahaman (Pahang)
5.d

20
Latar Belakang Dato' Bahaman
- Nama sebenrnya ialah Abdul Rahman bin Imam Noh

- Dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan

- Diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang


saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor

- Dilantik sebagai pembesar Termeloh setelah kematian Orang Kaya Indera


Segara

- Dato' Bahaman tidak mengiktiraf pemenrintahan British di Pahang

21
Faktor Penentangan Dato' Bahaman
a) Hilang Hak Mengutip Cukai
- Dato' Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai pegawai
Majistret dan Pemungut Hasil di Daerah Temerloh

- Dato' Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaanya iaitu di


Temerloh

b) Pembinaan Balai Polis


- pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa
berunding terlebih dahulu dengan Dato' Bahaman

- konflik antara kedua-duanya menjdi lebih serius

- Dato Bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan


sertamengancam kedudukannya

c) Perlucutan Gelaran
- Hugh Cliford menganggap Dato' Bahaman sebagai penderhaka kerana eggan
mematuhi arahan British

- British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato' Setia Perkasa


Pahlawan Semantan

- tindakan British memalukan Dato' Bahaman dan beliau bersumpah menghalau


keluar British dari Pahang

22

Peristiwa Penentangan Dato' Bahaman


- 1890 > Menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua, kawasan pengaruhnyaa

- 16 Disember 1891 > British menangkap 3 orang pengikut Dato' Bahaman kerana
mengutip hasil hutan tanpa kebenaran

- tindakan British itu menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikutnya menyerang


Balai Polis Lubuk Terua

- peristiwa ini mencetuskan perang

- 26 Disember 1891 > Hugh Cliford mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk
menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi

- Hugh Cliford berundur dan meminta bantuan Singapura

- Januari 1892 > British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan
rakyat Pahang

- pasukan tentera dinamakan "Gerakan Sultan" yang disertai oleh J.P.RODGER


ditubuhkan

- 1894 > Menyerang dan mengusai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai

- 1895 > Akibat tekanan British, Dato' Bahaman berundur ke Kelantan

23
Sharif Masahor (Sarawak)
5.e

24
Latar Belakang Sharif Masahor
- Sharif Masahor meruapakan pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang

- Beliau berasal dari Kampung Igan di muara Sungai Rajang

- Beliau dilantik oleh Sultan Abdul Mu' mein dari Brunei


- Berpengaruh di kalangan orang Malanau di Sungai Rajang dan orang Iban

25
Faktor Penentangan Sharif Masahor
- 1853, kawasan Sungai Rajang diambil alih oleh James Brooke daripada Sultan
Brunei
- Syarif Masahor kehilangan kuasa sebagai seorang pembesar dan tidak berkuasa
untuk memungut cukai

- Syarif masahor merasakan kedudukannya semakin tergugut

- Sebuah kubu pertahanan dibina oleh James Brooke di Kanowit

- Pembinaan kubu ini mencabar kewibawaan Syarif Masahor sebagai pembesar di


kawasan tersebut

- Syarif Masahor membuat pakatan dengan Datu Patanggi Abdul Gapur di


Kuching untuk menghalau James Brooke keluar dari Sarawak

26
Peristiwa Penentangan Sharif Masahor
- 1859 > kedua-dua pembesar ini telah menyerang kubu Brooke di Kanowit
- Dalam serangan tersebut, dua pegawai British iaitu Charlie Fox dan Henry
Steele telah dibunuh orang Menalan di Kanowit

- 1860 > Syarif Masahor menyerang Kuching

- Semua kapal angkatan Syarif Masahor disekat dan ditenggelamkan

- Syarif Masahor mengalami kekalahan dan melarikan diri ke Brunei

- James Brooke memaksa Sultan Brunei menghantar Sharif Masahor ke Singapore

- Syarif Masahor meninggal dunia pada tahun 1890

27
Yamtuan Antah (Negeri Sembilan)
5.f

28
Latar Belakang Yamtuan Antah
- Nama sebenarnya ialah Yamtuan Antah Ibni Almarhum Yamtuan Raja Radin
- Dilantik sebagai Yamatuan Seri Menanti pada tahun 1875

- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang keenam

- Memerintah dari 1869-1888 dan memperjuangkan Negeri Sembilan daripada


dijajah oleh Britsh pada tahun 1876

- Merupakan anakanda kepada Radin dan mempunyai anakanda yang


memodenkan Negeri Sembilan iaitu Tuanku Muhammad Shah

29
Faktor Penentangan Yamtuan Antah
- Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato' Kelana Syed Abdul
Rahman di Sungai Ujong yang menandatangani perjanjian dengan British
- Berlaku pertikaianantara kedua-duanya dan tercetusnya pentempuran

- Pengisytiharan ini dibantah Yamtuan Antah kerana meanggap Terachi sebagai


sebahagian daripada jajahan Seri Menanti

- Hubungan antara Yamtuan Antah dan Dato' Kelan bertambah runcing apabila
Dato' Kelana mengisytiharkan wilayah Terachi sebagai haknya

- Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai
Ujong

- Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut suapaya British


menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah

- Residen British di Sungai Ujong (P.J Murray) menghantar tentera dan juru ukur
untuk membuat siasatan

30
Peristiwa Penentangan Yamtuan Antah
- Selain YAM Tuan Antah Sri Menanti, Dato' Syahbandar Sungai Ujong iaitu
Abdullah Tunggal juga terlibat sama
- Dato' Syahbandar menentang Dato' Kelana Sungai Ujong iaitu Syed Abdul
Rahman yang mempelawa British campur tangan dalam pertikaian mereka

- Mereka berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang


biji timah dan Negeri-negeri Selat.

- Dengan kerjasama British, Dato' Kelana berjaya mengalahkan Dato' Syahbandar


untuk menguasai Sungai Ujong.

- Dato' Syahbandar berundur ke Selangor.

- Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Sungai Ujong dan menandatangani


perjanjian dengan British pada 10 November 1874.

- Dato' Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura.

- Dengan itu, Dato' Kelana dapat menguasai seluruh Sungai Ujong tetapi tertakluk
di bawah penguasaan British.

- Sebab-sebab penentangan

- British menduduki Sungai Ujong

- British menyokong Dato' Kelana menduduki Terachi dan Paroi

- British menawan Bukit Putus, Jempol dan Terachi

- Pada tahun 1888, YAM Tuan Antah menandatangani perjanjian damai.

31
Rentap (Sarawak)
5.g
32
Latar Belakang Rentap
- Rentao ialah pahlawan Iban yang menentang British di Sarawak

- Beliau dilahirkan pada tahun 1800

- Nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud 'pengoncang dunia'


- Rentap juga digelar 'Raja Darat'

- Merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas

33
Faktor Penentangan Rentap
- Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang
Iban di Sungai Skrang sebagai lanun
- James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi pergerakan
orang Iban.

- Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang


mencetuskan kebangkitan Rentap.

34
Peristiwa Penentangan Rentap
- 1853 Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
- pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh

- kejayaan ini mengharumkan nama Rentap dikalangan orang Iban

- 1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar
perkampungan Rentap

- pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu

- perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar 'Raja
Ulu'

- Tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charlies Brooke untuk
menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok

- Charlies Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu
supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok

- Charlies Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh

- tahun berikutnya Charlies Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi
gagal

- kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah 'Bawalah semua


meriam kamu dari Eropah' kami tidak takut kepada kamu orang Eropah'

- Tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di


Bukit Sadok

- Pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas

- James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap

35
- James Brooke menggunakan meriam 'Bujang Sadok' untuk menentang Rentap

- Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi 'Bujang Timbang' untuk


menentang pasukan Brooke
- Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap
meninggal dunia

36
Antanom (Sabah)
5.h
37
Latar Belakang Antanom
- Nama sebenarnya ialah Ontoros A\L Antanom
- Ketua Kanan Marut di Puachan

- Beliau dilahirkan pada tahun 1875

- Ketika beliau berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Miarut


menentang SBUB yang menindas kanannya

38
Faktor Penentangan Antanom
(i) Melarang Membuka Tanah Baru
- SBUB melarang mereka membuka tanah baru

- Merasakan hak mereka diceroboh

- Akibatnya mereka kekurangan beras

(ii) Mengenakan Cukai Yang Membebankan


- Cukai kepada satu dolar setiap orang

- Cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar

- Cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen

- Cukai tangkapan ikan besar

- Cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor

(iii) Menjadi Buruh Paksa


- Orang Marut dijadikan buruh paksa

- Tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf


antara Tenom dengan Random

(iv ) Menzalimi Keluarga


- Suami isteri kaum Marut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah
tebing sungai

- Mereka dikenakan satu dolar setiap kali berkunjung

39

Peristiwa Penentangan Antanom


- Pada tahun1915, seorang Murut dari kawasan pedalaman Sabah telah bangkit
menentang Kompeni Berpiagam Borneo Utara. Orang Murut bangkit menentang
kompeni kerana :

a ) Mereka dilarang menebas hutan rimba untuk membuka tanah pertanian

b) Mereka terpaksa membina jalan raya di kawasan pedalaman tanpa dibayar


gaji

c) Mereka percaya bahawa pembinaan jalan raya itu telah mengusir roh nenek
moyang dan menimbulkan kemarahan yang akan mengakibatkan kemarau selama
4 tahun.

40
Haji Abdul Rahman Limbong
(Terengganu)
5.i

41
Latar Belakang Haji Abdul Rahman
Limbong
- Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul
Qadir

- Beliau lahir pada tahun 1285 H/ 1868 M

- Meninggal duni di Mekah pada tahun 1347 H/ 1929 M

- Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu

- Mendapat gelaran Limbong kerana sering mengajai agama di Limbong,


Kemaman, Terengganu

- Gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya

42
Faktor Penentangan Haji Abdul Rahman
Limbong
1. Menguatkuasakan peraturan larangan memburu binatang buas denda $500,
senapang dirampas.

2. Peraturan Tanah Baru : Tanah mesti didaftar dengan bayaran $2.50

3. Pas kebenaran membebankan . 50 sen dikenakan bagi buka tanah baru,


menanam, menebang atau meramu.

4. Pengaruh pemimpin agama. Anggap tanah milik Allah dan bertentangan


dengan syariah Islam.

43
Peristiwa Penentangan Haji Abdul
Rahman Limbong
Julai & Ogos 1922

Beliau ketuai penduduk bersihkan tanah di K.Telemong tanpa hiraukan peraturan


tanah British

Mei 1925

300 penduduk kampung berkumpul dan buka tanah milik Tg Nik Maimunah ibn
Sultan Zainal Abidin III

Mei 1928

- Mereka lancarkan penentangan bersenjata

- Mereka duduki bangunan kerajaan di K.Berang

- Kumpulan di K.Telemong pula sedang tunggu arahan

- British hantar 3 pembesar tawan K.Berang & bunuh sesiapa yg halang

- 25 orang polis serang K.Telemong

- Kebangkitan penduduk ditumpaskan

44
Mat Salleh (Sabah)
5.j

45
Latar Belakang Mat Salleh
- Nama sebenarnya ialah Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu

- Beliau dilahirkan di Inaman dan menjadi pemerintah Sungai Sugut

- Berketurunan Bajau dan Suluk serta mewarisi sifat kepahlawanan dan


keberanian berperang
- Kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan yang paling besar dalam
sejarah penentangan terhadap SBUB di Sabah

46
Faktor Penentangan Mat Salleh
a) Perjuangan Jihad
- kebangkitan berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu
menentang Sepanyol di selatan Filipina

b) Peraturan Yang Membebankan


- SBUB memperkenalkan peraturan baru di Sabah seperti amalan buruh paksa,
cukai beras dan lesen perahu yang membebankan rakyat

c) Percubaan Berunding Gagal


- Ogos 1895 Mat Salleh dan pembesar tempatan ke Sandakan untuk menemui
Gabenor Beaufort, C.V.Creagh

- tujuan untuk berunding tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai
SBUB terhadap penduduk tempatan

- Mat Salleh dan pembesar-pembesar tidak dilayan dan setelah menunggu


selama 10 hari beliau meninggalkan Sandakan

47
Peristiwa Penentangan Mat Salleh
- 1894 > penentangan memuncak apabila pengikut Mat Salleh membunuh dua
pedagang Dayak di Sungai Sugut dan Mat Salleh enggan menyerahkan
pengikutnya itu kepada SBBU

- Mat Salleh memberi amaran kepada SBBU supaya tidak campur tangan di
kawasannya
- Pihak SBBU menyerang dan membakar Inaman, tetapi Mat Salleh berjaya
melarikan diri ke Lingkabau

- 1897 > Mat Salleh dan pengikutnya (orang Bajau) menyerang Pulau Gaya, pusat
pentadbiran British

- Pihak SBBU menyerang kubu Mat Salleh (Inaman) sekali lagi, Mat Salleh berjaya
melarikan diri dan membina kubu di Ranau tetapi berjaya dimusnahkan oleh
pihak SBBU

48
7. Penutup
Kesimpulan yang saya dapat dalam hasil kajian ini ialah saya dapat mengenal pasti
asal-usul tokoh-tokoh tempatan di Malaysia. Dengan membuat kerja ini juga saya
mendapat tahu bahawa sejarah sebenar tentang tokoh-tokoh tempatan ini. Saya
terus berasa sangat berbangga terhadapnya. Saya juga berbangga menjadi rakyat
Malaysia kerana negara Malaysia memberi kemudahan yang sempurna kepada
semua rakyatnya. Dengan membuat kerja ini juga, ia membuat saya makin
tertarik dan cinta akan sejarah.

49

Anda mungkin juga menyukai