Anda di halaman 1dari 15

020814-12-1118

PENGENALAN

Campur tangan penjajah British di Pahang bermula pada bulan Oktober, 1888.i

Kekayaan hasil bumi yang di miliki oleh negeri Pahang telah menarik minat penjajah

British, tetapi usaha mereka tetap gagal walaupun telah mencuba beberapa kali untuk

menakluki negeri Pahang. Salah satu usaha yang telah di lakukan oleh penjajah British

ialah pada tahun 1885, yang ketika itu Frank Swettenham telah diutuskan oleh Gabenor

Negeri-Negeri Selat untuk mengadakan perjanjian dengan Sultan Ahmad Al-Muadzam

Shah, namun perjanjian tersebut gagal.ii Pada tahun 1887, Hugh Clifford pula telah

diutuskan untuk mengikat Perjanjian Pertahanan tetapi telah di tolak oleh Sultan Ahmad

Al-Muadzam Shah. Akhirnya, hal ini telah mengakibatkan penjajah British mengambil

tindakan membunuh Goh Hui seorang rakyat yang berbangsa Cina pada bulan Februari

1888 di kawasan Istana Pahang dan telah mendakwa pembunuhan tersebut dilakukan oleh

Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah dan menuntut baginda untuk bertanggungjawab.

Penjajah British juga, iaitu Cecil Smith, Frank Swettenham dan Pickering telah meminta

Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah agar menaikkan pangkat wakil British sebagai Residen

di Pahang. Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah akhirnya terpaksa menandatangani

perjanjian dengan menerima seorang wakil British sebagai Residen iaitu John Pickersgill

Rodger di negeri Pahang bagi mengelakkan berlakunya pertumpahan darah dan

bermulalah campur tangan penjajah British di Pahang secara langsung di dalam hal-hal

pentadbiran, politik dan ekonomi negeri Pahang.

Setelah Pahang menerima Residen British pada 1888, Pahang diserap masuk ke dalam

Persekutuan Negeri-negeri Bersekutu yang ditadbir oleh penjajah British dari Kuala

1
020814-12-1118

Lumpur pada 1895 dan ketika itu Frank Swettenham sebagai Residen Jeneral yang

pertama.iii Oleh itu, perubahan politik ini telah memberi kesan besar kepada kemerdekaan

Pahang, dan mendorong pembesar-pembesar Pahang untuk menentang perluasan

pengaruh penjajah British yang diketuai oleh Dato’ Bahaman dan diikuti oleh ramai lagi

pejuang Pahang antaranya Tok Gajah, Mat Kilau, Mat Lela, Imam Rasu dan lain-lain lagi

kerana tidak mahu menerima Residen British. Serangan pertama yang dilakukan oleh

Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Mat Lela dan Imam Rasu bermula di Lubuk

Terua pada 21 Disember 1891 namun, menemui kegagalan kerana kekuatan penjajah

British. Namun begitu, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Mat Lela dan Imam Rasu

telah menyerang dan menawan semula penjajah British pada tahun 1892. Tetapi, penjajah

British berhasil mengusir mereka dan peristiwa pemberontakan Pahang berakhir dengan

penguasaan British ke atas negeri Pahang. Hal ini berlaku disebabkan, pengkhianatan

bangsa sendiri sejak dari perundingan untuk menerima Residen British serta Tok Raja

menyokong dan menjadi tali barut penjajah British.

Walaupun, pada akhirnya Dato’ Bahaman menemui kegagalan untuk menewaskan

penjajah British di Pahang, namun pada hari ini beliau menjadi teladan kepada anak-anak

muda bahkan juga, sebuah sekolah telah didirikan dan menggunakan nama beliau iaitu

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bahaman yang terletak di Bandar Baru Lanchang,

Pahang.iv Hal ini dikatakan demikian, kerana keberaniannya dalam menentang penjajah

British di Pahang untuk mempertahankan kedaulatan tanah air.

2
020814-12-1118

LATAR BELAKANG DATO’ BAHAMAN

Nama sebenar Dato’ Bahaman ialah Abdul Rahman bin Tunku Imam Nuh. Beliau

merupakan anak jati Pantai Timur yang berketurunan dari keluarga bangsawan Kota

Raja, Aceh dan berasal dari suku kaum Bugis.v Ayahnya Tunku Imam Nuh berasal dari

Bangkinang, Kampar, Sumatera dan ibunya, Rokiah binti Datuk Abdul Rahman, anak

perempuan Tok Setia Perkasa Semantan merupakan orang kaya Semantan yang

berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Dato’ Bahaman merupakan anak kedua

daripada lima orang saudara kandungnya. Antara saudara kandung beliau ialah

Muhammad Yaakob, Ibrahim, Maznah dan Maimunah.

Beliau mempunyai empat orang isteri dan telah dikurniakan beberapa orang cahaya

mata. Anak angkat Tun Ali, Cik Mukut adalah isteri pertama Dato Bahaman. Bersama

Cik Mukut Dato Bahaman telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Idrus atau

Tok Muda Haji, Mat Lela atau Tok Muda, Siti Hajar dan Matebah. Perkahwinan Dato

Bahaman seterusnya adalah dengan orang Kampung Penjom, Raub yang bernama Cik

Nik dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Yang Saadiah, Muhammad

iaitu Penghulu Semantan, Teh dan Awang Ahmad iaitu Penghulu Padang Tengku.

Seterusnya, perkahwinan Dato Bahaman dengan anak orang Rawa bernama Cik

Bai’yah Binti Malim Kuning dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yang

Ba’lah, Cik Awang Perang dan Sa’idah. Perkahwinan terakhir Dato Bahaman adalah

bersama Yang Burbah yang merupakan anak Tok Setia Lela Kerdau. Melalui

perkahwinan ini mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Mat

Hussin atau Jantan.

3
020814-12-1118

Dato’ Bahaman lahir pada tahun 1824 di Rantau Panjang yang merupakan sebuah

kampung di daerah Bentong yang terletak di Pahang. Walaupun beliau dilahirkan di

Rantau Panjang, tetapi beliau banyak menghabiskan masa di Pekan kerana berkhidmat

dengan Bendahara Ali iaitu ayahanda kepada Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah. Dato’

Bahaman mangkat pada 23 Julai 1977 dan ketika itu beliau berusia 153 tahun.

Seterusnya, Dato’Bahaman seorang yang mahir dalam seni pertahankan diri sehingga

diberi gelaran Seman Tahan kerana dapat menyelesaikan masalah secara fizikal dan

intelektual. Beliau juga telah dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa

Pahlawan Semantan kerana kegigihan dan keberanian beliau dalam perang saudara di

Pahang dan Perang Klang di Selangor.

4
020814-12-1118

SUMBANGAN DATO’ BAHAMAN MENENTANG PENJAJAH BRITISH DI

PAHANG DARI TAHUN 1868-1931.

Dato Bahaman merupakan ulama islam yang menentang kuasa penjajah British di

Pahang dan merupakan tokoh yang banyak memberi sumbangan dalam menentang

penjajah British di Pahang. Beliau juga dikenali sebagai Orang Kaya Setia Perkasa

Pahlawan Semantan kerana kegigihan dan keberanian beliau dalam perang saudara di

Pahang dan Perang Klang di Selangor. Antara perngorbanan yang telah beliau lakukan

ialah beliau telah menolak pelaksanaan undang- undang yang dilaksanakan oleh penjajah

British.vi Hal ini disebabkan kerana, undang-undang tersebut bertentangan dengan adat

resam dan sistem politik tempatan.vii Antara pelaksanaan undang-undang penjajah British

adalah seperti sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai, dan penubuhan

pasukan polis luar di Pahang. Tambahan pula, undang-undang tersebut telah menghakis

kuasa Dato’ Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

Pada tahun 1890, Dato’ Bahaman bersama anaknya Mat kilau, Imam Rasul dan Tok

gajah telah melakukan penentangan terhadap penjajah British kerana pelaksanaan

undang-undang iaitu penubuhan pasukan polis luar di Pahang.viii Pembinaan balai polis

itu telah dibina di Lubuk terua yang diketuai oleh Desborough. Pembinaan balai polis itu

telah menyebabkan Dato’ bahaman merasa tercabar sebagai pembesar di Lubuk Terua.

Hal ini disebabkan kerana penjajah British yang diketuai oleh Desborough tidak

melakukan rundingan terlebih dahulu dengan Dato Bahaman tentang pembinaan balai

polis tersebut. Tambahan pula, pembinaan balai polis tersebut dibina di kawasan

lingkungan pengaruh Dato’ Bahaman. Selain itu juga, pembinaan balai polis di Lubuk

Terua dianggap satu pencerobohan ke atas tanah orang Melayu serta mengganggu

5
020814-12-1118

kegiatan dan menyusahkan kehidupan masyarakat tempatan. Hasil daripada usaha beliau

bersama anaknya Mat kilau, Imam Rasul dan Tok gajah dalam menentang penjajah

British, akhirnya mereka berjaya menawan balai polis Lubuk Terua.

Pada tahun 1891, Dato’ Bahaman telah menyerang penjajah British kerana telah

menangkap anak-anak buahnya.ix Penjajah British menangkap anak-anak buah Dato’

Bahaman atas tuduhan mengumpul hasil hutan tanpa kebenaran dan tidak membayar

cukai serta dipercayai terlibat dalam pemberontakan yang mengugat keamanan di

Pahang. Hal ini telah menyebabkan berlakunya peperangan antara penjajah British dan

Dato’ Bahaman. Penyerangan yang dilakukan oleh Dato’ Bahaman telah berjaya

membunuh tiga orang tentera penjajah British yang bersenjata lengkap dan mencederakan

beberapa orang yang lain. Dalam serangan tersebut, Dato' Bahaman berjaya melepaskan

anak-anak buah beliau yang ditahan oleh tentera penjajah British. Dengan kehebatan dan

kelicikan Dato' Bahaman, beliau berjaya membebaskan anak-anak buahnya yang ditahan

walaupun dikawal rapi oleh tentera penjajah British sehingga menimbulkan rasa takut

kepada penjajah British untuk menggunakan tenteranya sendiri bagi menyerang Dato'

Bahaman dan pengikutnya kerana bimbang kehilangan anggota mereka. Oleh itu,

penjajah British berasa tidak berpuas hati dan akhirnya melakukan penyerangan untuk

menawan Lubuk Terua. yang terdiri daripada 200 anggota tentera dan diketuai oleh Hugh

Clifford. Tetapi, Hugh Clifford tewas dan kemudian berundur dan meminta bantuan ke

Singapura.

Pada tahun 1892, Dato’ Bahaman menawan semula Lubuk Terua dan perjuangan

Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat.x Hal ini disebabkan kerana, beliau mendapat

sokongan dari Tok Gajah dan anak beliau iaitu Mat Kilau. Penjajah British berasa tidak

6
020814-12-1118

berpuas hati dan akhirnya melakukan semula penyerangan terhadap Dato’ Bahaman dan

pengikutnya untuk menawan Lubuk Terua. Penjajah British berjaya menawan Lubuk

Terua dan telah menyebabkan pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di

Terengganu, Ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad

menentang British.

Pada tahun 1894, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, dan anak beliau iaitu Mat Kilau serta

pengikut mereka telah menawan dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

Walaupun penentangan yang dilakukan oleh Dato Bahaman dan pengikutnya meliputi

kawasan Kuala Lipis, Raub, Bentong, Jerantut, Kuantan, Maran dan Temerloh tetapi

penentangan ini berjaya dipatahkan oleh penjajah British yang diketuai oleh Kolonel

Walker. Hal ini telah menyebabkan, Dato Bahaman berundur ke Kelantan akibat tekanan

yang kuat daripada penjajah British. Di sana, beliau mendapat sokongan dan dorongan

dari pembesar Kelantan dan Pahang untuk menentang British dari Pahang. Dengan

bantuan yang dihulurkan oleh mereka, beliau sekali lagi menghidupkan misinya untuk

menghalau British.

Pada tahun 1895, Dato’ Bahaman sekali lagi telah melakukan penentangan terhadap

penjajah British. Walaubagaimanapun, penentangan ini berjaya dipatahkan oleh penjajah

British dan menyebabkan Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan. Seterusnya, Dato’

Bahaman telah berpindah ke Bangkok dan mendapat perlindungan politik dan bantuan

ketenteraan daripada Raja Chulalongkorn. Dengan ini, beliau melakukan serangan

terakhir beliau dalam misi mempertahankan Pahang daripada pegangan British.

Walaubagaimanapun, serangan beliau tetap gagal Akibat daripada peristiwa tersebut,

perjuangan Dato’ Bahaman dalam menentang penjajah British di Pahang telah berakhir.

7
020814-12-1118

Kemudian beliau telah menetap di Chieng Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak

1000 bath dan meninggal dunia di sana.

8
020814-12-1118

KESAN DATO’ BAHAMAN DALAM MENENTANG PENJAJAH BRITISH DI

PAHANG DARI TAHUN 1868-1931.

Penentangan yang dilakukan oleh Dato’ Bahaman terhadap penjajah British di Pahang

dari tahun 1868 hingga 1931, telah memperlihatkan sifat keberanian yang dimiliki oleh

Dato’ Bahaman dan juga pengikutnya iaitu Tok Gajah dan Mat Kilau dalam menentang

penjajah British. Penentangan yang dilakukan oleh Dato’ Bahaman adalah untuk menolak

pelaksanaan undang- undang yang dilaksanakan oleh penjajah British di Pahang.xii

Penentangan tersebut telah menyebabkan kedudukan penjajah British di Pahang tergugat.

Hal ini disebabkan oleh, semangat patriotisme yang dimiliki oleh Dato’ Bahaman dan

pahlawan-pahlawan pahang yang lain kerana tidak ingin menjadi hamba imperialisme.

Seterusnya, penjajah British telah melakukan rancangan untuk membunuh Dato’

Bahaman dan pengikutnya iaitu Tok Gajah dan Mat Kilau. Rancangan pembunuhan ini

dilakukan adalah disebabkan oleh ketidakpuasan penjajah British terhadap sifat

keberanian Dato’ Bahaman dan pengikutnya iaitu Tok Gajah dan Mat Kilau. Rancangan

pembunuhan Dato’ Bahaman dan pengikutnya berlaku di Kuala Lebir, dekat Kota Baru

pada tahu 1896. Ketika itu, satu jamuan makan serabai dan bubur jagung muda telah

diadakan oleh orang besar adik beradik iaitu Wan Ngah, Wan Nik, Dato’ Lela dan orang

besar Lebir. Jamuan tersebut telah dihadiri oleh seramai 15 orang termasuk 8 orang besar

Kelantan dan Siam serta 7 orang pejuang Pahang. Kuih Serabai, bubur jagung muda dan

air minuman yang dijamukan telah dibubuh racun. Mat Lela telah melarang Dato’

Bahaman dan kawan-kawannya dari menjamah hidangan yang beracun tersebut.

Akhirnya, pembesar Kelantan dan Siam yang khianat memohon maaf dan mengakui

kesalahan mereka.
9
020814-12-1118

Penentangan yang dilakukan oleh Dato’ Bahaman dan pengikutnya iaitu Tok Gajah

dan Mat Kilau telah mendapat kegagalan. Hal ini telah menyebabkan Dato’ Bahaman dan

pengikutnya iaitu Tok gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan kerana gagal untuk

menentang penjajah British di Pahang. Penentangan Dato’ Bahaman dan pengikutnya

mendapat kegagalan kerana mereka kekurangan senjata. Sebelum Dato’ Bahaman

bertolak ke Kelantan, beliau telah menghimpunkan orang-orangnya termasuk Orang Asli.

Dato’ Bahaman telah mengizinkan mereka mengambil keputusan masing-masing

samaada hendak pulang ke Pahang atau tinggal terus di Terengganu mengikutinya. 200

orang pengikut beliau tidak mahu berpisah dengan beliau dan telah pergi ke Kelantan

bersama-samanya.

Sesampainya Dato’ Bahaman di Kelantan, penjajah British memaksa pula Kerajaan

Siam dan Sultan Kelantan supaya membuang negeri Dato’ Bahaman ke Siam. Akibatnya,

pada bulan November 1895, Dato’ Bahaman dan kira-kira 60 orang pengikutnya telah

dibuang negeri ke Chiangmai, Siam Utara. Setelah Dato’ Bahaman meninggal dunia di

sana, pada tahun 1913, barulah Mat Lela, anak beliau bersama-sama 11 orang lagi

kembali ke Pahang, tanah tumpah darah mereka. Sungguhpun perang Dato’ Bahaman

dalam menentang penjajah British di Pahang termasyhur dalam sejarah mendapat

kegagalan, akan tetapi erti penting dan pengaruhnya amat besar. Hal ini disebabkan oleh,

lembaran sejarah cemerlang yang ditulis dengan darah perwira-perwira itu selamanya

menyemangati rakyat Pahang dan rakyat seluruh negara maju dengan gagah berani demi

kemerdekaan tanah air. Semangat dan tindakan Dato’ Bahaman dan pengikutnya yang

patriotik itu menunjukkan watak luhur rakyat negara kita yang lebih rela berputih tulang

daripada menjadi hamba imperialisme

10
020814-12-1118

Pada hari ini, Nama pahlawan Pahang Dato' Bahaman terus kekal di dalam lipatan

sejarah dan tetap mendapat penghargaan sehingga hari ini walaupun sebagai pejuang

tulen yang berani menentang penjajah British di Pahang. Tambahan pula, sebuah sekolah

telah ditubuhkan iaitu Sekolah Menengah Dato' Bahaman yang terletak di daerah

Lancang, di negeri Pahang. Sekolah Menengah Dato' Bahaman didirikan adalah untuk

mengabadikan nama tokoh pejuang ini agar tidak dilupakan oleh zaman.

PENUTUP.

Kesimpulannya, Dato’ Bahaman merupakan anak jati Pantai Timur yang telah banyak

memberikan sumbangan dalam menentang penjajah British di Pahang untuk


11
020814-12-1118

memperjuangkan kemerdekaan negeri Pahang dan tanah air kita. Penentangan untuk

menghalau penjajah British di Pahang ketika itu telah memberi kesan yang baik dan

mendalam kepada rakyat Pahang dan juga masyarakat pada masa kini walaupun

menerima kegagalan.

Secara amnya, perjuangan yang dilakukan oleh Dato’ Bahaman dalam menentang

penjajah British di Pahang pada tahun 1868 hingga 1931 masih diingati sehingga hari ini.

Hal ini dapat dilihat dalam institusi pendidikan menengah dan rendah yang memasukkan

peristiwa penentangan Dato’ Bahaman dalam menentang penjajah British di Pahang pada

tahun 1868 hingga 1931, sumbangan yang beliau lakukan dan kesan daripada

penentangan terhadap penjajah British yang beliau lakukan.

Oleh itu, Belia pada masa kini haruslah mengambil iktibar dari kisah perjuangan

ulama-ulama yang telah banyak berkorban dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah

air dengan menanamkan semangat patriotisme dan sifat berani seperti Dato’ Bahaman.

SUMBER RUJUKAN

1. Arman Sani “darah Titik di Semantan” Diterbitkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka, 1993.
Halaman 5.

12
020814-12-1118

2. A. Talib Ahmad “Sejarah Dato Bahaman Pahlawan Pahang” Diterbitkan oleh Geroda Merah,
2018. Halaman 3.

3. Campur Tangan Inggeris Di Pahang. Dicapai pada 15 May 2021.


https://pekhabar.com/h-i-d-s-campurtangan-inggeris-di-pahang/

4. Dato’ Bahaman. Dicapai pada 17 May 2021.


http://penatokoh.bogspot.com/2014/02/dato-bahaman.html

5. MAT KELUBI, PEJUANG PAHANG YANG DIPISAHKAN KEPALA DARI BADAN.


Dicapai pada 15 May 2021
https://orangkata.my/sejarah/mat-kelubi-pejuang-pahang-yang-dipisahkan-kepada-dari-
badan

6. Pejuang Tempatan – Dato’ Bahaman. Dicapai pada 18 May 2021


http://feldabukitdamar.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/mKLUMt-pi1m/sejarah/66-
pejuang-tempatan-dato-bahaman

7. Peristiwa Jeram Ampai 1894: Kebangkitan Jihad. Dicapai pada 15 May 202.
https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/17/peristiwa-jeram-ampai-1894-kebangkitan-jihad/

8. Sejarah Pahang: “Siapa Dato Bahaman? Dicapai pada 13 May 2021


http://lipis-zaini-blogspot.com/2020/04/sejarah-pahang-siapa-dato-bahaman.html

9. Shamsuddin bin Ahmad “Politik Melayu Pahang dari Tahun 1955 hingga 1984” Universiti
Sains Malaysia, 2016. Halaman 5.

10. SMK DATUK BAHAMAN. Dicapai pada 20 May 2021.


http://smkdatukbahaman.blogspot.com/

13
020814-12-1118

NOTA HUJUNG

14
i
A. talib Ahmad “Sejarah Dato Bahaman Pahlawan Pahang” Diterbitkan oleh Geroda Merah, 2018. Halaman 3
ii
Shansuddin Bin Ahmad “Politik Melayu Pahang Dari Tahun 1955 hingga 1984” Universiti Sains Malaysia,
2016. Halaman 5
iii
Ibid, Halaman 7
iv
http://smkdatobahaman.blog.spot Dicapai pada 20 May 2021.
vv
Ibid, Halaman 5
vi
Ibid, Halaman 10
vii
Ibid, Halaman 11
viii
Arman Sani “darah Titik di Semantan” Diterbitkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka, 1993. Halaman 5
ix
Ibid, Halaman 15
x
Ibid, Halaman 8
xii
Ibid, Halaman 24

Anda mungkin juga menyukai