Anda di halaman 1dari 39

BUKU SKRAP

SEJARAH
PERJUANGAN
Tokoh-tokoh tempatan
Nama :
Joshua Amadeus Wilson

Kelas:
5 Cemerlang

Guru Matapelajaran:
Puan Adeline Eddie
Biodata
NAMA:
JoShua Amadeus Wilson
UMUR:
11 Tahun
TARIKH LAHIR:
10/8/2008
TEMPAT LAHIR:
Rafflesia Medical Centre
HOBI:
Melukis
CITA-CITA:
Graphic Designer In Arts
Isi kandungan
Bil Pekara Mukasurat
1. Penghargaan 1
2. Pengenalan 2
3. Sebab Penentangan 3
4. Dol Said 4
5. Rentap 5
6. Sharif Masahor 6
7. Dato’Maharajalela 7
8. Yamtuan Antah 8
9. Dato’Bahaman 9
10. Tok Janggut 10
11. Mat Salleh 11
12. Antanom 12
11. Haji Abdul Rahman Limbang 13
12. Raja Mahadi 14
13. Datu Tating 15
14. Mat Kilau 16
15. Rosli Dhoby 17
16. Pak Sako 18
17. S.A.Ganapathy 19
18. Lily Eberwein 20

19. Wira Merdeka 21-29


20. Lampiran 30-36
Penghargaan

Jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana telah


banyak membantu saya mencari bahan-bahan untuk
menyiapkan buku skrap ini.

Ucapan terima kasih juga kepada cikgu Adeline Eddie


kerana telah mengajar saya matapelajaran sejarah
dan membimbing saya untuk menghasilkan buku skrap
ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada yang terlibat dalam


menghasilkan buku skrap.

Sekian, dan Terima Kasih.


Pengenalan

Penjajahan dan campur tangan British di negara kita telah menimbulkan rasa tidak

puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan. Pejuang kita telah memimpin rakyat

berjuang dengan gigih untuk mempertahankan kedaulatan tanah air. Sebagai rakyat

kita perlu menghargai pengorbanan mereka. Pemimpin-pemimpin temptan telah

berkorban demi bangsa dan negara. Semangat perjuangan dan keberanian mereka

sewajarnya dihargai dan dicontohi.


Sebab Penentangan
• Rajah menunjukkan Sebab penentangan tokoh-tokoh tempatan
=

Dol Said

•Menentang British bagi mempertahankan kedaulatan Naning.

•Menentang pelaksanaan undang-undang British dan bayaran cukai.

•Pada tahun 1831, Dol Said berjaya mangalahkan British dangan


menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan pembesar dari
daerah Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar.

•Pada tahun 1832, British bertindak menawan pusat pentadbiran Naning dan
membakar rumah penduduk.

•British terpaksa membelanjakan £100 ribu untuk mengalahkan Dol Said .

•British hanya dapat menewaskan Dol Said dalam serangan yang ketiga.

•Pada tahun 1832, Dol Said telah ditewaskan dan tinggal dalam buangan di
Melaka.
Rentap

•Menentang James Brooke kerana menganggap orang Iban sabagai


lanun dan telah menghapuskan petempatan mereka.

•James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk


mangawasi pergerakan orang Iban.

•Pada tahun 1853 ,Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga


Skrang dan mancapai kejayaan.

•Rentap membina kubu pertahanan di Bukit Sadok. Ramai pahlawan


Iban yang menyokongnya.

•Pertempuran yang sengit berlaku antara Rentap dan James Brooke di


Bukit Sadok.

•Rentap telah berundur ke Sungai Entabai dan tidak dapat dikesan


selepas itu.
Sharif Masahor
•Menentang James Brooke yang meluaskan kuasa ke atas wilayah
Sarikei dan mengambil alih kuasa pentadbiran.

•Pada tahun 1855, Sharif Masahor telah menyerang Mukah.


Beliau berjaya mengusir keluar pembesar tempatan yang
manyokong James Brooke.

•Sharif Masahor bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul


Ghapur dan Temenggung Hashim telah mengadakan kerjasama
untuk menyerang Kuching.

•Shafir Masahor tidak dapat mengalahkan pasukan tentera Charles


Brooke, anak saudara James Brooke dan berundur ke Mukah.

•Pada tahun 1861, Shafir Masahor ditewaskan dan dibuang negeri


ke Singapura.

•Setelah dibebaskan, Sharif Masahor menuju ke Selangor untuk


menbantu Raja Mahadi dalam perang saudara yang dikenali
sabagai Perang Klang.
Dato Maharajalela
•Menentang British kerana British memperkenalkan sistem cukai baharu dan
campur tangan dalam adat resam orang Melayu.

•Sultan Abdullah, Dato’Maharaja Lela dan pembesar–pembesar lain telah


mangambil keputusan untuk untuk membunuh J.W.W. Birch.

•Dato’Maharaja Lela dan Seputum telah mambunuh J.W.W. Brich.

•Dato’Maharaja Lela telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada


tahun 1877.
Yamtuan Antah
•Menentang British kerana tidak bersetuju dengan perjanjian antara British
dengan Dato’Kelana Sungai Ujong.

•Yamtuan Antah Juga tidak bersetuju dengan tindakan British menyokong


tindakan Dato’Kelana yang mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya.

•Yamtuan Antah telah menawan Paroi dan membina kubu pertahanan.

•Pihak British mengalahkan pasukan Yamtuan Antah.

•Yamtuan Antah terpaksa berundur Bukit Putus.

•Yamtuan Antah dan British telah mengadakan rundingan perdamaian.

•Yamtuan Antah telah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.


Dato’ Bahaman
•Menentang British disebabkan kehilangan hak mengutip cukai dan
dilucutkan gelaran sebagai pembesar.

•Pada tahun 1891,Dato’Bahaman menyerang Balai Polis Lubuk Terua dan


menawan kembali Lubuk Terua dengan bantuan Tok Gajah dan anaknya Mat
Kilau.

•Pada tahun 1894,Dato’Bahaman menawan Kuala Tembeling dan Jeram


Ampai. Walaupun bagaimanapun British telah bertindak menawan semula
Jeram Ampai.

•Dato’Bahaman terpaksa berundur ke Kelantan dan mendapat perlindungan di


Chiengmai, Thailand.
Tok Janggut
•Tok Janggut menentang British disebabkan cukai dan peraturan tanah
baharu yang membebankan.

•Pada tahun 1915, Tok Janggut telah melancarkan serangan ke atas Pasir
Puteh.

•Pihak British bertindak menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung


Saring.

•Tok Janggut terkorban dalam pertempuran itu.


Mat Salleh
•Menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kerana kehilangan kawasan
pengaruh.

•Mat Salleh membantah cukai yang dikenakan serta peraturan baharu yang
membebankan.

•Pada tahun 1897, Mat Salleh telah mendirikan Kubu di Ranau dan menyerang
Pulau Gaya dan Ambong.

•Mat salleh telah ditewaskan di Tambunan dan dikatakan telah terkorban.


Antanom
•Menentang (SBUB) kerana kehilangan kuasa dan pengaruh, menentang
pembayaran cukai yang dikenakan, menjadikan orang Murut sebagai buruh
paksa dan manceroboh kawasan hutan orang Murut untuk mambina jalan.

•Antanom telah manyatukan orang Murut untuk menentang SBUB.

•Pada tahun 1915, Antanom telah menyerang Pensiangan dan membina kubu
di Sungai Selangit.

•Terkorban dalam Pertempuran di Sungai Selangit.


Haji Abdul Rahman Limbang
•Menentang British kerana penguatkuasaan undang-undang binatang buas,
peraturan tanah baharu dan pas kebenaran untuk menjalankan aktiviti
pertanian.

•Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam
untuk membela petani di Kuala Telemong yang ditangkap kerana menentang
peraturan baharu. Mereka telah membersihkan tanah tanpa mangambil pas
kebenaran.

•Pihak British juga telah mangancam akan mangambil tindakan undang-


undang ke atas mereka yang enggan mambayar cukai.

•Ancaman British untuk magambil tindakan undang-undang menyebabkan


para petani telah manduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala
Berang.

•Pihak British telah melancarkan serangan dan Haji Abdul Rahman Limbong
telah ditangkap.

•Beliau dijatuhi hukuman buang negeri ke Mekah.


Raja Mahadi

• Raja Mahadi menentang campur tangan British dalam


pentadbiran Klang dan perusahaan bijih timah.

•Beliau juga tidak berpuas hati dengan perlantikan Tengku Kudin sebagai Yam
Tuan Selangor oleh British.

•Tengku Kudin & Raja Abdullah telah bekerjasama untuk menentang Raja
Mahadi.

•Raja Mahadi telah mengambil tindakan untuk menyerang Yap Ah Loy di


Kuala Lumpur kerana telah bekerjasama dengan Tengku Kudin.

•Beliau telah dapat dikalahan dan dihantar ke Johor.

•Beliau telah meninggal dunia disana.


Datu Tating

•Dilahirkan di bawah Kesultanan Sulu dan latar belakang ibunya


menunjukkan hubungan rapat dengan pihak kerajaan.

•Beliau merupakan wira sabahan yang tidak senang dengan kehadiran


British di Borneo dan Kepulauan Sulu.

•Kehadiran beliau di Pulau Balambangan mengubah hidup rakyat di sana


apabila beliau berjaya membekalkan jumlah pekerja yang mencukupi untuk
membina benteng dan gudang.

•Tetapi, apabila John Robert muncul dan mengacukan senjata dihadapan


pengikutnya, kemarahan beliau terhadap British pun bermula. Tindakan John
Robert seolah-olah tidak menghormati bangsanya.Hal ini berlaku semasa
perbincangan mengenai pembayaran gaji, kontrak gudang, pembersihan
hutan dan pembinaan kubu.

•Datu Tating berjaya mengumpul sebanyak 300 orang mistik dan suku
Iranun untuk menyerbu British di Pulau Balambangan dan beliau berjaya
mengalahkan British
Mat Kilau   
•Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau

•Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut, Burau.

•Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kampung Kedondong


Pulau Tawar Jerantut Pahang.

•Mat Kilau menentang dasar pungutan cukai yang menindas dan


keangkuhan pihak British.

•Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut bersekutu memulakan


pemberontakkan ke atas pihak British.

•Sultan yang pada masa itu hanya mementingkan darjat dan talian
persahabatan dengan pihak British sanggup mengkhianati bangsa dan
rakyatnya sendiri bagi mematahkan pemberontakkan di Semantan.
Rosli Dhoby

•Menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British. mati di tali gantung


pada 2 Februari, 1950.

•Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua


Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu
pada 3 Disember, 1949.

•Menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang


ditubuhkan bagi menentang British.

•Dihukum tali gantung pada 2 Februari, 1950 oleh British.


Pak Sako
• Pak Sako atau nama sebenarnya Ishak Haji Muhammad merupakan
seorang penulis novel.

•Meletakkan jawatan sebagai Majistret Kelas III kerana tidak suka


bekerjasama dengan British.

•Menyebarkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang melayu melalui


penulisan novel.

•Menulis novel yang menunjukkan kebencian terhadap British.


S.A.Ganapathy
• Pemimpin yang membela nasib dan kebajikan pekerja estet dengan menuntut
upah yang adil serta mengisytiharkan 1 Mei sebagai Hari Pekerja.

•Beliau menggunakan akhbar untuk membela nasib pekerja-pekerja estet.

•Pada tahun 1947 beliau telah dilantik menjadi presiden Persatuan Kesatuan
Pekerja Se-Malaya.

•British telah menangkapnya atas tuduhan memiliki senjata api dan dijatuhi
hukuman mati.
Lily Eberwein

•Merupakan tokoh pendidikan dan politik di Sarawak.

•Dilantik sebagai Guru Besar Permaisuri Malay girl School dan beliau
menggunakan peluang ini bagi memastikan anak perempuan mendapat
pendidikan.

•Menubuhkan Satok English School pada tahun 1950, dan mengambil pelajar
daripada berbilang kaum.

•Dianugerahkan Tokoh Guru Kebangsaan pada tahun 1977 atas jasa beliau
terhsap masyarakat Melayu Sarawak.
Wira Merdeka

Kebijaksanaan dan kehebatan tokoh-tokoh kemerdekaan telah berjaya


memerdekakan negara kita. Oleh itu, kita harus berasa bangga dan
menghargai pengorbanan mereka.

Masyarakat Malaysia menyanjung tinggi usaha dan pengorbanan para


pemimpin negara ketika itu bagi mencapai kemerdekaan dalam suasana
harmoni dan tanpa pertumpahan darah.

Menurut aktivis sosial dan pengkaji sejarah, Abdul Rahim Ahmad,


sebenarnya orang Melayu yang dipimpin pahlawan mereka telah
melancarkan perang patriotik terhadap penjajah Inggeris pada kurun ke-18
lagi.
Wira Merdeka
Wira Merdeka
Wira Merdeka
Wira Merdeka
Wira Merdeka
Wira Merdeka
Wira Merdeka
Wira Merdeka
Lampiran
Lampiran 1 Keratan Akhbar Sarawak

Lampiran 2 Sharif Masahor


Lampiran
Lampiran 3 Anthanom

Lampiran 4 Mat Salleh


Lampiran
Lampiran 5 Rentap

Lampiran 6 Tokoh di Tanah Melayu


Lampiran
Lampiran 7 Tokoh-Tokoh Kemerdekaan
Lampiran
Lampiran 8 Kawasan Penentangan

Lampiran 9 kawasan penentangan Mat Salleh


Lampiran
Lampiran 10 Kawasan penentangan Dato Maharajalela

Lampiran 11 Kawasan Penentangan Tok janggut


Lampiran

Anda mungkin juga menyukai