Anda di halaman 1dari 3

BIODATA TOKOH WIRA MERDEKA

Nama : Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Lahir : 08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).

Pendidikan : 1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.

1916 - Penang Free School, Penang.

1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.

1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

Kerjaya : 1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi,
Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL
dan Presiden Mahkamah Session Selangor.

1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.

1956 - Rombongan Merdeka ke London.

1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.

1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.

1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.

1970 - Bersara dari Politik.

06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian
Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di
Makam Di Raja Langgar.
BIODATA TOKOH WIRA MERDEKA

Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962) merupakan pengasas dan
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar
Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18
Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.

Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor serta merupakan anak kepada Datuk Jaafar bin Haji
Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara
oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum
melanjutkan pelajarannya di England.
Beliau pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, beliau
menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

1895: Dilahirkan di Seri Gambir, Johor Bahru .


1901 Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor. Belajar
bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.
1902 Ibunya Rugayah meninggal dunia
1903 Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai pengiring
putera-putera Sultan Johor.
1910 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.
1910-1911 Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
1911 Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
1911 Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah (gadis Cina yang merupakan anak angkat
bapanya). Mendapat empat orang anak dan isterinya meninggal dunia beberapa tahun
kemudian.
1915 Berkahwin kali kedua dengan Che Jamilah dan mendapat seorang anak iaitu Ismail
bin Onn. Isterinya meninggal dunia.
Berkahwin kali ketiga dengan Che Kah, seorang pelakon bangsawan.
1917 Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati,
Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.
1919 Berkahwin kali keempat dengan Halimah Hussein, janda adiknya. Mendapat 3 anak
termasuk Tun Hussein Onn.
1920 Bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada
31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
1922 Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana
pujukan Tengku Ismail.
1923 Pegawai di Pejabat Tanah Muar
1924 Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
1927 Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan elaun
RM200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan
sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.
1927-1936 Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita
Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror.
Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara
dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.
1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura
1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.
1936-1941 Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
1942-1945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
1945-1946 Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat
1946-1949 Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
1946 Menganjurkan Kongres Melayu 1946
1946-1951 (umur 52): Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama.
Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947.
1949 (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada
UMNO.
1951 Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak.
Maka Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis
Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.
1951 Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan
penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama
pada tahun 1955.
1955 Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955
1959 Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang (dikatakan menyertai PAS).
1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan
dalam pilihan raya Persekutuan.
1962 (umur 67): Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam Mahmoddiah Johor Bahru.

Anda mungkin juga menyukai