Anda di halaman 1dari 5

TOKOH SEJARAH NEGARA

Tun Hussein bin Dato' Onn


Tun Hussein bin Dato' Onn merupakan Perdana Menteri
Malaysia ketiga yang berkhidmat dari
tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai
seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai
perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak
keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan
kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya
dalam pemupukan perpaduan di kalangan
masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai
"Bapa Perpaduan".

BIODATA

Dilahirkan di Johor Bahru, Hussein Onn adalah anakanda kepada Dato' Onn Jaafar yang
menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Bondanya
Datin Halimah Hussein.

 Pendidikan

 English College Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge.


 1940 - Masuk Maktab Tentera di Dehra Dunn, India.
 1958 - Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln's Inn, London.
 Kerjaya politik

Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok
Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini digelar
Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bharu. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai
Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar
ke Maktab Tentera Sandhurst di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai
Regimen Hyderabad (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan.
Selepas peperangan, kerajaan British melantik Hussein Onn sebagai pengajar di "Pusat
Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.
 Penglibatan Dalam Politik

Hussein Onn pulang ke Malaysia pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor
Bahru. Pada tahun berikut, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong
Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor. Hussein Onn kemudian ditugaskan untuk bekerja di
negeri Selangor, di mana beliau menjadi pegawai daerah untuk Klang dan Kuala Selangor.

Apabila Perang Dunia Kedua tamat pada tahun 1945, Tun Hussein kembali ke Tanah Melayu
dan memulakan tugasnya sebagai Pemerintah Polis Depot, di Johor Bahru. Beliau
kemudiannya bersara dari perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu
pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British.
Selama 6 tahun berkhidmat dalam tentera, Tun Hussein dikenali sebagai seorang yang
berdisiplin dan menepati masa.

Hussein Onn yang berasal daripada sebuah keluarga yang mempunyai semangat nasionalisme
dan akar politik yang mendalam, kemudian meletakkan jawatan perkhidmatan awam untuk
menyertai politik. Semangat Datuk Onn Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan
semangat Tun Hussein untuk bersama bapanya menentang Malayan Union. Tun Hussein
kemudian menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila ayahandanya menubuhkan
Pergerakan Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, Tun Hussein dilantik
sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan
Pemuda UMNO yang pertama pada usia 28 tahun. Beliau kemudiannya menjadi Setiausaha
Agung UMNO dan Tun Abdul Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Walau bagaimanapun penglibatan Tun Hussein mulai pudar apabila cadangan bapanya untuk
membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat diterima oleh orang Melayu.
Apabila Datuk Onn bin Jaafar menarik diri dari UMNO, Tun Hussein kemudianya menyertai
ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada
tahun 1951 dan kemudiannya Parti Negara. Tun Hussein kemudiannya meninggalkan alam
politik apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang
diLincoln's Inn, England dan lulus pada tahun 1958.

Sekembalinya ke tanah air Tun Hussein membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur.
Pada masa itu beliau telah pun berumah tangga dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Hj
Mohd Noah dan mempunyai 6 orang anak. Ibarat sireh pulang ke ganggang beliau menyertai
UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Yang Di-Pertua
UMNO pada tahun 1964. Pada Jun 1969 Tun Hussein dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja
UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO). Walaupun beliau telah lama menghilangkan diri
dari arena politik, tapi UMNO yang mempunyai kepercayaan atas kebolehan beliau
mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur.
Kepercayaan ini tidak meleset kerana Tun Hussein memenangi kerusi Parlimen ini dengan
mudah sahaja pada Mei 1969.

PERANAN DAN SUMBANGAN

Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik
menjadi Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein. Di bawah pentadbiran Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn, Kementerian
Pelajaran terus meningkat maju. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn maju setapak lagi
apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau menjadi salah seorang daripada
tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8
Ogos 1973 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn dilantik menjadi Timbalan Presiden
UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13
Ogos 1973, merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mengangkat
sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada 1978
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden
UMNO. Ketika menjadi Perdana Menteri Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah
meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein khususnya dalam menggerakkan 'Dasar Ekonomi Baru'.

Sebagai seorang perwira, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn fasih tentang hal ehwal
keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan
dipermodenkan apatah lagi rantau Asia Tenggara ketika itu gempar ekoran jatuhnya Vietnam
Selatan ke tangan komunis dan termashyurnya cita-cita 'Teori Domino' komunis. Semasa
pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-bandar semasa
tempoh darurat, telah diperhebatkan malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis
dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengitipan (intelligen) yang berjaya. Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang melayari Malaysia
meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan
program-program yang diketegahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru.
Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya mengawal keadaan dan membantu Malaysia
berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pernah
menjalani rawatan jantung pada awal 1981. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya
melancarkan Rancangan Malaysia yang ke 4 pada bulan April 1981. Seperti bapanya,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup
masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain
terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, Allahyaraham Tun Hussein
bin Dato'Onn melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu
dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi
negara. Keamanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar menjadikan
Malaysia sebuah negara yang stabil politik dan ekonominya. Sumbangan Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh. Akibat
kesihatan beliau yang merosot, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menyatakan
hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri
dari kepimpinan negara. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato'
Seri Dr Mahathir bin Mohamad pada 18 Julai 1981. Tetapi beliau masih aktif dalam
pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan ISIS.

Anda mungkin juga menyukai