Anda di halaman 1dari 6

TENTATIF ACARA MAJLIS KERAIAN PERKAHWINAN IJAD-RUBY masa tentatif 800 ketibaan tetamu dan keluarga skrip (mengalu-alukan

kehadiran tetamu) butiran tetamu mengambil tempat, mengisi meja kosong disambut wakil keluarga lelaki tetamu kehormat disambut wakil keluarga pengantin, dibawa ke meja VIP Mic MC teknikal

815 ketibaan jemputan kehormat

Majlis mengalu-alukan kehadiran, (Protokol salutasi)

820 Bukabicara Alu-aluan Pengacara Majlis

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt. (Salutasi protokol VIP) Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kerana pada ' malam ini, di dewan berhias indah ini, dari Dewan Tunku Kelab Golf Negara Subang, kita bersama-sama berhimpun dan berkumpul dalam suasana penuh meriah,indah dan penuh ceria bagi meraikan perkahwinan, dua insan cukup istimewa malam ini , sebagai raja dan ratu sehari kita meraikan pasangan mempelai, Mohd Nazari Ahmad dan surinya, Ruby Atul Adawiyah Othman Majlis ingin mengalu-alukan kehadiran para tetamu kehormat dan jemputan para kerabat, ahli keluarga kedua-dua mempelai yang jauh dan dekat "buah pauh si bunga rampai kilau bintang sungguh mengasyikkan orang jauh dan dekat sudahlah sampai selamat datang majlis mengucapkan"

masa

tentatif

skrip Majlis begitu berbesar hati dengan kehadiran para jemputan, Yang berbahagia Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk dan Datin, para tetamu, hadirin dirahmati sekalian Majlis meraikan perkahwinan kedua mempelai malam ini, menjadi begitu istimewa untuk kedua-dua mempelai, kerana ia diadakan dengan tujuan khusus bagi meraikan para sahabat,rakan niaga dan kenalan kedua-dua mempelai, terutamanya dari sekitar kawasan Lembah Kelang ini sememangnya, kedua-dua mempelai, Mohd Nazari dan Ruby sendiri, begitu mesra dan dekat dengan sahabat-handai dan rakan-taulan justeru, kehadiran anda, tetamu-tetamu jemputan sekalian tentunya memberikan makna yang begitu bererti kepada kedua mempelai yang diraikan malam ini "indah terang sinar rambulan menghias malam rindu dibuai berhimpun tamu sahabat dan taulan meraikan mempelai ikatan dimeterai" "kuih bahulu hidangan tradisional mangkuk timah penuh sarat kalau dahulu tidak berkenal sekarang bermesra semakin erat"

butiran

teknikal Mic MC

masa

tentatif (menunggu ketibaan pengantin perempuan )

skrip Hadirin, ruang masa yang ada, memberikan kesempatan kepada kita semua yang duduk semeja mungkin dapat bersuai kenal, beramah mesra menjalin perkenalan ukhwah jika ada yang sebelum ini sekadar mengenali nama barangkali malam ini kesempatannya untuk saling mengenali lebih dekat, acara lebih menarik sebentar sahaja lagi, kita menantikan ketibaan mempelai perempuan Ratu Sehari yang akan diraikan bersama malam ini Kalau saya yang dihadapan ini merasakan debaran untuk melihat keanggunan puteri mempelai malam ini tentunya sang Raja Sehari kita, mempelai lelaki berlebih-lebihan lagi debarannya "mekar cempaka kembang mengawan berhias indah memutih salju sabar menantikan pengantin perempuan debar di hati tak siapa yang tahu" Ketibaan pengantin perempuan nanti, akan disambut menawan oleh arjunanya, dan kedua mempelai akan beriringan tamu ke meja hidangan utama Bersama-sama kita menantikan saat-saat manis dan indah ini

butiran

teknikal

(Pengantin lelaki dah sedia di Gazebo)

masa tentatif skrip 830 ketibaan pengantin perempuan Para tetamu,jemputan (Red-Carpet) hadirin-hadirat sekalian dipohon berdiri kita tumpukan perhatian, bersama-sama meraikan ketibaan mempelai perempuan ,Ruby Atul Adawiyah Othman, penuh anggun dan berseri-seri memasuki ruang dewan dengan diiringi masuk oleh gadis-gadis kecil penuh santun dan gemalai melangkah ayu dan rupawan menghampiri dekat putera di takhta mempelai lelaki bersedia menyambutnya, Mohd Nazari Ahmad,penuh segak memapar gaya "tunduk segala rakyat jelata memberi takzim raja gahari raja rupawan di atas takhta duduk memerintah barang sehari" "di malam hari terang senegeri bulan purnama di hujung ambai majlis gahari bertambah seri menyambut hadirnya kedua mempelai" berseri-seri, anggun bistari ratu malam ini, Ruby Atul Adawiyah, menghampiri penuh kasih suami tercinta, Mohd Nazari Ahmad, menyambut dengan senyum kucup kasih diberi tanda ikhlas bersatu hati kedua mempelai, kini berjalan seiringan sejiwa sehati melangkah penuh senyum para jemputan turut tertawan melihat mempelai sama cantik sama sepadan

butiran Pengantin perempuan memasuki ruang pintu utama diiringi gadis2 penari muzik klasikal, lampu dimm Pengantin lelaki menunggu di Gazebo kemudian berjalan beriringan menuju ke meja utama (di meja utama, bersambut untuk dipersilakan duduk)

teknikal audio : muzik klasikal

masa

tentatif

skrip "panas kering siapa kan tahu hujan rintik di daun pandan berjalan seiring seganding bahu sama cantik sama sepadan" "pokok pulai tidak berduri di anyam bumbung luas melebar dua mempelai berseri-seri dua jantung berdebar-debar" Ikatan dua hati telah dimeterai janji seia sekata sehidup semati sama dipatri namun debaran meraikan detik-detik indah ini masih lagi terasa dug dag dug dagnya "orang jauh berkirimkan surat berkali-kali dibaca jua ikan di laut asam di darat dalam kuali bertemu jua" begitulah kias ibarat pertemuan Mohd Nazari dan Ruby Atul Adawiyah siapa kan sangka, setelah lama bekerja bersama mata yang selalu terpandang-pandang senyum yang selalu berbalas kuntum rupanya petanda dua hati telah bertaut ternyata suratan jodoh itu kuat "tiup serunai di atas kota uda memupuk kuntum melati mula berkenal kemudian bercinta cinta tersemai di dalam hati"

butiran

teknikal

masa

tentatif

skrip "ikan di laut asam di darat dalam kuali bertemu jua hati terpaut janji diikat atas pelamin bertemu jua"

butiran

teknikal

Anda mungkin juga menyukai