Anda di halaman 1dari 8

SMK BUKIT JELUTONG

TEKS JURUACARA
MAJLIS PERASMIAN, KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI 2014
DAERAH PETALING PERDANA

8.00 PAGI : ACARA BERMULA

SALUTASI
Bismillahirahmanirrahim,
Yang Berusaha,
Puan Aisah binti Sidan
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong
Ahli-ahli Jawatankuasa Karnival, guru-guru,para peserta pertandingan,
seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian...
Assalamualaikum W.B.T dan salam Satu Malaysia.....

UCAPAN ALU-ALUAN JURUACARA


Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah Pembuka bicara
Pohon meranti tiga sebatang
Ditebang orang tiga pemuka
Tuan puan dinanti sudahlah datang
Apa perkara nan kita buka
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan
limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Karnival Sains &
Teknologi 2014, Daerah Petaling Perdana.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan peserta


pertandingan dari sekolah menengah seluruh Daerah Petaling Perdana ke
Karnival ini.
Alhamdulillah, ini merupakan tahun kedua berturut-turut Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong menjadi tuan rumah bagi Karnival
Sains & Teknologi 2014, Daerah Petaling Perdana.

BACAAN DOA
Hadirin sekalian,
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah
tangan memohon berkat, agar Karnival Sains & Teknologi kita pada pagi
ini mendapat rahmat. Oleh itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan
adik
____________________________untuk
mengetuai
bacaan
doa..Dipersilakan..
Majlis
merakamkan
jutaan
terima
kasih
kepada
adik
_____________________________ kerana menyempurnakan bacaan doa itu
tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN & PERASMIAN PENGETUA


Hadirin yang dihormati,
Untuk tidak melengahkan masa, marilah sama-sama kita mendengar
ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha Puan Aisah binti Sidan,
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong, dan seterusnya
merasmikan Karnival Sains & Teknologi 2014, Daerah Petaling Perdana.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.
Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan
Aisah binti Sidan di atas kesudian merasmikan Karnival Sains & Teknologi
2014, Daerah Petaling Perdana.
PERTANDINGAN BERMULA
Hadirin sekalian,
Dengan beraakhirnya perasmian itu tadi, maka bermulalah Karnival Sains
& Teknologi 2014 kita pada pagi yang indah ini. Di harapkan agar guruguru dan para peserta khasnya mempunyai semangat, azam dan telah
pun bersedia untuk bertanding pada hari ini.

Saya Jihan binti Jaafar, selaku juruacara majlis dan wakil ahli jawatankuasa
sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kesudian
hadirin pada hari ini.
Dengan ini, saya menyerahkan majlis kepada Puan Liza binti Dahlia selaku
___________________________ untuk memberikan taklimat tentang aturcara
dan pertandingan pada hari ini. Dipersilakan.
MAJLIS PENUTUP
KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI 2014
DAERAH PETALING PERDANA
PENGUMUMAN JURUACARA
Saya bagi
guru-guru,
sekalian.

pihak majlis
para
peserta

Untuk makluman tuan-tuan


sekalian,
majlis akan bermula sebentar lagi.

m e nga lu -a luka n ke da ta nga n


pertandingan, dan hadirin
dan

puan-puan

serta

hadirin

Dijemput tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian mengambil


tempat.
KETIBAAN TETAMU KEHORMAT
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Ahmad Zaini Bin Mat
Penolong Pegawai Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana
ke
Majlis
Pe n u t u p
Pe r t a n d i n g a n
Karnival
Sains
Te k n o l o g i 2 0 1 4 , D a e r a h P e t a l i n g P e r d a n a .

&

Te t a m u k e h o r m a t , g u r u - g u r u , p a r a p e s e r t a p e r t a n d i n g a n
serta hadirin sekalian dipersilakan duduk.
SALUTASI
Bismillahirahmanirrahim,
Yang Berbahagia,
Encik Ahmad Zaini Bin Mat
Penolong Pegawai Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana
Yang Berusaha,

Puan Aisah binti Sidan


Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Karnival Sains & Teknologi 2014, Daerah Petaling Perdana
Ahli-ahli Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Karnival, guru-guru, para
peserta pertandingan, seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati
sekalian...
Assalamualaikum W.B.T dan salam Satu Malaysia.....
UCAPAN ALU-ALUAN JURUACARA
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan
limpah dan kurnianya sekali lagi dapat kita berkumpul di dewan terbuka
ini untuk majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadian, Karnival
Sains & Teknologi 2014, Daerah Petaling Perdana.
Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Encik Ahmad
Zaini Bin Mat
Penolong Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling
Perdana, ke majlis ini.
Untuk makluman hadirin, sebanyak 43 buah sekolah menengah yang
terpilih untuk menyertai pertandingan Karnival Sains & Teknologi Daerah
Petaling Perdana pada tahun ini. Bagaimanapun pada hari ini, hanya 30
buah sekolah yang mendaftar dan terlibat dalam pertandingan ini.
UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN OLEH TETAMU KEHORMAT
Untuk tidak melengahkan masa, majlis dengan hormatnya menjemput
Yang Berbahagia Encik Ahmad Zaini Bin Mat, Penolong Pegawai
Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana menyampaikan
ucapan dan seterusnya menutup secara rasmi Karnival Sains & Teknologi
2014, Daerah Petaling Perdana.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.
Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Encik Ahmad Zaini Bin Mat, Penolong Pegawai Pendidikan, Pejabat
Pendidikan Daerah Petaling Perdana di atas ucapan perasmian penutupan
itu tadi.
PENYAMPAIAN HADIAH

Hadirin sekalian,
Sekarang tibalah masanya untuk majlis penyampaian hadiah kepada para
pemenang.
Untuk menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya sekali
lagi menjemput Yang Berbahagia Encik Ahmad Zaini Bin Mat, Penolong
Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, dengan
diiringi oleh Puan Aisah binti Sidan, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola,
Karnival Sains & Teknologi 2014, Daerah Petaling Perdana, untuk naik ke
atas pentas.

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah bagi :


1. Pertandingan Saintis Muda
Tempat
kelima
disandang
Kebangsaan_____________________
Tempat
keempat
disandang
Kebangsaan___________________
Tempat
ketiga
disandang
Kebangsaan_____________________
Naib
johan
disandang
Kebangsaan_____________________

oleh
oleh
oleh
oleh

Johan
disandang
oleh
Kebangsaan_____________________

Sekolah

Menengah

Sekolah

Menengah

Sekolah

Menengah

Sekolah
Sekolah

Menengah
Menengah

2. Pertandingan Solar Boat


Tempat
ketiga
disandang
Kebangsaan_____________________
Naib
johan
disandang
Kebangsaan_____________________
Johan
disandang
oleh
Kebangsaan_____________________

oleh
oleh

Sekolah
Sekolah
Sekolah

Menengah
Menengah
Menengah

3. Pertandingan Solar Car


Tempat
ketiga
disandang
Kebangsaan_____________________
Naib
johan
disandang
Kebangsaan_____________________

oleh
oleh

Johan
disandang
oleh
Kebangsaan_____________________

Sekolah
Sekolah
Sekolah

Menengah
Menengah
Menengah

4. Pertandingan Solar Cooking


Tempat
ketiga
disandang
Kebangsaan_____________________
Naib
johan
disandang
Kebangsaan_____________________

oleh
oleh

Johan
disandang
oleh
Kebangsaan_____________________

Sekolah
Sekolah
Sekolah

Menengah
Menengah
Menengah

5. Pertandingan Pelancaran Roket


i) Untuk Kategori Target
Tempat
ketiga
disandang
oleh
Kebangsaan_____________________
Naib
johan
disandang
oleh
Kebangsaan_____________________
Johan
disandang
oleh
Kebangsaan_____________________

ii)

Untuk Kategori Payung Terjun

Sekolah
Sekolah
Sekolah

Menengah
Menengah
Menengah

Tempat
ketiga
disandang
oleh
Kebangsaan_____________________

Sekolah

Naib
johan
disandang
oleh
Kebangsaan_____________________
Johan
disandang
oleh
Kebangsaan_____________________

iii)

Sekolah
Sekolah

Menengah
Menengah
Menengah

Untuk Keseluruhan Pertandingan Pelancaran Roket

Tempat
ketiga
disandang
oleh
Kebangsaan_____________________

Sekolah

Naib
johan
disandang
oleh
Kebangsaan_____________________
Johan
disandang
oleh
Kebangsaan_____________________

Sekolah
Sekolah

Menengah
Menengah
Menengah

PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA TETAMU KEHORMAT


Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia
Encik Ahmad Zaini Bin Mat, Penolong Pegawai Pendidikan, KoAkademik,
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, di atas kesudian
menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada yang tidak
berjaya, jangan berputus asa, cuba lagi tahun hadapan.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Sebagai tanda kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Encik Ahmad


Zaini Bin Mat, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Puan Aisah
binti Sidan untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia
Encik Ahmad Zaini Bin Mat.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Puan Aisah


binti Sidan atas kesudian menyampaikan cenderahati kenang-kenangan
kepada Yang Berbahagia Encik Ahmad Zaini Bin Mat.
Tiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Maka majlis kita telah
sampai ke penghujungnya. Sekalung apresiasi sekali lagi diucapkan
kepada Yang Berbahagia Encik Ahmad Zaini Bin Mat atas kesudian hadir
ke majlis yang bermakna ini.
PENUTUP
Hadirin sekalian,
Dengan ini Karnival Sains & Teknologi bagi tahun 2014 menutup tirainya.
Sesungguhnya segala usaha dan sumbangan anda semua amat dihargai
dan diingati selalu..
Majlis juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Karnival
Sains & Teknologi 2014, Daerah Petaling Perdana.
Dengan ini, saya Jihan binti Jaafar
Dan saya Mohd. Naim bin A. Rahim..ingin memohon maaf atas segala
kekhilafan sepanjang kami mengacarakan majlis pada hari ini.
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi
Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Selamat jalan kami ucapkan
Berhati-hati ketika memandu
Sekian ,salam hormat, wabilahitaufik walhidayah wasalamualaikum
warahmatullah hi waba rakatuh....
Dijemput Tetamu kehormat dengan diiringi oleh Puan Aisah ke jamuan
yang telah disediakan...

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai