Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacara Majlis

Program Minggu Sains & Matematik

Kata alu-aluan Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Yang berusaha, Puan Kanakam, Guru Besar SJKT Ladang Boh 2

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Jayarajalechmee


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Puan Ponmalar

Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Selamat pagi dan salam sejahtera


Nyanyian lagu Majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku, Lagu
Negeri Pahang dan Lagu Sekolah dengan iringan muzik.
Pengenalan Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana limpah kurnia-Nya kita dapat
berhimpun dalam Program Minggu Sains dan Matematik bagi sesi 2022.

Untuk pengetahuan para guru dan murid, Program Minggu Sains dan
Matematik diadakan pada hari ini, bermula pada jam 8 pagi sehingga 1.30
tengahari.

Tujuan bulan Sains dan Matematik diadakan adalah untuk menimbulkan


minat dalam kalangan murid untuk mempelajari ilmu Sains dan Matematik
dengan lebih mendalam di samping membentuk keyakinan dalam diri
murid bahawa Sains dan Matematik bukanlah matapelajaran yang sukar,
tetapi adalah mata pelajaran yang mencabar, menarik dan
menyeronokkan.
Perasmian Kalau Tuan Pikat Kenari
Jangan Patahkan Batang Jerami
Kepada Puan Kanakam Hormat Diberi
Mohon Rasmikan Majlis Kami

Untuk itu, Majlis menjemput Guru Besar SJKT Ladang Boh 2, Puan
Kanakam bagi memberi ucapan serta melakukan gimik perasmian untuk
merasmikan Program Minggu Sains & Matematik.
Info pertandingan Dengan ini, bermulalah Program Minggu Sains & Matematik dengan
rasminya.
Sebelum majlis ini diteruskan, eloklah kiranya saya menyatakan sedikit
sebanyak tentang aktiviti dan pertandingan yang akan dijalankan sebentar
lagi. Program Minggu Sains & Matematik bermula dengan Pertandingan
‘Young Scientist iaitu pada jam 8.15 pagi sehingga 9.15 pagi, berlangsung
di tapak perhimpunan. Diikut dengan ‘Pertandingan Bingdoku’, bermula
pada jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi, berlangsung di. Seterusnya ialah,
pertandingan Smartinis bermula pada jam 11.00 pagi hingga 12.00
tengahari, berlangsung di bilik mesyuarat dan diakhiri dengan
pertandingan Shape-Up pada jam 12.15 tengahari hingga 1.15 petang,
berlangsung di . Selamat mencuba dan semoga berjaya kepada semua
murid SJKT Ladang boh 2 yang dikasihi.

Penyampaian hadiah Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah. Dijemput Puan Kanakam
Teks Pengacara Majlis
Program Minggu Sains & Matematik

untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi Pertandingan ‘Young Scientist’, tempat ketiga, dimenangi oleh


kumpulan……………….… Tempat kedua dimenangai oleh kumpulan
…………….…….. dan Tempat Pertama dimenangi oleh kumpulan ………………..
……..

Terima kasih kepada Puan Kanakam yang menyampaikan hadiah.

Seterusnya penyampaian hadiah bagi Pertandingan ‘Bingdoku’. Dijemput


Puan Jayarajalechmee untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

Tempat ketiga, dimenangi oleh kumpulan……………….… Tempat kedua


dimenangai oleh kumpulan …………….…….. dan Tempat Pertama dimenangi
oleh kumpulan ………………..……..

Terima kasih kepada Puan Jayarajalechmee yang menyampaikan hadiah.

Seterusnya, majlis menjemput Puan Pon Malar untuk menyampaikan


hadiah kepada para pemenang bagi Pertandingan Smartinis.

Tempat ketiga, dimenangi oleh kumpulan……………….… Tempat kedua


dimenangai oleh kumpulan …………….…….. dan Tempat Pertama dimenangi
oleh kumpulan ………………..……..

Terima kasih kepada Puan Jayarajalechmee yang menyampaikan hadiah.

Seterusnya penyampaian hadiah bagi pertandingan terakhir bagi Program


Minggu Sains & Matematik, iaitu Pertandingan ‘Shape Up’. Untuk itu,
majlis menjemput Cik Umaiyah untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

Tempat ketiga, dimenangi oleh kumpulan……………….… Tempat kedua


dimenangai oleh kumpulan …………….…….. dan Tempat Pertama dimenangi
oleh kumpulan ………………..……..

Terima kasih kepada Cik Umaiyah yang menyampaikan hadiah.

Penutupan Dengan ini, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Saya mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua guru dan murid-murid yang memberi
kerjasama dan komitmen yang baik. Izinkan saya mengakhiri dengan
serangkap pantun.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.
Teks Pengacara Majlis
Program Minggu Sains & Matematik

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai