Anda di halaman 1dari 2

PERASMIAN

Selamat pagi,Salam Malaysia Madani dan Salam segulai sejalai,


Yang berusaha, Encik Manggas anak Dalang, Guru besar SK Nanga Dalai, Yang dihormati,
Encik Walter anak Kasin, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Richie anak Patrick Daun,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Edwin anak Boniface Begup, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Bagi memulakan majlis, marilah kita sama-sama berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku
dengan iringan muzik.
**semua hadirin dipersilakan duduk.
Hadiri yang dihormati,
Tidak molek jika alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika payung tiada perahunya,
Tidak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Oleh itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang berusaha, Encik Manggas anak
Dalang, Guru Besar SK Nanga Dalai untuk menyampaikan ucapan perasmian penangguhan
program Hari Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Nanga Dalai bagi tahun 2023. Majlis
mempersilakan.
**Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang berusaha Encik Manggas
anak Dalang atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan program Hari Tunas
Kadet Remaja Sekolah. Seperti yang kita sedia maklum, pertandingan ini melibatkan semua
murid SK Nanga Dalai iaitu dari Prasekolah sehingga murid tahun 6. Pertandingan yang
dianjurkan ialah pertandingan mewarna tercantik bagi kategori prasekolah, pertandingan
mencari gambar tersembunyi bagi kategori tahun 1, pertandingan mencari perkataan
tersembunyi bagi kategori tahun 2 dan pertandingan pandu arah kembara bagi kategori
tahun 3, 4, 5 dan 6.
Bagi menyempurnakan majlis, dijemput Encik Mohd Amir bin Endin, Guru Penyelaras Tunas
Kadet Remaja Sekolah untuk mengiringi Yang berusaha Encik Manggas anak Dalang , Guru
Besar SK Nanga Dalai bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

1. Pertandingan mewarna tercantik kategori prasekolah


JOHAN ……………………………………….
SAGUHATI: ……………………………………………….
2. Pertandingan mencari gambar tersembunyi tahun 1
JOHAN…………………………………………….
SAGUHATI:……………………………………….

3. Pertandingan mencari perkataan tersembunyi bagi tahun 2


JOHAN: ……………………………………
SAGUHATI:………………………………

4. Pertandingan Pandu Arah Kembara bagi kategori tahun 3, 4,5 dan 6.


TEMPAT KEEMPAT: ………………………………
TEMPAT KETIGA:……………………………………
JOHAN:………………………………………….
TEMPAT KEDUA:………………………………………
Tahniah kepada semua pemenang.
**Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang berusaha encik Manggas
anak Dalang atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

PENUTUP
Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafahan dipinta.
Sebelum majlis melabuhkan tirainya, semua hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan
lagu Ibu Pertiwiku dan lagu Kadet Remaja sekolah.
Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang
berlangsungnya program ini. Semua hadiri dijemput naik ke atas pentas untuk sesi fotografi.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai