Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI PENGANUGERAHAN MURID SK

PANTU 2019

QUE ANN

KETIBAAN Mengumumkan ketibaan


TETAMU KHAS ……………………………………………………………..masuk ke
dewan.

NYANYIAN Nyanyian lagu Negaraku


LAGU
 Lagu negaraku

Semua hadirin dipersilakan duduk.

SALUTASI Yang Berusaha,

En. Munau Bongsang, Ketua Unit Pengurusan Organisasi, PPD Sri Aman.

Yang berusaha,

En. Tommy ak David Musa, Pen. Kanan Kurikulum SK Pantu,

Yang Berusaha, En. Bugie Saran, Pen . Kanan Hal Ehwal Murid SK
Pantu,

Yang Berusaha, Pn. Easter ak Ugas, Pen. Kanan Kokurikulum SK Pantu,

Yang Dihormati,

En. Rowland ak Agah,

YDP PIBG SK Pantu.

Ketua-ketua jabatan, para kaunselor, penolong-penolong kanan, guru-


guru, penghulu, tuai-tuai rumah, para ibu bapa serta murid-murid yang
dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

UCAPAN ALU- Dari Dewan Sri Pantu, mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke
ALUAN MC
“MAJLIS PENGANUGERAHAN MURID SK PANTU 2019”

Hadirin sekalian,

Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat kita sama-
sama berkumpul pada pagi yang berbahagia ini bagi menjayakan majlis
yang cukup bermakna. Majlis pada hari ini akan menganugerahkan
penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan kesungguhan dalam
pelbagai bidang akedemik. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga
pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan pradigma
dan pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar.

Sebelum kita meneruskan majlis pada hari ini, majlis dengan segala

BACAAN DOA hormatnya mnjemput yang dihormati Father John Ugil bagi memimpin
bacaan doa pemberkatan majlis. Dipersilakan.

 Bacaan doa

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Father John Ugil atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN ALU- Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


ALUAN PK 1 Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah Majlis jika tiada yang berbicara

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang berusaha,

En. Tommy ak David Musa, Pen. Kanan Kurikulum SK Pantu bagi


menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

 Ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En.


Tommy atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

PERASMIAN Kalau tuan pikat kenari


Jangan patahkan batang jerami

Kepada tuan mandat diberi

Mohon disempurnakan majlis kami

 Kita teruskan lagi majlis pada hari ini dengan ucapan perasmian. Untuk
itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha En. Munau Bongsang, Ketua Unit Pengurusan Organisasi, PPD
Sri Aman bagi menyampaikan ucapan perasmian seterusnya
menyempurnakan gimik pelancaran Hari Penganugerahan Murid SK
Pantu tahun 2019. Dipersilakan.

 Ucapan

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En. Munau atas kesudian
merasmikan majlis penganugerahan murid pada hari ini.

PERSEMBAHAN Sebelum kita meneruskan majlis pada hari ini, marilah kita sama-sama
1 berhibur dahulu dengan persembahan daripada murid-murid Sk Pantu.
Untuk itu, majlis menjemput kumpulan Kelab Kebudayaan Sk Pantu bagi
mempersembahkan tarian joget mereka. Dipersilakan.

 Tarian

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan Kelab Kebudayaan atas


persembahan yang sungguh menghiburkan sebentar tadi.

PANYAMPAIAN Melati kuntum rotan berhias,


SIJIL Tumbuh melata di tepi kali
PRASEKOLAH &
Majlis Penganugerahan Murid 2019
SIJIL TAMAT
SEKOLAH Murid cemerlang kita hargai.
RENDAH MURID
TAHUN 6
Hadirin yang dihormati,
Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Acara penganugerahan sijil dan
hadiah pada hari ini akan dimulakan dengan penyampaian Sijil- Sijil bagi
murid Prasekolah dan sijil tamat sekolah rendah murid tahun 6 2019.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan...............................................................................................
...........................................................................................................diiringi
oleh ...............................................................................................................
...................................................................................................untuk naik
ke pentas bagi menyampaikan sijil dan hadiah. Dipersilakan.

 Sijil tamat prasekolah


 Anugerah murid harapan
 Anugerah kehadiran 100%
 Anugerah gigi cantik.
 Sijil tamat sekolah rendah murid tahun 6

Terima kasih diucapkan kepada


……………………………………………………………………………..
atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.
ANUGERAH Hadirin yang dihormati,
AKADEMIK Kita akan teruskan lagi majlis kita pada hari ini dengan penyampain sijil
( kedudukan dan hadiah akademik bagi kelas aliran perdana dan PPKI bagi kategori
tertinggi) Murid Cemerlang bagi setiap kelas tahun 2019. Untuk itu majlis dengan
segala hormatnya menjemput
……………………………………………………………………………
…………………………….diiringi oleh
……………………………………………………………………………
…………….. bagi menyampaikan sijil dan hadiah. Dipersilakan.

 Pencapaian terbaik kelas – murid yang menunjukkan prestasi


yang cemerlang sepanjang tahun 2019

Terima kasih diucapkan kepada


……………………………………………………………………………
……………………….. atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah
sebentar tadi.
ANUGERAH Siding dewan yang dihormati, majlis kita pada hari ini akan diteruskan
AKADEMIK lagi dengan penyampaian sijil dan hadiah bagi mata pelajaran terbaik dan
( TERBAIK peningkatan prestasi sepanjang tahun 2019. Untuk itu majlis dengan
MATA segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
PELAJARAN) ……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……. untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sijil dan hadiah.
Dipersilakan.

 Pencapaian terbaik mata pelajaran teras tahap 2 – murid yang


mendapat markah tertingi bagi setiap mata pelajaran teras di dalam
kelas.
 Anugerah peningkatan murid ke tahap 2- murid yang
menunjukkan prestasi memberangsangkan sepanjang berada di
kelas tahun 3.
 Anugerah peningkatan cemerlang kelas pemulihan khas tahap
1 dan 2 – murid yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang
mengikuti kelas pemulihan khas bagi tahun 2019.
 Anugerah terbaik pendidikan islam tahap 1 dan 2 – murid yang
mencapai prestasi cemerlang dalam subjek pendidikan islam.
 Anugerah terbaik kelas PPKI – murid yang menunjukkan
komitmen terbaik dan pencapaian memberangsangkan sepnajang
tahun 2019.

Terima kasih diucapkan kepada


……………………………………………………………………………
………………. atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Dari Kota Setia ke negeri Perlis,

PERSEMBAHAN Singgah bersantai di tepi jeti,


2 ( NYANYIAN Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
APRILIAFIKA & Semoga hadirin terhibur di hati.
REKORDER)

Sidang dewan sekalian,

Bagi menyerikan lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama
menyaksikan persembahan nyanyian solo Dear God dari adik Apreliafika
seterusnya persembahan rekorder dari urid-murid tahun 4 SK Pantu.
Dipersilakan.

 Persembahan nyanyian solo dan rekorder

Terima kasih diucapkan kepada adik apreliafika dan kumpulan murid


tahun 4 atas persembahan yang sungguh memukau sebentar tadi.

SIJIL DAN Hadirin yang dihormati,


HADIAH HEM & Majlis kita pada hari ini akan diteruskan lagi dengan penyampaian sijil
KOKURIKULUM
dan hadiah bagi anugerah-anugerah bidang Hal Ehwal Murid dan ko
kurikulum. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
menjemput.....................................................................................................
...................................diiringi
oleh ...................................................................................... bagi
menyampaikan sijil dan hadiah. Dipersilakan.

 Sijil pengawas
 Sijil ketua dan penolong kelas
 Sijil kehadiran 100%
 Anugerah penerima NILAM
 Sijil-sijil penyertaan ko kurikulum

Majlis merakamkan jutaan terima kasih


kepada ........................................................................atas kesudian
menyampaikan sijil dan hadiah sebentar tadi.

ANUGERAH Sidang dewan yang dihormati,


KHAS & Kita telah sampai ke kemuncak majlis. Kita akan teruskan majlis kita pada
CENDERAHATI pagi ini dengan penyampaian anugerah-anugerah khas. Untuk itu, majlis
VIP dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha,
En. Munau Bongsang, Ketua Unit Pengurusan Organisasi, PPD Sri Aman
diiringi oleh semua penolong kanan dan YDP PIBG untuk menyampaian
sijil dan hadiah. Dipersilakan.

 Anugerah kahas- Terbaik kokurikulum


- Tokoh murid

Dijemput Yang Berusaha En. Tommy, Pen. Kanan Kurikulum untuk


menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat kita sebagai tanda
kenang- kenangan dan terima kasih atas kesudian beliau hadir merasmikan
majlis kita pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusahan En Munau Bongsang


atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah sebentar tadi.
PERSEMBAHAN Hadirin yang dikasihi sekalian,
NYANYIAN Sebelum kita mengakhiri majlis pada hari ini, marilah kita sama-sama
SOLO berhibur dengan persembahan nyanyian solo daripada adik Erocson Haris
dari tahun 6 dengan lagunya If I Let You Go. Dipersilakan.

 Nyanyian solo

Terima kasih diucapkan kepada adik erickson atas persembahan yang


sungguh memukau sebentar tadi.

PENUTUP Burung tekukur terbang rendah

Terbang bersama si burung murai

Saat ini saat penyudah

Tanda majlis melabuhkan tirai

Dengan berakhirnya persembahan tadi maka berakhirlah majlis kita pada


hari ini. Kami mewakili pihak majlis menyusun sepuluh jari sekiranya ada
sebarang kesilapan dan kelemahan sepanjang mengendalikan majlis ini.
Sehingga kita berjumpa lagi.

Sekian...

Anda mungkin juga menyukai