Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PM INSENTIF

Untuk makluman tuan-tuan, puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

UCAPAN PENGUMUMAN

Pihak majlis mengalu-alukan ketibaan para hadirin sekalian ke Majlis Penyerahan Insentif Pelajar Cemerlang SPM
2020 SMK Song No 2.

UCAPAN PEMBUKAAN
Salam sejahtera....

Seiring madah pantun bersambut


Manisnya senyuman secantik ratu
Mesra berdakap kasih terpaut
Persilakan tamu sambut di pintu

LAGU NEGARAKU

“Sidang hadirin sekalian,


Nyanyian lagu Negaraku akan berkumandang sebentar lagi dan hadirin serta hadirat sekalian dijemput untuk bersama-
sama berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku.

Terima kasih diucapkan dan hadirin dipersilakan duduk.

UCAPAN PROTOKOL

Yang Berbahagia En. Lidam Assan,


Yang Berbahagia En Lau Ung Hing, (CEO Mastel Engineering Sdn Bhd)
Yang Berbahagia En Hassan Bin Tahir ( Penolong Pengurus Projek)
Yang Berbahagia En Irwan Bin Abdullah @ Edward Minggu Anak Nyantaw (YDP PIBG SMK Song No 2)
Yang Berusaha En. Abang Ahmad Bin Abang Abdul Wahab, Pengetua SMK Song No. 2,
En Philip Anak Beginda, Penolong Kanan Pentadbiran,
En. Teo Seh Hong, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Catherine Anak Sabang, Penolong Kanan Kokurikulum,

Ketua-ketua bidang, Rakan-rakan pendidik , para ibu bapa dan penjaga, pelajar-pelajar

serta hadirin hadirat sekalian.

Selamat datang ke Majlis Penyerahan Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2020 SMK Song No 2.

Segala rasa kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Esa, kerana dengan keizinanNya kita dapat bersama-sama dalam
Majlis Penyerahan Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2020 SMK Song No 2 di pagi yang penuh bermakna ini.

BACAAN DOA

Ilmu ibarat cahaya penyuluh


Berkatnya penuh dengan rahmat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa dipohon agar selamat
SKRIP PM INSENTIF

Dengan itu , majlis mempersilakan Ustaz Mohamad Zikri Bin Mohamad Nor untuk memimpin bacaan doa. Majlis
dengan hormatnya mempersilakan.....

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohamad Zikri Bin Mohamad Nor atas pimpinan bacaan
doa sebentar tadi.

Moga majlis ini diberkati dari awal sehingga ke penamatnya.

PEMBUKAAN

Selamat pagi, salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
semoga majlis disambut ceria.

Hinggap minum di tepi kali,


Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar Cemerlang Sama dirai ,
Agar Terlaksana Wawasan Negara.

Bersyukur kita pada pagi yang penuh bahagia ini,sekali lagi kita dapat berkumpul bagi meraikan Majlis Penyampaian
Insentif Pelajar Cemerlang SPM tahun 2020 bagi menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima insentif
yang telah berusaha keras demi mencapai kecemerlangan. Sehubungan itu, pada pagi ini , pelajar SPM kohort 2020
yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik akan diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan
pihak sekolah.

Selain itu juga, majlis ini amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk melahirkan insan berilmu , berakhlak mulia dan
memiliki jati diri melalui pelaksanaan pengurusan pendidikan yang berkesan dan berkualiti.

UCAPAN ALUAN

Para hadirin yang dihormati sekalian

Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha En Abang Ahmad Bin
Abang Abdul Wahab, Pengetua SMK Song No 2. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Abang Ahmad Bin Abang Abdul Wahab atas ucapan beliau sebentar tadi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seterusnya, Majlis mempersilakan Yang Berbahagia En. Lidam Assan untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan..

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Lidam Assan atas ucapan beliau sebentar tadi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SKRIP PM INSENTIF
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia En Lau Ung Hing, (CEO Mastel Engineering Sdn Bhd) untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Lau Ung Hing, (CEO Mastel Engineering Sdn Bhd) atas
ucapan beliau sebentar tadi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia En Hassan Bin Tahir ( Penolong Pengurus Projek) untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Hassan Bin Tahir atas ucapan beliau sebentar tadi.

ANUGERAH

Hadirin dan hadirat sekalian,

Berkebaya batik berwarna merah


Dipakai pula gadis pinggiran
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian insentif untuk pelajar cemerlang SPM tahun 2020.

Majlis dengan ini mempersilakan En Irwan Bin Abdullah, YDP PIBG SMK Song No 2 diiringi oleh En Teo Seh Hong, PK
HEM untuk menyempurnakan penyampaian insentif pelajar cemerlang keputusan 1A. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas kesudian menyampaikan insentif sebentar tadi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis dengan ini mempersilakan En Lau Ung Hing, (CEO Mastel Engineering Sdn Bhd) diiringi oleh En Philip Anak
Beginda, PK Pentadbiran untuk menyempurnakan penyampaian insentif pelajar cemerlang keputusan 2A dan 3A.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas kesudian menyampaikan insentif sebentar tadi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis dengan ini mempersilakan En Lidam Anak Assan diiringi oleh En Abang Ahmad Bin Abang Abdul Wahab ,
Pengetua SMK Song No 2 untuk menyempurnakan penyampaian insentif pelajar cemerlang keputusan 4A hingga 6A.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas kesudian menyampaikan insentif sebentar tadi.


SKRIP PM INSENTIF

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syabas dan Tahniah kepada para penerima anugerah. Sesungguhnya ilmu itu sungguh mahal harganya. Maka hargailah
serta manfaatkanlah ilmu yang ditimba selama hidup ini untuk memberi manfaat kepada sekalian alam. Usahlah
mudah berputus asa sepanjang proses menimba ilmu kerana setiap hari , kita akan mempelajari banyak ilmu baharu
samada secara sengaja mahupun tidak. Kami mendoakan terus kejayaan anda di masa hadapan dan dengan peluang
ini juga kami ingin mengucapkan rasa bangga dan terima kasih kami atas kejayaan anda dalam peperiksaan SPM bagi
tahun 2020.

CENDERAMATA

Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga , dipersilakan Yang Berusaha , En Abang Ahmad Bin Abang Abdul
Wahab untuk menyampaikan cenderahati kepada tetamu jemputan. Majlis mempersilakan kan.

Dengan ini, majlis menjemput En Lidam Anak Assan untuk menerima cenderamata.

Seterusnya dipersilakan En Lau Ung Ing untuk menerima cenderamata.

Terima kasih diucapakam kepada En Abang Ahmad Bin Abang Abdul Wahab atas kesudian beliau menyampaikan
cenderamata sebentar tadi.

Demikianlah adat kehidupan,


Orang berbudi kita berbahasa
Tidak mungkin terbalas budi
Walau emas sebungkus diberi
Cuma harapan di dalam dada
Tanda mata sudi terima
Tanda ingatan kekal selamanya.

PENUTUPAN

Sidang hadirin sekalian,

Kita telahpun tiba dipenghujung majlis,

Bersyukur kini kami panjatkan


Majlis anugerah telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segulung tahniah kami ucapkan.

Pulang ke desa menyambut lembaran


Disambut mersa rakan dan taulan
Jika tersasul memohon keampunan
Jika tersalah harap dibetulkan.

.
SKRIP PM INSENTIF
Burung terkukur terbang rendah
Terbang bersama siburung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Penyampaian Insentif Untuk Pelajar Cemerlang SPM tahun 2020. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi menghadiri majlis ini dan ucapan tahniah
diucapkan kepada semua penerima anugerah. Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya
tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang perjalanan majlis ini. Diharap anugerah ini merupakan batu loncatan
kepada semua pelajar untuk melakar lebih banyak kejayaan di masa hadapan. Jangan berhenti berusaha kerana bak
kata-kata seorang cendikiawan:

“Kejayaan yang luar biasa dicapai oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa “

Hadirin sekalian,

Sebelum majlis berakhir dijemput semua hadirin untuk berdiri tegak sekali lagi untuk menyanyikan lagu kebesaran
negeri Sarawak, Ibu Pertiwiku diikuti dengan lagu sekolah, Seiring Wawasan. Majlis mempersilakan.

Majlis kita berakhir di sini:


Dengan ini, majlis mempersilakan tetamu-tetamu khas untuk menikmati jamuan di bilik jamuan. Para ibu bapa dan
penerima anugerah akan diberikan makanan dan minuman sebantar lagi.

Anda mungkin juga menyukai