Anda di halaman 1dari 7

HAC SKBP 2015

Lampiran 1
Teks Pengacara Majlis
Hari Anugerah Cemerlang 2015

PEMBACA SKRIP ATURAN


MAJLIS

Dipersilakan tetamu-tetamu jemputan mengambil tempat


masing-masing di dalam dewan kerana majlis kita akan
bermula sebentar lagi.

Sidang hadirin sekalian, bagi melicinkan perjalanan majlis pada


hari ini, di sini dibacakan beberapa pengumuman:

1. Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat


mematikan nada deringan telefon bimbit masing-masing atau
menukarkan kepada mode senyap.
2. Pihak majlis mengharapkan agar tetamu-tetamu yang hadir
dapat memenuhkan ruangan tempat duduk di bahagian hadapan
terlebih dahulu, bagi memudahkan kemasukan tetamu-tetamu
yang akan datang seterusnya.
3. Pihak majlis juga mengharapkan agar para tetamu dapat
berdiri semasa pengumuman ketibaan tetamu kehormat.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas perhatian dan


kerjasama hadirin sekalian.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Rosli bin


Basri, Yang Dipertua PIBG SK Bukit Piatu, diiringi oleh Yang
Berusaha Encik Tuan Abdul Aziz Tuan Abdullah, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu, Naib Yang Dipertua PIBG
Encik Shahrul Yusmin bin Mat Yasin, serta barisan pentadbir UCAPAN
sekolah. ALUAN
PENGERUSI
**** Lagu Negaraku**** MAJLIS

Hadirin dipersilakan duduk

NAYLIEZA 2015 Page 1


HAC SKBP 2015

Bismillah….

Assalamualaikum w.b.t.... Salam sejahtera dan


salam 1 Malaysia...

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang Berbahagia,
Encik Rosli bin Basri,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu

Yang Berusaha, Encik Tuan Abdul Aziz bin Tuan Abdullah


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu

Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan Sekolah


Kebangsaan Bukit Piatu

Puan Naziah binti Ahmad – GPK Pentadbiran


Puan Noor Asmah binti Ismail – GPK HEM
Encik Shamsul Kamal bin Kamaruddin – GPK Ko-Kurikulum

Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru


Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu sesi 2015/2016,

Guru-guru penjana modal insan gemilang,

Para ibu bapa dan penjaga pendukung generasi berwawasan,

dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekelian.

Selamat datang ke Hari Anugerah Cemerlang Sekolah


Kebangsaan Bukit Piatu bagi tahun 2015.

Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurniaNya dapat sama-sama kita berkumpul sekali lagi di
dewan ini bagi meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang
pendidikan.

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat


memeriahkan lagi suasana majlis pada pagi yang damai ini, di
samping dapat mengukuhkan lagi tautan kemesraan serta
jalinan kerjasama di antara guru-guru dan ibu bapa dan penjaga
serta murid-murid sekalian.

NAYLIEZA 2015 Page 2


HAC SKBP 2015

Sekali lagi majlis mengucapkan selamat datang

Buluh ditarik panjang sepuluh,


Mahu dijolok sarang penyengat,
BACAAN DOA
Tangan diangkat jari sepuluh,
Doa diminta agar selamat.

NAYLIEZA 2015 Page 3


HAC SKBP 2015

Hadirin dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-
sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz
Mohd Hanif bin Zakaria. Dipersilakan…

--------- Bacaan doa ---------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada AlFadhil Ustaz


atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan kita diberi
hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan majlis hari anugerah
cemerlang pada tahun ini dengan jayanya.

Hadirin yang budiman,

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala


hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
Encik Tuan Abdul Aziz Tuan Abdullah, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bukit Piatu untuk menyampaikan ucapan alu-
UCAPAN GB
aluan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

------ Ucapan GB ------

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Tuan Guru Besar atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin yang dihormati,


Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia Encik Faizal bin Jaafar, Penolong Pegawai Daerah UCAPAN
Bentong, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya PERASMI
merasmikan majlis Hari Anugerah Cemerlang 2015.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**** Ucapan Perasmian ****

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Yang Berbahagia Encik Faizal di atas ucapan
perasmian itu tadi.

NAYLIEZA 2015 Page 4


HAC SKBP 2015

Hadirin yang dimuliakan,


Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu Penyampaian
Anugerah Cemerlang.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Encik Faizal
bin Jaafar diiringi oleh Yang Berusaha Encik Tuan Abdul Aziz
tuan Abdullah untuk menyampaikan hadiah.
HADIAH
**** Hadiah Akademik ****

Acara dimulakan dengan hadiah Kedudukan Terbaik Mengikut


Kelas.
**** Baca senarai penerima hadiah****

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Encik Faizal bin Jaafar atas penyampaian hadiah itu
tadi.

**** Hadiah Pemulihan / LINUS****

****Penghargaan Pengawas PSS dan Pengawas Sekolah ****

Tuan-tuan dan puan-puan,


Majlis pagi ini berehat seketika. Marilah sama-sama kita
nikmati persembahan daripada murid-murid SKBP

Dipersilakan....

Terima kasih dan tepukan gemuruh untuk anak-anak kita yang


cukup berbakat ini...

NAYLIEZA 2015 Page 5


HAC SKBP 2015

CABUTAN BERTUAH 1

PENYAMPAIAN HADIAH NILAM (PEMBACA


TERBANYAK)

PENYAMPAIAN ANUGERAH UTAMA

TOKOH NILAM
TOKOH KOKURIKULUM
TOKOH KURIKULUM
TOKOH MURID

CABUTAN BERTUAH 2

Hadirin sekalian,
Dengan ini selesailah sudah

Hari Anugerah Cemerlang sekolah Kebangsaan Bukit Piatu


bagi tahun 2015.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada hadirin sekalian yang telah menyeri dan
menjayakan majlis pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga kepada para Ibu Bapa dan Warga


Sekolah serta mereka yang terlibat secara langsung mahu pun
tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada hadirin


sekalian atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris rasa.
Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak
akan purnama tanpa matahari. Segala yang baik datang dari
Alah SWT dan segala yang kurang atau kelemahan adalah dari
kami insan biasa. Sebelum mengundur diri, sambutlah salam
manis untuk dan disudahi dengan lafaz suci...
Wabillah hitaufik walhidayah .....
Dan salam sejahtera.

NAYLIEZA 2015 Page 6


HAC SKBP 2015

NAYLIEZA 2015 Page 7

Anda mungkin juga menyukai