Anda di halaman 1dari 29

Topik 2: Rupa Bumi

Kawasan Kutub, Padang Pasir, Hutan


hujan, Gunung, Lautan & Pinggir Laut

Dr Tan Ming Tang


Kawasan Kutub
• Musim dingin yang panjang & musim
panas yang sejuk tetapi singkat.
• Udaranya kering & tanahnya selalu
membeku sepanjang tahun.
• Tumbuhannya jenis lumut dan semak.
• Wilayahnya meliputi Amerika utara, pulau-
pulau di utara Kanada, pantai selatan
Greenland, dan pantai utara Siberia.
Iklim Padang
Pasir / Gurun /
Gersang

• Kurang dpd 250 mm (10 inci) hujan setahun.


• Terdapat tiga variasi iklim gurun, iaitu iklim gurun
panas, iklim gurun sejuk dan iklim gurun
sederhana.
a) Iklim gurun panas
Dijumpai di kawasan subtropika cth: Gurun Sahara di
Afrika Utara yang menerima cahaya matahari tanpa
henti sepanjang tahun.
Suhu maksimum sekitar 40°C - 45°C khususnya pada
bulan-bulan yang lebih panas.
Pada masa yang lebih sejuk, suhu malam mampu
menjunam ke bawah 0°C tapi ia jarang berlaku.
b) Iklim gurun sejuk
Ditemui di zon iklim sederhana & kawasan monsun di
Asia Tengah.
Musim panas yang amat panas dan kering-kontang, tapi
tidak sepanas iklim gurun panas.
Musim sejuk yang teramat sejuk sehingga jauh
menjunam di bawah takat lebur cth: Gurun Gobi,
Mongolia & Patagonia di Argentina
c) Iklim gurun sederhana
Ditemui di sepanjang pantai barat benua di lokasi tropika,
hampir tropika, & di altitud tinggi.
• Bersuhu lebih nyaman dari tempat lain yang sama garis
lintang disebabkan wujudnya arus lautan sejuk
berdekatan.
• Mengalami
kabut dan awan
rendah.
• Antara yang
terkering
di bumi.
Hutan Hujan Tropika
Iklim tropika dengan suhu tinggi yang malar iaitu suhu purata
18 °C (64 °F) ke atas.
a) Iklim Hutan Hujan Tropika / Iklim khatulistiwa
- tidak mengalami perubahan musim.
- bercuaca panas dan lembap sepanjang tahun
- kerpasan min bulanan sekurang-kurangnya 60 mm (2.36 in).
- Suhu harian purata adalah 26 °C (79 °F)
Hutan Hujan Tropika Malaysia
• Kawasan hutan ini meliputi kira-kira 60 – 70 %
daripada jumlah kawasan di negara kita.
• Hutan ini merupakan habitat bagi pelbagai jenis
tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
• Hutan hujan tropika tumbuh dengan subur di
kawasan yang mempunyai ketinggian kurang
daripada 1000 meter.
• Hutan ini meliputi kaki bukit atau cerun gunung
di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan
bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak.
b) Iklim Lembap Kering atau Savana Tropika
- Kebanyakan di kawasan pinggir luar zon tropika
- Mengalami musim kering yang ketara, iaitu
bulan paling kering mengalami kerpasan tidak
lebih 60 mm (2.36 in).
Iklim Gunung /Alp
• Untuk kawasan atas garisan pokok. Semakin tinggi,
iklimnya semakin sejuk.
• Salji adalah bentuk kerpasan utamanya yang selalu
diiringi angin kencang.
• Cth: Banjaran gunung Cascade, Rocky, Andes, Himalaya,
Penara Tibet, Tanah Tinggi Timur di Afrika, dan bahagian
tengah Borneo dan New Guinea.
Lima lautan di bumi
LAUTAN ARTIK

LAUTAN
HINDI

LAUTAN SELATAN

Lautan Selatan - tidak dikenal sebagai suatu lautan tersendiri. Ia


terbahagi kepada Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik
dengan batas selatannya pantai benua Antartika.
GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI
• Lautan meliputi 71% permukaan bumi, dengan
luas sekitar 361 juta kilometer persegi.
(luas Malaysia 330,252 km persegi)
• Isi lautan sekitar 1370 juta kilometer padu
dengan kedalaman rata-rata 3790 meter.
Pinggir Pantai

Dua jenis yang utama iaitu :


• Pinggir pantai tenggelam terbentuk akibat
tenggelamnya kawasan daratan atau naiknya aras
laut. Contoh: pinggir pantai ria, pantai fiord, pantai
muara dan pantai dalmatia atau pinggir laut
membujur.
• Pinggir pantai timbul terbentuk akibat penimbulan
bumi atau penurunan aras laut. Pinggir pantai jenis
ini jarang terdapat.
Pinggir Pantai Tenggelam
1. Pinggir pantai ria - Akibat iklim berubah menjadi
lebih panas, banyak ais yang tersimpan pada zaman
ais dahulu mencair. Jadi air laut semakin naik.
Aras laut yang naik akan menenggelamkan
kawasan-kawasan lurah yang rendah lalu
membentuk anak-anak teluk bercabang yang
panjang serta sempit yang diceraikan oleh tanjung-
tanjung tinggi.
2. Pinggir pantai fiord
- Pantai Fiord merupakan lekukan hakisan glasier
berbentuk U yang telah tenggelam.
Fiord menandakan jalan yang diikuti oleh glasier yang
turun dari kawasan tanah tinggi. Tebing-tebingnya curam
dan biasanya naik terus dari laut.
Hakisan ais yang terlalu kuat menyebabkan fiord ini
dalam di pedalaman. Bahagian arah ke lautnya cetek
kerana di sini terdapat sebuah permatang batuan yang
dinamakan tubir. Di luar kawasan fiord banyak terdapat
pulau atau pulau kecil.
tubir
• Fiord Sogne di Norway panjangnya 177 km, 6
km lebar dan dalamnya hampir 1220 meter di
bahagian tengahnya. Beberapa bandar yang
ada di sini menjadi pusat perikanan ataupun
pusat pemasaran. Misalnya Trondheim hanya
penting di kawasan itu sahaja.
Pinggir pantai ria berbeza dari bentuk fiord dalam
dua segi penting:
a) Bentuk pantai ria tidak mengalami hakisan
glasier dan semakin dalam hala ke laut.
b) Ia biasanya membelakangkan kawasan-
kawasan pergunungan dengan ini tidak
terdapat banyak pelabuhan-pelabuhan
perdagangan.
Digunakan dengan luasnya untuk pelabuhan
perikanan dan pangkalan angkatan laut seperti
di Plymouth dan Brest.
3. Pinggir pantai Dalmatia - mempunyai sistem
pergunungan yang selari dengan pantai. Cth: pantai
Dalmatia di Croatia.
Pinggir laut yang tenggelam menghasilkan anak teluk
yang panjang serta sempit, dengan rangkaian-
rangkaian pulau yang selari dengan pinggir laut.
Seperti dengan pinggir-pinggir pantai fiord dan ria
keadaan bergunung-ganangnya menyebabkan
perhubungan dengan kawasan pedalaman sukar
dilakukan.
4. Pinggir pantai muara - Di kawasan tanah pamah
tenggelam, kuala-kuala sungai telah tenggelam untuk
membentuk muara.
Muara-muara ini boleh menjadi tapak bina
pelabuhan yang baik jikalau jalan masuknya tidak
terhalang oleh beting pasir. Cth: muara Sungai
Thames menjadi tapak bina pelabuhan besar London.
Pinggir Pantai Timbul
1.Pinggir pantai tanah pamah
terangkat - Rusuk benua
yang terangkat menjadi
sebuah kawasan tanah
pamah pinggir laut yang
bercerun landai.
Air di luar pinggir lautnya
cetek dan mengandungi
lagun, paya masin dan kukup
(lumpur).
Pelabuhan yang dahulunya
terletak di pinggir laut
sekarang ini telah menjadi
bandar di pedalaman. Antara
contoh tanah pamah pinggir
pantai timbul termasuklah
kawasan Finland Barat & Pemendakan lumpur di
Sweden Timur. Lagun Puttalam, Sri Lanka
2. Pinggir pantai tanah tinggi timbul - Gelinciran dan gerakan
bumi mungkin menaikan dataran tinggi pinggir pantai dan
menghasilkan bentuk-bentuk penimbulan.
Pinggir laut terangkat ini tidak dapat lagi dipengaruhi oleh
tindakan ombak dan mempunyai gerbang laut, batu
tunggul dan bentuk-bentuk pinggir pantai yang lain.
Pinggir Iaut tanah tinggi terangkat ini mempunyai tebing
tinggi yang curam dan kawasan perairan luar pantai yang
dalam. Kawasan ini tidak berguna untuk dijadikan
pelabuhan yang baik.
Cth: di Scotland, pinggir laut barat Deccan di India.
TANJUNG - CIRI-CIRI
• Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai
susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli
• Terbentuk di bahagian batuan keras yang tahan
hakisan ombak.

TELUK - CIRI-CIRI
• Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai
susunan batuan keras dan lembut yang berselang seli
• Terbentuk di bahagian batuan lembut yang dihakis
oleh ombak
GERBANG LAUT - CIRI-CIRI
• Terhasil daripada hakisan gua laut
• Hakisan ombak yang berterusan dan menembusi dinding
dua buah gua laut yang bertentangan telah membentuk
gerbang laut

BATU TUNGGUL - CIRI-CIRI


• Terhasil akibat tindakan penggondolan terhadap gerbang
laut
• Apabila bumbung gerbang laut runtuh, batu tunggul
terbentuk
TUNGGUL SISA - CIRI-CIRI
• Batu tunggul yang terhakis akan membentuk tunggul sisa
secara lambat laun
• Tunggul sisa hanya boleh kelihatan ketika air laut surut

ANAK TANJUNG - CIRI-CIRI


• Merupakan permatang berupa tanduk yang dibentuk oleh
pemendapan pasir dihujung teluk atau muara sungai
• Anak tanjung menganjur ke laut manakala bahagian
hujungnya bersambung dengan pinggir pantai
• Juga dikenali sebagai tetanjung
LAGUN - CIRI-CIRI
• Merupakan kesan pembentukan anak tanjung yang paling
ketara
• Lagun ialah kawasan perairan yang terlindung oleh tetanjung
(anak tanjung)

BETING PASIR - CIRI-CIRI


• Merupakan penimbunan pasir yang merentangi sesebuah
teluk
• Terbentuk samada selari dengan garisan pantai atau bersudut
tepat dengannya
TEBING TINGGI - CIRI-CIRI
• Terbentuk apabila ombak menghakis kaki cerun tebing
pantai semasa air pasang
• Apabila batuan atau lekukan yang terbentuk runtuh, maka
tebing tinggi terbentuk

PENTAS HAKISAN OMBAK - CIRI-CIRI


• Merupakan bentuk muka bumi yang terbentuk berlanjutan
daripada pembentukan tebing tinggi
• Hakisan ombak yang berterusan menyebabkan tebing
tinggi mengundur dan membentuk pentas hakisan ombak
di kaki tebing tinggi tersebut
GUA - CIRI-CIRI
• Merupakan kesan hakisan ombak di tanjung
tinggi
• Hakisan tersebut akan menghakis batuan di
tebing pantai dan membentuk gua laut
Tutorial
• Terangkan proses dan kesan hakisan serta
langkah-langkah untuk mengatasi hakisan
pada pinggir pantai.

Anda mungkin juga menyukai