Anda di halaman 1dari 18

Bumi dan Angkasa Lepas

1. Jelaskan teori berkaitan Evolusi Bumi. Senaraikan dan terangkan teori yang
terlibat. Anda boleh sertakan gambar dan video.

Terdapat empat teori evolusi bumi iaitu Nebular hypothesis (Teori Kant Laplace),
Teori Planetesimal, Teori Bintang Kembar dan juga Teori Big Bang.

i. Nebular hypothesis (Teori Kant Laplace)


Sistem solar berkembang daripada putaran awan mega yang terdiri daripada gas
dan habuk yang hebat. Ia dipanggil nebula solar (kelahiran bintang). Nebula
terdiri kebanyakannya daripada hidrogen dan helium. Kira-kira lima billion tahun
dahulu, nebula mula menyusut akibat daripada graviti dan menarik semua benda
di sisinya serta menjadi lebih tumpat. Awan mega tersebut juga mula berputar
menjadi bentuk cakera yang padat dan rata yang mengandungi bengkak atau
benjolan yang besar di tengah-tengah (pre-matahari). Benjolan tersebut terus
menyusut dan menjadi lebih tumpat serta mula dipanaskan. Haba tersebut
wujud akibat daripada tenaga yang terhasil daripada pelanggaran zarah-zarah.
Benjolan tersebut membentuk seperti bola yang semakin kecil dan panas.
Bahan di sekeliling bola panas tersebut berbentuk secara rata seperti cakera.
Gumpalan kecil batu dan logam memenuhi bahgaian dalam cakera dan di
bahagian luar cakera yang sejuk, terdapat gumpalan ais dan gas membeku.
Dalam masa beberapa million tahun, gumpalan tersebut akan membesar
menjadi planet dan bulan. Empat planet (Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh)
terbentuk dalam bahagian dalam cakera yang panas. Lima planet (Musytari,
Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto) terbentuk di luar bahgaian cakera. Ia
terbentuk daripada gumpalan ais dan gas yang membeku.
Rajah 1 : Nebular hypothesis

ii. Teori Planetesimal


Planetesimal pada mulanya adalah manik-manik atau butir-butir kecil jirim
pepejal di angkasa. Proses pemejalwapan (condensation) kemudiannya
berlaku. Proses ini ialah proses pembesaran manik-manik jirim. Ia berlaku
dengan mengumpul atom-atom molekul gas yang berada di sekelilingnya dan
membentuk planetesimal. Selepas planetesimal cukup besar, proses
pemeluwapan berhenti. Proses penambahan (accretion) kemudiannya berlaku.
Proses ini disebabkan oleh tarikan graviti dan juga oleh permukaan yang
berelektrostatik yang akan menarik manik-manik lagi dan menambahkan lagi
saiz planetesimal. Proses ini berterusan sehingga protoplanet terbentuk. Bila
diameter planetesimal lebih besar dari 100 km, baru ia boleh dianggap
protoplanet. Protoplanet terjadi bila planetesimal-planetisimal berlanggar dan
bergeser antara satu sama lain pada halaju orbit (67000mph). Pelanggaran dan
pergeseran menghasilkan serpihan-serpihan dan serpihan-serpihan ini akan
bercantum dan membesar dan terbentuklah protoplanet. Bila terjadi protoplanet,
ia akan mempunyai gravitinya sendiri dan dapat menarik banyak lagi serpihan-
serpihan dan juga gas nebula asli (hidrogen dan helium) dan terhasillah
atmosfera primitif (mengandungi gas hidrogen dan helium). Pembesaran
protoplanet melalui proses pembezaan (differentiation) akan membentuk planet.

iii. Teori Bintang Kembar


Galaksi berasal dari kombinasi bintang kembar. Salah satu bintang meledak
sehingga banyak material yang terlempar. Walau bagaimanapun, bintang yang
tidak meledak mempunyai tarikan graviti yang masih kuat, maka sebaran
pecahan ledakan bintang tersebut mengelilingi bintang yang tidak meledak.
Bintang yang tidak meledak itu adalah matahari, sedangkan pecahan bintang
yang lain adalah palnet-planet yang mengelilinginya.

iv. Teori Big Bang


Pada awalnya terdapat gumpalan kabut raksasa yang berputar pada aluannya.
Putaran tersebut menyebabkan bahagian-bahagian kecil dan ringan terlempar ke
luar dan bahagian besar berkumpul di pusat, membentuk cakera raksasa.
Seterusnya, gumpalan kabut (nebula) raksasa itu meledak dengan dahsyat di
luar angkasa yang kemudian membentuk galaksi dan nebula-nebula. Selama
lebih kurang empat hingga enam million tahun, nebula-nebula tersebut membeku
dan membentuk suatu galaksi yang disebut dengan nama Galaksi Bima Sakti
serta membentuk sistem tata suria. Sementara itu, bahagian ringan yang
terlempar ke luar tadi mengalami kondensasi sehingga membentuk gumpalan-
gumpalan yang dingin dan padat. Kemudian, gumpalan-gumpalan itu
membentuk planet-planet, termasuk planet bumi.
Rajah 2 : Teori Big Bang

2. Senaraikan dan jelaskan cabang sains lain yang terlibat dalam kajian bumi.

i. Geologi Kajian berkaitan bumi, mengenai kawasan berbatu iaitu semua


empat lapisan bumi.
ii. Meteorologi Kajian berkaitan kejadian cuaca dan atmosfera.
iii. Oceanografi Kajian berkaitan laut.
iv. Astronomi Kajian berkaitan alam semesta
v. Hidrologi - Kajian mengenai kawasan berair, sama ada air tawar atau air
masin.
3. Berikan idea mengapa kajian mengenai bumi adalah berdasarkan hipotesis.

Kajian mengenai bumi adalah berdasarkan hipotesis kerana ia merupakan satu kaedah
saintifik. Hipotesis akan dirumus selepas pemerhatian, maklumat berkaitan kejadian
semulajadi akan dikumpulkan dan kemudian hipotesis tersebut akan diuji. Dalam sains
bumi, maklumat lazimnya memainkan satu peranan penting dalam ujikaji dan
merumuskan hipotesis. Setiap disiplin sains bumi mempunyai sudut pandangan
paradigma penting yang membentuk asas kepada bidang pengajian yang khusus. Jika
hipotesis berkaitan bumi ini tepat, maka para ahli saintifik akan membuat satu teori
berkaitan kajian bumi berdasarkan hipotesis ini.

4. Nyatakan alasan/sebab mengapa bumi dikatakan berbentuk sfera.

Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bumi berbentuk sfera. Antaranya adalah :

i) Bukti pelayaran mengelilingi bumi Tempat permulaan dan berakhir


pelayaran mengelilingi bumi boleh dilakukan pada tempat yang sama.
ii) Melihat kapal di laut Bahagian atas kapal akan dilihat terlebih dahulu,
barulah diikuti oleh seluruh badan kapal berkenaan.
iii) Bukti daripada kedudukan kaki langit yang melengkung. Ianya dapat dilihat di
kawasan pantai/pinggir laut.
iv) Terbit dan terbenamnya matahari pada waktu yang berbeza mengikut zon
masa antarabangsa.
v) Bumi berbentuk sfera dimana ianya dapat dilihat pada waktu gerhana bulan
(bayang).
vi) Bukti satelit - gambar bumi yang diambil melalui satelit jelas menunjukkan
bumi berbentuk sfera.
5. Jelaskan mengenai pembentukan bumi dan nyatakan bahagian major bumi.
Anda boleh sertakan gambar dan rajah.

Pembentukan lapisan pada bumi terbentuk akibat daripada pereputan elemen radioaktif
dan haba daripada kesan halaju tinggi menyebabkan suhu meningkat. Komponen
batuan ringan terapung keluar ke arah permukaan bumi. Bahan-bahan gas yang
terlepas daripada bahagian dalam bumi menghasilkan atmosfera purba (primitif).
Terdapat empat kawasan major bumi iaitu hidrosfera, atmosfera, biosfera dan juga
geosfera.

Rajah 3 : Kawasan major bumi

i. Hidrosfera Meliputi lautan, danau, sungai dan ais yang terdapat di kutub.
- Komponen terbesarnya ialah lautan ( 97%).
- Merangkumi 71% daripada permukaan bumi.
ii. Atmosfera Udara yang nipis dan bagai selimut halus.
- Tebal atmosfera sekitar 48000 km dihitung dari permukaan air laut.
iii. Biosfera - Termasuk semua hidupan.
- Padat pada permukaan zon lanjutan ke atas daripada lantai lautan
untuk beberapa kilometer ke atmosfera.
iv. Geosfera (berpandukan perbezaan komposisi) :
a) Kerak Nipis, lapisan batuan luar bumi (1100C) (tebal 70 km)
b) Mantel Lapisan tebal terletak di bawah kerak bumi (3000C) (tebal
2890 km)
c) Teras dalam dan luar Lapisan paling dalam bumi, terletak di bawah
mantel.
Lapisan teras luar : 2200C (tebal 2000 km), terdiri daripada besi
cair.
Lapisan teras dalam : 4500C (tebal 2700 km), terdiri daripada nikel
dan besi.

Rajah 4 :Lapisan-lapisan bumi


6. Mengapa bumi dikatakan dinamik?

Bumi dikatakan dinamik kerana ianya sentiasa berubah dan menyebabkan pelbagai
kejadian seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan lain-lain lagi. Selalunya,
perubahan yang berlaku adalah secara kita tidak sedar dan perlahan. Misalnya, gempa
bumi berlaku kerana pengeluaran simpanan tenaga elastik secara tiba-tiba dari dalam
bumi dan sumber kepada tenaga ini adalah plat tektonik. Plat tektonik ialah bahagian
luar bumi yang terdiri daripada plak-plak individu yang berinteraksi dalam pelbagai cara
dan menghasilkan gempa bumi.

7. Jelaskan berkaitan bencana alam terkini yang berlaku dan berikan idea/sebab
mengapa ia berlaku dan bagaimana untuk mengelakkannya. Anda boleh sertakan
gambar, video, dan keratan akhbar.

Bencana alam terkini yang berlaku ialah Tsunami. Tsunami adalah satu
perkataan Jepun yang bermaksud ombak laut pelabuhan. Tsunami merupakan ombak
besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut. Tanah
runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti
meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak dengan laju beberapa
ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan menurunkan
paras air laut. Dalam lautan yang dalam, gelombang Tsunami mempunyai amplitud
ketinggiannya hanya beberapa sentimeter atau kurang sahaja. Oleh kerana jarak dari
puncak ke puncak adalah ratusan batu, pergerakan turun naik tidak dapat dilihat dan
dirasai oleh kapal yang belayar diatasnya dan mungkin tidak menyedari kejadiaanya.
Apabila gelombang Tsunami tiba di kawasan lautan yang kedalamannya makin
mengurang, halajunya akan turut menjadi kurang. Apabila gelombang ini sampai ke
kawasan pantai, hanya satu cara untuk mengabadikan tenaganya adalah dengan
menambahkan ketinggian ombak. Tsunami boleh menyebabkan kematian dan
kemusnahan harta benda.
Rajah 5 : Kemusnahan yang disebabkan oleh bencana Tsunami

Gempa bumi merupakan salah satu sebab utama yang biasanya menghasilkan
Tsunami. Tsunami akan terhasil apabila dasar lautan dengan tiba-tiba berubah
kedudukan yang akan menyebabkan air berkocak kuat. Gempa bumi tektonik adalah
gempa bumi yang biasanya akan menyebabkan kecacatan atau perubahan pada kerak
bumi; apabila gempa bumi terjadi di dasar lautan, air yang berada di kawasan kejadian
akan berubah dari kedudukan keseimbangannya. Gelombang akan terhasil dari
perubahan jisim air, yang bertindak dibawah pengaruh graviti yang cuba untuk
mengembalikan keseimbangan kedudukannya. Apabila kawasan dasar laut yang
berubah kedudukan (terangkat atau turun) adalah luas, Tsunami akan terhasil.
Gelombang yang terhasil dapat bergerak dengan pantas. Kelajuan gelombang
Tsunami boleh mencapai kelajuan sebuah jet iaitu melebihi 800 km/j. Ia boleh
menyeberangi Lautan Pasifik dalam masa satu hari sahaja. Kelajuan ini akan
menyebabkan kemusnahan yang dasyat apabila tiba di kawasan pantai.
Rajah 6 : Bagaimana Tsunami berlaku

Tsunami merupakan satu fenomena semulajadi yang disebabkan oleh gempa


bumi tektonik yang menyebabkan kecacatan atau perubahan pada kerak bumi. Tidak
banyak yang boleh dilakukan oleh manusia untuk menghalang Tsunami ini daripada
berlaku tetapi kita boleh sama-sama bekerjasama untuk mengurangkan tanah runtuh
dan juga letupan yang merupakan factor terjadinya kejadian Tsunami ini. Untuk
mengelakkan tanah runtuh, manusia harus mengurangkan aktiviti pembalakan kerana
kejadian tanah runtuh ini berlaku disebabkan oleh kurangnya akar yang mencengkam
tanah. Apabila berlakunya hujan lebat, struktur tanah akan menjadi longgar seterusnya
mengakibatkan kejadian tanah runtuh. Letupan kuat seperti pengeboman juga harus
dielakkan kerana ia mampu menyebabkan kejadian Tsunami berulang kembali.
Rajah 7 : Bencana Tsunami

8. Jelaskan berkaitan atmosfera. Senaraikan lapisan atmosfera.

Atmosfera ialah lapisan gas yang melitupi sesebuah planet, termasuklah bumi, dari
permukaan planet tersebut hingga jauh di luar angkasa. Atmosfera bumi terdiri
daripada nitrogen (78%), oksigen (21%), argon (1%), karbon dioksida, wap air dan gas
lainnya. Terdapat tiga fungsi utama atmosfera iaitu melindungi kehidupan di bumi
dengan menyerap radiasi sinaran ultra-lembayung dari matahari, mengurangkan suhu
ekstrem di antara siang dan malam dan membekalkan gas oksigen untuk pernafasan
dan gas karbon dioksida untuk fotosintesis.

Terdapat lima lapisan atmosfera iaitu :

i) Troposfera Lapisan atmosfera yang ternipis dan terhampir dengan


permukaan bumi, lapisan di mana campuran gas-gasnya adalah yang paling
ideal untuk menampung kehidupan di bumi. (antara ketinggian 10-16 km)
ii) Stratosfera Suhu meningkat dengan altitud disebabkan kehadiran lapisan
ozon pada ketinggian 25 kilometer. (lebih kurang 50 km)
iii) Mesosfera Suhu akan berkurangan dengan pertambahan altitude sehingga
ke lapisan keempat termosfera. (antara 50 km hingga 80-85 km dari
permukaan bumi)
iv) Termosfera Mempunyai sedikit sahaja udara, fenomena aurora (tirai
cahaya) juga terhasil di sini. (antara 80 km hingga 500-1000 km dari
permukaan bumi)
v) Eksosfera Lapisan teratas atmosfera bumi, merupakan sempadan antara
atmosfera bumi dan angkasa lepas dan boleh dikatakan hamper tiada udara
atau gas di lapisan ini. (antara 500-1000 km hingga 10000 km dari
permukaan bumi)

9. Jelaskan berkaitan pembentukan awan, tahap awan dan jenis awan. Anda
boleh sertakan gambar dan video.

Pembentukan awan berlaku hampir keseluruhannya pada bahagian bawah


atmosfera yang dikenali sebagai Troposfera. Pembentukan awan dan hujan adalah
disebabkan oleh proses penyejatan air dan kondensasi wap air. Air dari kolam, sungai,
tasik dan laut tersejat dan menjadi wap air. Wap air adalah ringan dan akan naik ke
atas. Apabila wap air ini bertembung dengan udara sejuk, ianya akan terkondensasi
dan menjadi titisan-titisan air. Titisan-titisan air ini akan bergabung menjadi awan.
Apabila titisan-titisan air ini menjadi lebih besar dan berat, ia akan jatuh ke bumi
sebagai hujan.

Rajah 8 : Proses pembentukan awan


Terdapat tiga peringkat tahap awan. Tahap pertama ialah awan peringkat
rendah (2000 m ke bawah) seperti awan Stratus (St), awan Nimbostratus (Ns) dan
awan Stratokumulus (Sc). Tahap kedua ialah awan peringkat pertengahan (2000
5000m) seperti awan Altostratus (As), awan Altokumulus (Ac) dan awan Sirokumulus
(Cc). Tahap ketiga pula ialah awan peringkat tinggi (6000 m ke atas) seperti awan
Sirus (Si) dan awan Sirostratus (Cs). Terdapat juga kumpulan awan menegak yang
terdiri daripada awan Kumulus (Cu) dan awan Kumulonimbus (Cb).

Rajah 9 : Jenis-jenis awan berdasarkan ketinggiannya

Terdapat 10 jenis awan dan ciri-cirinya adalah seperti berikut :

i. Awan Stratus Letaknya rendah <610m di atas bumi dan sangat luas,
lapisannya melebar seperti kabut yang berlapis-lapis, bewarna abu-abu,
pinggirnya bergerigi dan juga menghasilkan hujan gerimis/salju.
ii. Nimbostratus Memiliki bentuk yang tidak menentu, tepinya compang-camping
tak beraturan, tebal, bewarna putih kegelapan dan juga menimbulkan
gerimis/salju.
iii. Stratokumulus Awan bertompok dan membentuk gulungan besar seperti
gelombang, halus, lapisannya tidak begitu tebal, bewarna putih keabu-abuan
dengan tepian terang, di antaranya masih sedikit terlihat langit biru berselang-seli
dan juga tidak membawa hujan.
iv. Altostratus Awan ini luas, tampak seperti alas/selendang, bewarna keabu-
abuan, bahagian yang menghadap sinar matahari tampak lebih terang dan
awan ini juga biasanya diikuti oleh hujan yang meluas dan berterusan.
v. Altokumulus Kecil-kecil tetapi banyak, biasanya berbentuk seperti bola yang
tebal atau bergulung-gulung melingkar seperti makaroni, bewarna putih atau
abu-abu.
vi. Sirokumulus Awan ini terputus-putus dan penuh kristal-kristal es, tampak
seperti gerombolan domba, bewarna putih, tebal dan dapat menimbulkan
bayangan. Ia juga dipanggil mackerel sky.
vii. Sirus Awan ini halus, struktur berserat, tampak seperti bulu ayam, sering
tersusun sebagai pita yang melengkung, bewarna putih dan juga tidak
menimbulkan hujan.
viii. Sirostratus Tampak seperti kelambu putih halus, luas menutupi langit seperti
tampak cerah, mempunyai struktur serat dan kadangkala terlihat seperti
anyaman yang tidak teratur. Biasanya menjadi tanda kedatangan ribut.
ix. Kumulus Awan tebal dan tumpat yang mempunyai perkembangan tegak ke
atas. Permukaan atasnya berbentuk kubah dan strukturnya seakan-akan bunga
kobis, sementara dasarnya hampir datar. Kebanyakan awan kumulus adalah
jenis awan cuaca baik walaupun ada kalanya awan kumulus yang tinggi akan
berkembang menjadi awan kumulonimbus.
x. Kumulonimbus Memiliki isi padu yang besar, tebal, tampak seperti
menara/gunung dengan bahagian bawah yang melebar. Awan jenis ini biasanya
disertai oleh hujan yang lebat, badai, ribut petir, kilat, hujan es dan kadangkala
hujan batu.
Rajah 10 : Jenis-jenis awan

10. Jelaskan berkaitan tekanan udara.

Tekanan udara merupakan suatu daya yang timbul akibat jisim lapisan udara.
Makin tinggi suatu tempat dari permukaan laut, makin rendah tekanan udaranya.
Tekanan udara diukur dengan menggunakan barometer. Perbezaan tekanan udara
dapat menimbulkan aliran udara. Aliran udara bergerak dari tekanan udara yang tinggi
ke tekanan udara yang rendah. Aliran udara ini disebut angin dan diukur menggunakan
anemometer. Tekanan udara dipengaruhi oleh ruang dan waktu. Oleh itu, pada tempat
dan waktu yang berbeza, tekanan udaranya juga berbeza. Tekanan udara secara
vertikal iaitu makin ke atas akan semakin menurun. Hal ini dipengaruhi oleh tiga faktor.
Faktor pertama ialah penyusunan komposisi gas iaitu semakin ke atas, semakin
berkurang. Faktor kedua ialah sifat udara yang boleh dimampatkan iaitu disebabkan
oleh tarikan graviti. Semakin ke atas, semakin lemah. Faktor ketiga ialah terdapat
perbezaan suhu secara vertikal di atas Troposfera (>32 km) sehingga semakin tinggi
tempat, semakin meningkat suhu.

Pemanasan yang tidak seimbang dan perbezaan suhu akan membentuk tekanan
udara yang berbeza. Ini menggerakkan udara dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
Udara yang bergerak tersebut dikenali sebagai angin. Dalam sistem tekanan udara
yang tinggi (antisiklon), udara akan berkurangan, mengecut dan memerlukan tenaga,
seiring dengan peningkatan altitud. Keadaan ini dapat dikesan apabila banyak awan di
langit.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI CUACA

1. Apakah yang menyebabkan cuaca?

Cuaca ialah keadaan udara iaitu suhu, angin, hujan dan kelembapan di sesuatu
kawasan pada suatu masa tertentu. Di bumi, fenomena cuaca yang sering berlaku
termasuklah angin, awan, hujan, salji, kabus dan ribut pasir. Perkara lain yang lebih
jarang termasuklah bencana alam seperti puting beliung, ribut taufan dan ribut ais.
Hampir semua fenomena cuaca di bumi berlaku di Troposfera. Fenomena cuaca
terhasil akibat daripada perbezaan suhu seluruh dunia, yang timbul sebahagian
besarnya kerana kawasan yang lebih dekat kepada tropika, di sekitar khatulistiwa,
menerima lebih tenaga dari matahari berbanding bahagian utara dan selatan yang lebih
dekat kepada kutub bumi. Kelainan permukaan tempat di muka bumi seperti air lautan,
tanah berhutan dan kepingan ais mempunyai kebolehpantulan berbeza (albedo), dan
dengan itu kadar penyerapan dan penyinaran tenaga suria yang diterima adalah
berbeza. Perbezaan suhu permukaan juga mengakibatkan arus angin menegak.
Permukaan panas akan memanaskan udara di atasnya, menyebabkan ia mengembang
dan naik ke atas. Seterusnya, penurunan tekanan udara dan kenaikan udara yang
lebih sejuk ke atas akan berlaku. Udara panas yang mengembang dan naik itu akan
kehilangan haba dan menyejuk, yang menyebabkannya mengecut dan turun ke bawah,
meningkatkan tekanan udara dan menggantikan udara yang berada di bawahnya.

Arus angin melintang terbentuk di sempadan kawasan yang berbeza kepanasan


dan boleh menjadi-jadi jika terdapat permukaan cerun. Sistem ringkas ini boleh
menimbulkan tingkah laku yang menghasilkan sistem yang lebih rumit dan demikian
semua fenomena cuaca. Contoh fenomena cuaca yang akan terhasil adalah bayu laut.
Jadi punca asas cuaca adalah suhu permukaan, dan boleh juga ketinggian. Oleh
kerana paksi bumi miring sedikit (tidak berserenjang dengan satah orbitnya), cahaya
matahari sampai pada sudut yang berbeza pada waktu yang berbeza dalam setahun.
Semasa Jun, Hemisfera Utara condong ke arah matahari, jadi pada mana-mana latitud
cahaya matahari akan jatuh lebih menegak berbanding pada Disember. Ini akan
menghasilkan musim. Sebarang liukan dalam orbit planet akan mengubah jumlah
tenaga yang diterima di suatu tempat sepanjang tahun dam mungkin mempengaruhi
pola cuaca jangka panjang.

2. Apakah yang mempengaruhi cuaca?

i. Bentuk muka bumi - Suhu lebih rendah di kawasan tanah tinggi. Lapisan udara
yang lebih hampir dengan permukaan bumi dipanaskan oleh haba dari bumi.
Manakala lapisan udara yang semakin tinggi kurang mendapat haba dari bumi.
ii. Kedudukan Hampir dengan garisan khatulistiwa. Menerima pancaran matahari
yang banyak, panas dan lembap sepanjang tahun, bebas daripada ancaman
taufan dan siklon tropika (dikenali juga sebagai taufan di Laut China Selatan).
iii. Jarak dari laut Suhu disederhanakan oleh bayu laut dan bayu darat.
iv. Angin-angin Monsun Barat Daya dan Monsun Timur laut Membawa hujan lebat
dan dapat menyederhanakan suhu.

3. Bolehkah apa-apa yang menyebabkan perubahan cuaca?

Pancaran matahari yang tidak sekata kerana bumi berbentuk sfera boleh menyebabkan
perubahan cuaca. Selain itu, mekanisme kesan rumah hijau dan penipisan lapisan
ozon juga adalah gangguan kepada sistem atmosfera. Ini kerana bajet haba yang
diterima oleh bumi menjadi tidak seimbang. Bumi telah menerima lebihan bahangan
suria menyebabkan suhu dunia meningkat dan perubahan cuaca yang ekstrem iaitu
terlalu panas akan berlaku. Aktiviti manusia seperti membakar sampah secara terbuka
dan melakukan penebangan secara haram akan menjadikan cuaca berubah menjadi
sangat panas. Industri perkilangan yang membebaskan asap kotor ke udara juga akan
menyebabkan perubahan cuaca panas dan akan mengakibatkan hujan asid yang
membahayakan manusia.

Anda mungkin juga menyukai