Anda di halaman 1dari 7

Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil tempat masing-masing kerana

majlis akan bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan
puan-puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Mengumumkan Ketibaan

Yang Berhormat

Ustaz Shahari zukir nain Bin abdul kadir

Ahli Parlimen Setiu,

######################################################################

Sidang Hadirin ,yang dihormati.

Semua hadirin diminta berdiri untuk sama sama menyanyikan dua buah lagu :

LAGU NEGARAKU

Dan

LAGU SEKOLAHKU SEJAHTERA

DAN

bismillahirrrahmanirrahim.
Yang Berhormat

Ustaz Shahari zukir nain Bin abdul kadir

Ahli Parlimen Setiu,

Yang Dihormati,

Encik Haimi Bin Satar

Penolong Pegawai Pendidikan

Unit peperiksaan

Pejabat Pendidikan daerah Setiu

Yang Setia,

Yang Berusaha

Cikgu Noraini Binti Mohd Noor

Guru Besar Sk Batu 29

Yang Dihormati

En. Ahmad Bin Mohd Noor

Ydp Pibg Sk Bt 29
Yang dihormati Cikgu Norhayati Binti Mohd ,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Cikgu Norita Binti Mohd Mokhtar ,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Cikgu Harun Bin Ismail ,

Guru Penolong Kanan Kokurikulum ,

Barisan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pibg, Para Guru yang dedikasi Dan Para Ibu Bapa
Yang Dihormati Sekalian.
Mawar Di Taman Mekar Nan Indah
Harum Mewangi Di Rumpun Serai
Terukir Senyuman Pembuka Kalimah
Selamat Datang Tuan Dirai.

Assalamualaikum W.B.T

Bagi Memulakan Majlis, Marilah Kita Sama-Sama

Menadah Tangan, Memohon Keberkatan Agar Segala Urusan Mendapat Rahmat.

Justeru, Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan

al Fadhil Ust Ayob Bin Dollah

Untuk Memimpin Bacaan Doa.

Majlis Dengan Penuh Takzim Mempersilakan.

######################################################################

Amin Amiin Yarabbalalamin. Majlis Mengucapkan Terima Kasih Kepada


al Fadhil Ust AyobBin Dollah Di Atas Pimpinan Bacaan Doa Itu Tadi.
Mudah-Mudahan Majlis Kita Ini Mendapat Rahmat Hingga Ke Penghujungnya..

Pembuka Kata Lidah Bicara


Izinkan Saya Mulakan Acara

Alhamdulillah Dipanjatkan Syukur, Kerana Dengan Izin Serta Limpah Rahmatnya


Kita Diberikan masa dan ruang Untuk Berhimpun Dalam Mesyuarat Agung Pibg
Kali Ke-31 Bagi Sesi 2022/2023.

Pastinya Pertemuan Pada Hari Ini Bertujuan Untuk Bertukar Pandangan Dan Pemikiran
Membina, Ke Arah Membantu Pihak Sekolah Dalam Meningkatkan Potensi Anak-Anak
Khususnya Dalam Bidang Akademik Dan Dunia Pendidikan Seterusnya Menjulang
Nama Sk Batu 29 Sama Ada Di Bidang Kurikulum, Ko-Kurikulum Mahupun Sahsiah
Pelajar.
Warga Dewan Yang Dimuliakan,

Majlis Dimulakan Dengan Ucapan Daripada En. Ahmad Bin Mohd Noor Ydp Pibg

Sk Bt 29

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*************ucapan YDP*************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia encik ahmad bin mohd
noor di atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berusaha, Cikgu Noraini Binti Mohd Noor Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu
29untuk menyampaikan ucapan

Majlis Dengan Segala Hormatnya, dipersilakan.

**************Ucapan Gb*************

Majlis Mengucapkan jutaan Terima Kasih Kepada Cikgu Noraini Binti Mohd Noor  di
Atas Ucapan Sebentar Tadi.

######################################################################

Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis dengan berbesar hati mempersilakan

Yang Berhormat
Ustaz Shahari zukir nain Bin abdul kadir
Ahli Parlimen Setiu,

Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan  mesyuarat agung pibg sk


batu 29 kali ke31 bagi tahun 2022/2023
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis dengan penuh takzim merakamkan setinggi –tinggi ucapan terima kasih atas
kesudian yang Yang Berhormat

Ustaz Shahari zukir nain Bin abdul kadir

Ahli Parlimen Setiu,

Di atas kesudian menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan mesyuarat agung


pibg sk batu 29 kali ke 31 bagi tahun 2022/2023.

Bunga selasih di dalam puan,


Harum melati penyeri intan
Terima kasih tuan di atas ucapan
Kekal bersemi dalam ingatan

######################################################################

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan tarian dari kumpulan sehebat tari dibawah pimpinan cikgu Moraliza Binti
Mohamad dan Ustazah Wanoterah Binti Othman. Dipersilakan..

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

seterusnya, tibalah masanya untuk penyampaian anugerah khas upsr bagi tahun 2019
.untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan , yang berbahagia

Encik Ridzuan Bin Razali

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid

Dengan diringi oleh yang berusaha , encik ahmad bin mohd noor, yang dipertua pibg sk
batu 29 bagi menyampaikan anugerah khas upsr bagi tahun 2019

Dijemput……………………….

Senarai nama

######################################################################

majlis dengan penuh takzim merakamkan setinggi –tinggi ucapan terima kasih atas
kesudian yang Berbahagia Encik Ridzuan Bin Razali

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid

Di atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar td

Hadirin sekalian,      
Majlis kita sampai dipenghujungnya.
Dengan penuh takzim, saya mewakili ajk pibg dan warga sk batu 29, merakamkan
penghargaan terima kasih kepada yang berbahagia Encik Ridzuan Bin Razali

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid

atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan mesyuarat agung
pibg sk batu 29. Kali ke 29 ini.majlis turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas
kerjasama dan keprihatinan ibu bapa yang sanggup meluangkan masa sehingga majlis
ini berjalan dengan lancar.

Ber Madah teruna di pohon cemara,


Mengusik si dara di atas titi
Salah dan silap tutur bicara
Pohon di ampun seikhlas hati

Kain yang carik cuma dihujung


Dibuat alas mengelap kendi
Budi yang baik tetap dijunjung
Tahun hadapan berjumpa lagi

Assalamualaikum wbt

Seterusnya, saya serahkan kepada, encik ahmad bin mohd noor, yang dipertua pibg sk
batu 29 untuk meneruskan agenda mesyuarat agung pibg sk batu 29 bagi tahun 2020

Anda mungkin juga menyukai