Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA

KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS PASIR GUDANG


2020

Nyanyian Negaraku (Tunggu sehingga VVIP duduk) Emcee:


dan lagu Bangsa
Johor Diminta para hadirin berdiri untuk menyanyikan Negaraku dan lagu Bangsa
Johor.

Bacaan doa Hadirin yang dihormati, Emcee:

Untuk memberkati majlis, majlis dengan sukacitanya menjemput


Ustaz Che Shihabuddin Bin Che Musa untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersila dengan segala hormatnya.

(BACAAN DOA)

Amin...Amin.. Ya Rabbal Alamin.


Majlis merakamkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Kata alu-aluan Assalamualaikum wrt..wbkth. Selamat sejahtera dan salam perpaduan. Emcee:

Yang Dihormati, Pn Sueriyani Bt Samsudin, Timbalan Pegawai


Pendidikan Daerah Pasir Gudang Sektor Pembelajaran,
Encik Mohd Asnorhisham bin Adam, Penolong Pegawai Pendidikan Khas
Pasir Gudang ,

Yang Berusaha, , Pn Ku Yock Thin ,


Guru Besar SJKC Johor Jaya, Pengerusi Pertandingan Boling Pendidikan Khas
Pasir Gudang,

Pengetua dan Guru Besar PPKI Daerah Pasir Gudang,

barisan GPK Pendidikan Khas, Jawatankuasa Karnival Sukan dan Permainan


Pendidikan Khas Pasir Gudang dan seterusnya murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Ucapan selamat Mencari timba si anak dara, Emcee:

1
datang Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Selamat datang ke Majlis Perasmian Penutup dan Majlis Penyampaian


Hadiah Pertandingan Boling Pendidikan Khas bagi tahun 2020.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke


hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama sekali
lagi, pada hari yang berbahagia ini untuk menjayakan majlis pada hari ini.

Untuk makluman semua, objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk


memberi pendedahan kepada murid-murid berkeperluan khas kita tentang
permainan boling serta mencungkil dan menggilap potensi murid-murid ini
untuk mewakili daerah Pasir Gudang kelak.

Ucapan Pengetua Dijemput dan dipersilakan ___Pn Ku Yock Thin________________________________


Kata Aluan Guru Besar SJKC Johor Jaya, selaku Pengerusi Pertandingan Boling
Pendidikan Khas Pasir Gudang untuk menyampaikan kata-kata aluan.

(UCAPAN ALUAN)

Terima kasih atas ucapan puan sebentar tadi.

Ucapan Perasmi Terbang di awan burung jentayu, Emcee:


Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang


Dihormati, ____ Pn Sueriyani Bt Samsudin, Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah Pasir Gudang Sektor Pembelajaran,
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutup
Pertandingan Boling Pendidikan Khas Pasir Gudang tahun 2020.

(UCAPAN PERASMI)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada _________ Pn Sueriyani Bt


Samsudin atas ucapan perasmian beliau sebentar tadi.

Penyampaian Hadiah Majlis diteruskan dengan agenda yang paling dinanti. Untuk menyampaikan
hadiah kepada para pemenang, dijemput Pn Ku Yock Thin _ untuk
mengiringi_______ Pn Sueriyani Bt Samsudin .

2
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,

(PENYAMPAIAN HADIAH)

Terima kasih diucapkan kepada __ Pn Ku Yock Thin dan Pn Sueriyani Bt


Samsudin atas penyampaian hadiah itu tadi. Tahniah diucapkan kepada
semua pemenang.

Penyampaian Sebagai tanda terima kasih dan ingatan berpanjangan, dipersilakan _______ Pn Emcee:
cenderahati Ku Yock Thin ___ untuk menyampaikan cenderahati kepada _ Pn Sueriyani Bt
Samsudin .

(PENYAMPAIAN CENDERAHATI)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

Penutup Hadirin sekalian, dengan sempurnanya penyampaian itu tadi, maka


sempurnalah majlis kita pada hari ini.

‘Inilah yang dikatakan ibarat menanam sudah dituai,


ibarat musafir sudah sampai,
umpama belayar telah sampai ke pelabuhan,
umpama berjalan telah sampai ke destinasi’

Bagi pihak majlis, kami ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat


kekurangan dan keterlajuran disepanjang majlis ini diadakan.

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh dan sampai jumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai