Anda di halaman 1dari 1

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫ والصالة والسالم علي سيدنا محمد وعلي آله واصحابه أجمعين‬,‫الحمد هلل رب العالمين‬

Ya Allah, Ya Karim
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk menghadiri dan berada
dalam Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan e-Sport Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan tahun
2021.

Ya Allah, Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar


Sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan
kami. Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami mutu dan tahap sukan
ini akan mencapai kecemerlangan. Ya Allah jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil
pencapaian ini sebagai pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-
pelajar yang sentiasa berusaha gigih untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram


Ya Allah satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturrahim di kalangan kami, padukanlah tenaga dan
usaha kami, kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat
lemah lembut dan akhlak terpuji, muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan
diri kami dengan kesihatan.

Ya Munzilalkitab Wa Ya Hazimal Ahzab


Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati. Dan
jadikanlah perpisahan kami sebagai perpisahan yang engkau pelihara daripada mara bahaya dan
keburukan.

‫ربنا آتنا في دنيا حسنة وفي األخرة حسنة وقنا عذاب النار‬

Anda mungkin juga menyukai