Anda di halaman 1dari 4

BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID PPKI

Pengurusan Kelas Akademik Pendidikan Khas

1. Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas


2. Pengurusan Bilik Darjah/Bangunan Pendidikan Khas
3. Pengurusan Dokumen dan Stok Pendidikan Khas
4. Perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran5. Pengurusan / Pergerakan dan Aktiviti Murid
Pendidikan Khas (Mobiliti)
5. Tugas Sewaktu Cuti Sekolah

PENGHURAIAN KERJA BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN


MURID

1. SKIM PERKHIDMATAN – Pembantu Pengurusan Murid Gred N17, N 22


2. PERINGKAT ORGANISASI - Kelas Akademik Pendidikan Khas
3. RINGKASAN TUGAS - Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru
di kelas-kelas akademik pendidikan khas di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran
Malaysia.
4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS Pembantu Pengurusan Murid ( PPM )
bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti berikut:-

 Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas


 Mengawasi murid semasa perubahan P&P/ sewaktu guru
 Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga/
semasa urusan ke hospital.
 Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid.
 Bersama murid pada perhimpunan rasmi sekolah.
 Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid dari segi tingkah laku, tutur
bahasa dan kekemasan diri.
 Membantu menguruskan murid baru.
 Membantu mengambil dan menghantar buku rekod kedatangan murid ke
pejabat.
 Membantu mengawasi murid semasa rehat.

5. PENGURUSAN BILIK DARJAH/ BANGUNAN


PENDIDIKAN KHAS
 Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas
dalam keadaan terurus sebelum dan selepas P&P.
 Memastikan kebersihan dalam dan luar bilik darjah/bangunan
Pendidikan Khas
 Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas Pendidikan Khas.
 Membantu murid menjaga projek pendidikan khas seperti kebun, taman dan lain-
lain.
 Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik darjah/
bangunan Pendidikan Khas.
 Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskini papan kenyataan
dari semasa ke semasa.
 Membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.
 Membantu menceriakan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas
 Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam
api masih boleh digunakan.

6. PENGURUSAN DOKUMEN DAN STOK PENDIDIKAN KHAS

 Membantu menyusun fail Pendidikan Khas dengan teratur dan mudah


diperolehi.
 Membantu dalam pengurusan surat menyurat.
 Membantu mengemas kini data murid setiap bulan.
 Membantu mengemas kini rekod dan fail murid.
 Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas.
7. PERJALANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 Membantu menyediakan bahan,peralatan dan buku yang diminta oleh guru


sebelum sesi P & P
 Membantu mengurus masalah tingkahlaku murid semasa P&P sekiranya
perlu.
 Membantu menguruskan murid semasa aktiviti P&P sekiranya perlu.
 Membantu murid inklusif di kelas aliran perdana sekiranya perlu.

8. PENGURUSAN/PERGERAKAN DAN AKTIVITI MURID


PENDIDIKAN KHAS (MOBILITI)Membantu:

 Menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri
untuk ke sesuatu tempat .
 Setiap aktiviti terapi dan aktiviti luar contohnya terapi renang, terapi berkuda,
senamrobik, terapi refleksiologi, aktiviti sukan dan aktiviti lawatan.
 Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktivitim kokurikulum.
 Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas aliran perdana.

9. TUGAS SEWAKTU CUTI

SEKOLAH CUTI

PENGGAL
Memastikan:
 Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan
selamat.
 Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak.
 Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga
dengan baik.
 Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras
sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.
CUTI AKHIR
TAHUN
Memastikan:
 Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan
selamat.
 Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak
 Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga
dengan baik.
 Menyemak stok dan inventori.
 Melabel dan mengemaskini sistem fail.
 Menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran murid baru.
 Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras atau Guru
Pendidikan Khas yang lain sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.

10. TUGAS-TUGAS RASMI LAIN YANG DIARAHKAN DARI SEMASA KE


SEMASA OLEH PIHAK PENGURUSAN
 Sepanjang tempoh PKPP,
 Menunggu murid di pintu pagar dan di dalam kelas serta menghantar murid
pulang ke pintu pagar dan menunggu sehingga kehadiran ibu bapa dan van
sekolah.
 Mensanitasi segenap ruang kelas, kerusi dan meja, alat tulis dan segala alatan
yang terlibat dengan kontak murid semasa sesi pembelajaran.
 Mengambil bacaan suhu badan MBK dan mencatatnya jika diarahkan oleh
guru.
 Memakai pelitup mulut sepanjang menguruskan MBK.
 Sentiasa mengawasi murid dan mengingatkan murid tentang penjarakan sosial.

Anda mungkin juga menyukai