Anda di halaman 1dari 3

TUGAS-TUGAS PPM PENDIDIKAN KHAS

1. Ringkasan Tugas
- Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas akademik
pendidikan khas di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS


Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti berikut:-
- Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas
- Menyambut murid diawal pagi dan menghantar murid ke dewan sehingga semua murid
pulang.
- Mengawasi murid semasa perubahan P&P/ sewaktu guru mengajar
- Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga/ semasa
urusan kehospital.
- Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid.
- Membantu guru membawa ke tapak perhimpunan dan bersama murid pada perhimpunan
Rasmi sekolah.
- Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan
kekemasan diri.
- Membantu menguruskan murid baru.
- Membantu mengambil dan menghantar buku rekod kedatangan murid ke pejabat.
- Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat.

3. Pengurusan Bilik Darjah/ Bangunan Pendidikan Khas


Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam keadaan
terurus sebelum dan selepas pdpc.
- Memastikan kebersihan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.
- Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas Pendidikan Khas.
- Membantu murid menjaga projek pendidikan khas seperti kebun, taman dan lain- lain.
- Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik darjah/ bangunan
Pendidikan Khas.
- Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskini papan kenyataan dari semasa
ke semasa.
- Membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.
- Membantu menceriakan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.
- Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api masih
boleh digunakan.

4. Pengurusan Dokumen, Fail Dan Stok Pendidikan Khas


- Membantu menyusun fail Pendidikan Khas dengan teratur dan mudah diperolehi.
- Membantu dalam pengurusan surat menyurat.
- Membantu mengemas kini data murid setiap bulan.
- Membantu mengemas kini rekod dan fail murid.
- Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas.

5. Perjalanan Pengajaran Dan Pembelajaran


- Membantu menyediakan bahan, peralatan dan buku yang diminta oleh guru sebelum sesi
pdpc
- Membantu mengurus masalah tingkahlaku murid semasa P&P sekiranya perlu.
- Membantu menguruskan murid semasa aktiviti P&P sekiranya perlu.
- Membantu murid inklusif di kelas aliran perdana sekiranya perlu.

6. Pengurusan/Pergerakan Dan Aktiviti Murid Pendidikan Khas (Mobiliti) Membantu:


- Menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri untuk ke
sesuatutempat.
- Setiap aktiviti terapi dan aktiviti luar contohnya terapi renang, terapi berkuda,
senamrobik,terapi refleksiologi, aktiviti sukan dan aktiviti lawatan.
- Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktiviti kokurikulum.
- Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas aliran perdana.

7. Tugas Sewaktu Cuti Sekolah

7.1 CutiPenggal
PPM perlu memastikan:
- Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.
- Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak.
- Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.
- Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras sekiranya diperlukan untuk
tindakan segera.
- Tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Guru Besar.

7.2 Cuti Akhir Tahun


PPM perlu Memastikan:
- Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.
- Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak
- Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.
- Menyemak stok dan inventori.
- Melabel dan mengemaskini sistem fail.
- Menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran murid baru.
- Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras atau Guru Pendidikan Khas
yang lain sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.
- Tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Guru Besar.

Anda mungkin juga menyukai