Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TABUAN ULU

JALAN FOOCHOW NO 1
93300 , KUCHING

Nama PPM :
No Fail Peribadi :
No. Kad Pengenalan :

Tuan/Puan,
AKU JANJI PENERIMAAN TUGAS

BIDANG / SENARAI TUGAS

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) bertanggungjawab ke atas tugas-tugas


seperti berikut:-

A. Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas

B. Pengurusan Bilik Darjah / Bangunan Pendidikan Khas

C. Pengurusan Dokumen Dan Stok Pendidikan Khas

D. Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

E. Pengurusan / Pergerakan Dan Aktiviti Murid Pendidikan Khas (Mobiliti)

F. Tugasan Sewaktu Cuti Persekolahan

A. Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas

i. Bertanggungjawab memastikan murid sentiasa berada dalam


keadaan bersih dan kemas:
Menguruskan murid yang tidak terurus atau tidak tahu
menyalin pakaian
Membantu membersihkan murid seperti
memandikannya
Memastikan kekotoran yang terdapat dalam kelas
seperti muntah, air kencing, najis, dan sebagainya
yang perlu dibersihkan

ii. Bertanggungjawab menyambut kedatangan murid semasa


menghadiri kelas/stesen Pengajaran dan Pembelajaran.
Memastikan murid masuk ke kelas/stesen P & P
iii. Bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sewaktu
berada di sekolah
Memastikan murid berada di kawasan sekolah

iv. Bertanggungjawab menunggu murid yang pulang lewat dan


memastikan murid keluar dari kawasan sekolah dalam
keadaan selamat
Mengawasi murid selepas tamat waktu persekolahan
Memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas/Penyelaras untuk menghubungi
ibubapa/penjaga sekiranya terdapat murid yang lewat
pulang
Membantu memastikan murid keluar dari kawasan
sekolah dengan selamat

v. Bertanggungjawab membantu murid ke tandas sekiranya


perlu
Membawa dan membimbing murid cara menggunakan
tandas dengan betul
Memastikan dan membimbing murid membersihkan diri
dengan betul

vi. Mengawasi murid semasa perubahan P & P / sewaktu guru


menghadiri taklimat/urusan rasmi
Ketika pertukaran guru, stesen dan kelas
Sebelum ketibaan guru
Semasa time-out

vii. Menjaga murid yang sakit sementara menunggu


kedatangan ibu bapa/penjaga/semasa urusan ke hospital
Membantu menenangkan emosi murid
Menempatkan murid ke bilik sakit
Mengetahui latar belakang kesihatan murid

viii. Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh


murid
membersihkan luka atau menyapukan ubat dengan
panduan guru

ix. Bersama murid pada perhimpunan rasmi sekolah


Membawa murid ke tempat perhimpunan
Membimbing murid mengikuti perhimpunan
Mengawasi tingkahlaku murid semasa perhimpunan
berlangsung

x. Menjadi contoh teladan yang baik kepada murid dari


segi tingkah laku, tutur kata dan kekemasan diri
Menggunakan bahasa yang sopan
Menjadi role-model
xi. Membantu menguruskan murid baru
Melayan kerenah dan menenangkan emosi murid
Menempatkan murid di dalam kelas
Membantu sewaktu orientasi dijalankan

xii. Membantu mengambil dan menghantar buku rekod


kedatangan murid ke pejabat
Mengambil buku rekod kedatangan pada setiap pagi
sebelum kelas bermula
Menghantar buku rekod kedatangan sebelum pukul
9.00 pagi

xiii. Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa


rehat
Memastikan murid beratur sebelum ke kantin
Memastikan murid membasuh tangan sebelum makan
Membantu murid membeli makanan
Membimbing murid adab makan yang betul
Memastikan murid meletakkan peralatan makan di tempat
yang di sediakan
Memastikan murid masuk ke kelas

xiv. Membantu membuat susulan ke rumah ibu bapa/penjaga


murid yang bermasalah
Bersama-sama guru semasa membuat lawatan susulan

A. Pengurusan Bilik Darjah / Bangunan Pendidikan Khas.

i.
Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan
kelas
dalam keadaan terurus sebelum dan selepas pengajaran dan
pembelajaran

Memastikan kebersihan dalam dan luar bilik darjah/bangunan


Pendidikan Khas
Lantai perlu dimop setiap hari
Sampah perlu dibuang
Cermin tingkap, kipas langsir , meja, kerusi, pinggan mangkuk, peti
sejuk perlu dibersihkan secara berkala
Pastikan semua bilik khas/stesen P & P / kelas tidak berhabuk

i. Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas bangunan


Pendidikan Khas
Tandas sentiasa bersih dan selamat digunakan
Tandas haruslah ceria

ii. Membantu murid menjaga projek Pendidikan Khas seperti kebun,


taman dan lain-lain
Segala kemudahan/projek pendidikan khas terurus

iii. Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik


darjah/ bangunan Pendidikan Khas
Memastikan peralatan yang berbahaya disimpan di tempat yang selamat
Dapur
Bengkel/Pertukangan
Kebun
Bilik-bilik khas
Kelas Pembelajaran / stesen P & P

iv. Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskinikan


papan kenyataan dari masa ke semasa

v. Membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif


Susun atur peralatan dan perabot sentiasa kemas, teratur
dan selamat

vi. Membantu menceriakan dalam dan luar bilik darjah / bangunan


Pendidikan Khas

vii. Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan


alat pemadam api masih boleh digunakan
Mengenalpasti tarikh luput
Bekalan lengkap dan mencukupi

C. Pengurusan Dokumen dan Stok Pendidikan Khas

i. Membantu menyusun fail pendidikan Khas dengan teratur dan


mudah diperolehi
Sistem fail yang teratur
Membantu dalam pengurusan surat menyurat
Membantu mengemaskini data murid setiap bulan

ii. Membantu mengemas kini rekod dan fail murid


Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas
Merekod pembelian bahan dan peralatan
Menyemak peralatan yang perlu dihapuskira dua kali setahun

D. Perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran.

i. Membantu menyediakan bahan, peralatan dan buku yang diminta oleh


guru sebelum sesi P & P
ii. Membantu dan memasang peralatan elektronik
iii. Membantu membuat penyalinan (photostat)
iv. Membantu murid menyediakan buku dan alat tulis sebelum P & P
v. Menguruskan murid yang menggunakan alat bantuan tertentu
seperti memeriksa bateri alat pendengaran, FM sistem, kanta
pembesar, mesin braille dan lain-lain
vi. Membantu mengurus masalah tingkah laku murid semasa P & P
sekiranya perlu
Mewujud dan merangsang naluri ingin tahu murid ketika belajar
Mengawasi tingkahlaku murid

vii. Membantu menguruskan murid semasa aktiviti P & P sekiranya


perlu.
viii.Memegang tangan murid untuk aktiviti psikomotor kasar dan halus
Membantu murid secara individu dalam latihan bertulis dan
praktikal
Membantu murid inklusif di kelas aliran perdana sekiranya
perlu

E. Pengurusan / Pergerakan dan Aktiviti Murid Pendidikan Khas


(Mobiliti)
Membantu:-
i. Menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak
dengan sendiri untuk ke sesuatu tempat
ii. Murid yang menggunakan alatan khas untuk bergerak
iii. Setiap aktiviti terapi dan aktiviti luar, contohnya terapi berenang,
terapi berkuda, senamrobik, aktiviti sukan dan aktiviti lawatan
Murid dalam pergerakan semasa aktiviti
Menjaga keselamatan semasa aktiviti
iv. Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktiviti
kokurikulum
v. Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas aliran perdana

Tugas Sewaktu Cuti Sekolah.


Cuti Penggal
i. Memastikan:-
Bilik darjah dan tandas di blok Pendidikan Khas sentiasa bersih,
kemas dan selamat
Bilik darjah dan tandas diceriakan
Cermin tingkap, kipas, langsir, meja, kerusi, pinggan mangkuk, peti
sejuk perlu dibersihkan
Pastikan semua bilik khas/stesen P & P / kelas tidak berhabuk
ii. Peralatan dan perabot perlu disusun semula
iii. Tandas selamat dan boleh digunakan
iv. Lantai dimop
v. Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak
vi. Mengenal pasti peralatan yang boleh digunakan/perlu diselenggara
atau dihapuskira
ix. Projek Pendidikan Khas seperti berkebun, taman dan lain-lain sentiasa
dijaga dengan baik.Membantu menyiram / membaja / mengembur /
memangkas / meracun
x. Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas atau
Penyelaras sekiranya diperlukan untuk tindakan segera

CUTI AKHIR TAHUN


Memastikan:-
i. Bilik darjah dan tandas di blok Pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas
dan selamat
ii. Bilik darjah dan tandas diceriakan.
iii. Cermin tingkap, kipas, langsir, meja, kerusi, pinggan mangkuk, peti
sejuk
perlu dibersihkan
Pastikan semua bilik khas/stesen P & P / kelas tidak berhabuk
Peralatan dan perabot perlu disusun semula
Tandas selamat dan boleh digunakan
Lantai dimop
iv. Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak.
Mengenal pasti peralatan yang boleh digunakan/perlu
diselenggara/dihapuskira
Projek Pendidikan Khas seperti berkebun, taman dan lain-lain
sentiasa dijaga dengan baik
v. Menyemak stok dan inventori
vi. Melabel dan mengemaskini sistem fail
vii. Menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran baru
viii. Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas / Penyelaras
sekiranya diperlukan untuk tindakan segera
,
3.2.3 Waktu Bekerja Pembantu Pengurusan Murid
(Prorgram Pendidikan Khas Integrasi)

1 7.00 pagi 4.00 petang


2 7.30 pagi 4.30 petang
3 8.00 pagi 5.00 petang
4 8.30 pagi 5.30 petang
**. Waktu Rehat 1 jam
(mengikut pilihan masa yang ditentukan oleh pentadbir)

*** Waktu bekerja bagi Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas ialah 9 jam
sehari termasuk waktu rehat. Pilihan waktu bergantung kepada keperluan murid
Pendidikan Khas.

TANDATANGAN DI SAHKAN OLEH

________________________ _____________________

( ) ( MOHTAR BIN MOHD ALI)

TARIKH : GURU BESAR

Anda mungkin juga menyukai