Anda di halaman 1dari 6

LAMPIRAN D

SENARAI TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID ASRAMA


(SEKOLAH MENENGAH)

1. Memastikan dan menentukan murid bangun tidur dan masuk tidur


mengikut masa yang ditetapkan.

2. Melatih dan membimbing murid mengurus diri dengan baik.

3. Membersih dan mengemas tempat tidur murid dan mengasuh mereka


berbuat demikian.

4. Melayan dan membimbing murid cara-cara dan adab sopan ketika


makan.

5. Memastikan murid ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan.

6. Membimbing dan menentukan murid Islam bersuci dan


bersembahyang.

7. Membimbing dan mengasuh murid supaya sentiasa berakhlak,


berdisiplin dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

8. Melatih dan membantu murid menjaga kebersihan, keceriaan dan


keselamatan di asrama.

1
LAMPIRAN D

9. Mengawasi dan menentukan murid ke kelas persediaan selepas waktu


persekolahan.

10. Melayan keperluan murid yang sakit atau menghadapi masalah emosi.

11. Membantu mengawasi/ mengiringi murid ketika mereka bermain di luar


waktu persekolahan dan waktu kegiatan kokurikulum (riadah).

12. Menjadi pengantara dengan ibu bapa kepada murid yang sakit dan
menghadapi masalah disiplin, kesihatan, gangguan emosi dan
keperluan-keperluan lain.

13. Mengiringi murid yang sakit/ temu janji berkala ke hospital atau klinik.

14. Memastikan murid mengamalkan cara-cara yang betul tentang


kebersihan diri.

15. Membersih dan mengemas dormitri (murid bermasalah penglihatan).

16. Membimbing murid-murid dalam persiapan untuk balik kampung.

17. Membantu warden menghantar murid ke stesen bas/ kereta api/


lapangan terbang atau mengiringi murid balik kampung ke stesen yang
berdekatan.

18. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak pentadbir dari


semasa ke semasa.
2
LAMPIRAN D

HURAIAN TUGAS

1. Memastikan semua penghuni asrama mematuhi waktu masuk dan


bangun tidur yang ditetapkan:
i) mematuhi jadual waktu tidur yang ditetapkan dan membersih diri
sebelum tidur.

2. Melatih dan membimbing murid mengurus diri dengan baik:


i) memakai pakaian yang kemas dan teratur; dan
ii) membimbing dan mengasuh murid mengurus pakaian seperti
membasuh, menjemur, mengangkat, menggosok dan
menyimpan.

3. Memastikan murid membersih dan mengemas tempat tidur dan


mengasuh mereka berbuat demikian:
i) menyusun atur dan mengemas cadar, bantal serta selimut
dengan betul dan baik; dan
ii) membersihkan dormitri.

4. Melayan, membimbing dan memastikan murid mengamalkan cara-


cara dan adab sopan ketika makan:
i) membersih tangan sebelum dan selepas makan; dan
ii) membaca doa sebelum dan selepas makan.

5. Melatih dan menentukan murid ke sekolah mengikut masa yang


ditetapkan:

3
LAMPIRAN D

i) memaklumkan kepada PK HEM jika murid tidak dapat hadir ke


sekolah.

6. Memastikan murid Islam bersuci dan bersembahyang lima waktu


sehari:
i) memakai pakaian yang sesuai dan bersih.

7. Membimbing murid mematuhi peraturan asrama dan sekolah pada


setiap masa:
i) memaklumkan kepada warden sekiranya terdapat murid yang
melanggar peraturan asrama dan sekolah.

8. Memastikan murid hadir ke kelas-kelas persediaan pada waktu yang


ditetapkan.

9. Melatih murid menjaga keselamatan di asrama:


i) tidak mengabaikan keselamatan semasa menggunakan
peralatan yang disediakan di asrama;
ii) memastikan murid tidak memasuki kawasan larangan/
membahayakan; dan
iii) memastikan bahan-bahan beracun, bahan api dan tajam tidak
disimpan di domitri.

10. Membantu memberikan rawatan awal (first aid).

11. Mengawasi dan membimbing murid ketika bermain di luar waktu


persekolahan dan waktu kegiatan kokurikulum (riadah):
4
LAMPIRAN D

i) membantu mengawasi murid hadir ke padang/ gelanggang


dengan pakaian yang sesuai pada waktu yang ditetapkan.

12. Memaklumkan kepada Warden/ Penyelia Asrama mengenai murid


yang menghadapi masalah kesihatan atau gangguan emosi.

13. Melatih dan menentukan murid mengamalkan cara-cara yang betul


dan sempurna semasa menggosok gigi dan mandi:
i) menggosok gigi dan mandi sekurangnya dua kali sehari; dan
ii) memastikan penggunaan tandas dengan betul.

14. Persiapan balik kampung:


i) mengurus pakaian dan peralatan yang hendak dibawa balik;
ii) barang-barang yang akan ditinggalkan dimasukkan ke dalam
kotak/ beg/ bekas yang dilabelkan serta disimpan di tempat yang
disediakan;
iii) mengosongkan locker (jika perlu);
iv) memastikan katil dan dormitri dalam keadaan bersih; dan
v) memastikan tidak ada pakaian yang tertinggal di ampaian dan
bilik basuh.

15. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak pentadbir dari


semasa ke semasa.

5
LAMPIRAN D

BIDANG TUGAS KHAS SEMASA CUTI PERSEKOLAHAN

1. Membantu Penyelia Asrama mengemaskini/ menyemak stok dan


inventori.

2. Memastikan keadaan dormitri/ asrama kemas dan bersih.

3. Mencuci peralatan sembahyang murid-murid di surau (contoh:


telekung, kopiah).

4. Mencuci langsir, sarung kusyen dan lain-lain.

5. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak pentadbir dari


semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai