Anda di halaman 1dari 7

JADUAL TUGASAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID PENDIDIKAN

KHAS

JADUAL TUGASAN HARIAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

WAKTU PERSEKOLAHAN

MASA / AKTIVITI
7.20 - 8.00 pagi
- membuka kelas dan menyambut kedatangan murid.
- mengambil dan menanda buku rekod kedatangan murid
- menyediakan bahan pembelajaran.
- menyapu kelas dan memastikan tandas dan dapur dalam keadaan bersih
- mengawal kelas dan mengatur murid mengikut kelas masing-masing

8.00 – 10.10 pagi


- membantu dalam proses P&P
- menghantar buku rekod kedatangan
- mencatat nama murid dan sebab tidak hadir setiap hari persekolahan pada borang e-hadir di
pejabat

rehat 20 minit ( sebelum murid rehat )

10.10 – 10.50 pagi ( REHAT MURID ISNIN, SELASA, KHAMIS) /10.30 -11.10 pagi
(RABU) / 9.50 – 10.30 pagi (JUMAAT)
- membantu pergerakan murid sebelum, semasa dan selepas makan di kantin
- membantu pengurusan diri murid selepas waktu rehat

10.50 pagi - 01.20 petang (ISNIN, SELASA, KHAMIS) / 10.30 – 11.10 pagi (RABU) /
9.50 – 10.30 pagi (JUMAAT)
- membantu dalam proses P&P
- mengemas dan menyimpan alatan yang telah digunakan dalam P&P
- mengiringi dan memastikan murid pulang dengan selamat

01.00 – 2.00 petang REHAT

2.00 – 5.00 petang


- menyusun atur kerusi dan meja
- memastikan kebersihan kelas, dapur dan tandas
- memastikan sampah tidak bermalam di dalam kelas
- memastikan semua suis peralatan elektrik ditutup
- memastikan pintu dan tingkap kelas ditutup dan dikunci
- membantu tugas surat menyurat
- mengemaskini dokumen
- menyediakan bahan bantu mengajar untuk persediaan P&P keesokan hari
JADUAL TUGASAN HARIAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

WAKTU CUTI PENGGAL

MASA AKTIVITI

8.00 am -1.00 pm
1. Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.
2. Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak.
3. Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.

1.00 pm – 2.00 pm REHAT

2.00 pm – 5.00 pm
1. Menyemak stok dan inventori.
2. Melabel dan mengemaskini sistem fail.
3. Menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran murid baru.
4. Menghubungi Penyelaras atau Guru Pendidikan Khas yang lain sekiranya diperlukan untuk
tindakan segera

Pembantu Pengurusan Murid adalah bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar dalam


tugas-tugas yang diarahkan olehnya.

Dipetik dari Tugas-Tugas Pembantu Pengurusan Murid, Bahagian Pendidikan Khas, Jabatan
Pendidikan Malaysia

TUGAS-TUGAS RASMI LAIN YANG DIARAHKAN DARI SEMASA KE SEMASA OLEH


PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH.
1. TAJUK
Pengurusan Tugas Pembantu Pengurusan Murid Semasa Cuti Persekolahan

2. DESKRIPSI KOMPETENSI
Pembantu Pengurusan Murid bertanggungjawab untuk memastikan dan melaksanakan
pengurusan pentadbiran, kewangan, inventori bahan dan peralatan di kelas semasa cuti
persekolahan mengikut pekeliling-pekeliling perkhidmatan serta perintah am yang berkuatkuasa.

3. OBJEKTIF
Modul ini dihasilkan bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan spesifikasi tugasan
Pembantu Pengurusan Murid semasa cuti persekolahan :

3.1 Membantu mengurus pentadbiran kelas secara sistematik semasa cuti persekolahan
dengan cekap, mantap, berkualiti dan berkesan.
3.2 Membantu mengurus pengendalian pengurusan kewangan kelas semasa cuti persekolahan
dengan cekap, sistematik dan berkesan bagi memastikan program pendidikan terlaksana
dengan jayanya.
3.3 Membantu menguruskan inventori kelas semasa cuti persekolahan secara sistematik,
berkesan dan memastikan peralatan di dalam dan di luar bilik darjah sentiasa berada di
dalam keadaan selamat serta dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan bagi urusan
pengajaran dan pembelajaran.
3.4 Membantu mengurus kebersihan dan keceriaan di dalam dan di luar kelas semasa cuti
persekolahan.

4. BIDANG TUGAS

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 1 DAN 2

4.1 PENGURUSAN KELAS


4.1.1 Membantu membersih peralatan pengajaran dan pembelajaran, kawasan
di dalam dan di luar kelas.

4.2 PROGRAM PRA


4.2.1 Membantu merancang dan melaksanakan program kelas seperti lawatan, sambutan hari
jadi, karnival prasekolah dan sebagainya.
4.2.2 Membantu menyediakan props dan kostum untuk aktiviti kelas seperti sukan, karnival,
majlis konvokesyen, hari potensi dan sebagainya.
4.2.3 Membantu menghubungi pihak agensi luar yang ada kaitan dengan program pendidikan.
4.2.4 Membantu urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan program pendidikan ( seperti
surat jemputan, surat makluman dan sebagainya ).

4.3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


4.3.1 Mengemaskini peralatan seperti buku, lego, carta, kad imbasan atau perkataan dan
sebagainya.
4.3.2 Membaik pulih peralatan seperti buku, lego, carta, kad imbasan atau perkataan dan
sebagainya.
4.4 BAHAN BANTU MENGAJAR
4.4.1 Membantu membina bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tema pengajaran dan
pembelajaran.
4.4.2 Membantu mengemaskini dan menyusun atur bahan dan peralatan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
4.4.3 Membantu membuat klasifikasi bahan dan peralatan mengikut kesesuaian berasaskan
pusat-pusat pembelajaran.

CUTI AKHIR TAHUN


4.5 PENGURUSAN KELAS
4.5.1 Menyediakan fail maklumat, folio dan hasil kerja murid.
4.5.2 Merekod data murid yang telah mendaftar.
4.5.3 Mengemaskini fail.
4.5.4 Melaksanakan urusan surat-menyurat berkaitan.
4.5.5 Merancang aktiviti atau program kelas.

4.6 BAHAN BANTU MENGAJAR


4.6.1 Menyediakan bahan bantu mengajar.
4.6.2 Mengemaskini bahan bantu mengajar.
4.6.3 Membaikpulih bahan bantu mengajar.
-Carta
-Buku
-Permainan

4.7 INVENTORI
4.7.1 Menerima dan merekod bahan atau peralatan yang dibekalkan.
4.7.2 Menyenarai bahan dan peralatan harta modal di kelas.
4.7.3 Menyedia dan membuat inventori peralatan di dalam kelas.
4.7.4 Merekod pembelian bahan dan peralatan di kelas.
4.7.5 Merekod daftar bekalan pejabat.
4.7.6 Merekod pergerakan harta modal.
4.7.7 Merekod dan melabel nombor pentadbiran stok.
4.7.8 Merekod dan melabel bahan atau peralatan yang diterima.
4.7.9 Merekod, mencatat dan melapor kerosakan peralatan di dalam dan luar kelas.
4.7.10 Mengemaskini inventori.
4.7.11 Mengemaskini stok.
4.7.12 Mencadang dan mengurus proses hapus kira bagi bahan dan peralatan yang telah tamat
tempoh dan rosak.

4.8 KEWANGAN
4.8.1 Membantu merancang dan mengurus anggaran perbelanjaan bekalan makanan.
4.8.2 Membantu mengemaskini akaun ( peruntukan makanan dan bekalan ).
4.8.3 Membantu merekod sumbangan yang diterima.
4.8.4 Membantu pengurusan kutipan pembelian alatan keperluan murid daripada ibubapa.
4.9 KECERIAAN
4.9.1 Membuat mural.
4.9.2 Kebersihan.
-Kawasan di dalam bilik darjah.
-kawasan di luar bilik darjah.
-Bilik air.
-Taman ( menanam bunga dan membersih taman ).
4.9.3 Membersih peralatan dapur seperti pinggang mangkuk.
4.9.4 Membersihkan kawasan di dalam dan di luar ( alatan, mainan, pondok, persekitaran ).
4.9.5 Membaikpulih dan menceriakan kelas dan persekitaran kelas.
4.9.6 Menyusun dan membantu mengemaskini pusat pembelajaran kelas.
4.9.7 Mengindahkan persekitaran di dalam dan di luar kelas ( tanam bunga, membuat landskap,
penjagaan tanaman ).

5. CADANGAN LATIHAN / KURSUS


5.1 Kursus ICT
5.2 Kursus Penyediaan Makanan
5.3 Kursus Keselamatan Dan Kesihatan
5.4 Kursus Pendedahan Perkembangan Kanak-kanak
5.5 Kursus Pendedahan Pembinaan Bahan Bantu Mengajar
5.6 Kursus Intergriti Pembantu Pengasuh Murid
5.7 Kursus Inventori Dan Sistem Fail
5.8 Kursus Pengurusan Kewangan
5.9 Bengkel Pendedahan Pengajaran dan Pembelajaran dan Kurikulum
5.10 Kursus Induksi dan Ketatanegaraan
5.11 Kursus Kendiri
5.12 Kursus Seni dan Kebudayaan

6. PENUTUP
Semua perancangan yang dicadangkan di dalam modul ini adalah sebagai garis panduan kepada
pembantu pengurusan murid untuk bersedia merancang dan melaksanakan tugas-tugas semasa
cuti persekolahan.
BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID
Pengurusan Kelas Akademik Pendidikan Khas
1. Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas
2. Pengurusan Bilik Darjah/Bangunan Pendidikan Khas
3. Pengurusan Dokumen dan Stok Pendidikan Khas
4. Perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran
5. Pengurusan / Pergerakan dan Aktiviti Murid Pendidikan Khas (Mobiliti)
6. Tugas Sewaktu Cuti Sekolah

PENGHURAIAN KERJA BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

1. SKIM PERKHIDMATAN
1.1 Pembantu Pengurusan Murid Gred N17, N 22

2. PERINGKAT ORGANISASI
2.1 Kelas Akademik Pendidikan Khas

3. RINGKASAN TUGAS
3.1 Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas akademik
pendidikan khas di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS


Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti berikut:-
4.1 Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas
4.2 Mengawasi murid semasa perubahan P&P/ sewaktu guru
4.3 Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga/ semasa urusan
ke hospital.
4.4 Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid.
4.5 Bersama murid pada perhimpunan rasmi sekolah.
4.6 Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan
kekemasan diri.
4.7 Membantu menguruskan murid baru.
4.8 Membantu mengambil dan menghantar buku rekod kedatangan murid ke pejabat.
4.9 Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat.

5. PENGURUSAN BILIK DARJAH/ BANGUNAN PENDIDIKAN KHAS


Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam keadaan terurus
sebelum dan selepas P&P.
5.1 Memastikan kebersihan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.
5.2 Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas Pendidikan Khas.
5.3 Membantu murid menjaga projek pendidikan khas seperti kebun, taman dan lain-lain.
5.4 Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik darjah/ bangunan
Pendidikan Khas.
5.5 Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskini papan kenyataan dari semasa
ke semasa.
5.6 Membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.
5.7 Membantu menceriakan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.
5.8 Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api masih
boleh digunakan.
6. PENGURUSAN DOKUMEN DAN STOK PENDIDIKAN KHAS
6.1 Membantu menyusun fail Pendidikan Khas dengan teratur dan mudah diperolehi.
6.2 Membantu dalam pengurusan surat menyurat.
6.3 Membantu mengemas kini data murid setiap bulan.
6.4 Membantu mengemas kini rekod dan fail murid.
6.5 Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas.

7. PERJALANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


7.1 Membantu menyediakan bahan,peralatan dan buku yang diminta oleh guru sebelum sesi P&P
7.2 Membantu mengurus masalah tingkahlaku murid semasa P&P sekiranya perlu.
7.3 Membantu menguruskan murid semasa aktiviti P&P sekiranya perlu.
7.4 Membantu murid inklusif di kelas aliran perdana sekiranya perlu.

8 PENGURUSAN/PERGERAKAN DAN AKTIVITI MURID PENDIDIKAN KHAS


(MOBILITI)
Membantu:
8.1 Menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri untuk ke
sesuatu tempat .
8.2 Setiap aktiviti terapi dan aktiviti luar contohnya terapi renang, terapi berkuda, senamrobik,
terapi refleksiologi, aktiviti sukan dan aktiviti lawatan.
8.3 Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktivitim kokurikulum.
8.4 Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas aliran perdana.

9 TUGAS SEWAKTU CUTI SEKOLAH

9.1 CUTI PENGGAL


Memastikan:
9.1.1 Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.
9.1.2 Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak.
9.1.3 Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.
9.1.4 Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras sekiranya diperlukan
untuk tindakan segera.

9.2 CUTI AKHIR TAHUN


Memastikan:
9.2.1 Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.
9.2.2 Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak
9.2.3 Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.
9.2.4 Menyemak stok dan inventori.
9.2.5 Melabel dan mengemaskini sistem fail.
9.2.6 Menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran murid baru.
9.2.7 Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras atau Guru Pendidikan
Khas yang lain sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.

10. TUGAS-TUGAS RASMI LAIN YANG DIARAHKAN DARI SEMASA KE SEMASA


OLEH PIHAK PENGURUSAN

Anda mungkin juga menyukai