Anda di halaman 1dari 1

SKOP KERJA GURU

1. MENGAJAR(50%)
1.1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak/tuntutan pelajaran
1.2. Mengendalikan pengajaran-pembelajaran dengan berkesan(dilihat dari sudut
keupayaan dan kecekapan guru.
1.3. Membimbing pelajar memperoleh ilmu, mengawasi kemahiran dan
mengamalkan sikap positif.
1.4. Membuat penilaian dan tindak susul(aktiviti pengayaan dan pemulihan)
1.5. Menyediakan alat-alat dan bahan-bahan bantu mengajar yang secukupnya dan
sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.6. Menyediakan lembaran kerja yang secukupnya untuk murid.
1.7. Menyemak hasil kerja murid(buku latihan, lembaran kerja dan buku aktiviti)

2. MEMBUAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(20%)


2.1. Merancang pelajaran mengikut Huraian Sukatan Pembelajaran.
2.2. Menyediakan rancangan pelajaran penggal dan harian.
2.3. Menyediakan persediaan mengajar.
2.4. Buku rekod Persediaan Mengajar mesti sentiasa kemas dan kemaskini mengikut
kuantiti yang ditetapkan serta berkualiti.

3. MEMBANTU DALAM PERLAKSANAAN PELBAGAI KEGIATAN


KO-KURIKULUM (10%)
3.1. Merancang dan melaksanakan program ko-kurikulum.
3.2. Meningkatkan penyertaan dan mutu prestasi pelajar.

4. MENJAGA DISIPLIN DAN KEBAJIKAN PELAJAR (10%)


4.1. Menjelaskan peraturan sekolah.
4.2. Menguatkuasakan peraturan sekolah.
4.3. Mengendalikan kes-kes disiplin.
4.4. Mengenalpasti pelajar yang memerlukan perhatian khas.
4.5. Memupuk pertumbuhan sahsiah yang baik.

5. MENTADBIR DAN MENGURUS BILIK DARJAH/KELAS (10%)


5.1. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif(dilihat dari segi kebersihan,
keceriaan, peralatan kelengkapan dan keselamatan)
5.2. Menentukan kehadiran pelajar.
5.3. Menentukan disiplin dan sikap baik setiap elajar dalam kelas masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai