Anda di halaman 1dari 30

GARIS PANDUAN PENGURUSAN

MURID BERKEPERLUAN KHAS


PEMBUKAAN SEMULA PPKI
TARIKH: 15JULAI 2020 HARI: RABU
PELAKSANAAN
1. 2. 3. 4.
Sebelum sesi Semasa sesi Pengurusan Pengurusan
persekolahan persekolahan waktu PdPc PdPc di
bermula MBK rumah

6. 7. 8. 9.
5.
Pengurusan Pengurusan Pengurusan Pengurusan
Pengurusan
MBK ke waktu balik guru Pembantu
waktu rehat
tandas MBK Pendidikan Pengurusan
MBK
khas Murid
1. Sebelum sesi persekolahan bermula
1.1. Pengisytiharan kesihatan
a. Ibu bapa/penjaga perlu membuat pengisytiharan kesihatan MBK melalui borang yang
disediakan. Maklumat yang dikemukakan dalam borang tersebut merupakan indikator bagi
menentukan tahap kesihatan MBK serta keupayaan penjagaan kesihatan kendiri oleh MBK dan
sebagai penentu yang membolehkan MBK hadir ke sekolah atau sebaliknya.
b. Sekiranya ibu bapa belum bersedia untuk menghantar MBK ke sekolah, surat pengakuan ibu
bapa atau surat sokongan dari doktor.
1. Sebelum sesi persekolahan bermula
1.2. Bilik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

a. Bilangan MBK bagi setiap bilik PdP bergantung kepada keluasan ruang dengan
mengambil kira penjarakan sosial. Kapasiti maksimum sesebuah bilik PdP tidak melebihi
tujuh (7) orang.
b. Pihak sekolah akan melaksanakan kaedah penggiliran
kehadiran MBK kerana bilik PdP tidak dapat menampung
kehadiran semua MBK selepas mengambil kira
penjarakan sosial.
c. Perabot dan peralatan termasuk peralatan khas
yang tidak digunakan perlu disimpan atau
diketepikan untuk mengurangkan sentuhan.
Pelan lantai kelas-kelas PPKI
Pelan lantai kelas-kelas PPKI
Pelan lantai kelas-kelas PPKI
Pelan lantai kelas-kelas PPKI
Pelan lantai kelas-kelas PPKI
Pelan lantai kelas-kelas PPKI
1. Sebelum sesi persekolahan bermula
1.3. Persediaan Sebelum MBK ke Sekolah
a. Pihak sekolah akan mengatur:
i. Jadual bekerja Pembantu Pengurusan Murid (PPM) bagi memastikan semua PPM datang
lebih awal untuk mengurus ketibaan MBK; dan waktu ketibaan MBK secara berperingkat.

b. Pihak sekolah perlu menyediakan:


i. Laluan khas untuk mengimbas suhu badanMBK; dan
ii. Drop off point bagi MBK yang dihantar dengan menaiki kenderaan ke dalam kawasan
sekolah.

c. Pihak sekolah perlu mengingatkan MBK supaya sentiasa mencuci tangan dengan air dan
sabun sebelum ke sekolah. Sekiranya tiada air dan sabun, pensanitasi tangan boleh
digunakan.
2. Semasa sesi persekolahan
2.1. Waktu tiba
a. Guru dan PPM yang bertugas akan mengimbas dan merekod suhu badan MBK di lokasi
yang ditetapkan. Jika suhu badan MBK mencecah 37.5⁰C dan ke atas, ibu bapa/penjaga
perlu membawa pulang anak/anak jagaan untuk mendapatkan rawatan.
b. MBK juga diberi sanitasi tangan sebagai langkah menjaga kebersihan.
c. MBK yang tiba di sekolah akan disambut dandibawa ke kelas oleh PPM.
d. Ibu bapa/penjaga dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah
dengan menaiki kenderaan sekiranya MBK tidak berupaya
berjalan kaki mengikut SOP yang ditetapkan.
2. Semasa sesi persekolahan
2.2. Pengurusan Diri
a. MBK sentiasa diingatkan untuk mencuci tangan dengan air dan sabun setiap kali
menggunakan tandas.
b. Guru/PPM yang membantu MBK mengurus diri hendaklah memakai pelitup muka serta
mencuci tangan dengan air dan sabun dengan lebih kerap. Pelitup muka berfesyen tidak
dibenarkan.
2.3. Pengurusan Tingkah Laku
a. Pihak sekolah akan mengasingkan MBK yang mempunyai masalah tingkah laku semasa
waktu persekolahan dan diberikan modifikasi tingkah laku serta intervensi yang bersesuaian.
Sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal, pihak sekolah akan menghubungi ibu
bapa/penjaga untuk membawa MBK pulang ke rumah.
b. Guru dan PPM yang mengendalikan MBK yang bermasalah tingkah laku mesti memakai
pelitup muka dan kerap mencuci tangan dengan air dan
sabun. Sekiranya tiada air dan sabun, pensanitasi tangan boleh digunakan.
3. Pengurusan waktu PdPc MBK
3.1. Waktu PdPc MBK ialah dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari mengikut jadual waktu yang
telah ditetapkan.
3.2. Guru atau PPM akan sentiasa ada Bersama MBK.
3.3. Kelas dikecilkan kepada 7 orang murid sahaja dengan jarak 1 meter dari individu ke individu.
3.4. Pelan kedudukan ditampal di papan kenyataan kelas.
3.5. Nama murid dilabel di bahagian kanan meja untuk
memastikan murid duduk di tempat masing-masing.
3.6. Murid digalakkan memakai pelitup muka tetapi tidak diwajibkan.
3.7. Pensanitasi tangan disediakan di luar bilik darjah.
3.8. Guru atau PPM akan membantu penggunaan sanitasi tangan.
3.9. Tong air dan sabun pencuci tangan disediakan di luar bilik darjah.
3.10.Rancangan Pendidikan Individu (RPI) akan dikongsikan oleh guru.
Kepada ibu bapa/penjaga bagi memastikan pembelajaran dan intervensi
dapat dilaksanakan. Guru dan ibu bapa akan membincangkan RPI MBK secara Google Meet.
3.11.Pihak sekolah hendaklah menangguhkan sebarang aktiviti luar dan aktiviti terapeutik seperti
berenang dan berkuda sehingga pemakluman baharu dikeluarkan oleh KPM.
4. Pengurusan PdPc di rumah
4.1. MBK yang tidak boleh hadir ke sekolah kerana pengisytiharan kesihatan atau penggiliran
akan mengikuti PdP di rumah.
4.2. Pelaksanaan PdP bagi MBK yang berada di rumah bergantung kepada keupayaan MBK
dengan sokongan ibu bapa/penjaga;.
4.3. MBK yang memerlukan sokongan maksimum akan dibekalkan
dengan pek aktiviti. Pek ini mengandungi aktiviti
rangsangan untuk meningkatkan perkembangan domain.
4.4. Guru pendidikan khas membekalkan modul kepada murid-
Murid juga boleh mengikuti kelas secara Google Meet.
5. Pengurusan waktu rehat MBK
5.1. Waktu rehat MBK pada jam 9.30 pagi hingga 9.55 pagi.
5.2. MBK akan berada di kelas masing-masing semasa waktu rehat.
5.3. Guru dan PPM yang bertugas akan membeli danmengambil
makanan di kantin dan mengagihkan kepada murid
5.4. MBK digalakkan untuk membawa bekal sendiri.
5.5. MBK sentiasa diingatkan untuk menjaga kebersihan
tangan sebelum dan selepas makan.
5.6. Sanitasi tangan disediakan di luar bilik darjah. Guru
atau PPM akan membantu mensanitasi tangan murid.
5.7. Tong sampah bertutup disediakan di luat bilik darjah.
6. Pengurusan MBK ke tandas
6.1. Tandas MBK disediakan sabun pencuci tangan.
6.2. Penanda jarak 1 meter telah diletakkan di luar tandas.
6.3. Guru atau PPM yang berada di dalam kelas pada ketika itu akan mengiringi murid ke tandas.
6.4. Guru atau PPM akan merekod di dalam buku pergerakkan murid ke tandas..
6.5. Guru atau PPM akan membantu pengunaan sanitasi tangan selepas penggunaan tandas.
6.6. Tandas akan ditampal maklumat tentang:
a. Penjagaan kesihatan dan cara-cara mencuci tangan dengan betul.
b. Pengunaan air dan sabun dengan cara yang berhemah.
c. Tandas akan dibersihkan oleh PPM setiap hari selepas waktu persekolahan.
Penunjuk arah laluan
keluar masuk dan
penanda jarak 1 meter
di luar tandas Cecair sanitasi tangan
disediakan di luar bilik darjah

Tandas dicuci setiap hari


dan disediakan cecair
pencuci tangan
Poster penjagaan kesihatan dan
cara-cara mencuci tangan dengan betul.
7. Pengurusan waktu pulang MBK
7.1. Waktu pulang MBK ialah pada jam 12.30 tengah hari
7.2. Murid dibenarkan keluar dari kelas secara beperingkat bermula dari Blok A diikuti Blok B.
7.3. Guru dan PPM akan membantu penggunaan sanitasi tangan sebelum waktu pulang.
7.4. Guru dan PPM bertugas akan menjaga di stesen-stesen tertentu sepanjang laluan murid
menuju ke pintu pagar dan memastikan amalan penjarakkan 1 meter dipatuhi utnutk
keselamatan murid.
7.5. Murid yang menaiki van atau bas sekolah atau kenderaan awam dinasihatkan atau
dikehendaki memakai pelitup muka sepanjang masa berada di dalam kenderaan tersebut.
7.6. Guru atau PPM bertugas akan berada di pintu pagar dari jam 12.30 tengah hari hingga 1.30
petang.
7.7. Selepas jam 1.30 petang murid yang belum pulang akan ditempatkan di dalam kelas dengan
pengawasan PPM yang bertugas sehingga murid tersebut pulang.
8. Pengurusan guru Pendidikan khas
8.1. Waktu hadir guru bertugas ialah pada jam 7.00 pagi pada setiap hari.
8.2. Pensanitasi tangan disediakan di dalam bilik guru.
8.3. Waktu rehat guru pada jam 9.30 pagi. Guru matapelajaran terakhir sebelum waktu rehat
hendaklah berada di dalam kelas bersama-sama murid sepanjang waktu rehat.
*murid akan makan di dalam kelas masing-masing pada waktu rehat.
8.4. Pelan kedudukan guru ada di tampal di pintu masuk bilik guru pendidikan khas sebagai
rujukan.
8.5. Jadual bertugas guru dan PPM juga disediakan dan perlu dipatuhi bagi memastikan
keselamatan MBK semasa berada di dalam kawasan sekolah.
8. Pengurusan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
8.1. Waktu hadir PPM ialah pada jam 7.00 pagi hingga 4.00 petang pada setiap hari.
8.2. Sebelum menyambut murid , PPM mesti mensanitasi tangan dan digalakkan memakai
pelitup muka.
8.3. Waktu rehat PPM pada jam 9.30 pagi. PPM akan sentiasa berada di dalam kelas bersama-
sama murid sepanjang waktu rehat.
*murid akan makan di dalam kelas masing-masing pada waktu rehat.
8.4. PPM diminta membantu murid mencuci atau mensanitasi tangan selepas makan.
8.5. PPM perlu mengemop lantai, mengelap tingkap, meja dan kerusi dengan Dettol selepas
tamat waktu PdPc setiap hari.
8.6. Jadual bertugas PPM juga disediakan dan perlu dipatuhi bagi memastikan keselamatan MBK
semasa berada di dalam kawasan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai