Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK {ABC} DAN TRANSISI TAHUN 1 SESI

2023/2024
QUE TEKS
NYANYIAN LAGU Bismillahirrahmanirahim…
Hadirin sekalian,
Kita mulakan majlis dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku beserta
iringan muzik
Para hadirin diminta bersedia.
( Nyanyian lagu dimainkan)

Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Para hadirin dipersilakan duduk.

KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang saya ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Yang Berbahagia
Tuan Haji Mohamad Fadhil bin Ishak
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi

Yang Dihormati,
Encik Vincent, Yew Ming Vong
General Manager Beyonics Precision
Malaysia Sdn Bhd

Yang Berusaha
Cikgu Roslan bin Bongsu @Baba
Guru Besar, SK Bukit Lintang.
Yang Dihormati, YDP PIBG SK Bukit Lintang
Encik Mohd Sham A/L Kunji Ali

Yang Berusaha,
Saf Kepimpinan Penolong Kanan,
Cikgu Sofia Aini bt Yusof –
GPK Pentadbiran.
Cikgu Azlina bt Mahmud –
GPK Hal Ehwal Murid
Cikgu Abdul Hamid bin Ahmad –
GPK Kokurikulum
Cikgu Rosidah bt Basri
GPK Petang

Seterusnya yang dihormati lagi dikasihi,


guru-guru, para ibu bapa,murid-murid dan hadirin sekalian

Terbang belatuk ke kuala perlis


Di tengah permatang mencari ikan
Kehadiran datuk penyeri majlis
Selamat datang kami ucapkan

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana


dengan izin serta limpah rahmat Nya, kita diberikan kesempatan untuk berhimpun dalam
majlis penuh bermakna ini.
Untuk pengetahuan semua, berkumpulnya kita di Arena Sebintang pada hari ini adalah
untuk perasmian dua buah program iaitu Program Anak Yang Baik Lagi Cerdik [ABC] dan
juga Program Transisi bagi murid Tahun 1.
Kalau mencari buah asam,
Biar lebih jangan kurang;
Ilmu dituntut usaha berterusan,
Prestasi meningkat insan cemerlang.

Bacaan doa Hadirin sekalian,

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis
dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Muhammad Farid bin Ramli untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Selesai bacaan doa Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Farid bin Ramli atas
bacaan doa itu tadi.

Ucapan Pengurus Beyonics Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini, majlis menjemput dan mempersilakan
Yang Dihormati, Encik Vincent, Yew Ming Vong
General Manager Beyonics Precision Malaysia Sdn Bhd untuk memberikan ucapan.
Dipersilakan.

Selesai ucapan Demikian tadi ucapan oleh Yang Dihormati, Encik Vincent, Yew Ming Vong
General Manager Beyonics Precision Malaysia Sdn Bhd. Untuk pengetahuan semua,
Syarikat Beyonics Precision telah berbesar hati memberi sumbangan alat tulis kepada
murid-murid SK Bukit Lintang.

Penyampaian cenderamata Sebagai tanda terima kasih dari pihak sekolah, majlis menjemput Encik Vincent, Yew
Ming Vong untuk menerima cenderamata yang akan disampaikan oleh Cikgu Sofia Aini bt
Yusof GPK Pentadbiran SK Bukit Lintang. Dipersilakan

Ucapan aluan Guru Besar Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berusaha Cikgu Roslan bin
Bongsu @Baba, Guru Besar SK Bukit Lintang untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Selesai ucapan GB Demikian tadi ucapan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar. Majlis mengucapkan
jutaan terima kasih.

Ucapan Perasmi Sidang hadirin yang dihormati sekalian.

buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Kini tibalah kita kepada acara yang dinanti - nantikan iaitu ucapan daripada tetamu
kehormat pada hari ini.
Majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia
Tuan Haji Mohamad Fadhil bin Ishak Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
PPD Kota Tinggi untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis
Perasmian Program Anak Yang Baik Lagi Cerdik {Abc} Dan Transisi Tahun 1 Sesi
2023/2024. Dipersilakan.

Selesai ucapan perasmi Demikian tadi ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamad Fadhil
bin Ishak Ketua Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kota Tinggi. Maka rasmilah sudah
program kita pada hari ini. Sebagai tanda terima kasih dari pihak sekolah, majlis
menjemput Tuan Haji Mohamad Fadhil bin Ishak untuk menerima cenderamata yang
akan disampaikan oleh Cikgu Roslan bin Bongsu Guru Besar SK Bukit Lintang.
Dipersilakan.
Gimik pelancaran

Penyampaian sumbangan Hadirin yang dikasihi,

Acara diteruskan lagi dengan pengagihan sumbangan alat tulis kepada wakil murid.

Untuk menyempurnakan acara, majlis menjemput dan mempersilakan Encik Vincent,


Yew Ming Vong General Manager Beyonics Precision Malaysia Sdn Bhd dengan diiringi
oleh Tuan Guru Besar, Cikgu Roslan bin Bongsu tampil ke atas pentas.
Dipersilakan.

DIJEMPUT….

*BACA SENARAI PENERIMA*

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Vincent,
Yew Ming Vong General Manager Beyonics Precision Malaysia Sdn Bhd kerana sudi
menyempurnakan acara penyampaian sumbangan alat tulis sebentar tadi.

Persembahan

Terbang tinggi si burung helang,


Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

Sebelum berlabuhnya tirai majlis, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


nyanyian daripada ______________________________________________

________________________ akan menyampaikan lagu tema Program Anak yang Baik


lagi Cerdik iaitu lagu yang bertajuk WARISAN.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian yang cukup merdu sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin, persembahan tadi adalah dibawah bimbingan Cikgu Syed
Shamim.

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka majlis kita telah pun sampai ke
penghujungnya.

Penutup Dari Kedah ke pekas sari,


Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Seandainya, terdapat kekhilafan dan kesalahan dari segi tuturkata atau lengok bicara
kami – sepuluh jari disusun, seribu kemaafan dipohon.

Sekian wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum wbt. terima kasih… Majlis


bersurai.

Anda mungkin juga menyukai