Anda di halaman 1dari 18

TEKS MC MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH 2015

SK. RANTAU PANJANG, SIBU

MASA

ACARA

TEKS

Persediaan

Selamat pagi dan salam sejahtera . Saya bagi pihak majlis mengalu-

dan ketibaan

alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke majlis hari ini. Untuk

murid dan

makluman tuan dan puan, majlis akan bermula sebentar lagi. Dijemput

ibubapa

tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat. Majlis juga memohon

CATATAN
Fazihan

kerjasama daripada hadirin sekalian untuk meletakkan telefon bimbit


anda dalam mod senyap sepanjang majlis ini berlangsung. Sekali lagi,
dijemput semua utk mengambil tempat bagi melancarkan lagi majlis ini.
Dan mohon kerjasama dari semua hadirin untuk sama-sama berdiri
sebaik sahaja ketibaan tetamu terhormat, YDP PIBG SK Rantau Panjang,
En Mathew ak Penghulu Maja sebagai tanda aluan.
Ketibaan

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Mathew ak Penghulu

Ramadhan

Maja, YDP PIBG SK Rantau Panjang masuk ke dewan.


Nyanyian lagu
Negaraku

Bagi memulakan acara, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu


Negaraku dengan iringan muzik.
Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput para hadirin sekalian
untuk berdiri bagi menghormati nyanyian lagu Negaraku.
****LAGU NEGARAKU****
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

Fazihan

Pembukaan

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara;
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.
Hari ini menugal jagung,
Hari esok memetik peria;
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria.

Ramadhan

Fazihan

Protokol

Yang Berusaha, En. Matthew Maja, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Ramadhan
dan Guru SK Rantau Panjang, Sibu,
**Yang Berusaha En Wan Sarbini Wan Ehi, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa
Pelajar Islam, SK Rantau Panjang, Sibu,
Yang Berusaha, Encik Saidal Bin Mat, Guru Besar SK Rantau Panjang Sibu
**Yang Berusaha Encik _______________________________________,
Naib Yang Dipertua PIBG SK Rantau Panjang, Sibu.
Yang Dihormati, Tuai-tuai rumah, Penolong-penolong kanan, Guru-guru,
Ibubapa dan seterusnya anak-anak murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan
limpah kurnia-Nya, dapat juga kita berhimpun bersama-sama dalam
majlis yang bermakna ini, iaitu, Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah bagi
sesi 2015 Sekolah kebangsaan Rantau Panjang, Sibu
Bagi pihak jawatan kuasa sambutan majlis anugerah dan seluruh warga
SK Rantau Panjang, Sibu, kami mengalu-alukan kedatangan para
jemputan, ibubapa dan murid-murid ke majlis ini.

Bacaan doa

Kalau pergi Tanjung Keramat,

Fazihan

Anak manis jangan diangkat;


Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput Al-fadhil Ustaz
Mohamad bin Abdullah, untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.
***BACAAN DOA***
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohamad atas bacaan doa itu
tadi.
Ucapan

wakil Hadirin sekalian,

murid

Ramadhan

Untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis dengan segala hormatnya


menjemput wakil murid SK Rantau Panjang, adik Rosalinda dari Tahun 6B
untuk memberikan sedikit ucapan. Majlis mempersilakan.
***UCAPAN WAKIL MURID***
Terima kasih adik Rosalinda atas ucapan yang telah diberikan.

Ucapan GB

Hadirin sekalian,
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,
Tak guna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik Saidal
Bin Mat, Guru Besar SK Rantau Panjang untuk menyampaikan ucapan
alu-aluannya.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput..
***UCAPAN***
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Saidal bin Mat atas

Fazihan

ucapan alu-aluannya sebentar tadi.


Ucapan
Perasmian

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami menunggu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Ramadhan

Seterusnya, bagi menyempurnakan upacara kita pada pagi yang


berbahagia ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Encik
Mathew Ak Penghulu Maja, YDP PIBG SK. Rantau Panjang untuk
menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan HARI
PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH SK. RANTAU PANJANG bagi sesi 2015.
***UCAPAN***
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik
Mathew Ak Penghulu Maja atas ucapan perasmian itu tadi. Dengan itu,
maka rasmilah sudah HARI PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH SK. RANTAU
PANJANG bagi sesi 2015 ini.
Persembahan
Murid Tahun
6B

Awan bersua citra berkisah,


Ukiran sukma kilauan kelisa,
Bingkisan perutusan selesai sudah,
Persembahan pelajar menyusul pula.

(Tarian
Sumazau)

Para hadirin yang dihormati,


Kita semarakkan majlis kita pada pagi yang indah ini dengan
persembahan Tarian Sumazau yang akan dipersembahkan oleh murid
Tahun 6B, SK Rantau Panjang. Persembahan ini adalah dibawah
bimbingan dan tunjuk ajar Puan Sabrina. Dipersilakan .
***PERSEMBAHAN***
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para murid Tahun 6B di atas

Fazihan

persembahan yang sungguh menghiburkan kita tadi.


Graduan
Prasekolah

Ramadhan
Ucapan sudah perasmian sudah persembahan pun sudah,
Sekarang tibalah masa untuk penyampaian sijil dan hadiah.

Hadirin hadirat sekalian,


Tibalah kita di acara yang dinanti-nantikan iaitu Penyampaian Sijil dan
Hadiah bagi Tahun 2015 untuk anak-anak didik Sekolah Kebangsaan
Rantau Panjang, Sibu.
Majlis kita pada hari ini dimulakan dengan Penyampaian Sijil dan Hadiah
untuk Prasekolah.
Bagi menyempurnakan majlis, dengan ini dijemput En Saidal Bin Mat
untuk mengiringi Encik Mathew ak Penghulu Maja untuk menyampaikan Lampiran 1
Sijil dan Hadiah kepada penerima.
Dipersilakan.

Diumumkan NAMA GRADUAN PRASEKOLAH Sk Rantau Panjang 2015

(RUJUK BUKU PROGRAM)


Mempersilakan adik.
1. (Rujuk Lampiran 1)
2.
.dan seterusnya.
. Akhir sekali dijemput adik .
Sungguh bergaya adik-adik prasekolah dengan pakaian graduasi
mereka.

Anugerah

Kini disampaikan pula ANUGERAH TUNJANG TERBAIK PRA SEKOLAH.

Tunjang

Terbaik

Prasekolah

Fazihan

Bagi tunjang Bahasa & Komunikasi jatuh kepada Adik


Fellycia Fiffy Ak Lucas.
Dari aspek Kerohanian & Moral pula, dijemput Adik
Nur Adrena Binti Abu Bakar.
Bagi tunjang Sains dan Teknologi dianugerahkan kepada Adik
Clarissa Eva Ak Timbu.
Seterusnya, untuk bahagian Kreativiti dan Estetika sekali lagi

disandang oleh Adik Fellycia Fiffy Ak Lucas.


Bagi tunjang yang seterusnya iaitu Fizikal dan Kesihatan dijemput

Adik
Jacklyne Landan Ak Sada.
Dan tunjang yang terakhir adalah dari aspek Ketrampilan diri yang

dianugerahkan kepada Adik Florence Empiang Ak Sungkai.

Dan akhir sekali di sampaikan juga anugerah pencapaian terbaik


keseluruhan bagi murid-murid prasekolah bagi sesi 2015 yang
disandang oleh Adik Fellycia Fiffy Ak Lucas.
Tahniah diucapkan.

Kita berikan sekali lagi tepukan gemuruh untuk anak-anak comel ini. Sekalung
tahniah

juga

buat

guru

Prasekolah

iaitu

Encik

Shahril

Ridzuan

dan

pembantunya Puan Norenawati.

Persembahan

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Nyanyian

Sebelum kita meneruskan acara, majlis berhenti rehat seketika bagi


memberi peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat yang
terpendam dalam diri masing-masing.
Dengan itu, untuk persembahan nyanyian, dijemput adik Astina

Ramadhan

Anabella dari Tahun 6A untuk menyampaikan lagu yang bertajuk


Terima Kasih Cinta. Berikan tepukan yang gemuruh untuk adik Astina
Anabella. Dipersilakan.
***PERSEMBAHAN***
Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.
Anugerah
Akademik

Fazihan
Tuan-tuan dan puan-puan,

Cemerlang
2015
Tanpa melengahkan masa lagi, kita teruskan dengan acara
Penyampaian Anugerah Akademik Cemerlang bagi Tahun 2015.
Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Dihormati,
Encik John Ak Ugong, Penolong Kanan Pentadbiran, diiringi oleh Encik
Kaya Ak Sagieng, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK. Rantau Panjang
untuk menyampaikan hadiah. Dengan sukacitanya, dipersilakan.

Untuk makluman para hadirin, penerima-penerima anugerah merupakan


murid-murid yang mendapat markah tertinggi dalam kelas bagi 5 mata
pelajaran teras dalam peperiksaan Akhir Tahun baru-baru ini.

1. Bahasa Malaysia Pemahaman

Lampiran 2

2. Bahasa Malaysia Penulisan


3. Bahasa Inggeris
4. Matematik
5. Sains
(*Rujuk lampiran 2)
Ramadhan
Kini, kita sampaikan pula anugerah Kedudukan Terbaik dalam Kelas.

* Rujuk lampiran 3 (buku program m/s 7)

Terima kasih diucapkan kepada cikgu John dan Cikgu Kaya atas
penyampaian hadiah itu tadi. Syabas dan tahniah diucapkan kepada
para penerima anugerah. Semoga ianya dapat menjadi pembakar
semangat untuk murid-murid berusaha dengan lebih baik lagi.
Persembahan
Murid Tahun

Fazihan
Hadirin sekalian,

5B
Kita berehat seketika dengan menyaksikan persembahan yang

seterusnya daripada murid Tahun 5B iaitu persembahan koir Bahasa


Inggeris yang bertajuk Fight Song.

Untuk makluman, persembahan ini telah dilatih dan dibimbing oleh


Cikgu Darmadi bin Ibrahim.
Dengan itu, majlis mempersilakan murid Tahun 5B untuk membuat
persembahan. Dengan segala hormatnya dipersilakan
***PERSEMBAHAN***

Begitulah tadi persembahan yang begitu bersemangat daripada anakanak murid Tahun 5B. Tahniah diucapkan. Diharapkan para hadirin
terhibur dengan persembahan itu tadi.
Anugerah
Pengiktirafan
Hal Ehwal

Pergi sekolah seawal pagi,


Melintas jalan berhati-hati;
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerima sabar menanti.

Murid
Acara seterusnya ialah Anugerah Pengiktirafan Hal Ehwal Murid.
Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid, Encik Kaya Ak Sagieng, diiringi Penolong Kanan
Kokurikulum, Cik Maimun Binti Arsad, untuk menyampaikan sijil dan

Ramadhan

hadiah. Majlis mempersilakan.


***PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH***
1. Penyampaian sijil bagi kehadiran 100% (Buku Program m/s 10)
2. Penyampaian sijil bagi ketua dan penolong ketua kelas (m/s 8)
3. Penyampaian sijil bagi Pengawas sekolah
Begitulah tadi sempurnanya penyampaian sijil & hadiah dalam bidang

Lamp. 4
(Ramadhan)
Lamp. 5 (Fazihan)
Lamp. 6
(Ramadhan)

Hal Ehwal Murid. Terima kasih diucapkan kepada Encik Kaya dan Cik
Maimun kerana sudi menyampaikan sijil & hadiah. Syabas dan tahniah

Ramadhan

juga diucapkan kepada semua penerima.


Persembahan

Hadirin sekalian,

koir 6B

Sama-samalah kita meredakan debaran dihati dengan menyaksikan

Fazihan

persembahan seterusnya iaitu persembahan Koir daripada muridmurid Tahun 6B yang bertajuk Harapan dibawah bimbingan Puan
Sabrina. Dipersilakan.
***PERSEMBAHAN***
Terima kasih di ucapkan kepada murid-murid Tahun 6B di atas
persembahan yang sungguh mengasyikkan tadi.
Anugerah

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Ramadhan

Pengiktirafan
Kokurikulum

Kita teruskan lagi majlis pada hari ini dengan penyampaian Anugerah
Pengiktirafan Bidang Kokurikulum. Sebelum itu, sekali lagi dijemput
Cik Maimun Binti Arsad diiringi oleh Puan Sabrina untuk menyampaikan
sijil & hadiah. Majlis mempersilakan.
***PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH***

Lamp. 7
(Ramadhan)

1. Penyampaian sijil Kokurikulum AJK Tertinggi (Buku program m/s 14)


2. Penyampaian sijil penyertaan Kokurikulum wakil sekolah (m/s 12)
3. Penyampaian sijil dan hadiah bagi Anugerah Tertinggi Kokurikulum
(m/s 13)
Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima anugerah. Semoga
dengan pengiktirafan ini ianya dapat menjadi batu loncatan untuk

Lamp. 8 (Fazihan)
Lamp. 9
(Ramadhan &
Fazihan)
Fazihan

lebih maju pada masa akan datang.


Terima kasih juga kepada Cik Maimun dan Puan Sabrina atas
penyampaian hadiah dan sijil sebentar tadi.
Anugerah
Nilam

Tanpa melengahkan masa, kita teruskan majlis kita pada hari ini dengan

Ramadhan

penyampaian Anugerah Nilam.


Untuk pengetahuan semua, Anugerah Nilam ini diberikan kepada muridmurid yang membudayakan membaca sebagai amalan harian. Salah
satu objektif penganugerahan ini ialah untuk menyuburkan tabiat
membaca dalam kalangan murid-murid SK. Rantau Panjang dan
rakyat Malaysia amnya.
Pada tahun ini beberapa orang murid telah dipilih untuk menerima Sijil
Anugerah Nilam bagi sesi 2015.
Untuk menyampaikan sijil tersebut, dijemput Cikgu Jina selaku Guru
Nilam untuk mengiringi Cikgu John anak Ugong untuk menyampaikan
anugerah.
***PENYAMPAIAN ANUGERAH*** - (Buku program m/s 11)
Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah. Semoga anugerah
ini akan menjadi pemangkin kepada murid-murid untuk
membudayakan amalam membaca dalam kehidupan seharian. Bak
kata pepatah, MEMBACA JAMBATAN ILMU.

Lamp.
10(Ramadhan)

Terima kasih Cikgu Jina dan Cikgu John atas penyampaian anugerah tadi.
Fazihan
Persembahan

Hadirin sekalian,

Murid Tahun
4&5
Majlis pada hari ini akan dimeriahkan dan dihangatkan lagi dengan
persembahan satu lagi tarian yang akan dipersembahkan oleh gabungan
murid-murid Tahun 4 & 5. Mereka akan menghiburkan kita semua
dengan sebuah persembahan Tarian yang diberi nama Anzlech Lecobiat.
Untuk pengetahun semua, tarian ini merupakan tarian poco-poco negeri
Sabah.
Persembahan murid-murid ini telah dilatih oleh 2 orang guru tari yang
berpengalaman iaitu Cikgu Connie dan Cikgu Jina. Dengan sukacitanya,
dipersilakan.
***PERSEMBAHAN***
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid atas persembahan yang
sangat menghiburkan hati itu tadi.
Graduan
Tahun 6

Para hadirin yang dihormati,


Majlis disemarakkan

lagi dengan penyampaian Sijil Berhenti Sekolah

bagi Graduan Tahun 6. Barisan graduan Tahun 6 ini merupakan muridmurid Tahun Enam yang akan menamatkan persekolahan mereka
selama Enam tahun di SK Rantau Panjang, Sibu. Ini merupakan simbolik
sebagai tanda tamatnya persekolahan mereka dperingkat Rendah
dengan jayanya.

Ramadhan

Majlis dengan segalanya hormatnya menjemput En. John Ak Ugong


untuk mengiringi Tuan Guru Besar, Encik Saidal Bin Mat untuk
menyampaikan sijil kepada graduan kita.

Lamp.
11(Ramadhan)

Dijemput adik.
***PENYAMPAIAN SIJIL***- (Buku program m/s 15)

Tahniah diucapkan kepada semua murid Tahun 6 kerana telah berjaya


menamatkan pengajian peringkat rendah di SK Rantau Panjang. Apa
yang baik yang diperoleh disini jadikan tauladan dan yang buruk jadikan
sempadan.
Fazihan
PENCAPAIAN

Hadirin yang dikasihi sekalian,

MURID
CEMERLANG
UPSR BAGI
TAHUN 2014 &
2015

Dikesempatan ini juga, kami pihak SK Rantau panjang ingin mengambil


peluang dan ruang untuk memberikan sedikit penghargaan buat muridmurid yang telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian
cemerlang dalam UPSR Tahun 2014 dan 2015 yang baru sahaja
diumumkan pada hari selasa yang lalu.

Untuk makluman, Bagi pencapaian UPSR 2014 seramai 5 orang murid


telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A. Untuk itu, dijemput
sekali lagi Cikgu John mengiringi Tuan Guru Besar untuk menyampaikan
insentif tersebut.

Dijemput adik
1. Grace Joyce Ak John @ wakil
2. James Jinggan Bin Peter @ wakil
3. Jeffry Clake Ak Demian @ wakil
4. Leans Caroline Benya Ak Ian @ wakil
5. Mohamad Shahrul Nizam @ wakil

Pihak sekolah juga telah bersepakat untuk memberikan sedikit insentif


bagi murid yang lulus penuh dalam UPSR 2014. Untuk itu, dijemput
(rujuk lampiran 12).

Ramadhan

Selesai sudah bayaran insentif UPSR 2014. Kini disampaikan pula


Bayaran Insentif-Lulus penuh UPSR 2015.

Dijemput adik (Rujuk Lampiran 13)

MURID
CONTOH

Majlis kita

sudah sampai dikemuncaknya. Anugerah seterusnya Fazihan

merupakan anugerah yang dinanti-nantikan kita iaitu penyampaian Sijil


dan Hadiah untuk Anugerah Murid Contoh 2015.
Bagi menyempurnakan majlis, dengan ini dijemput En Saidal Bin Mat
untuk mengiringi En Mathew ak Maja untuk menyampaikan Sijil dan
Hadiah kepada penerima. Anugerah ini diberikan kepada murid yang
telah

menunjukkan

ketokohan

dan

contoh

terbaik

secara

keseluruhannya dari aspek jati diri, kepimpinan dan akademik yang


boleh dijadikan contoh kepada murid lain.
Disini saya bacakan sedikit biodata ringkas penerima anugerah Murid
Contoh 2015.
Dilahirkan pada tanggal 05 Januari 2003, anak perempuan
kepada pasangan Encik Effendi dan Puan Misi ini merupakan
anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik. Sebelum berpindah ke
SK. Rantau Panjang, beliau merupakan murid di SK Ulu Durin

Kiba. Membaca novel dan bermain basikal merupakan hobi


beliau di masa lapang.

Dan

beliau

menanam

cita-cita

yang

tinggi

untuk

menjadi

seorang doktor suatu hari nanti, In syaa Allah.


Dengan itu, saya umumkan penerima anugerah Murid Contoh 2015 yang
dimaksudkan ialah Adik Rosalinda Ak Effendi.
Dipersilakan tampil untuk menerima sijil dan hadiah..
Tahniah diucapkan kepada penerima. Terima kasih diucapkan di atas
kesudian En Mathew ak Maja dan Encik Saidal menyampaikan hadiah
kepada penerima sebentar tadi.

Sebelum
Persembahan
terakhir
(Murid Tahun
6A)

majllis

melabuhkan

tirainya,

majlis

ingin

menjemput Ramadhan

persembahan terakhir pada hari ini iaitu persembahan Tarian Bollywood


yang bertajuk Bolly Curiya daripada murid-murid Tahun 6A. Untuk
pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan Tarian Bollywood ini telah
mendapat sentuhan daripada jurutari terbaik SK Rantau Panjang, Cikgu
Shukor Hayani Binti Mansor. Berikan tepukan gemuruh untuk muridmurid Tahun 6A. Mari sama-sama kita saksikan.
***PERSEMBAHAN***

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang sungguh bersemangat


dan menghiburkan sebentar tadi..
Sebagai tanda terima kasih kami di atas kesudian Yang Berusaha YDP Fazihan
Penyampaian
cenderamata

PIBG merasmikan majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian


sijil dan hadiah, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang
berusaha En. Saidal bin Mat, Guru Besar SK Rantau Panjang, Sibu untuk
menyampaikan Cenderamata kenang-kenangan kepada yang berusaha
En Mathew ak Penghulu Maja. Dengan segala hormat nya dipersilakan.
***BAGI CENDERAMATA***
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

Penutup

Hadirin sekalian sekalian,


Kerjasama tuan puan sangat dihargai,
Terima Kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah dihati,

Ramadhan

Semoga Kita berjumpa lagi.


Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Fazihan
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
Bagi pihak JK Pelaksana Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah 2015 pada
hari ini mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Para Hadirin
sekalian memeriahkan majlis ini. Pihak majlis sekali lagi merakamkan
setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha
YDP PIBG SK Rantau Panjang Sibu kerana sudi meluangkan masa untuk
menghadiri majlis pada pagi ini. Mohon kemaafan sekiranya terdapat
sebarang kesilapan sepanjang kami mengacarakan majlis ini.
Sebelum bersurai Hadirin sekalian dijemput berdiri untuk memyanyikan
rangkaian 3 buah lagu iaitu Lagu Fly Kenyalang Fly, Lagu Ibu Pertiwiku,
dan Lagu Sekolah.
***NYANYIAN***
*Dipersilakan En Saidal untuk menjemput En. Mathew, dan tetamu
jemputan ke bilik jamuan.
Para Hadirin dipersilakan menikmati jamuan yang telah disediakan.
Sekian, sehingga kita bertemu lagi. Assalamualaikum wbt....

Ramadhan

Anda mungkin juga menyukai