Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM SEKOLAHKU SEJAHTERA : SEPAKAT DAN SELAMAT


& PELANCARAN PORTAL ADUAN BULI
18 OGOS 2022 – KHAMIS – 8.00 pagi – Bilik Kelas Tahun 5 & Tahun 6
ETA TEKS Q
1. Protokol Yang berusaha
Pn Yanti Mastika Wati@Bobby binti Asli, Guru Besar SK Kawang
Sipitang,
Koperal D Moses A/L V Machap, Pegawai Perhubungan Sekolah
Pn Fatimah Binti Bakal, YDP PIBG SK Kawang Sipitang,
En. Mohammad Firdaus Bin Abdullah, NYDP PIBG SK Kawang
Sipitang,
Cik Fauziah Binti Sarudin, Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn Maslinah Binti Besar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En Sugianto Panus, Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru, dan murid-muruid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt, Salam Keluarga Malaysia dan Salam Sepakat
Kawang Hebat.

Selamat datang ke Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera bagi tahun


2022.
2. Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama
Nyanyian menyanyikan Lagu Negaraku, dan Lagu Sekolahku Sejahtera.
Lagu Hadirin dijemput untuk berdiri.

-------------Nyanyian lagu---------------
3. Bacaan Doa **Terima kasih atas nyanyian 2 buah lagu sebentar tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Bagi menambah keberkatan majlis kita, majlis dengan penuh takzimnya


menjemput
Ustaz Shahrul Nizam Bin Mohd Sait untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

----------------------Bacaan doa----------------------------
4. Ucapan ** Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Shahrul Nizam atas pimpinan
Guru Besar doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Seterusnya, majlis sukacita menjemput
Yang berusaha
Pn Yanti Mastika Wati@Bobby Binti Asli
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kawang
Untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

----------------Ucapan Guru Besar---------------------

5. Ucapan ** Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang berusaha guru besar
Guru Besar atas ucapan beliau sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Seterusnya, marilah kita sama-sama menyaksikan Persembahan
Montaj Sekolahku Sejahtera SK Kawang Sipitang bagi tahun 2022.

----------------Persembahan Montaj---------------------

ATAU

Hadirin sekalian,
Majlis sukacita menjemput Yang berusaha guru besar, YDP PIBG
dan NYDP PIBG mengiringi Koperal D Moses untuk
menyempurnakan Gimik Pelancaran Sekolahku Sejahtera SK
Kawang Sipitang.
Dipersilakan.

6. Tayangan Sebagai makluman hadirin sekalian,


Pelancaran Pelancaran Sekolahku Sejahtera : Sepakat dan selamat & Pelancaran
Portal Aduan Buli ini adalah serentak di semua sekolah seluruh
Malaysia.

Pelancaran ini adalah secara virtual yang akan disempurnakan oleh


Yang Berhomat Menteri Kanan Pendidikan Malaysia.
Tayangn Pelancaran ini dianggarkan akan bermula pada jam 8.30 pagi
melalui link youtube yang diberikan.

Oleh itu, marilah sama-sama kita menyaksikan Pelancaran Sekolahku


Sejahtera ini.

Mohon kepada para tetamu jemputan, guru-guru dan semua murid


untuk memberikan tumpuan ke layar putih di hadapan dan seterusnya
sama-sama menghayati pelancaran Sekolahku Sejahtera ini.
7. Penutup Dengan berakhirnya Pelancaran secara maya tadi, maka majlis kota
juga menuju ke penghujungnya.

Moga program Sekolahku Sejahtera ini dapat dihayati dan diamalkan di


sekolah kita dengan lancar dan jayanya.

Saya mewakili pihak sekolah merakamkan setinggi penghargaan dan


terima kasih buat para tetamu jemputan yang hadir pada pagi ini.
Sebagai tanda penghargaan, majlis menjemput Yang berusaha guru
besar untuk menyampaikan Cendermata kepada Yang Berusaha
Koperal D Moses atas kesudian beliau ke majlis kita pada hari ini.
Dipersilakan.

-----------------------------------------------------------

Hadirin sekalian,
Majlis kita berakhir di sini. Segala yang baik itu semuanya datang
daripada Allah SWT dan yang lemah itu datangnya daripada diri saya
sendiri. Mohon maaf andai saya tersilap kata sepanjang mengemudi
Majlis kita pada hari ini.
Sekian…..

SESI BERGAMBAR

TETAMU JEMPUTAN MENJAMU SELERA

SUSUN ATUR SEMULA KELAS

OPS BERSIH

REHAT

Anda mungkin juga menyukai