Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH ASPIRASI

KOKURIKULUM 2022

SKRIP ATURAN
MAJLIS

Mengumumkan perarakan masuk Yang Berbahagia En. Zaid


bin Ismail, Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid, PPD
Batang Padang, Yang Berhormat Dato Subaskaran a/l
Balasundram, Direktor AP Wawasan 5656 Sdn, Bhd. diiringi
oleh Yang Berusaha Encik Pragaas a/l Perumal, Guru Besar
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Kruit, Yang
Dipertua PIBG Pn. Rashidah binti Mohd Mayuddin.

Sayang selasih berisi minyak, 


Bunga cengkih di atas jerami; 
Terima kasih banyak-banyak, 
Sudi datang ke majlis kami. 

Yang Berbahagia
En. Zaid bin Ismail,
Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid, PPD Batang
Padang,

Yang Berhormat
Dato Subaskaran a/l Balasundram,
Direktor AP Wawasan 5656 Sdn, Bhd.

Yang Berusaha
Encik Pragaas a/l Perumal,
Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai
Kruit,

Yang Berbahagia,
Pn. Rashidah binti Mohd Mayuddin.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Kruit

Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan Sekolah Jenis


Kebangsaan Ladang Sungai Kruit

Cik. Kokilavani a/p Balan – GPK Pentadbiran


Cik Lilli Puspam a/p Mathivanan  – PK HEM
Cik. Elavarasi a/p Selvaraj – GPK Ko-Kurikulum

Guru-guru penjana modal insan gemilang,


TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH ASPIRASI
KOKURIKULUM 2022
Para ibu bapa dan penjaga pendukung generasi berwawasan,

dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekelian.

Selamat datang ke Majlis Anugerah Aspirasi Kokurikulum bagi


tahun 2021.

Puji dan syukur kepaxa tuhan kerana dengan limpah kurniaNya


dapat sama-sama kita berkumpul sekali lagi di dewan ini bagi
meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang kokurikulum.

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat


memeriahkan lagi suasana majlis pada petang yang damai ini,
di samping dapat mengukuhkan lagi tautan kemesraan serta
jalinan kerjasama di antara guru-guru dan ibu bapa dan
penjaga serta murid-murid sekalian.

Sekali lagi majlis mengucapkan selamat datang

Majlis hari ini dimulakan dengan bacaan doa, nyayian lagu


negaraku, lagu sekolah dan lagu sekolahku sejahtera.

Para Hadirin diminta berdiri.

Para hadirin diminta duduk.

Hadirin yang budiman,

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala


hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
En.Pragaas a/l Perumal, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Tamil Ladang Sungai Kruit untuk menyampaikan ucapan
aluan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

------ Ucapan GB ------

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Tuan Guru Besar atas ucapan aluan itu tadi.
TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH ASPIRASI
KOKURIKULUM 2022
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin yang dihormati,

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang


Berbahagia En. Zaid bin Ismail, Penolong PPD Pembangunan
Bakat Murid, PPD Batang Padang untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Aspirasi
Kokurikulum bagi tahun 2021.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**** Ucapan Perasmian ****

Majlis mempersilakan tuan guru besar , dato subaskaran dan


yang dipertua PIBG untuk naik ke pentas bagi memceriakan
lagi agenda perasmian majlis anugerah aspirasi kokurikulum
bagi tahun 2021.

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Yang Berbahagia En. Zaid bin Ismail, tuan guru besar,
dato subaskaran dan YDP di atas perasmian tadi. 

Hadirin yang dimuliakan,


Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu acara
Penyampaian sijil Anugerah kepada murid – murid yang telah
mencapai kejayaan dalam bidang kokurikulum..

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Pn.
Rashidah binti Mohd mayuddin diiringi oleh Yang Berusaha
Encik pragaas perumal untuk menyampaikan Anugerah.

Acara dimulakan dengan pencapaian murid – murid tahap 1

**** Baca senarai penerima hadiah****

Terima kasih dan tepukan gemuruh untuk anak-anak kita


yang cukup berbakat ini...

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Pn. Rashidah binti Mohd mayuddin atas
TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH ASPIRASI
KOKURIKULUM 2022
penyampaian hadiah itu tadi. Seterusnya diminta tuan guru
besar menyampaikan cenderahati kepada PN. YDP.

Terima kasih kepada Tuan guru Besar.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Yang Berbahagia En Subaskaran a/l
Balasundram diiringi oleh Yang Berusaha Encik pragaas
perumal untuk menyampaikan Anugerah.

Acara diteruskan dengan pencapaian murid – murid tahap 2

**** Baca senarai penerima hadiah****

Terima kasih dan tepukan gemuruh untuk anak-anak kita


yang cukup berbakat ini...

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berbahagia En Subaskaran a/l Balasundram atas
penyampaian hadiah tadi. Seterusnya diminta tuan guru besar
menyampaikan cenderahati kepada En Subaskaran a/l
Balasundram

Terima kasih kepada Tuan guru Besar.

Hadirin hadirat Sekalian,

Kini tibalah masa untuk acara Penyampaian sijil Anugerah


kepada Guru - guru telah mengharumkan nama sekolah pada
peringkat tinggi.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat En. Zaid bin
Ismail diiringi oleh Yang Berusaha Encik pragaas perumal
untuk menyampaikan Anugerah.

**** Baca senarai penerima hadiah****

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berbahagia En zaid bin Ismail diatas penyampaian anugerah
tadi.
TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH ASPIRASI
KOKURIKULUM 2022

Sidang Hadirin sekalian,

Majlis mempersilakan guru – guru SJKT Ladang Sungai Kruit


dan En. Naresh Devdas selaku bekas warga SJKT Ladang
Sungai Kruit untuk mengistiharkan pembukaan hadiah minggu
sains negara bagi tahun 2021.

Terima Kasih kepada wahai para guru

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan pemberian sijil kepada tokoh murid


kokurikulum tahun 2021.

Dengan ini majlis mempersilakan En. Zaid bin Ismail untuk


menyampaikan anugerahnya.

tokoh murid kokurikulum tahun 2021 disandang oleh Logaraani


a/p vimal kumar.

Tahniah diucapkan kepada Logaraani a/p vimal kumar.

Majlis merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada En. Zaid bin Ismail di atas kesudian
menyempurnakan penyampaian – anugerah dan sijil itu tadi.
Seterusnya diminta tuan guru besar menyampaikan
cenderahati kepada tuan PPD.

Terima kasih kepada Tuan guru Besar.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis dengan rasa bangga dan penuh hormatnya


mempersilakan Yang Berhormat Pn. Tamil Selvi a/p Muniandy
Selaku bekas Yang DiPertua SJKT Ladang Sungai Kruit tahun
2020 hingga 2022 untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis mengucapakan terima kasih kepada Pn. Tamil Selvi


Muniandy di atas ucapannya.

Majlis mempersilakan ___________________ naik ke pentas


untuk memberi cenderahati kepada bekas YDP SJKT Ladang
SungaI Kruit.
TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH ASPIRASI
KOKURIKULUM 2022

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan pemberian sijil kepada tokoh


Harapan ko akademik tahun 2022.

Dengan ini majlis mempersilakan En. Pragaas perumal untuk


menyampaikan anugerahnya.

tokoh Harapan ko akademik tahun 2022 di sandang


oleh___________________

Tahniah diucapkan kepada _________________

terima kasih kepada tuan guru besar di atas


penganugerahannya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis dengan rasa bangga dan penuh hormatnya


mempersilakan Yang Berhormat Pn. Rashidah binti Mohd`1
myodin Yang DiPertua SJKT Ladang Sungai Kruit tahun 2021
untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis mengucapakan terima kasih kepada Pn. Rashidah di


atas ucapannya.

Hadirin sekalian,
Dengan ini selesailah sudah

Majlis Anugerah Aspirasi kokurikulum


sekolah jenis kebangsaan Tamil ladang sungai kruit bagi tahun
2021.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada hadirin sekalian yang telah menyeri dan
menjayakan majlis pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga kepada para Ibu Bapa dan Warga


Sekolah serta mereka yang terlibat secara langsung mahu pun
tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada hadirin


sekalian atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris
TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH ASPIRASI
KOKURIKULUM 2022
rasa.
Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak
akan purnama tanpa matahari. Segala yang baik datang dari
tuhan dan segala yang kurang atau kelemahan adalah dari
kami insan biasa. Sebelum mengundur diri, sambutlah salam
manis daripada WARGA SJKT LADANG SUNGAI KRUIT.

Kami selaku warga sekolah menjemput para hadirin ke majlis


jamuan ringan.

Anda mungkin juga menyukai