Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KOKURIKULUM

DAN HAL EHWAL MURID SK PERMATANG TOK MAHAT

QUE PERKARA
Wawa Majlis mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Encik Farid Suwardi bin
Mat Yusof diiringi oleh Yang Berusaha Pn Roslinda Mohd Khalib dan
Barisan Pentadbir masuk ke dewan.

Ucapan Hadirin Hadirat sekalian tibalah masa yang dinanti-nantikan untuk


Alu-Aluan Majlis Hari Apresiasi Hal Ehwal Murid SK Permatang Tok Mahat bagi
Pengacara tahun 2022/ 2023.

Kak Hani Saya Norhani Che Mat

Wawa dan saya Nurul Wahida Bt Hamdan

akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya...

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari;
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Wawa Terlebih dahulu, kami ingin panjatkan rasa syukur, kerana dengan limpah
dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama berhimpun untuk meraikan
kejayaan para murid kita dalam bidang hal ehwal murid.

KAK HANI Hadirin sekalian,

Menjadi harapan pihak sekolah dengan memberikan pengiktirafan melalui


Majlis Apresiasi Hal Ehwal Murid ini, para murid yang lain akan
turut bersemangat untuk mengenal potensi diri, penghargaan kepada bakat
dan kepimpinan cuba menyerlahkan bakat terpendam yang ada dalam diri
mereka pada masa akan datang, seterusnya mengharumkan nama
sekolah dengan penglibatan aktiviti- aktiviti luar bilik darjah yang positif dan
berfaedah.

Oleh itu, Majlis Apresiasi Hal Ehwal Murid yang diadakan saban tahun


adalah khusus untuk menghargai ketrampilan, sumbangan dan jasa para
murid SK Permatang Tok Mahat yang telah menjaga nama baik sekolah serta
membantu menaikkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri malah di
peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Hari Anugerah Kokurikulum & HEM 2022/2023 SKPTM 1


Ucapan Hadirin-hadirat yang dihormati,
Perasmian
PK HEM Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput penghias tepi halaman,
WAWA Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Majlis dengan ini mempersilakan Yang Dihormati Encik Alias bin Din,
untuk menyampaikan sepatah dua ucapan aluan sempena Majlis Apresiasi
Hal Ehwal Murid bagi tahun 2022/2023. Dipersilakan.

*****UCAPAN*****

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Encik Alias bin Din atas
ucapan perasmian sebentar tadi.

KAK HANI Hadirin yang dihormati,


Penyampaia
nSijil Sekarang tibalah masa untuk penyampaian sijil-sijil bawah unit Hal Ehwal
(HEM) Murid. Untuk menyempurnakan acara, dipersilakan Pn Roslinda binti
Mohd Khalib, Yang Dipertua PIBG diiringi oleh En Alias Bin Din,
1.Pengawas Penolong Kanan Pentadbiran naik ke pentas.
Sekolah
Sesi penyampaian dimulakan dengan penyampaian
2.Pengawas sijil Pengawas…… (rujuk senarai nama)
PSS
(PIBG) *********Penyampaian Sijil********

1. Pengawas sekolah
2. Pengawas PSS

Terima kasih diucapkan kepada ________________________________


dan_________________SK Permatang Tok Mahat di atas penyampaian sijil
sijil tersebut.

Penyampaia Hadirin sekalian,


nSijil
Terbang tinggi si burung helang,
Pengawas Berkicau kenari sambil berterbangan;
PRS Insan cemerlang negara terbilang,

Hari Anugerah Kokurikulum & HEM 2022/2023 SKPTM 2


Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

Pengawas Sebagai tanda penghargaan pihak sekolah kepada pengawas-pengawas,


SPBT dipersilakan Yang Dihormati ________________________, (jawatan)
(GB) diiringi oleh Yang Berusaha_______________________, GB SKPTM
untuk menyempurnakanya.
Ketua
&Pen.Ketua *****RUJUK SENARAI NAMA PENERIMA*****
Kelas
SIJIL PENGAWAS -PENGAWAS…
Kehadiran
Penuh Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati
_______________________dan __________________ atas penyampaian
( PKHEM) sijil sebentar tadi.

KAK HANI Anak-anak yang dikasihi sekalian,


Mari kita berhenti sejenak dan mendengar fakta yang akan kami bacakan ini.
ANUGERA
H NILAM Kalimah Al-Quran yang pertama menekankan kepentingan membaca
BismillahirahmaniRahim “Bacalah, dan Tuhan Mu Yang Maha Pemurah.
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.” (Al-Alaq, 96: 3-4).
Intro
Buku sangat berkuasa dan berpengaruh sehinggakan Napoleon Bonaparte
pernah berkata “Aku lebih takut dengan empat orang penulis daripada seribu
senapang.”
Membaca juga tidak dapat dinafikan ialah titik permulaan penelaahan dan
jelajah ilmu para cendiakawan dan filasuf dunia Barat mahupun Timur,
klasik mahupun moden.

NILAM merupakan akronim bagi “Nadi Ilmu Amalan Membaca” merupakan


salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini wajib
dilaksanakan di semua sekolah berkuatkuasa pada 22 Mei 1998.

Anak-anak sekalian…,

Kaji selidik oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2016


menunjukkan rakyat Malaysia secara purata hanya membaca dua buah buku
setahun. Rakyat Perancis dan Jepun membaca 15 buku setahun manakala
rakyat Amerika dan Kanada paling ke hadapan dengan 17 buku setahun.
Kurangnya tabiat membaca dikalangan rakyat Malaysia sememangnya
membimbangkan. Ini kerana mereka lebih menjerumus kea rah hiburan
digital. Mereka tidak lagi menemukan keseronokan dalam membaca sebagai
hobi di waktu lapang, jauh pula sebagai sumber hiburan. Akibatnya, hujah
dan perbualan harian. Akibatnya hujah dan perbualan hartian semakin tegar

Hari Anugerah Kokurikulum & HEM 2022/2023 SKPTM 3


dinodai pandangan peribadi yang kurang berasas dengan kesahihanyang
berpaksikan maklumat picisan dari Facebook dan Twitter.
Golongan masyarakat yang rajin membaca meletakkan diri mereka pada
suatu martabat yang jauh lebih tinggi berbanding dengan golongan yang
malas membaca.

Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggukan.


WAWA Pencarian pemenang bagi Anugerah NILAM GURU SKPTM tahun
2022/2023 dan Pencatat Bacaan dalam Buku rekod NILAM bagi murid
terbanyak.

Untuk menyempurnakan acara seterusnya ini, dipersilakan Pn Roslinda


(PKP) binti Mohd Khalib, Yang Dipertua PIBG diiringi oleh En Alias Bin Din,
Penolong Kanan Pentadbiran naik ke pentas.

Anugerah NILAM Guru

*********** BACA IKUT SENARAI NILAM***********

Anugerah NILAM Murid

*********** BACA IKUT SENARAI NILAM***********

Majlis Para hadirin sekalian,


Bersurai
Kita telah pun berada di penghujung acara. Pihak majlis mengambil
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis
Anugerah Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid SKPTM bagi tahun 2022/2023
dapat dilangsungkan dengan meriahnya.

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

(Bersama) Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


WabillahiTaufikWalhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah

Hari Anugerah Kokurikulum & HEM 2022/2023 SKPTM 4

Anda mungkin juga menyukai