Anda di halaman 1dari 13

L 1.

KETIBAAN VVIP

Mengumumkan ketibaan
Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Melaka
Tuan Hj. Isa bin Hj Abu diringi oleh Yang Berusaha Tn Hj Mohd Nor bin Hj
Abu, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Melaka

Hadirin diminta berdiri.

L 2. BUKA BICARA

Bismilla-hirRahma-nirRohim.
Assala-mualaikum warah-matullahi-wabarakatuh dan salam kecemerlangan.
Alhamdulilahi Robbil Alamin.
Wassolatu wassala muala Saidil Mursalin Waimami Muttakin Waala alihi
wasohbihi ajmain.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, Kepada ahli keluarga baginda,
para sahabat serta pengikut-pengikutnya.

Anak udang di tapak tangan,


Mari didulang ikan sembilang;
Selamat datang ke Hari Kecemerlangan,
BTPN Cemerlang, Melaka terbilang.
P 3. PROTOKOL

*Yang Berbahagia, Pengarah Pelajaran Negeri Melaka


Tuan Hj. Isa bin Hj Abu
*Yang Berusaha, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Melaka - Tuan Hj Mohd Nor bin Hj Abu
*Yang dihormati, Encik Razali bin Baharom – Ketua Sektor Pengurusan
Akademik Jabatan Pelajaran Melaka merangkap Yang DiPertua
PUSTAKAM
*Yang dihormati, Tn Hj Arbain b. Subki - Ketua Jemaah Nazir N. Melaka
* Yang dihormati, En Mohamed Aizamudy b Mohamed Idris - Pengarah
PERPUSTAM
*___________________________ Tuan-tuan Ketua Sektor JPN
*Tuan-tuan Pegawai Pelajaran Daerah
*Tuan-tuan, puan-puan, Pengetua/ Guru Besar serta Pengerusi-pengerusi
PKG Negeri Melaka
*Pegawai-pegawai JPN, BTPN dan PKG Negeri Melaka
*Guru-guru, para tetamu jemputan,
Tuan-tuan, puan-puan yang dirahmati Allah sekelian.

4. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS


P
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan/ ke hadrat
Allah SWT, kerana dengan limpah dan inayahnya jua/ dapat kita bersama-
sama/ berkumpul di Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka/
untuk Majlis penganugerahan/ kecemerlangan dan pengurusan kualiti BTPN
Melaka/ bagi tahun 2009.
Kami/ bagi pihak majlis/ amat berbesar hati mengalu-alukan/ kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan/ terutamanya kepada tetamu kehormat/ Yg bBhg
Tn Haji Isa bin Haji Abu/, Pengarah Pelajaran Melaka/ yang sudi bersama
memeriahkan majlis kita pada pagi ini.

Dinginnya malam menyapa bulan,


Basah sepetang dek hujan gerimis;
Sembah dan salam kami bingkiskan,
Sudi bertandang menyerikan majlis.

L Yg bBhg Tuan Pengarah,


Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan.
“BUDAYA ICT MENJANA AKADEMIK CEMERLANG” adalah
tema yang telah dipilih bersempena dengan Hari Kecemerlangan dan
Pengurusan Kualiti BTPN Melaka tahun 2009 ini.
Banyak sumbangan, komitmen serta inovasi yang telah diberikan dari
segenap lapisan tenaga kerja BTPN dan PKG serta dari pihak sekolah dalam
menerap dan membudayakan penggunaan ICT di sekolah sepenuhnya ke
arar akademik cemerlang.
Maka pada hari ini, pengikhtirafan dan anugerah akan diberikan
sebagai tanda penghargaan dan kecemerlangan yang berkualiti.

5. BACAAN DOA

Yang bBhg Tn Pengarah


Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian,

Bagi mendapatkan barakah, agar majlis ini berjalan dengan lancar dan
seperti yang diharapkan, marilah kita sama-sama menadah tangan
mengiringi doa yang akan dibacakan.
Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Al-Fadhil
Ustaz Zakaria bin Muhammad bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan
*************************************
BACAAN DOA
*************************************
L Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada al-Fadhil
Ustaz Zakaria bin Muhammad di atas bacaan doa itu tadi. Moga doa,
diperkenankan Robbul ‘alamin.

6. UCAPAN ALUAN KPP BTPNM

Yg bBhg tuan pengarah


Hadirin dan hadirat yang budiman.

Bagi meneruskan acara yang disuratkan, majlis dengan sukacitanya


mempersilakan Ketua Penolong Pengarah, BTPN Melaka – Tn Hj. Mohd
Nor b Hj Abu memula serikan majlis dengan menyampaikan ucapan aluan.
Majlis mempersilakan
*************************************
UCAPAN KPP
*************************************
P Demikianlah tadi/ ucapan alu-aluan yang disampaikan/ oleh Ketua
Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka ,
Tn Hj Mohd Nor bin Hj Abu.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

7. UCAPAN VVIP

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin yang dirahmati Allah sekelian

Menyusullah kini, pemanis Majlis/ Ucap Utama, tetamu kehormat kita/


untuk kita dengari dan hayati bersama. Amanat sempena Hari
Kecemerlangan/ dan Pengurusan Kualiti BTPN Melaka 2009 ini.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan/ Yg bBhg Tn. Hj. Isa
bin Hj. Abu, Pengarah Pelajaran Melaka untuk menyampaikan ucapan/ dan
seterusnya/ merasmikan Hari Kecemerlangan dan Pengurusan Kualiti/ BTPN
Melaka bagi tahun 2009.
Majlis dengan segala hormatnya/ mempersilakan.
*********************
UCAPAN VVIP
*********************
Sesungguhnya tanda akal seseorang itu ialah kelakuannya, tanda
kepandaiannya ialah ucapannya.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan perasmian yang
telah disampaikan oleh Yg bBhg Tn. Hj. Isa bin Hj. Abu, Pengarah
Pelajaran Melaka sebentar tadi.
8. PENYAMPAIAN ANUGERAH
L
Yg bBhg Tn Pengarah
Tuan-tuan puan-puan hadirin yang dihormati sekelian.

Kini, tibalah masanya untuk kita sama-sama saksikan penyampaian


Anugerah Kecemerlangan dan Pengurusan Kualiti BTPN Melaka 2009.

Bagi menyempurnakan majlis,dengan segala hormatnya dipersilakan


Yg bBhg Tn. Hj. Isa bin Hj. Abu, Pengarah Pelajaran Melaka dengan
diiringi oleh Tn Hj Mohd Nor b Hj Abu, Ketua Penolong Pengarah, BTPN
Melaka tampil sekali lagi untuk menyampaikan hadiah kepada penerima
anugerah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan

ANUGERAH-ANUGERAH

1. Anugerah pertama ini dimulakan oleh Kementerian Pelajaran


Malaysia pada tahun 2007 selaras dengan hasrat Menteri Pelajaran ketika itu.
Anugerah ini antara lain bertujuan untuk memberi pengikhtirafan dan
penghargaan kepada semua pentadbir dan guru di sekolah dalam
pembudayaan teknologi pendidikan.
Dan anugerah ini diberikan kepada pengetua atau guru besar yang
menjadi penggerak membudayakan penggunaan ICT untuk meningkatkan
produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan dan
pentadbiran di sekolah. ANUGERAH KEPIMPINAN DALAM TMK
berupa Sijil dari Kementerian Pelajaran Malaysia beserta voucer ini
diberikan kepada: Pn Hjh Norishah binti Hj Harun - Guru Besar SK Bukit
Baru
Dipersilakan untuk menerima anugerah.
2. Seterusnya/ anugerah ini diberikan kepada guru yang selalu
P mengamalkan ICT/ dalam pengajaran dan pembelajaran/ serta berupaya
menggunakan ICT/ untuk penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Dipilih/ berdasarkan pencalonan yang mendapat markah tertinggi/ setelah
dicalonkan oleh setiap PKG di negeri Melaka ini.

Setelah dinilai oleh panel hakim/ yang dilantik oleh BTPN dengan kerjasama
Jabatan Pelajaran Negeri, PPD dan PKG, maka
ANUGERAH GURU DALAM TMK ini diberikan kepada: Pn Moinah bte
Pakusiam dari Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin.
Dipersilakan Pn Moinah untuk menerima anugerah.

Beliau/ akan membawa pulang Sijil Kementerian Pelajaran Malaysia/ beserta


voucer.

3. ANUGERAH PENGURUSAN CEMERLANG PUSAT AKSES


L SEKOLAH diberikan kepada sekolah yang telah mengelola Pusat Akses di
sekolah masing-masing dengan cemerlang. Pelaksanaan yang seragam dan
penggunaan yang teratur serta berjaya menggembeling tenaga dan usaha
sehingga menjadikan Pusat Akses sebagai pusat sehenti (saya ulangi, pusat
sehenti) mengakses maklumat, pusat komunikasi dan perkongsian ilmu
dalam suasana yang kondusif, selesa dan teratur.
Bagi KATEGORI sekolah menengah, ANUGERAH PENGURUSAN
CEMERLANG PUSAT AKSES SEKOLAH diberikan kepada: SMK Seri
Tanjung. Dipersilakan Pengertua SMK Seri Tanjung bersama Penyelaras
Pusat Akses tampil menerima anugerah

Manakala bagi KATEGORI sekolah rendah pula, dipersilakan SK Bukit


Baru. Dipersilakan Guru Besar SK Bukit Baru bersama Penyelaras Pusat
Akses tampil menerima anugerah

Tuan-tuan dan puan-puan.

Ini adalah satu kebetulan saja. Tidak ada kena-mengena antara yang
Memberi dengan yang Menerima Anugerah. Harap maklum
4. Untuk makluman hadirin sekelian, Sekolah-sekolah di seluruh negeri
P Melaka, berhak untuk dicadangkan oleh PKG/ melalui penggredan
pengurusan NILAM yang dipantau dan diguna pakai oleh pihak PKG.
Sekolah yang melebihi markah kelayakan/ akan dinilai semula oleh 8 orang
Panel Penilai Khas. Sekolah yang dipilih untuk menerima ANUGERAH
PENGURUSAN NILAM ini, telah berjaya mendapat markah terbaik/ secara
keseluruhan.
Penerima-penerima anugerah/ akan membawa pulang/ sijil Kementerian
Pelajaran Malaysia/ beserta voucer.

ANUGERAH PENGURUSAN NILAM bagi kategori Sekolah Menengah


Bandar, pemenangnya adalah/ Sekolah Menengah Kabangsaan Gajah
Berang

ANUGERAH PENGURUSAN NILAM kategori Sekolah Menengah Luar


Bandar diberikan kepada, Sekolah Menengah Kebangasaan Seri Mahkota.

ANUGERAH PENGURUSAN NILAM Bagi kategori Sekolah Rendah


Bandar dianugerahkan kepada, Sekolah Kebangsaan Bukit Baru

ANUGERAH PENGURUSAN NILAM bagi kategori Sekolah Rendah


Luar Bandar dianugerahkan kepada, Sekolah Kebangsaan Simpang Empat.

L 5. Pertandingan Perisian Multimedia Berasaskan Power Point dalam


Pengajaran dan Pembelajaran adalah terbuka kepada semua sekolah
menengah dan rendah di negeri Melaka. Ianya bertujuan untuk meransang
para pendidik mencipta bahan bantu mengajar dan penggunaan alat
pengukuran KBKK yang berkesan serta menggalakkan penggunaan media
pendidikan secara optimum dalam bilik darjah. Pada peringkat awal, hasilan
peserta akan dinilai di peringkat PKG bagi memilih wakil PKG bagi setiap
kategori. Di peringkat negeri pula, sekolah yang mewakili PKG akan dinilai
bahan tersebut oleh Panel Penilai yang dilantik.
Pemenang Pertandingan Perisian Multimedia Berasaskan Power Point
dalam Pengajaran dan Pembelajaran kategori sekolah Menengah
Johan - SMK Seri Kota
Tempat kedua - SMK Ade Putra
Ketiga - SMK Naning
Saguhati - SMK Gajah Berang
- SMK Dato Abdul Rahman Ya’kub
- SMK Tun Mutahir
P Pertandingan Perisian Multimedia/ Berasaskan Power Point/ dalam
Pengajaran dan Pembelajaran kategori sekolah Rendah
Johan - Sekolah Kebangsaan Tedong
Tempat kedua - SK Pendidikan Khas, Semabok
Tempat ketiga - SK Ganun
Saguhati - SK Jasin
- SK Sungai Buloh dan
- SK Alai

6. Sebagai agen perubahan bagi kebanyakan program mega Kementerian


L Pelajaran, BTPN mahupun PKG merupakan institusi yang berperanan di
peringkat negeri dalam merealisasikan pembestarian sekolah. Maka itu,
BTPN mahupun PKG perlulah selari dengan pembestarian tersebut baik dari
segi penggunaan teknologi ICT mahupun dalam bidang pengurusan
organisasi agar dapat memberikan gambaran secara menyeluruh tetantang
peranan BTPN dan PKG.

Seterusnya ialah;
P HADIAH PERTANDINGAN PENGHASILAN KLIP VIDEO KORPORAT
PKG/ yang akan membawa pulang/ Sijil Kementerian Pelajaran Malaysia
beserta voucer.
Klip Video Korporat PKG Terbaik bagi tahun 2009 ini dikurniakan kepada:
PKG______

Seterusnya ANUGERAH PENGURUSAN DAN KECERIAAN PKG:


Diberikan kepada : PKG________

ANUGERAH PENGURUSAN PUSAT SUMBER PKG:


Dipersilakan : PKG_____________

Diumumkan/ penerima ANUGERAH KHAS PENGURUSAN PKG:


Anugerah diberikan kepada: PKG__________

ANUGERAH INOVASI BTPN:


Dengan ini dipersilakan:
7. Berikut ialah ANUGERAH KHAS PENGURUSAN KUALITI BTPN
L MELAKA:
1:
2:
3:
4:
5:

8. Seterusnya/ ialah anugerah yang diberikan kepada individu/ atau


P organisasi/ yang banyak memberi sumbangan serta komitmen/ baik dari segi
tenaga kerja, idea dan lain-lain/ dalam menjayakan setiap program yang
dijalankan. Antara lain adalah ; dari segi pengurusan Pusat Sumber dan ICT
di sekolah, Program NILAM, Kem Galakan Membaca dan lain-lain lagi.

ANUGERAH KHAS yang pertama, dipersilakan


L 1. ________________________ - Pengarah PERPUSTAM
2. En. Razali bin Baharom - Yg diPertua PUSTAKAM
3.
4.
5.
P 9. PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Tuan-tuan dan puan-puan yang budiman,

Acara penyampaian Anugerah kini tamatlah sudah. Pihak majlis


merakamkan ucapan jutaan terima kasih/ kepada Yg bBhg Tn Hj Isa bin Hj
Abu, Pengarah Pelajaran Melaka/ di atas kesudian menyampaikan
Anugerah-anugerah/ serta hadiah sebentar tadi.
Sebagai tanda penghargaan/, dipersilakan/ Tn Hj Mohd Nor bin Hj
Abu, Ketua Penolong Pengarah BTPN Melaka/ menyampaikan cenderahati
kepada Yg bBhg/ Tn Hj Isa bin Hj Abu, Pengarah Pelajaran Melaka.

-{beri cenderahati}-

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah Pelajaran Melaka dan


kepada Ketua Penolong Pengarah, BTPN Melaka/ di atas penyampaian
anugerah/ serta cenderahati sebentar tadi.
Tahniah juga diucapkan/ kepada semua penerima-penerima anugerah/
dan para pemenang.
Hadirin yang dimuliakan. Saya suka memetik kata seorang bijak
pandai. Katanya, “petani mendakwa/ bahawa mereka lebih giat bekerja
daripada pekerja kilang. Pendapat itu mungkin benar, tetapi ingatlah
bahawa, dunia tidak memberi upah kepada keringat, tetapi kepada
hasilnya” renung-renungkanlah.

L 10. UCAPAN PENUTUP PENGERUSI MAJLIS

YgBhg tuan pengarah


Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan.

Majlis penganugerahan kecemerlangan dan pengurusan kualiti BTPN


Melaka bagi tahun 2009 sudah sampai ke penghujung.
Saya bagi pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih sekali lagi
kepada Yg bBhg tuan Hj Isa b Hj Abu, Pengarah Pelajaran Melaka, tuan-tuan
dan puan-puan sekalian yang sudi hadir pada hari ini.
Tapak tangan ditaup, sepuluh jari disusun memohon ampun dan maaf
atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang kami mengacarakan Majlis
yang penuh bermakna ini.
L Sebelum kami melabuhkan kata sebagai akhir kalam/ izinkan saya
petik kata-kata dari John Ruskin, antara lain katanya; “Jangan melihat apa
yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu
selesaikan.” dan menurut kata Hukama’
”Jangan menunggu sehingga esok, apa yang kamu dapat lakukan
hari ini.
Kerana orang yang mampu mengatasi keadaan, akan lebih
cemerlang dari keadaan itu sendiri”
Maknanya, saya terpaksa selesaikan majlis ini, untuk mengatasi segala
yang sudah diusahakan oleh semua ahli jawatankuasa majlis tanpa
menunggu esok hari. Bukankah itu tanda orang cemerlang?

P 11. JEMPUTAN KE JAMUAN

Yg bBhg tn Pengarah
tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, marilah kita sama-sama berdiri/


dan menyanyikan Lagu korporat Bahagian Teknologi Pendidikan/ sebagai
penutup acara.
***************************
{lagu BTP}
***************************
L Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Tuan Pengarah
Pelajaran Melaka diringi tuan Ketua Penolong Pengarah serta sekelian yang
hadir ke majlis jamuan yang telah disediakan.

Dipersilakan, dan Sudi-sudikanlah menjamu selera.

Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan. Sekian.

Wabillahi taufik wal hidayah


Wassala mualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

TAMMAT
SKRIP
PENGACARA MAJLIS PERASMIAN
HARI KECEMERLANGAN DAN PENGURUSAN KUALITI
2009

Pengacara L
Pengacara P
J/K Hadiah
J/K Siaraya
Fail
Tuan-tuan dan puan-puan;

Selamat datang diucapkan ke majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan


dan Pengurusan Kualiti BTPN 2009.

Agar majlis kita berjalan dengan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan,
sukalah saya maklumkan di sini, beberapa pengumuman untuk kita jadikan
panduan bersama.

1) bagi menghormati majlis, diharap tuan-tuan dan puan-puan dapat


mematikan telefon bimbit tn2 dan pn2 atau menetapkan ke mode
senyap atau mode getar.
2) tn2 dan pn2 juga dinasihatkan agar dapat mengurangkan pergerakan
tn2 dan pn2 semasa Pengarah Pelajaran Melaka memberi ucapan.
3) Tn2 dan pn2 dipohon berdiri semasa ketibaan yg bbhg Pengarah
Pelajaran ke Auditorium ini.
4) Lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya akan dimainkan terus,
sebaik sahaja yg bbhg tn pengarah mengambil tempat di pentas.
5) Penerima2 anugerah atau hadiah yang mewakili sekolah masing-
masing, diminta pengetua atau guru besar bersama guru yang
berkenaan tampil ke pentas untuk menerima anugerah.
6) tn2 dan pn2 diminta menggunakan tangga di sebelah kiri tn2 iaitu
tangga di hadapan saya ini apabila naik menerima anugerah, dan
menggunakan tangga di sebelah kanan (hujung sana) untuk kembali
ke tampat duduk tn2 dan pn2.
7) Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam auditorium ini.

Kerjasama tn2 dan pn2 adalah diharapkan dan kami dahului dengan ucapan
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai