Anda di halaman 1dari 5

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berhormat
Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin
EXCO Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi Negeri Melaka

Yang Berusaha
Tuan Haji Mohd Zaki bin Dato’ Haji Mahat
Pengurus Besar Petronas Selatan

Yang Berusaha
Tuan Haji Karim bin Tumin
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pengurusan Sekolah
Wakil Rasmi Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Yang Berusaha
Encik Ainal Ghauth bin Abdul Latib
Pengurus Kanan Petronas Selatan

Yang Berusaha
Encik Mohd Zulhijri bin Sabtu
Ketua Penolong Pengarah
Unit Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Barisan urus setia Program Kolaboratif dan Jalinan Strategik Jabatan Pendidikan
Negeri Melaka bersama Petronas

Barisan Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Barisan Staf dan Kakitangan Petronas


Guru-guru pengiring dan seterusnya anak didik pelajar Tingkatan 5 dari sekolah-
sekolah negeri Melaka

Serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekelian.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera


Salam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
Salam Melakaku Maju Jaya Rakyat Bahagia Menggamit Dunia
Salan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
#jpnmelakajenamakerajaannombor1

Yang Berhormat Datuk, Tuan-tuan dan hadirin sekelian,

Tangan ditadah penuh inayah,


Majlis dibuka penuh rahmat,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga majlis mendapat berkat.

Majlis mempersilakan Encik Mohd Nasaruddin bin Harun, Penolong Pengarah Unit
Hal Ehwal Murid untuk memimpin bacaan doa sebagai pembuka majlis kita pada
petang ini. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih Encik Mohd Nasaruddin bin Harun atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Yang Berhormat Datuk, Tuan-tuan dan hadirin sekelian,


Marilah kita bersama-sama berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku
dan Melaka Maju Jaya.

Terima kasih diucapkan, Yang Berhormat Datuk dan hadirin sekelian dipersilakan
duduk.
Yang Berhormat Datuk dan hadirin sekelian,

Melaka Future Talent (MFT) adalah program kolaboratif dan jalinan strategik JPN
Melaka bersama Petronas. Program ini mensasarkan 220 orang murid Tingkatan 5
aliran STEM dari 6 sekolah di sekitar Sungai Udang dan 5 sekolah lain di negeri
Melaka. Jumlah keseluruhan adalah 11 sekolah iaitu:
1. SMK Sungai Udang
2. SMK Kampung Gelam
3. SMK Seri Tanjong
4. SMK Kem Terendak
5. SMK Bukit Rambai
6. SMA JAIM Al-Ahmadi
7. SMK Rahmat
8. SMK Air Molek
9. SMK Sri Mahkota
10. SMK Simpang Bekoh
11. SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’kub

Objektif program ini khususnya adalah untuk membina kolaboratif dan jalinan
strategik antara JPN Melaka dan Petronas. Program Melaka Future Talent ini juga
antara lainnya adalah untuk mewujudkan kesedaran hala tuju STEM dan TVET di
peringkat yang lebih tinggi. Untuk berkongsi peluang pekerjaan dalam bidang STEM
dan TVET serta menarik minat murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat selanjutnya dalam bidang STEM.

Program ini adalah program jangka panjang dari 2022 sehingga 2024 yang mana
akhirnya dapat menarik minat murid untuk mengambil subjek STEM dan menjadikan
bidang STEM untuk melanjutkan pelajaran dan seterusnya kerjaya pilihan.

Yang Berhormat Datuk dan hadirin sekelian,


Adat berbahasa menyampaikan pesanan
Adat majlis menyampaikan ucapan.

Sebagai pembuka tirai ucapan, Majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Tuan Haji Mohd Zaki bin Dato’ Haji Mahat untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan tuan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Zaki bin Dato’ Haji Mahat atas
perkongsian sebentar tadi.

Meneruskan agenda kita pada petang yang berbahagia ini, majlis dengan penuh
takzim mempersilakan Yang Berhormat Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO
Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi Negeri Melaka untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutupan program Melaka Future
Talent, Petronas dan JPN Melaka. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk Rais bin Datuk
Wira Yasin atas ucapan perasmian penutupan sebentar tadi.

Sebagai tanda penghargaan sekalung budi, majlis mempersilakan Yang Berusaha


Tuan Haji Mohd Zaki bin Dato’ Haji Mahat, Pengurus Besar Petronas Selatan untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Datuk Rais bin Datuk Wira
Yasin, EXCO Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi Negeri Melaka.
Dipersilakan.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk.

Seterusnya dijemput Tuan Haji Karim bin Tumin, Timbalan Pengarah Pendidikan,
Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka selaku wakil rasmi
Pengarah Pendidikan Negeri Melaka untuk menerima cenderahati penghargaan
daripada Petronas. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Zaki bin Dato’ Haji Mahat,
Pengurus Besar Petronas Selatan atas kesudian menyampaikan cenderahati
sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan,

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Rais bin
Datuk Wira Yasin atas kesudian melapangkan masa bersua pandang, beramah
mesra dan mengungkap bicara merasmikan majlis penutupan rasmi Program
Melaka Future Talent JPN Melaka bersama Petronas Tahun 2022.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga kerja Program Melaka
Future Talent, urus setia, guru-guru pengiring dan seterusnya anak-anak Tingkatan
5 dari 11 sekolah negeri Melaka. Tahniah dan semoga segala yang baik dari
program ini dapat digarap sebaiknya sebagai pencetus semangat untuk kamu
semua terus maju dan yakin dengan hala tuju masa depan kamu semua.

Dengan itu, maka berakhirlah program kita pada hari ini. Tersilap tersalah harap
diampun, terkasar bahasa maaf dipohon. Sebelum berakhir, kita akan bersama-
sama untuk sesi bergambar.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah. Assalamualaikum wbt. Terima kasih semua.

Anda mungkin juga menyukai