Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Salam Malaysia Madani,

Salam Anak Baik Lagi Cerdik,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T, dengan limpah kurnia-Nya, kita berkumpul
di majlis yang penuh bermakna pada hari ini. Saya, selaku Pengetua SM Teknik Kuala
Lumpur mewakili semua rakan Pengetua SM Teknik Malaysia yang terdiri daripada :

PN. SALMI BINTI RAFIE - SM Teknik Alor Setar


EN. MOHD SALIM BIN MOHAMED YUSOOF - SM Teknik Tunku Abdul Rahman
Putra, P. Pinang,
TS. SUDIMAN BIN MUSA - SM Teknik Tuanku Ja’afar, Seremban,
PN. CHAN PEK LING @ ELDA - SM Teknik Melaka,
TN.HJ. YUSOF BIN MAT DAUD - SM Teknik Johor Baharu,
TN.HJ. MUHAMAD HANAPI BIN HUSSIN - SM Teknik Kuantan,
USTAZ. IBRAHIM BIN ISMAIL - SM Teknik Terengganu
dan
EN. MOHAMAD SHARIFF BIN MAT SAAD - SM Teknik Sejingkat, Sarawak

Dan Seterusnya mewakili Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional,


Kementerian Pendidikan Malaysia, dengan sukacitanya ingin menyampaikan ucapan
terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjadikan hari ini sebagai
sebuah realiti yang bermakna dalam perjalanan keunggulan dan kecemerlangan
Sekolah Menengah Teknik Malaysia pada masa kini dan akan datang.

Hari ini, kita akan menyaksikan satu lagi capaian penting dalam bidang akademik,
kepimpinan, penyelidikan dalam bidang teknikal, serta perkongsian teknologi dan
kepakaran. Melalui Nota Persefahaman yang akan kita tandatangani pada hari ini, ia
menandakan komitmen dan kerjasama berterusan dalam mengukuhkan lagi hubungan
antara SM Teknik Malaysia dengan Universiti Poly-Tech Malaysia ( UPTM )

Antara kandungan Nota Persefahaman ini adalah bertujuan mewujudkan hubungan


kerjasama yang erat dan setia diantara SM Teknik dan BPLTV dengan Universiti Poly-
Tech Malaysia ( UPTM) dalam bidang teknikal vokasional,dimana antara kandungannya
adalah :

1. kerjasama dalam bidang kemahiran akademik, kepimpinan dan penyelidikan


dalam bidang teknikal;

2. perkongsian teknologi dan kepakaran bagi memantapkan proses pengajaran dan


latihan pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan sebenar;
3. bekerjasama dalam pelbagai bidang pengetahuan, kepakaran dan kemahiran
serta kemudahan lain yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak;

4. menjadikan SMT Malaysia sebagai hub promosi terutama kursus jangka pendek
kepada warganya dan komuniti setempat khasnya;

5. menjadikan SMT Malaysia sebagai hub promosi bagi pelajar melanjutkan


pengajian ke UPTM; dan

6. mengadakan kerjasama lain yang dirasakan perlu dengan persetujuan kedua-


dua belah pihak.

Tuan – Tuan dan Puan - Puan

Kewujudan SMT dalam kalangan pelbagai jenis sekolah dimalaysia bertujuan untuk
menyediakan murid ke pendidikan peringkat tinggi dalam bidang teknikal dan mereka
ini sebenarnya telah dijuruskan lebih awal diperingkat menengah atas lagi. Antara
kursus yang ditawarkan di SMT adalah Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Sains Pertanian
dan Perdagangan . dan hanya terdapat seramai lebih kurang 5400 murid di SM Teknik
yang terdiri daripada murid Tingkatan 4 dan 5 daripada 9 buah SMT yang ada di negara
kita. Kumpulan ini mewakili hanya kurang 1% daripada jumlah keseluruhan murid
Tingkatan 4 dan 5.

Data kebolehpasaran melanjutkan pelajaran pula, didapati seramai 98.7% murid –


murid SM Teknik akan melanjutkan pelajaran dipelbagai peringkat dan sekurang –
kurangnya 5% daripada mereka akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hubungan
kerjasama ini, membolehkan UPTM mempunyai akses ke semua SMT yang ada dan
juga membolehkan murid – murid mendapat lebih banyak peluang yang ditawarkan
oleh UPTM terutama melanjutkan pelajaran. Diharap akan ada projek – projek khas
atau laluan khas untuk murid – murid dari seawal tingkatan 4 lagi untuk melanjutkan
pelajaran ke UPTM terutama dalam Pengajian ACCA kepada murid – murid Kursus
Perdagangan.

Dalam bidang akademik, kita menyedari bahawa kemajuan dan kecemerlangan tidak
dapat dicapai secara individu. Justeru, perkongsian kepakaran dan pengetahuan
adalah kunci kejayaan. Nota Persefahaman ini tidak hanya merupakan satu perjanjian
formal, tetapi juga satu komitmen untuk saling berkongsi ilmu, pengalaman, dan sumber
daya bagi memastikan kemajuan dan kecemerlangan berterusan.

Penyelidikan dalam bidang teknikal merupakan tulang belakang kepada kemajuan


sains dan teknologi. Dengan menyatukan daya dan usaha dalam penyelidikan, kita
mampu mencipta inovasi yang dapat memberikan impak positif kepada masyarakat dan
industri. Nota Persefahaman ini adalah bukti komitmen kita untuk melahirkan
penyelidik-penyelidik yang berkualiti dalam kalangan murid dan memastikan
penemuan-penemuan baharu dapat memberikan manfaat kepada umat manusia.
Perkongsian teknologi dan kepakaran adalah langkah proaktif untuk memastikan
bahawa kita sentiasa relevan dan bersedia menghadapi cabaran global. Dalam dunia
yang berubah dengan cepat ini, kita perlu bersikap dinamik dan progresif. Melalui Nota
Persefahaman ini, diharap UPTM bersedia untuk berkongsi teknologi terkini dan
memberi peluang kepada warga SMT untuk terlibat dalam program-program
pembelajaran yang memfokuskan kepada perkembangan kemahiran berlandaskan
teknologi dan kepakaran khusus.

Sebagai penutup, saya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam penubuhan dan perundingan Nota Persefahaman ini. Semoga
kerjasama ini menjadi titik permulaan kepada pencapaian lebih banyak kejayaan di
masa hadapan kepada semua SMT di Malaysia dan memberikan manfaat kepada
UPTM. Semoga kerjasama ini akan kekal setia berlandaskan kepada komitmen dan
keinginan yang kuat untuk membangunkan negara Malaysia yang tercinta.

Sekian, Terima kasih.

Wassalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai