Anda di halaman 1dari 19

TAHNIAH

SELAMAT DATANG
Ke

Politeknik Ungku Omar


Politeknik Premier

Kepada semua pelajar baharu


Sesi Jun 2018
Buku panduan MSK ini hendaklah dibaca dengan teliti dan
difahami sepenuhnya. Ianya hendaklah disimpan dengan baik kerana
sebahagian daripadanya haruslah dijadikan rujukan dan panduan anda di
sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku Omar.

Semoga anda sekalian menjadi warga/ pelajar PUO yang sentiasa patuh
kepada semua disiplin dalam menuntut ilmu, komited dan bergiat cergas
dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum,
seterusnya berjaya cemerlang dalam bidang yang diceburi demi agama,
bangsa dan negara tercinta.

1
PIAGAM PELANGGAN
1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama
pelajar sampai untuk mendaftar.
2. Proses Pemberian Perkhidmatan Pendidikan dilaksanakan
secara sistematik, terancang dan berkesan.
3. Memastikan status siasatan maklumbalas pelanggan yang
berkaitan dengan perkhidmatan pemberian pendidikan dan
perkhidmatan lain yang berkaitan dikendalikan dalam masa 10
hari bekerja.
4. Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu
selepas semester pengajian berakhir.

VISI
Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri.

MISI
Menghasilkan graduan yang holistik, kompeten dalam
teknologi dan berdaya keusahawanan.

2
LIRIK LAGU

POLITEKNIK UNGKU OMAR


Politeknik Ungku Omar
Megah Terbina di Lembah Kinta
di Ipoh Bandaraya
Perak Darul Ridzuan

Menjunjung Wawasan Pertiwi


Mendidik Ilmu Teknologi
Membantu Membangun Industri
Negara Berdikari

Menyahut Segala Cabaran


Bina Negara Perusahan
Walaupun Seribu Halangan
Maju Terus ke Hadapan

Politeknik Ungku Omar


Mendukung Cita-Cita Bangsa
Prinsip Rukun Negara
Menjadi Panduan Kita

Tunjukkan Kepada Dunia


Kita Juga Ada Upaya
Menjadi Bangsa Berjaya
Hidup Bebas dan Merdeka

3
LIRIK LAGU

POLITEKNIK MALAYSIA
Politeknik Adalah Warisan Kita
Membekal Tenaga Bidang Teknikal
Bersama Membina Kemajuan Negara
Malaysia Ku Tercinta

Akhlak Mulia Asas Jaya


Itulah Amalan Hidup Kita
Di Mana Sahaja Politeknik Berada
Harapan Tetap Sama

Politeknik Ku Sanjung Jasa-Jasa Mu


Mencipta Lembaran Sejarah
Harapan Impian kan Menjadi Nyata
Cekal Takwa Usaha Penentu Arah

Maju Politeknik Ayuh Maju


Semangatmu Merestui Perjuanganku
Teknologi Teras Pembangunan Negara
Politeknik Malaysia

4
MS ISO 9001: 2008

Politeknik Ungku Omar (PUO) mewujud, mendokumen, melaksana dan menyenggara Sistem Pengurusan
Kualiti dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan selaras dengan keperluan MS ISO
9001:2008.

Pelanggan Politeknik

Pelanggan Politeknik adalah pelajar Politeknik.

Dasar Kualiti

Dasar kualiti Politeknik Ungku Omar adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di
dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi maklumat melalui penambahbaikan yang
menyeluruh secara berterusan. Politeknik Ungku Omar komited untuk memastikan kehendak pelanggan
dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan
keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.

Objektif Kualiti

Kecemerlangan Pelajar
1. Berusaha memastikan kebolehpasaran graduan mencapai sekurang-kurangnya 85% mendapat
pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas menamatkan pengajian.

Kecemerlangan Staf
1. Memastikan setiap staf yang menghadiri kursus/ menjalani latihan/ seminar/ bengkel/
persidangan/ konvesyen/ taklimat sekurang-kurangnya 10 hari setahun.
2. Memastikan sekurang-kurangnya seorang pensyarah memperolehi kelayakan industri atau
setaraf dengannya mengikut bidang.

Kecemerlangan Proses
1. Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan/ mencapai petunjuk prestasi yang
ditetapkan.
-

5
KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baharu kerana berjaya menyambung pengajian di Politeknik Ungku Omar ini.
Terima kasih kerana memilih Politeknik Ungku Omar sebagai institusi pilihan saudara/saudari. Sesungguhnya saudara/saudari
merupakan golongan bertuah yang terpilih untuk memasuki politeknik yang paling awal ditubuhkan di Malaysia. Kecemerlangan
yang diperoleh dalam peperiksaan SPM/setaraf yang lalu adalah hasil usaha gigih para pelajar selama ini. Justeru, diharapkan
para pelajar akan terus berjaya untuk mengukir sejarah hidup yang lebih gemilang sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku
Omar.

Politeknik Ungku Omar kini berada dalam era transformasi. Proses tranformasi ini melibatkan semua pihak dalam usaha
untuk meningkatkan kualiti dan memperkasa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di negara kita. Transformasi ini boleh
dicapai melalui inovasi sistematik yang menambah nilai kepada proses dan keberhasilan pendidikan dan latihan di politeknik. Ini
bermakna bahawa semua warga politeknik perlu sentiasa memikirkan cara dan kaedah baharu untuk meningkatkan keberhasilan
pendidikan dan latihan ini.

Transformasi politeknik bergerak seiring dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan pengajian tinggi demi
kepentingan pembangunan negara dan memartabatkannya di persada nasional dan antarabangsa. Transformasi ini juga
diharapkan dapat melahirkan graduan-graduan yang mempunyai nilai-nilai kebolehpasaran yang tinggi disamping keupayaan
keusahawanan yang cemerlang. Seandainya, graduan-graduan mempunyai nilai-nilai tersebut, sudah pasti politeknik ini akan
menjadi institusi pilihan kepada para lepasan SPM/setaraf di Negara ini. Selain itu, pihak politeknik juga berhasrat untuk menjadi
peneraju dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional serantau.

Disamping kemahiran hard skill , kemahiran soft skill juga diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
untuk memastikan kebolehpasaran dan keupayaan keusahawanan graduan. Oleh itu, kemahiran teknikal yang tinggi di samping
penguasaan teori yang mantap dapat membantu graduan mengisi kekosongan jawatan sama ada di sektor awam atau swasta.
Hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat yang berpendapatan tinggi juga mampu direalisasikan dengan menghasilkan graduan-
graduan daripada politeknik yang mempunyai kemahiran tersebut.

Politeknik Ungku Omar berharap agar saudara/saudari akan mendapat manfaat daripada Program Minggu Suaikenal ini
dan seterusnya menjalani kehidupan sebagai pelajar politeknik untuk selama tiga tahun akan datang. Hindarkan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan yang ditetapkan kerana saudara dan saudari adalah contoh kepada
masyarakat. Peranan politeknik bukan sahaja menjadi tempat untuk menuntut ilmu tetapi di sinilah para pelajar perlu
membangunkan keterampilan dan personaliti diri yang akhirnya dapat melahirkan modal insan yang hebat. Semoga dengan
kehadiran pelajar-pelajar baharu akan dapat memastikan hasrat PUO tercapai seperti mana yang digarap dalam moto PUO iaitu
“Kekuatan dan Keamanan Melalui Teknologi“. Akhir sekali, kepada semua pelajar, saya mendoakan semoga anda semua
mencapai kejayaan cemerlang dan akan menjadi graduan bereputasi tinggi demi kemajuan agama, bangsa dan negara.

KEKUATAN DAN KEAMANAN MELALUI TEKNOLOGI

MUHAMMAD ZUBIR BIN MOHD HANIFAH

Timbalan Pengarah Akademik

Politeknik Ungku Omar

Politeknik Premier

6
PENGURUSAN POLITEKNIK UNGKU OMAR
Timbalan Pengarah (Akademik)
Encik Muhammad Zubir Bin Mohd Hanifah

Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)


Encik Juhaidie Zamani Bin Jamaludin

Ketua Jabatan / Pegawai-Pegawai Kanan


Kejuruteraan Awam Tuan Hj. Che Nor Azman Bin Che Wan
Kejuruteraan Elektrik Cik Hajah Juhaida Bt Zakaria
Kejuruteraan Mekanikal Dr Adzuineen Bt Nordin
Kejuruteraan Perkapalan Encik Hairi Haizri B. Che Amat
Perdagangan Puan Mazilah Binti Abdullah
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dr. Shazarin Binti Ahmad Zainuddin
Matematik, Sains Dan Komputer Puan Zaitun Bt Mohd Zain
Pengajian Am Puan Haniza Norlin Bt Md Yusof
Jabatan Hal Ehwal Pelajar Cik Shamsuri Bt. Mior Khalid
Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan Encik Mohd Asri Bin Zahid @ Mamat
Hal Ehwal Pelajar (P&D) Cik Khamsiah Bt. Ishak
Hal Ehwal Pelajar (K&D) Puan Siti Aishah Bt. Ali
Ketua Unit Asrama Puan Arshidah Bt. Mat Johor
Penilaian Dan Peperiksaan Encik Mohd Rizal Bin Abdul Rahman
Perhubungan & Latihan Industri Encik Hashamuddin Bin Yaakob
Pengurusan Kualiti Puan Nur Margfirah Binti Nordin

Pegawai Psikologi Encik Amir Bin Azli


Pegawai Perhubungan Awam Puan Nur Azrina Binti Zainal Ariff
Latihan Dan Pendidikan Lanjutan Puan Lily Yuzie Bt. Md. Yusof
Pembangunan Puan Noraini Binti Mohd Hamil
Multimedia dan Sumber Encik Ahmad Azahan Bin Mohamad
Teknologi Maklumat Puan Nur Azliza Bt. Ali
Pegawai Eksekutif Tertinggi Encik Zulghafar Bin Mat Shik

Penolong Akauntan Encik Hafiz Hasbullah Bin Ismail


Perpustakaan Puan Nur Hafiza Binti Jusoh

7
CARTA ORGANISASI

KETUA JAB. KEJ. AWAM KETUA JAB. KEJ. ELEKTRIK


CHE NORAZMAN BIN CHE WAN HJH. JUHAIDA BT. ZAKARIA

TIMBALAN PENGARAH AKEDAMIK KETUA JAB. KEJ. MEKANIKAL KETUA JAB. KEJ. PERKAPALAN
MUHAMMAD ZUBIR BIN MOHD DR. ADZUIEEN BT. NORDIN HAIRI HAIZRI B. CHE AMAT
HANIFAH

KETUA JAB. TEKNOLOGI MAKLUMAT KETUA JAB. MATEMATIK, SAINS


DAN KOMUNIKASI DAN KOMPUTER
DR. SHAZARIN BINTI AHMAD ZAINUDDIN ZAITUN BT MOHD ZAIN

TIMBALAN PENGARAH AKEDAMIK


SOKONGAN KETUA JAB. PENGAJIAN AM KETUA JAB. PERDAGANGAN
HANIZA NORLIN BT MD YUSOF MAZILAH BINTI ABDULLAH
JUHAIDIE ZAMANI BIN JAMALUDIN

KETUA JAB. HAL EHWAL PELAJAR KETUA JAB. SUKAN, KOKURIKULUM


SHAMSURI BT MIOR KHALID DAN KEBUDAYAAN
MOHD ASRI BIN ZAHID @ MAMAT
8
MATLAMAT MINGGU SUAIKENAL

i. MSK memperkenalkan pelajar kepada pengurusan Politeknik


Ungku Omar.

ii. MSK menerangkan kepada pelajar sistem pengurusan Hal Ehwal


Pelajar.

iii. MSK memberi pendedahan tentang kemudahan dan


perkhidmatan yang terdapat di PUO bagi memudahkan pelajar
menjalani kegiatan kokurikulum mengikut peraturan Politeknik.

iv. MSK membentuk pelajar lebih berkeyakinan untuk memulakan


kehidupan sebagai warga politeknik.

v. MSK meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

9
PERATURAN MINGGU SUAIKENAL
Sepanjang menjalani Minggu Suaikenal:

1. Pelajar mestilah berpakaian kemas semasa berada di dalam kampus. Syarat-syarat dan peraturan
pakaian adalah seperti dalam Sahsiah Rupadiri Pelajar PUO.

2. Pelajar diwajibkan mematuhi jadual pakaian Minggu Suaikenal. (Rujuk Jadual Tempat dan Pakaian MSK)

3. Pelajar-pelajar hendaklah menggantungkan Kad Pelajar PUO mereka di sebelah kiri baju supaya mudah
dilihat dan gambarnya menghala ke hadapan sepanjang masa. Ketetapan pakaian dan rupadiri ini adalah
dikuatkuasakan di seluruh kawasan kampus PUO bermula dari tarikh 1hb Februari 1992. Arahan ini
hendaklah dipatuhi sepanjang masa dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka yang ingkar
mematuhi arahan ini.

4. Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar semasa aturcara Minggu Suaikenal dijalankan kecuali untuk ke
surau dan bilik air.

5. Pelajar wanita Islam digalakkan memakai tudung dan berpakaian sopan.

6. Pelajar lelaki yang memakai baju berlengan panjang, lengan baju tidak boleh dilipatkan. Kemeja “T”
tidak boleh digunakan melainkan ketika upacara tertentu sahaja.

7. Pelajar lelaki mestilah berambut pendek seperti ternyata dalam peraturan pelajar / Sahsiah Rupadiri
Pelajar PUO.

8. Semua pelajar baharu diwajibkan menghadiri semua aturcara Minggu Suaikenal melainkan setelah
mendapat kebenaran rasmi daripada pegawai yang bertanggungjawab di Urusetia Minggu Suaikenal.

9. Pelajar baharu tidak dibenarkan keluar dari kampus atau Kolej Kediaman Pelajar semasa Minggu
Suaikenal melainkan dengan kebenaran pegawai yang bertanggungjawab di Urusetia Minggu Suaikenal
atau Warden Asrama.

10. Pelajar baharu hendaklah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh Urusetia Minggu Suaikenal
dan peraturan Kolej Kediaman Pelajar PUO.

11. Bagi pelajar yang menghadapi masalah, segala pengaduan tentang gangguan, kecederaan, kehilangan
harta benda dan sebagainya boleh dibuat di bahagian Urusetia Minggu Suaikenal atau Warden Asrama.

12. Pelawat tidak digalakkan berjumpa pelajar baharu semasa Minggu Suaikenal. Walau bagaimanapun
dalam keadaan tertentu dan terdesak, pelajar dibenarkan berjumpa pelawat di bilik rehat atau bilik
tamu yang disediakan.

13. Sekiranya mana-mana pelajar yang ingin menarik diri dari PUO sama ada semasa atau selepas minggu
suaikenal, mestilah memaklumkan terlebih dahulu perkara tersebut kepada pihak Urusetia Minggu
Suaikenal atau berurusan terus dengan pegawai di pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

10
AHLI JAWATANKUASA INDUK MSK
SESI JUN 2018

PENAUNG
Muhammad Zubir Bin Mohd Hanifah
Timbalan Pengarah Akademik,Politeknik Ungku
Omar
PENASIHAT
En. Juhaidie Zamani Bin Jamaludin
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
PENGERUSI
Cik Shamsuri Binti Mior Khalid
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
NAIB PENGERUSI
Pn. Siti Aishah Bt. Ali
SETIAUSAHA I
En.Mohd Hamizan Bin Radzi
SETIAUSHA II
En. Mohd Fadil Bin Abdullah

JAWATANKUASA:
1 Encik Mohd Dzulhari Bin Zulkupli
2 Pegawai Hal Ehwal Pelajar Jabatan
JKM, JKP, JKA, JP, JKE, JTMK, JMSK,JPA

11
PERATURAN LALULINTAS

Panduan penggunaan kenderaan dan peraturan lalu lintas


A) Kenderaan Rasmi Politeknik

1. Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi dengan memohon
dan mendapat kelulusan daripada Pengarah.
2. Pengguna kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga kebersihan, kemudahan
yang terdapat dalam kenderaan serta menjaga disiplin dan tingkahlaku.

B) Kenderaan Persendirian

1. Kenderaan bermotor persendirian boleh digunakan di dalam kampus sekiranya


dibenarkan dan mendapat kelulusan bertulis daripada pihak politeknik.
2. Semua kenderaan bermotor yang dibenarkan dan digunakan untuk keluar masuk
kampus mestilah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah dikeluarkan oleh pihak
politeknik.
3. Semua kenderaan yang dibenarkan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan
dalam kampus dan disusun dengan teratur. Pelajar tidak dibenarkan meletak
kenderaan mereka di tempat yang dikhaskan untuk pensyarah/ kakitangan politeknik.
4. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan (termasuk topi keledar)
yang rosak atau hilang di dalam kampus.
5. Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik dan selamat
untuk digunakan.
6. Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor dalam kampus perlu mematuhi
peraturan-peraturan berikut :-
a) Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insuran yang sah.
b) Mematuhi had laju yang ditetapkan oleh politeknik.
c) Menggunakan kenderaan bermotor yang TIDAK mengeluarkan bunyi bising yang
kuat atau diubahsuai.
d) Memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal.
e) Memakai baju pemantul cahaya semasa menunggang/membonceng motosikal
adalah digalakkan
f) Bertimbangrasa terhadap pejalan kaki.
g) Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalan raya
seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Pengangkutan
Jalan.
7. Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah
mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.
8. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab terhadap Kehilangan kenderaan atau
peralatan kenderaan.

12
TINDAKAN TATATERTIB

Kesalahan sahsiah diri


Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan sahsiah diri boleh dikenakan denda
tidak melebihi RM50 mengikut di bawah akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran)
kaedah 26 A.

Kesalahan Lalu Lintas


Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalu lintas boleh dikenakan secara
pentadbiran.

Atau,

Pelajar akan dikenakan tindakan di bawah Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran) Jadual
Kedua, Bahagian IV Tatatertib Lalu Lintas Jalan.

Perlanggaran Peraturan Am
Mana-mana pelajar yang melanggar peruntukan selain daripada Tatatertib Lalu Lintas, boleh
dikenakan tindakan berikut:

1. Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh Politeknik.


2. Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan (Kaedah 48, Akta
Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)).

“Hukuman Tatatertib”

Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan
mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih
hukuman-hukuman itu disatukan sekali”

i) amaran;
ii) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00);
iii) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan
kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan;
iv) penggantungan daripada mengikuti pengajian di institusi selama tempoh yang
ditentukan;
v) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau seluruh peperiksaan di institusi;
vi) penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh ynag ditentukan;
vii) pembuangan daripada institusi oleh pihak berkuatkuasa tatatertib.

13
TENTATIF PROGRAM MSK SESI JUN 2018

TARIKH HARI MASA AKTIVITI

23 JUN 2018
SABTU 08.30-11.00 pagi Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Jun 2018

24 JUN 2018 AHAD 08.30-11.00 pagi Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Jun 2018

07.30 pagi Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK
08.30 pagi Taklimat MSK Sesi Jun 2018
09.30 pagi Taklimat Disiplin/Akta 174 dan Taklimat Bantuan Kewangan &
Kebajikan
25 JUN 2018 ISNIN 11.00 pagi Taklimat Hal Ehwal Pelajar Pengambilan dan Data
12.00 tgh Taklimat PTPTN

02.00 petang Taklimat Pelan Integriti Nasional (PIN)


03.00 petang Taklimat Penasihatan Akademik
04.30 petang Sukan - senamrobik

07.30 pagi Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK
08.30 pagi Taklimat MS ISO 9001 : 2008
9.30 pagi Taklimat Kesedaran Pembudayaan Keusahawanan

SELASA 11.00 pagi Taklimat Bomba dan Penyelamat


26 JUN 2018

02.00 petang Taklimat Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan


03.00 petang Raptai Penutup MSK
04.30 petang Sukan- senamrobik
07.30 pagi Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK
08.30 pagi Taklimat Peraturan Keselamatan & Kesihatan
09.30 pagi Taklimat Perpustakaan
RABU
27 JUN 2018 11.00 pagi Majlis Penutup MSK Sesi Jun 2018

14
SESI JUN 2018

SAHSIAH DAN RUPA DIRI


SEMASA MINGGU SUAIKENAL
Pelajar Lelaki

‘slack’ berwarna hitam – seluar jeans dan denim tidak dibenarkan.


– pastikan tidak mempunyai corak atau kepala tali
pinggang yang berbentuk keterlaluan dan tidak wajar.

rambut
tertentu.

dan paras depan tidak menyentuh paras dahi.

Pelajar Perempuan

m dan melebihi paras bahu bagi yang beragama Islam.

dipadankan dengan kain berwarna hitam.


arang,
pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan yang sensitif
adalah tidak dibenarkan sama sekali.

1 inci dan kasut sukan tidak dibenarkan.

diwarnakan serta tidak berfesyen.

Lain-lain
arkan
sama sekali.

dan seluar sukan semasa menghadiri Minggu Suaikenal

15
NO.PENDAFTARAN:_______________________
HEP 6

AKU JANJI PELAJAR


Saya, _____________________________________________________________________________________,
No. Kad Pengenalan _________________________________, dengan sesungguhnya dan
sebenarnya berjanji bahawa saya akan mematuhi semua undang-undang, kaedah-kaedah,
peraturan-peraturan dan apa-apa arahan yang terpakai kepada pelajar-pelajar POLITEKNIK
UNGKU OMAR, yang dibuat dari masa ke semasa sepanjang saya menjadi seorang pelajar
institusi ini. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain:-

(a) Akan mematuhi subsyeksyen 10(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976
[Akta 174], untuk tidak menjadi ahli, atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan,
mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana jua pertubuhan,
badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah mana-
mana undang-undang, sama ada ianya dalam Institusi atau di luar Institusi, dan sama
ada ianya di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang
diperuntukkan oleh atau di bawah Akta Institusi- Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976,
atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri
Pengajian Tinggi;

(b) Akan mematuhi subsyeksyen 10(3) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976
untuk tidak menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai
menyokong, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti poltik atau kesatuan
sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana
pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram;

(c) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib am sebagaimana yang


dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976
termasuk-
(i) Tidak akan melanggar peruntukan berhubung dengan larangan-larangan am, yang
antara lain termasuklah-
(A) Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan,
kesentosaan dan nama baik Institusi, mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau
pekerja Institusi;
(B) Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada ketenteraman atau
keselamatan awam, kesopanan atau tatatertib; dan
(C) Tidak akan melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis;
sama ada di dalam atau di luar kampus.

16
(ii) Peruntukan berkenaan dengan kehadiran dalam kuliah, latihan amali, pakaian dan
penampilan diri, menduduki peperiksaan, sekatan mengenai penggunaan teks kuliah;
(iii) Peruntukan berkenaan dengan mengorganisasikan perhimpunan, penggunaan
pembesar suara, panji-panji dan plakad-plakad;

(iv) Peruntukan berkenaan dengan penerbitan, pembahagian dan pengedaran dokumen-


dokumen;

(v) Peruntukan berkenaan dengan aktiviti pelajar di luar kampus dan penglibatan pelajar
dalam apa-apa pekerjaan;

(vi) Peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi, minum atau memiliki minuman keras,
memiliki bahan lucah, memiliki dan menggunakan dadah dan racun; dan

(vii) Peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampus, kawasan larangan dan kad
pelajar;

(d) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib asrama atau sebagaimana yang
dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976; dan

(e) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib lalu lintas jalan sebagaimana yang
dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976.

Saya sesungguhnya faham sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam undang-
undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau arahan berkenaan, termasuklah disingkirkan
daripada Institusi.

*
Tarikh: 27 JUN 2018
Tandatangan Pelajar

Nama Pelajar :
No. Pendaftaran :
Program :

**

Tandatangan Saksi Pelajar


(Ketua Jabatan/ Pegawai JHEP)

Nama Saksi :
Jawatan Saksi :

*(Pelajar dilarang tandatangan sebelum 27 JUN 2018)


**(Ditandatangani oleh Ketua Jabatan HEP/Pegawai HEP)

17
NO.PENDAFTARAN:__________________________
HEP 7

IKRAR PELAJAR
Kami faham bahawa/ Politeknik Ungku Omar/ mempunyai peraturan-peraturan
tertentu/ untuk menjamin/ sistem pembelajaran dapat berjalan/ dengan baik dan
sempurna.

Oleh itu/ saya berikrar akan mematuhi/ semua peraturan yang ditetapkan/ oleh
Politeknik Ungku Omar/ dari semasa ke semasa. Saya tidak melibatkan diri/ dalam
apa jua aktiviti/ yang tidak diingini/ yang tiada kaitan dengan pelajaran/ dan yang
boleh mencemarkan/ imej Politeknik Ungku Omar/ sepanjang menjadi pelajar/ di
Politeknik ini.

Jika saya didapati/ melakukan kesalahan di atas/ semasa saya/ masih menjadi
pelajar di sini/ maka saya/ dengan rela hati/ sedia menerima sebarang hukuman yang
diputuskan/ oleh pihak berwajib/ Politeknik Ungku Omar/ termasuk diberhentikan
dari menjadi pelajar. Dan ibu bapa/ atau penjaga saya/ tidak akan membuat/
sebarang bantahan dan rayuan/ ke atas hukuman yang diambil/ oleh pihak Politeknik
Ungku Omar/ terhadap saya.

Ikrar ini saya lafazkan/ dengan penuh kesedaran/ di hadapan Dato’ Pengarah/
dan Ketua Jabatan saya/ pada hari Rabu/ dua puluh tujuh Jun/ Dua Ribu Lapan Belas/
di Dewan Jubli Perak/ Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

____________________________________________

Tandatangan Pelajar

Nama Pelajar : ___________________________________________________________

No. Pendaftaran : ___________________________________________________________

No. Kad Pengenalan : ___________________________________________________________

Program : ___________________________________________________________
*(Pelajar dilarang tandatangan sebelum 27 JUN 2018)
**(Ditandatangani oleh Ketua Jabatan HEP/Pegawai HEP)

HEP 8

POLITEKNIK UNGKU OMAR


POLITEKNIK PREMIER
18
BORANG SOAL SELIDIK KEBERKESANAN PROGRAM MINGGU SUAIKENAL
SESI JUN 2018

ARAHAN: Bagi kenyataan 1 hingga 8, sila bulatkan mengikut skala 1 hingga 4.


1. Amat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Setuju 4. Amat Setuju

Jantina : L / P
1 MSK dapat memperkenalkan saya kepada pengurusan Politeknik Ungku Omar. 1 2 3 4 5

2 MSK dapat memperkenalkan sistem perjalanan dan pengurusan Hal Ehwal Pelajar. 1 2 3 4 5

3 MSK dapat menjadikan saya lebih berkeyakinan untuk memulakan 1 2 3 4 5


kehidupan sebagai warga politeknik.

4 MSK dapat meningkatkan motivasi saya untuk belajar. 1 2 3 4 5

5 Taklimat -taklimat di bawah berkesan :-

a. Taklimat keselamatan dan kesihatan 1 2 3 4 5

b. Taklimat Kesedaran Pembudayaan Keusahawanan. 1 2 3 4 5

c. Taklimat MS ISO 9001:2008. 1 2 3 4 5

d. Taklimat Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan. 1 2 3 4 5

e. Taklimat Perpustakaan. 1 2 3 4 5

f. Taklimat Pelan Integriti Nasional (PIN). 1 2 3 4 5

g. Taklimat Hal Ehwal Pelajar, Pengambilan dan Data. 1 2 3 4 5

h. Taklimat Disiplin/ Akta 174 dan Taklimat Bantuan Kewangan & Kebajikan. 1 2 3 4 5

6 AJK MSK membantu dan memberi kerjasama yang baik. 1 2 3 4 5

7 Susunan jadual aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian. 1 2 3 4 5

Ulasan Peserta
Kesediaan dan berkeyakinan untuk berkongsi ilmu yang diperoleh. YA / TIDAK, jika TIDAK sila nyatakan sebab.

19

Anda mungkin juga menyukai