Anda di halaman 1dari 18

SESI I : 2023/2024

SELAMAT DATANG
KE
POLITEKNIK UNGKU OMAR

Panduan Minggu Suaikenal ini hendaklah dibaca dengan teliti dan difahami
sepenuhnya. Ianya hendaklah disimpan dengan baik kerana sebahagian
daripadanya haruslah dijadikan rujukan dan panduan sepanjang menjadi pelajar
Politeknik Ungku Omar.

Semoga anda sekalian menjadi warga/pelajar PUO yang sentiasa patuh kepada
semua disiplin dalam menuntut ilmu, komited dan bergiat cergas dalam setiap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum, seterusnya berjaya
cemerlang dalam bidang yang diceburi demi agama, bangsa dan negara tercinta.
PERLAKSANAAN MINGGU SUAIKENAL (MSK)

Bagi Sesi I : 2023/2024, perlaksanaan Minggu Suaikenal (MSK) akan diadakan pada
ketetapan berikut;

Tarikh MSK : 21 Ogos 2023 hingga 23 Ogos 2023

Kumpulan terlibat : Semua pelajar program Diploma dan Sijil KKA


Kaedah perlaksanaan : Secara bersemuka
Tempat : Dewan Jubli Perak, PUO
Masa : 8.00 Pagi – 5.00 Petang
KATA – KATA ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana dengan rahmatNya Politeknik Ungku Omar
(PUO) akan menerima siswa dan siswi baharu bagi Program Diploma dan Sijil Kemahiran
Pembinaan pada Sesi I : 2023/2024. Tahniah dan terima kasih kerana memilih PUO untuk
memulakan langkah selepas tamat persekolahan, di mana mungkin semuanya masih samar
tetapi pasti memberikan kejayaan.
Sejak 54 tahun yang lepas, PUO komited menyediakan persekitaran pembelajaran
transformatif dan kondusif dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
(TVET). Sebagai politeknik pertama yang ditubuhkan di Malaysia, PUO berpegang teguh
dengan falsafah Pendidikan kebangsaan bagi melahirkan graduan holistik yang memiliki
keterampilan kemahiran dalam bidang yang akan diceburi selaras dengan slogan Home of
TVET Champions.

Lembaran baru telah bermula, besarlah harapan saya untuk melihat kejayaan cemerlang
yang berterusan menjadi milik kita. Para pelajar perlu memacu hala tuju sebagai pembina
masyarakat dan pembangun negara di masa akan datang. Tingkatkanlah usaha serta
tumpukanlah kepada tanggungjawab anda kepada tugas yang sebenar sebagai seorang
pelajar.

Akhir kata, selamat maju jaya dan selamat menjalani kehidupan sebagai warga baharu PUO.

Sekian. Terima kasih.

DR. SHAMSURI BIN ABDULLAH


PENGARAH
POLITEKNIK UNGKU OMAR
PIAGAM PELANGGAN

1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk

mendaftar.

2. Proses Pemberian Perkhidmatan Pendidikan dilaksanakan secara sistematik, terancang dan

berkesan.

3. Memastikan status siasatan maklumbalas pelanggan yang berkaitan dengan

perkhidmatan pemberian pendidikan dan perkhidmatan lain yang berkaitan dikendalikan

dalam masa 10 hari bekerja.

4. Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu selepas semester pengajian

berakhir.

VISI
Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri.

MISI

Menghasilkan graduan yang holistik, kompeten dalam


teknologi dan berdaya keusahawanan.

SLOGAN
Home of TVET champion
LIRIK LAGU : POLITEKNIK UNGKU OMAR

Politeknik Ungku Omar


Megah Terbina di Lembah Kinta
di Ipoh Bandaraya
Perak Darul Ridzuan

Menjunjung Wawasan Pertiwi


Mendidik Ilmu Teknologi
Membantu Membangun Industri
Negara Berdikari

Menyahut Segala Cabaran


Bina Negara Perusahan
Walaupun Seribu Halangan
Maju Terus ke Hadapan

Politeknik Ungku Omar


Mendukung Cita-Cita Bangsa
Prinsip Rukun Negara
Menjadi Panduan Kita

Tunjukkan Kepada Dunia


Kita Juga Ada Upaya
Menjadi Bangsa Berjaya
Hidup Bebas dan Merdeka
LIRIK LAGU : POLYCC

Mulakan Langkahmu
Dengan Fikiran Terbuka
Setiap Insan Punyai
Kelebihan Sendiri

Asah Kemahiran
Di Peringkat Lebih Tinggi
Usaha Dan Harapan
Akan Tercapai

Ayuh Semua Berdiri Bangkit


Semua Mimpi Jadi Realiti
Ayuh Semua Jangan Ragu
Destinasi POLYCC

Satu Tujuan
Satu Harapan
Membangun Generasi
Berprestasi Tinggi

Polycc Berinovasi
Polycc Pilihan Pasti
Seluruh Malaysia
Destinasi POLYCC
KUALITI MS ISO 9001 : 2015

Politeknik Ungku Omar (PUO) mewujud, mendokumen, melaksana dan menyenggara Sistem
Pengurusan Kualiti dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan selaras dengan keperluan
MS ISO 9001:2015

Pelanggan Politeknik
Pelanggan Politeknik adalah pelajar Politeknik.

Dasar Kualiti
Dasar kualiti Politeknik Ungku Omar adalah membangunkan potensi pelajar ke arah
kecemerlangan di dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi maklumat melalui
penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. Politeknik Ungku Omar komited untuk
nematicon kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak
secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh
semua peringkat kakitangan.

Objektif Kualiti

Kecemerlangan Pelajar
1. Berusaha memastikan kebolehpasaran graduan mencapai sekurang-kurangnya 91% pada
tahun konvokesyen

Kecemerlangan Staf
1. Memastikan setiap staf yang menghadiri kursus/ menjalani latihan/ seminar/ bengkel/
persidangan/ konvesyen/ taklimat sekurang-kurangnya 5 hari setahun.
2. Memastikan sekurang-kurangnya 6% PPPT mengikuti program pembangunan bakat dalam
tahun semasa

Kecemerlangan Proses
1. Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan/ mencapai petunjuk prestasi
yang ditetapkan.
CARTA ORGANISASI
PENGURUSAN TERTINGGI PUO
PENGURUSAN PUO

Pengarah : Dr. Shamsuri Bin Abdullah


Timbalan Pengarah (Akademik) : Ts Dr. Izwah Binti Ismail
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) : Dr. Mohd Nor Azam Bin Mohd Dali

Ketua Jabatan / Pegawai-Pegawai Kanan


Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) : Mohd Azmi Bin Zulkifli
Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) : Annuar Bin Baharuddin
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) : Rahizal Bin Mohd Khir
Jabatan Kejuruteraan Perkapalan (JKP) : Mohd Faisol Bin Saad
Jabatan Perdagangan (JP) : Azahar Bin Mohammed
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK): Hamimah Binti Salleh
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) : Ahmad Rakimi Bin Mohamad
Jabatan Pengajian Am (JPA) : Haniza Norlin Binti Md Yusof
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) : Budi Alfahmi Bin Mohd Zaid
Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) : Mohd Fakrul Razi Bin Jamaluddin
Corporate Industrial Services & Employment Centre (CISEC): Aishah Binti Sheikh Abu Bakar
Centre Of Quality Assurance & Risk Management (CQARM) : Jamri Bin Kasim
Centre Of Tecnology (COT) : Dr. Supaat Bin Zakaria
Unit Penyelidikan Inovasi dan Pengkormersilan (UPI) : Dr. Azuin Binti Ramli
Hal Ehwal Pelajar (P&D) : Khamsiah Binti Ishak
Hal Ehwal Pelajar (K&D) : Noor Azila Binti Ahmad Zaki
Kolej Kediaman : Mohd Rosdi Bin Ripin
Unit Penilaian dan Peperiksaan : Saiful Azmin Bin Abdul Wahid
Perhubungan dan Latihan Industri : Noor Akmal Binti Mohammed Khalid
Pengurusan Kualiti : Mohd Nizam Bin Abdullah Sani
Psikologi : Amir Bin Azli
Perhubungan Awam : Sharifah Anita Wafa Binti Syed Munir Wafa
Latihan Dan Pendidikan Lanjutan : Lily Yuzie Binti Md. Yusof
Keusahawanan : Rokiah Binti Ahmad Sudan
Pembangunan dan Senggaraan : Rosmawati Binti Yahya
Pembangunan Instruksional dan Multimedia : Siti Salmah Binti Md Kassim
Teknologi Maklumat : Faizatul Shima Binti Mohd Yunus
Perolehan dan Kewangan : Amirrudin Bin Samsudin
Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan : Hasnita Binti Mat Isa
Perpustakaan : Nur Hafiza Binti Jusoh
AHLI JAWATANKUASA INDUK MSK

PENAUNG
Dr. Shamsuri Bin Abdullah
Pengarah PUO

PENASIHAT
Dr. Mohd Nor Azam Bin Mohd Dali
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

PENGERUSI
Hj. Budi Alfahmi Bin Mohd Zaid
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

NAIB PENGERUSI
Pn. Noor Azila Binti Ahmad Zaki

SETIAUSAHA I
En. Khairuddin Bin Mohd Rosli

SETIAUSAHA II
En. Mohd Fadil Bin Abdullah

JAWATANKUASA:
En. Mohammad Faiz Bin Mohamad Nasri
Pegawai Hal Ehwal Pelajar Jabatan
JKA, JKE, JKM, JKP, JP, JTMK, JMSK, JPA
MATLAMAT MINGGU SUAIKENAL

i. MSK memperkenalkan pelajar kepada pengurusan Politeknik Ungku Omar.

ii. MSK menerangkan kepada pelajar sistem pengurusan Hal Ehwal Pelajar.

iii. MSK memberi pendedahan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di PUO
bagi memudahkan pelajar menjalani kegiatan kokurikulum mengikut peraturan Politeknik.

iv. MSK membentuk pelajar lebih berkeyakinan untuk memulakan kehidupan sebagai warga
politeknik.

v. MSK meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.


JADUAL MINGGU SUAIKENAL PELAJAR BAHARU
SESI I : 2023/2024

8.00 - 9.00 9.00 - 10.00 10.00 - 11.00 11.00 - 12.00 12.00 - 1.00 1.00 - 2.00 2.00 - 3.00 3.00 - 4.00 4.00 - 5.00
PAGI PAGI PAGI TENGAHARI TENGAHARI PETANG PETANG PETANG PETANG

TAKLIMAT TAKLIMAT
TAKLIMAT TAKLIMAT
ISNIN ICE ALUAN PINJAMAN SUKAN, TAKLIMAT KEBAJIKAN DAN
PENGAMBILAN PENGURUSAN
21/08/2023 BREAKING KJHEP DAN KEBUDAYAAN DISIPLIN (AKTA 174)
DAN DATA PSIKOLOGI
BIASISWA DAN KESENIAN

TAKLIMAT
UNIT
SELASA TAKLIMAT SESI
TAKLIMAT TAKLIMAT KESELAMATAN
22/08/2023 SESI TOUR "KENALI PUO" PENASIHATAN REHAT BERSAMA
PERPUSTAKAAN KEUSAHAWANAN DAN
AKADEMIK MPP
KESIHATAN
(UTK)

RABU SESI TAKLIMAT TAKLIMAT PERASMIAN MAJLIS PENUTUP


SESI BERSAMA JABATAN
23/08/2023 URUSETIA KUALITI PEPERIKSAAN MSK
SAHSIAH DAN RUPA DIRI
SEMASA MINGGU SUAIKENAL

PELAJAR LELAKI

Perkara Keterangan
Baju Kemeja lengan Panjang berwarna putih
Bertali leher hitam/gelap

Seluar Seluar slack berwarna hitam


Bertali pinggang berwarna hitam
- Tidak bercorak atau kepala tali pinggang yang berbentuk
keterlaluan dan tidak sesuai.

Kasut Kasut berwarna hitam bertutup penuh


- Kasut sukan tidak dibenarkan
Memakai sarung kaki dengan sempurna

Rambut Pendek, kemas, tidak diwarnakan dan tidak berfesyen

PELAJAR PEREMPUAN

Perkara Keterangan
Baju Pelajar Islam baju kurung warna putih
Pelajar bukan Islam dibenarkan memakai baju kemeja berwarna putih

Sarung/Kain Kain berwarna hitam labuh paras buku lali.

Kasut Kasut berwarna hitam bertutup penuh


- Kasut sukan tidak dibenarkan
- Kasut bertumit tinggi tidak melebihi 1 inci
Memakai sarung kaki dengan sempurna

Rambut Pelajar Islam wajib bertudung


Pelajar bukan Islam rambut mesti kemas sama ada diikat atau seumpama
dengannya, tidak diwarnakan dan tidak berfesyen

Lain-lain
➢ Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang adalah tidak dibenarkan
sama sekali.
➢ Pelajar tidak dibenarkan memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar (round neck), seluar jeans dan
seluar pendek.
PERATURAN MINGGU SUAIKENAL

Sepanjang menjalani Minggu Suaikenal:


1. Pelajar perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan (Rujuk Jadual MSK)
2. Pelajar mestilah berpakaian kemas semasa berada di dalam kampus. Syarat-syarat dan
peraturan pakaian adalah seperti dalam Sahsiah Rupa Diri Pelajar semasa Minggu Suaikenal.
3. Pelajar-pelajar hendaklah menggantungkan Kad Pelajar PUO mereka di sebelah kiri baju
supaya mudah dilihat dan gambarnya menghala ke hadapan sepanjang masa. Arahan ini
hendaklah dipatuhi sepanjang masa dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka
yang ingkar mematuhi arahan ini.
4. Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar semasa aturcara Minggu Suaikenal dijalankan
kecuali untuk ke surau dan bilik air.
5. Pelajar wanita Islam digalakkan memakai tudung dan berpakaian sopan.
6. Pelajar lelaki yang memakai baju berlengan panjang, lengan baju tidak boleh dilipatkan.
Kemeja “T” tidak boleh digunakan melainkan ketika upacara tertentu sahaja.
7. Pelajar lelaki mestilah berambut pendek dan kemas seperti ternyata dalam peraturan Sahsiah
Rupa Diri Pelajar PUO.
8. Semua pelajar baharu diwajibkan HADIR semua aturcara Minggu Suaikenal melainkan
setelah mendapat kebenaran rasmi daripada pegawai yang bertanggungjawab iaitu
Urusetia Minggu Suaikenal.
9. Kehadiran Minggu Suaikenal akan diambil secara berkala pada setiap hari.
10. Pelajar baharu tidak dibenarkan keluar dari kampus atau Kolej Kediaman Pelajar semasa
Minggu Suaikenal melainkan dengan kebenaran pegawai yang bertanggungjawab iaitu
Urusetia Minggu Suaikenal atau Warden Asrama.
11. Bagi pelajar yang menghadapi masalah, segala pengaduan tentang gangguan, kecederaan,
kehilangan harta benda dan sebagainya boleh dibuat di bahagian Urusetia Minggu
Suaikenal atau Warden Asrama.
12. Pelawat tidak digalakkan berjumpa pelajar baharu semasa Minggu Suaikenal. Walau
bagaimanapun dalam keadaan tertentu dan terdesak, pelajar dibenarkan berjumpa pelawat
di bilik rehat atau bilik tamu yang disediakan.
13. Sekiranya mana-mana pelajar yang ingin menarik diri dari PUO sama ada semasa atau
selepas minggu suaikenal, mestilah memaklumkan terlebih dahulu perkara tersebut kepada
pihak Urusetia Minggu Suaikenal atau berurusan terus dengan pegawai Hal Ehwal Pelajar.
PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN DAN PERATURAN AM

A) Kenderaan Rasmi Politeknik

1. Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi dengan memohon dan
mendapat kelulusan daripada Pengarah.
2. Pengguna kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga kebersihan, kemudahan yang
terdapat dalam kenderaan serta menjaga disiplin dan tingkahlaku.

B) Kenderaan Persendirian

1. Pelajar yang menginap di kolej kediaman tidak dibenarkan membawa sebarang jenis
kenderaan.
2. Kenderaan bermotor persendirian boleh digunakan di dalam kampus sekiranya dibenarkan
dan mendapat kelulusan bertulis daripada pihak politeknik.
3. Semua kenderaan bermotor yang dibenarkan dan digunakan untuk keluar masuk kampus
mestilah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah dikeluarkan oleh pihak politeknik.
4. Semua kenderaan yang dibenarkan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan dalam
kampus dan disusun dengan teratur. Pelajar tidak dibenarkan meletak kenderaan mereka di
tempat yang dikhaskan untuk pensyarah/ kakitangan politeknik.
5. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan (termasuk topi keledar) yang
rosak atau hilang di dalam kampus.
6. Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik dan selamat
untuk digunakan.
7. Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor dalam kampus perlu mematuhi peraturan-
peraturan berikut :-
a) Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insuran yang sah.
b) Mematuhi had laju yang ditetapkan oleh politeknik.
c) Menggunakan kenderaan bermotor yang TIDAK mengeluarkan bunyi bising yang kuat
atau diubahsuai.
d) Memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal.
e) Memakai baju pemantul cahaya semasa menunggang/membonceng motosikal adalah
digalakkan
f) Bertimbangrasa terhadap pejalan kaki.
g) Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalan raya seperti
yang telah ditetapkan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan.
8. Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah
mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.

Pihak politeknik tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan kenderaan atau peralatan


kenderaan.
TINDAKAN TATATERTIB

Kesalahan sahsiah diri

Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan sahsiah diri boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM50 mengikut di bawah akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran) kaedah 26 A.

Kesalahan Lalu Lintas


Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalu lintas boleh dikenakan secara
pentadbiran.
Atau,
Pelajar akan dikenakan tindakan di bawah Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran) Jadual Kedua,
Bahagian IV Tatatertib Lalu Lintas Jalan.

Perlanggaran Peraturan Am
Mana-mana pelajar yang melanggar peruntukan selain daripada Tatatertib Lalu Lintas, boleh
dikenakan tindakan berikut:
1. Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh Politeknik.
2. Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan (Kaedah 48, Akta Institusi-
Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)).

“Hukuman Tatatertib”
Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-
mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman-
hukuman itu disatukan sekali”
i) amaran;
ii) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00);
iii) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan
kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan;
iv) penggantungan daripada mengikuti pengajian di institusi selama tempoh yang
ditentukan;
v) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau seluruh peperiksaan di institusi;
vi) penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh ynag ditentukan;
vii) pembuangan daripada institusi oleh pihak berkuatkuasa tatatertib.
Sebarang pertanyaan hubungi;

UNIT KEBAJIKAN & DISIPLIN


Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Ungku Omar

1 – 300 – 88 – 1969
jhep@puo.edu.my

Diterbitkan Oleh
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Ungku Omar

Anda mungkin juga menyukai