Anda di halaman 1dari 5

SEKAYA Virtual Run 2022

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOTA JAYA


Jalan Anggor Taman Kota Jaya
81900 Kota Tinggi Johor
Tel : 07 8838319 Faks : 07 8838319

1. NAMA PROGRAM: SEKAYA Virtual Run 2022


2. TARIKH DAN TEMPOH PROGRAM: 24 Mac 2022 – 27 Mac 2022

3. LATAR BELAKANG :

Apabila dunia dikejutkan dengan pandemik COVID-19 yang bermula di Wuhan, China
pada Disember 2019, semua aktiviti interaksi sosial termasuk riadah dan sukan tidak
dibenarkan dan terbatas mengikut Standard Operating Prosedures (SOP) yang
dikeluarkan pihak Kerajaan. Penutupan sementara semua sekolah juga telah
memberikan cabaran baru dalam sektor pendidikan terutamanya bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan selain terus melindungi murid
dan warga sekolah dari risiko jangkitan COVID-19. Pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) pula meningkatkan lagi tekanan dengan pergerakan dan aktiviti yang
sangat terbatas.
Situasi pandemik yang tidak dapat dijangka boleh memberi kesan negatif terhadap
kesihatan fizikal dan mental masyarakat dan murid sekolah khususnya jika tindakan
intervensi tidak diambil bagi memastikan mereka mampu menjalani kehidupan harian
yang sihat dengan norma baharu. Salah satu perkara yang ditekankan oleh World Health
Organization (WHO) dalam menangani situasi pandemik ini adalah untuk sentiasa
menjaga kecergasan diri dan mental dengan cara melibatkan diri dalam aktiviti riadah
dan aktiviti fizikal lebih-lebih lagi apabila rutin harian kita sudah tidak sama seperti
sebelum ini.

Bertepatan dengan agenda SMK TAMAN KOTA JAYA yang bermatlamat untuk
memastikan setiap lapisan masyarakat di semua peringkat usia menikmati kehidupan
yang sihat dan sejahtera dari segi fizikal dan mental, demi menjamin pembangunan yang
berterusan, Sektor pendidikan harus terus memainkan peranan dalam menggalakkan
murid dan warga sekolah untuk mengekalkan tahap kesihatan masing-masing melalui
program kecergasan seperti aktiviti larian virtual norma baharu seperti ini. SEKAYA
Virtual Run 2022) adalah salah satu usaha bagi menyokong pencapaian matlamat
SEKAYA Virtual Run 2022

tersebut terutama dalam memberikan kesedaran tentang penjagaan kesihatan fizikal


dan mental di samping meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar SMKTKJ untuk aktif
dalam aktiviti Kokurikulum.

4. DOMAIN DAN DISIPLIN PROGRAM :


DOMAIN: Pendidikan
DISIPLIN PROGRAM: SEKAYA Virtual Run 2022 adalah aktiviti larian bersendiri atau
berdua mengikut Standard Operating Procedure (SOP) aktiviti riadah yang dibenarkan
oleh pihak Kerajaan dengan menggunakan aplikasi di telefon bimbit atau smart watch.

5. KUMPULAN SASAR :
5.1. Aktiviti Larian:
Jemputan untuk menyertai larian ini dibuka kepada semua murid sekolah
menengah di SMK TAMAN KOTA JAYA. Larian ini dibahagikan kepada 10
kategori seperti berikut:

a) Kategori Murid Lelaki Bawah 15 tahun


b) Kategori Murid Perempuan Bawah 15 tahun
c) Kategori Murid Lelaki Bawah 18 tahun
d) Kategori Murid Perempuan Bawah 18 tahun

5.2. Aktiviti atas talian

Pengisian dan aktiviti secara atas talian yang dikelolai oleh unit Kokurikulum
SEKAYA.

6. JUSTIFIKASI PROGRAM :
Penganjuran SEKAYA Virtual Run 2022 ini adalah program pertama yang dijalakan oleh
Unit Kokurikulum Sekaya tepat pada masanya memandangkan masyarakat dunia juga
berdepan dengan risiko kesihatan fizikal dan kesihatan mental akibat pandemik yang
berlaku seperti yang dilaporkan oleh WHO. Murid di Malaysia tidak dapat menyertai
aktiviti sukan, permainan dan kokurikulum sejak bulan Mac 2020 akibat pandemik
COVID-19 yang berlaku.

Oleh yang demikian, SEKAYA Virtual Run 2022 ini merupakan alternatif terbaik untuk
mengembalikan semangat dan menggalakkan semua murid untuk kembali aktif bagi
memastikan tahap kesihatan fizikal dan mental diri berada dalam keadaan yang baik.
SEKAYA Virtual Run 2022

Penganjuran SEKAYA Virtual Run 2022 yang dibuka untuk penyertaan dari kalanagn
murid SMKTKJ boleh memberi merit kepada murid untuk mendapatkan markah
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) peringkat kebangsaan.
Merit ini penting bagi setiap murid sekolah KPM sebagai pencapaian mereka dalam
aktiviti sukan dan kokurikulum. Tambahan pula, sejak tahun 2020, aktiviti untuk
penyertaan murid di peringkat kebangsaan kurang dilaksanakan dan ini merupakan
platform yang sesuai untuk murid mendapat merit di peringkat kebangsaan melalui
penyertaan mereka dalam SEKAYA Virtual Run 2022.

Secara ringkasnya, SEKAYA Virtual Run 2022 bukan sahaja merupakan program larian
jarak jauh secara virtual tetapi juga aktiviti yang memberi pendedahan dan kesedaran
kepada semua yang terlibat tentang kepentingan untuk setiap warga dunia
menyumbang kepada pencapaian matlamat global yang ditetapkan demi kesejahteraan
global.

7. RINGKASAN PROGRAM:

7.1 Matlamat program


Matlamat utama penganjuran SEKAYA Virtual Run 2022 adalah untuk memastikan
tahap kecergasan fizikal dan kesihatan mental murid berada di tahap yang baik
melalui aktiviti larian. Program ini juga dirancang bagi meningkatkan kesedaran
dalam penjagaan kebersihan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat walaupun
dalam situasi pandemik di samping menggalakkan murid untuk terlibat dalam
pelbagai aktiviti fizikal di rumah seperti berkebun, memulakan projek kitar semula
(reuse), amalan menjaga alam sekitar dan meningkatkan amalan lestari yang
mengutamakan penggunaan sumber air, tenaga dan sumber-sumber asli yang lain
secara berhemat.

7.2 Objektif program


1. Menyertai Super KK Virtual Run Challenge 2.0
2. Penyertaan terbanyak dalam Daerah Kota Tinggi
SEKAYA Virtual Run 2022

8. PENGISIAN/ KAEDAH PELAKSANAAN :


Tentatif/ agenda program :

Promosi program : Bermula 1 MAC 2022


Pendaftaran peserta : 21 MAC – 27 MAC 2022
Waktu larian : 24 MAC 2022 & 27 MAC 2022
Edaran e-sijil : SELEPAS 1 APRIL 2022

9. JAWATAKUASA PENGELOLA

Penasihat : Tuan Hj Hamim bin Yunos


Pengetua
SMK Taman Kota Jaya

Pengerusi : En. Jamsari bin Ahmad


Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Taman Kota Jaya

Setiausaha : Pn Siti Aishah binti Che Mat

Pen. Setiausaha : En Nur Muhamad bin Saiholbari

Bendahari : En Mohd Shafiee bin Md Ali Hanafiah

Pen. Bendahari : Puan Nurul Shafiqah binti Abdul Ri

Jawatankuasa Aktiviti
Penyelaras : Pn Siti Aishah binti Che Mat

Pendaftaran/Statistik : Cik Diana Aqilah binti Khairuddin


Puan Nurul Shafiqah binti Abdul Ri
Dokumentasi, Hadiah dan Sijil: En Luqman Nulhakim Bin Ismail
En Rafiudin
Lojistik dan Peralatan : En Mohd Azizol bin Mohamed
PA sistem dan Cabutan : En Muhammad Hisyamuddin bin Kamarazaman
no.bertuah En Nur Muhamad bin Saiholbari
Pelaporan : Pn Siti Aishah binti Che Mat
Kawalan Murid : En Mohd Shafiee bin Md Ali Hanafiah
Aktiviti Memanaskan Badan : Tn Syed Zulkifli bin Said Lani
Pengiring Larian : En Ahmad Najib bin Othman
SEKAYA Virtual Run 2022

En Mohd Azizol bin Mohamed


En Mohd Shafiee bin Md Ali Hanafiah
En Nur Muhamad bin Saiholbari
En Ramesh A/L Selvaraju
En Ahmad bin Ramli
En Muhammad Hisyamuddin bin Kamarazaman
En Rafiudin
Puan Nurul Shafiqah binti Abdul Ri
Pn Siti Aishah binti Che Mat

10. ANGGARAN BELANJAWAN

ITEM HARGA PERUNIT JUMLAH


MAKANAN DAN MINUMAM RM 2 x 200 RM 400
PESERTA
MAKANAN DAN MINUMAN RM 7 x 14 RM 98
PEGAWAI (GURU)
HADIAH MISTERI RM 5 x 30 RM 150
JUMLAH BESAR RM 648

11. TENTATIF PROGRAM (24 MAC 2022 & 27 MAC 2022)


8.00 Pagi - berkumpul
- memanaskan badan
- taklimat
8.30 Pagi - memulakan larian
10.00 Pagi - berkumpul
- taklimat pendaftaran
- cabutan no bertuah
11.00 Pagi - bersurai

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

(Siti Aishah binti Che Mat) (Jamsari bin Ahmad) (Hamim bin Yunos)
S/U Kokurikulum PK Kokurikulum Pengetua
SMK Taman Kota Jaya SMK Taman Kota Jaya SMK Taman Kota Jaya

Anda mungkin juga menyukai