Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN MODEL BANDAR


TEKNOLOGI HIJAU
PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Anjuran
Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal
(Sekolah Amanah Malaysia)
Dengan kerjasama
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrikal &
Automasi (FTKEA) TATIUC

Sempena
Karnival Ko-Akademik (CoACar)
KTS 2019
1.0 PENDAHULUAN

CoACar KTS 2019 adalah satu program yang akan dilaksanakan di SMK Kijal sebagai
kemuncak pelaksanaan aktiviti Ko-Akademik peringkat sekolah melibatkan pelbagai agensi
dan komuniti setempat. Pelaksanaan aktiviti ini adalah selaras dengan Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Sehubungan itu, antara salah satu program yang dirancang adalah pertandingan
inovasi iaitu Pertandingan Model Bandar Teknologi Hijau . Pertandingan ini akan melibatkan
semua sekolah menengah di Malaysia.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

Antara objektif Pertandingan Model Bandar Teknologi Hijau adalah untuk :

i. Menanam minat pelajar terhadap penciptaan dan inovasi terutama berkaitan dengan
Sians dan Teknologi Hijau.

ii. Memberikan nilai tambah terhadap aktiviti kokurikulum kepada pelajar melibatkan
diri dalam penyertaan yang berstatus Kebangsaan.

iii. Mampu menjana idea dalam merekabentuk sebuah model bandar terancang dengan
mengambil kira sektor-sektor Teknologi Hijau yang terdapat di dalam sesebuah
bandar.

1v. Menghasilkan pelajar yang mampu mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari
dalam perancangan dan pembangunan kehidupan sebenar.

v. Melahirkan pelajar yang berani melontarkan idea, berhujah dan berdepan dengan orang
ramai terutama semasa sesi pembentangan.

3.0 PENGENALAN PERTANDINGAN

Pertandingan Model Bandar Teknologi Hijau terbuka kepada semua pelajar dari semua
sekolah menengah di Malaysia (Tingkatan 1 hingga 5) dan terhad kepada 15 pasukan yang
terawal mendaftarkan penyertaan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 pelajar dan 2 guru
pengiring. Yuran pendaftaran adalah RM60 setiap pasukan. Penginapan setiap pasukan
juga disediakan. Manakala makan dan minum peserta sahaja disediakan pada hari
pertandingan tersebut.

Pelajar-pelajar perlu menghasilkan sebuah model bandar terancang yang mengaplikasikan


konsep Teknologi Hijau. Reka bentuk bandar melibatkan sektor-sektor seperti;
i. Tenaga (Energy)
ii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa (Waste and Wastewater)
iii. Bangunan (Building)
iv. Pengangkutan (Transportation)
v. Industri (Industry)
vi. Pertanian dan Perhutanan (Agriculture and Forestry)
vii. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology
(ICT))

Pelajar – pelajar perlu membina model bandar dengan menggunakan bahan-bahan kitar
semula sebagai bahan utama model. Model bandar juga perlu mengandungi sekurang-
kurangnya satu komponen yang boleh bergerak. Model bandar perlu mengikut kesesuaian
skala pembinaan

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN


TARIKH : 18 APRIL 2019 (KHAMIS)
MASA : 8.00 PAGI – 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN UNGGUL , SMK KIJAL KEMAMAN TERENGGANU

6.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN MODEL BANDAR TEKNOLOGI HIJAU


PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Penaung : Cikgu Hajah Sabariah binti Ibrahim (Pengetua)


Penasihat I : Cikgu Noraini binti Hassan (GPK Pentadbiran)
Penasihat II : Cikgu Hasbullah bin Mohamed (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Cikgu Norama binti Mohd (GKMP Sains & Matematik)
Setiausaha : Cikgu Mohd Faizal bin Mamat

JK Pengacara Program : Cikgu Mohd Jaafar bin Shaari


: Cikgu Maziana binti A. Bakar
JK Persiapan Tempat/Dewan : Cikgu Zulkafili bin Abdullah
(Sebelum & Selepas) : Cikgu Mohd Shaharin bin Abu Hanifah
: Cikgu Nor Suakma binti Jaafar
: Pengawas Sekolah
JK Makan/Minum Peserta : Cikgu Suryani binti Sahamudin
: Pengawas Sekolah
JK Banner & Photo Booth : Cikgu Azilawati binti Mohamed
: Cikgu Wan Noor Rohayati binti Wan Razali
: Ahli-ahli SVG
JK Hadiah & Sijil : Cikgu Nur Ain Akmal bin Che Kamaludin
: Cikgu Jasni binti Mat Ali
: Ahli-ahli SVG
JK Dokumentasi & Jurufoto : Cikgu Nurul Shariza binti Mohd Shah
: Krew PTI (Pusat Transformasi Ilmu)
JK Hakim Pertandingan : Cikgu Mohd Faizal bin Mamat
: Hakim Jemputan TATIUC

Senarai Ahli SVG dan Pengawas yang terlibat :


SVG Pengawas Sekolah
Muhamad Aiman bin Aliah (5AB) Nur Qayyim Amsyar bin Abdul Wahab (5AH)
Nor Fazlyatulshima binti Razali (5AA) Mohamad Fazlizul Ikram bin Nazir (5AA)
Futri Amisha Dewina binti Badrulhisyam Muhammad Ismat bin Ali (5AMH)
(3AQ)
Nor Suhaina binti Mohd Nor (3AQ) Kamarul Izwan bin Kamaruddin (4AQ)
Siti Farihah Alieya binti Mohd Adnan (3AQ) Mohd Aizad Haiqal bin Mohd Rashid (4AA)
Nur Ainul Najiha binti bahari (1AH) Muhd Amirul Hakim bin Zunaidi (4AM)
Huda Maisara binti Sahiran (4AQ) Nur Aina Afiqah binti Bahari (4AQ)
Saraf Firzana binti Mohd Saki (3AA) Annur Najwa Maisarah binti Anuar (3AQ)
Adi Murtaza Arif bin Azlan (4AB) Haziqah binti Helmi Zukri (4AH)
Mohd Aqil Ilham bin Azhar (2AA) Nur Izzah Farisha binti Muhammad (2AH)

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Kos Perbelanjaan


1. Banner & Bunting Pertandingan RM 500.00
Banner Photo Booth : 1 x RM200
Bunting : 6 x RM50 = RM300
2. Hadiah
PERTAMA : RM 350 + SIJIL PENYERTAAN
KEDUA : RM 200 + SIJIL PENYERTAAN
KETIGA : RM 150 + SIJIL PENYERTAAN
SAGUHATI : HAMPER (RM50) X 12 + SIJIL RM 1300.00
PENYERTAAN
3. SIJIL PENYERTAAN RM 150.00
4. PERALATAN DAN PERSIAPAN DEWAN RM 500.00
5. MAKAN DAN MINUM
AIR MINERAL : 5 KOTAK x RM15.00 = RM75.00 RM 725.00
45 PESERTA X RM 5.00 = RM225.00
30 GURU PENGIRING X RM5.00 = RMRM150.00
4 HAKIM X RM 5.00 = RM20.00
11 URUSETIA X RM 5.00 = RM55.00
20 AJK SVG X RM5.00 (2 hari) = RM 200.00

6. Pelan Kontigensi RM200.00


JUMLAH RM 3375.00
7.0 SUMBER KEWANGAN

Nilai Peruntukan Diperoleh :


YURAN PENYERTAAN ( RM 60 X 15 SEKOLAH = RM 900.00 )
SUMBANGAN RM2475

8.0 PENUTUP

Diharapkan Pertandingan Model Bandar Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan ini akan memberikan
pelbagai manfaat kepada seluruh warga SMK Kijal dan sekolah yang akan menyertainya serta
komuniti yang terlibat.

DISEDIAKAN OLEH :
NORAMA BINTI MOHD
PENYELARAS PERTANDINGAN MODEL BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Anda mungkin juga menyukai