Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PERTANDINGAN INOVASI

KELAB DAN PERSATUAN


PERINGKAT SEKOLAH
2015

TARIKH:
18 FEBRUARI 2015

TEMPAT:
SK AGAMA (MIS) LAWAS

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM
SK AGAMA (MIS) LAWAS

KERTAS KERTAS KERJA PERTANDINGAN INOVASI KELAB DAN


PERSATUAN PERINGKAT SEKOLAH 2015

1.0

PENDAHULUAN

Pertandingan inovasi ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang


dianjurkan oleh Unit Kokurikulum, SK Agama (MIS) Lawas. Penyertaan
pertandingan ini adalah terbuka kepada semua kelab dan persatuan di SK
Agama (MIS) Lawas 2015. Ia akan diadakan di Dewan Sri Banting, SK Agama
(MIS) Lawas. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam
bidang

kokurikulum.

Seseorang

pelajar

itu

wajib

menyertai

aktiviti

kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah


ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui
aktiviti ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam era
teknologi kelak.

2.0

MATLAMAT

Matlamat pertandingan inovasi ini adalah untuk memupuk dan melahirkan


modal insan yang berinovatif dan kreatif melalui penghasilan projek bagi
setiap murid dalam kegiatan kelab dan persatuan di sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1

Menggunakan pengetahuan kefahaman dan kemahiran praktikal


yang diperolehi semasa pengajaran dan pembelajaran.

3.2

Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara


berpasukan dalam kalangan murid.

3.3

Mengenalpasti ruang bagi penambahbaikan ke atas aktiviti kelab


dan persatuan.

3.4

Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat,


idea, masalah, penyelesaian secara jelas dan meyakinkan.

3.5

Penyediaan ke arah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi


murid-murid dan warga sekolah.

3.6

Memenuhi objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ke


arah transformasi pendidikan yang dapat memenuhi aspek aspirasi
sistem
dan pengurusan murid demi menghasilkan pendidikan yang berkualiti
dan bertaraf antarabangsa.

3.7

Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang


dapat membentuk keseimbangan

4.0 TARIKH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN

4.1

Tarikh : 18 Februari 2015

4.2

Tempat : Dewan Sri Banting, SK Agama (MIS) Lawas

4.3

Masa : 2.00 4.00 petang

5.0 TENTATIF PROGRAM

5.1 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

6.1

Jumlah peserta : 33 orang murid

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi
Naib Pengerusi

: Encik Othman bin Adol (Guru Besar)


: Ustaz Mazlan bin Mat Zin (Penolong Kanan
Kokurikulum)

Setiausaha

: Cik Noor Izwani binti Ibrahim

Bendahari

: Ustazah Rahmah binti Johara

Jawatankuasa pelaksana

Penyelaras

: Cik Noor Izwani binti Ibrahim

AJK Hadiah

: Cik Hishafinaz binti Hasbie

AJK Hakim

: Cik Nurul Syukriyah binti Daster

AJK Disiplin

: Encik Suhaili bin Bakir

AJK Dokumentasi

: Cik Noor Izwani binti Ibrahim

AJK Protokol

: Encik Othman bin Adol (Guru Besar)

Encik Piee bin Sijo (GPK Kurikulum)


Pn Hanizah binti Matair (GPK HEM)
Ustaz Mazlan bin Mat Zin (GPK Kokurikulum)
AJK Kelengkapan

: Syed Hafizan bin Wan Bohan

AJK Backdrop

: Dayang Narzeriah binti Abang Yakup

AJK Sijil

: Mohd Irwan bin Abd Razib

AJK Kebersihan

: Semua guru

AJK Fotografi

: Encik Ahmad Addeny bin Mohd Tahir

AJK Siaraya

: Encik Zulpadli bin Mohamad

Semua guru Penasihat Kelab dan Persatuan

9.0

PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk pertandingan ini:


BIL
1
2
3
4

PERKARA
Ink Printer
Kertas warna A4
Mortar Board
A4 Paper
Hadiah
a) Piala Johan
5
b) Piala Naib Johan
c) Piala Tempat Ketiga
6
Sijil Penyertaan
Jumlah
Sumber Kewangan :

KUANTITI
4
1 rim
11
7 rim
3
3
3
1

X RM9
X RM9
X RM9
rim

1. Peruntukan Inovasi Sekolah oleh PPD


2. Sumbangan surau

10.0

PENUTUP

JUMLAH (RM)
RM40.00
RM28.00
RM165.00
RM77.00
RM81.00
RM59.00
RM450.00

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar
dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di
dalam aktiviti pertandingan inovasi ini akan dipraktikkan dalam kehidupan
seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami
hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..................................................

(Cik Noor Izwani binti Ibrahim)


Penyelaras Inovasi,
SK Agama (MIS) Lawas

(Encik Othman bin Adol)


Guru Besar,
SK Agama (MIS) Lawas

Lampiran 1

Tentatif Pertandingan Inovasi Kelab dan Persatuan

1.00 2.00 petang


Dewan

Semua peserta membuat persediaan di


Sri Banting

2.00 3.15 petang

Pameran Inovasi dan Penilaian Juri

3.30 petang

Ucapan alu-aluan Guru Besar


Ucapan Penangguhan oleh PPD

3.45 petang

Penyampaian hadiah

4.00 petang

Bersurai

Anda mungkin juga menyukai