Anda di halaman 1dari 6

KELAB SENI DAN BUDAYA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
BANDAR ENSTEK, NILAI NEGERI SEMBILAN

LAPORAN PROGRAM

LAPORAN : Karnival Kesenian dan Kebudayaan


TARIKH / HARI : 28 November 2017 / Rabu
MASA : 5.00 petang 6.15 petang
TEMPAT : Bilik Tutorial 2 Aras 3
ANJURAN : Kumpulan Kimpalan 1

1.0 PENGENALAN

Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang seni dan budaya
masyarakat melalui yang kian dilupai. Seni dan budaya sememangnya tidak dapat dipisahkan
dalam kehidupan khususnya dikalangan masyarakat melayu. Kebudayaan yang merangkumi
adat resam dan amalan masyarakat menjati jati diri setiap bangsa di dunia. Melalui kebudayaan,
jati diri pelajar dipupuk sehingga melahirkan insan yang mampu menjana kemajuan sosioekonomi
dan politik di Negara kita. Begitulah pentingnya kebudayaan dan kesenian sebagai khazanah
warisan yang tiada ternilai harganya. Sistem pendidikan negara kita tidak melupakan kepentingan
seni dan budaya. Hal ini nyata dapat dilihat dalam pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum
yang sedang giat dijalankan pada semua peringkat iaitu peringkat sekolah, daerah, negeri,
kebangsaan dan melangkaui hingga ke peringkat antarabangsa.

2.0 OBJEKTIF

1. Mendekatkan pelajar-pelajar dengan seni dan budaya yang telah menjadi tradisi dan
kebanggaan masyarakat kita terdahulu
2. Menjadikan Kelab Seni dan Budaya IPG Kampus Pendidikan Teknik sebagai kelab yang
mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar lain
3. Melahirkan pelajar, guru dan masyarakat yang celik kesenian dan kebudayaan rakyat
Malaysia
4. Melatih pelajar mematuhi disiplin sama ada secara fizikal, mental dan emosi yang
berkesan dalam menghadapi kehidupan yang mencabar pada masa akan datang
5. Melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas, kreatif, berketerampilan, mempunyai
sahsiah diri yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap organisasi, institute, masyarakat
dan negara.

3.0 KUMPULAN SASARAN


Semua pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek

4.0 ANJURAN
Kumpulan Kimpalan 1 IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek

5.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Dr. Yazid bin Abdul Manap


Timbalan Pengerusi : Hj. Patarai bin Hj. Cholen
Penyelaras : Muhd Faiz bin Kassim
Setiausaha : Nur Ili Nabilah binti Hanafi

Jawatankuasa Pelaksana

Teknikal : Che Wan Hanapi bin Che Wan Zakaria


: Abdul Ghani bin Mohd Fazal
Hadiah dan Cenderahati : Fartini binti Mohd Suhut
: Muhammad Aizad Fikri bin Azmi
Buku Program : Muhamad Hafiz bin Abdul Malek
Persiapan Tempat : Fatimatul Syuhada binti Rashid
: Mohamad Farhan bin Md Aris
Penyelaras Aktiviti : Khairul Razmin bin Abdurakman
Siaraya : Abdul Jalil bin Ismail
Kebersihan dan Keselamatan : Nickson bin Ovulin
: Mohd Fikri bin Mohd Alawi
Dokumentasi : Mohd Adam Zakuan bin Ahmad
Pameran : Rozana binti Hasnan
: Mohammad Faizal bin Sabri

6.0 LAPORAN BERTULIS SEPANJANG PROGRAM

Karnival Kesenian dan Kebudayaan telah dilaksanakan pada 28 November 2017


bertempat di Bilik Tutorial Aras 3 IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek. Seramai 16
orang pelajar telah terlibat dalam program ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar kimpalan 1.
Tepat pada pukul 2.30 petang, para pelajar telah berkumpul di Bilik Tutorial 2 Aras 3 untuk
mendengar taklimat dan juga arahan daripada Tn. Hj. Patarai selaku timbalan pengerusi. Dalam
taklimat tersebut, Tn. Hj. Patarai meminta supaya para pelajar dibahagikan kepada empat
kumpulan kecil bagi tujuan pelakasanaan pameran kesenian dan kebudayaan mengikut
masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia iaitu masyarakat Melayu, Cina, India dan
Bumiputera Sabah. Seramai empat orang ahli setiap kumpulan kecil telah berjaya dibentuk dan
dan telah dibahagikan mengikut tugasan kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan telah
diberikan masa selama dua jam setengah bagi menyediakan pameran kesenian dan kebudayaan
dalam bentuk slaid dan video berdasarkan kepada masyarakat yang telah dipilih oleh setiap
kumpulan masing-masing. Tepat pada pukul 5.00 petang setiap kumpulan telah berjaya
menyediakan bahan pameran seperti yang dikehendaki.
Setelah selesai menyediakan bahan pameran, setiap kumpulan telah diarahkan supaya
menyediakan tempat pameran mengikut kretiviti kumpulan masing-masing. Dapat diperhatikan
bahawa setiap ahli kumpulan telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam
menjayakan dan merealisasiakan program ini walaupun dalam masa yang cukup singkat. Tepat
pada pukul 5.30 petang semua kumpulan telah berjaya menyediakan tempat pameran dengan
jayanya beserta dengan kretiviti dan aktiviti yang cukup menarik perhatian antaranya pop kuiz,
teka silangkata, persembahan tarian kebudayaan melalui video dan lain-lain lagi.
Bagi memeriahkan lagi program ini, Tn. Hj. Patarai telah menjemput pelajar-pelajar dan
pensyarah yang berada dalam kawasan Bilik Tutorial Aras 3 untuk melihat dan menyaksikan
pameran yang telah disediakan.
Pada jam 6.00 petang para pengunjung dan tetamu jemputan telah hadir bagi
memeriahkan program ini. Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran para tetamu jemputan
dan pengunjung yang datang dan seterusnya memulakan majlis dengan kata-kata aluan. Setelah
selesai memberikan kata-kata aluan, pengerusi majlis telah mempersilakan tetamu jemputan iaitu
Dr. Mariah diringin oleh Tn. Hj. Patarai untuk melawat tapak pameran dan seterusnya
merasmikan program Karnival Kesenian dan Kebudayaan pada kali ini. Sepanjang lawatan Dr
Mariah ketapak pameran, beliau telah disambut dengan mesranya oleh setiap ahli kumpulan
pameran tersebut. Selain diberikan penerangan oleh setiap wakil kumpulan pameran tersebut,
beliau juga disajikan dengan persembahan slaid show berkaitan seni dan budaya masyarakat
majmuk di Malaysia. Sepanjang lawatan itu juga, beliau sempat memberikan beberapa komen-
komen yang bernas bagi tujuan penambahbaikan untuk program-program yang mendatang.
Tepat jam 6.15 petang Dr Mariah dan para pengunjung telah meninggalkan kawasan pameran
dan menuju ke destinasi masing-masing. Maka dengan itu berakhirlah program Karnival
Keseniaan dan Kebudayaan anjuran Kumpulan Kimpalan 1 pada tahun ini.
Program seumpama ini wajar diteruskan di masa akan datang bagi tujuan menyedarkan
para pelajar tentang kewujudan seni dan budaya pelbagai bangsa yang ada di Malaysia tanah air
tercinta ini.

7.0 KEKUATAN

Antara kelebihan dan kekuatan dalam melakukan aktivit persembahan dan pertinjukkan
kelab dan kebudayaan di Malaysia ini ialah dapat melahirkan pelajar yang boleh mengeluarkan
hasil dan kemampuan diri melalui aktiviti berunsurkan kebudayaan dan warisan. Seperti yang
dapat kita lihat, pelajar bertungkus lumus untuk mencari faktafakta berkenaan dengan budaya di
Malaysia dimana penduduknya memunyai berbilang bangsa dan kaum. Dengan adanya program
sebegini pelajar dapat mengenal dan mempelajari setiap warisan dan budaya berlainan kaum
dan budaya.

Selain itu, program ini dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk membentuk dan
mengembangkan potensi kebolehan semula jadi. Seperti yang kita lihat persembahan tersebut,
pelajar mampu untuk memikirkan cara yang sesuai untuk membuat model yang menghias meja
mengikut tema setiap kumpulan walaupun tidak mempunyai alatan dan kemudahan yang sesuai.
Ini menunjukkan kebolehan semula jadi pelajar untuk memikirkan penyelesaian di waktu yang
kritikal,

Program ini juga mendedahkan pelajar dengan aktiviti berbentuk kemasyarakatan. Hal ini
dapat kita lihat dengan kehadiran daripada pensyarah dan pelajar kelas lain yang turut hadir
melawat dan mengikuti perkembangan program yang telah di buat, Dengan ini para pelajar dapat
bergaul dan mengeratkan perkenalan dengan kelas lain yang terdiri daripada pelbagai budaya
dan bangsa,
8.0 KEKANGAN/HALANGAN

Terdapat beberapa kekangan dan halangan yang timbul ketika persembahan dilakukan.
Antaranya ialah kekangan masa. Dalam masa yang singkat, pelajar perlu menyiapkan
persembahan menggunakan power point disamping kekurangan kemudahan seperti internet dan
komputer riba. Di waktu yang sama juga pelajar perlu menyediakan dan menghias tempat
masing-masing mengikut tema. Akibatnya, pelajar tidak dapat menyediakan persembahan dan
data yang mencukupi untuk membuat persembahan,
Ruang yang agak kecil juga mengganggu persembahan. Setiap persembahan dilakukan
menjejaskan nada untuk disampaikan kepada pelawat akibat daripada gemaan komputer riba
dan pelawat yang hadir.

9.0 CADANGAN

Cadangan untuk penambahbaikan antaranya adalah memberi masa yang lebih untuk
persiapan. Hal ini kerana pelajar dapat mencari data yang lengkap dan dapat menganalisis
perbezaan yang terdapat diantara setiap kaum dan bangsa di Malaysia daripada pelbagai aspek.
Selain itu, persembahan akan lebih menarik jika pelajar dapat menghiasi kawasan mereka
dengan budaya dan adat resam setiap kumpulan dengan menggunakan bahan sedia ada. Seperti
contoh, membuat model seni bina rumah setiap kaum di Malaysia. Dengan ini pelajar dan pelawat
dapat melihat sendiri keunikan seni setiap kaum di Malaysia.
Pertandingan seperti permainan tradisional juga boleh dijadikan aktiviti kepada pelawat
untuk memeriahkan pameran dan pada masa yang sama objektif untuk mendekatkan pelajar
dengan tradisi kaum di Malaysia. Pelajar akan lebih tertarik untuk mencuba permainan yang
disediakan untuk menguji kekuatan minda dan fizikal masing-masing.
Persembahan ini juga perlu dilakukan ditempat terbuka agar pelawat yang hadir dapat
menyertai dan memberi mereka ruang untuk mengetahui tentang tradisi yang terdapat di
Malaysia ini dengan lebih mendalam.

10.0 PENUTUP
Dengan terlaksananya program Karnival Kesenian dan Kebudayaan di Institut ini,
diharapkan ia dapat membentuk pelajar yang boleh mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-
aktiviti yang berfaedah dan berguna. Selain itu, aktiviti ini juga dijangka dapat memupuk
kekentalan fizikal, emosi dan mental yang tinggi dalam kalangan warga pensyarah dan pelajar
bagi menghadapi situasi yang agak mencabar serta memperkasakan lagi seni warisan budaya
bangsa agar generasi akan datang menghargai kesenian dan kebudayaan yang cukup gah ini.

Anda mungkin juga menyukai