Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA PROGRAM

COLOUR RUN

TARIKH
14 SEPTEMBER 2019
(SABTU)

TEMPAT
PADANG BOLA SEPAK IPGKDA

MASA
7.00 pagi – 11.00 pagi

ANJURAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
IPG KAMPUS DARULAMAN SESI 2019/2020
1.0 PENGENALAN
Larian merupakan satu aktiviti fizikal yang amat popular di Malaysia baru-
baru ini. Aktiviti ini dapat kita lihat menular dalam kalangan siswa pendidik IPGKDA
ini sendiri. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan di kalangan siswa pendidik
di samping meningkatkan tahap kecerdasan diri masing-masing. Oleh yang demikian
kami telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan “6KM COLOUR RUN” bagi
mengamalkan aktiviti kecergasan di kalangan siswa pendidik IPGKDA. Bukan itu
sahaja, ia adalah bertujuan untuk memastikan perancangan ini dapat dilaksanakan di
dalam mencapai objektif Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru
Kampus Darulaman Sesi 2019/2020.

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM


Program ini merupakan inisiatif JPP IPGKDA SESI 2019/2020 bagi memberi
peluang kepada seluruh warga siswa pendidik menjalankan aktiviti kecergasan
dengan suasana yang riang ria. Program ini merupakan larian bertemakan warna
warni. Program ini bukan sahaja tertumpu kepada siswa pendidik yang aktif
bersukan malahan juga mengajak siswa pendidik yang jarang melakukan aktiviti
kecergasan seperti ini turun ke padang sambil berseronok. Misi program ini adalah
diharapkan mampu melahirkan siswa pendidik yang mampu menanam kesedaran
dalam diri tentang pentingnya aktiviti fizikal terhadap kesihatan tubuh badan dan
kecerdasan minda. Siswa pendidik diharap memperoleh kesedaran betapa
kecergasan diri berkait rapat dengan kecerdasan minda serta pemikiran yang
berkualiti itu penting bagi menempuh alam pendidikan pada masa kini dan masa
hadapan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Melahirkan siswa pendidik yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi.
3.2 Membina kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadap tubuh badan
serta kesihatan diri.
3.3 Memberi peluang kepada siswa pendidik untuk menjebakkan diri dalam aktiviti
larian.
3.4 Membina, memupuk dan melahirkan masyarakat yang kuat fizikal dan jati diri
serta dapat mewujudkan sikap berdaya saing.
3.5 Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan siswa pendidik IPGKDA
4.0 MATLAMAT
4.1 Mempromosikan aktiviti larian.
4.2 Meningkatkan tahap kecerdasan pelajar IPGKDA.
4.3 Mendidik pelajar IPGKDA unutk mengamalkan gaya hidup sihat dengan
penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal.
4.4 Dapat menjadi hiburan dan mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pelajar
IPGKDA.

5.0 PENYERTAAN
5.1 Pendaftaran hendaklah disertakan dengan yuran penyertaan sebanyak RM1.00
sahaja.
5.2 Nama bagi penyertaan hendaklah dihantar sebelum 5 September 2019.
5.3 Penyertaan perlu dilakukan dengan mendaftar Nama Penuh, No. Kad
Pengenalan, No. Telefon dan Kelas kepada AJK Pendaftaran
5.4 Jumlah penyertaan

Bilangan peserta:

1. PPISMP SEM 1 AMBILAN JUN 2018 : 475peserta

2. PISMP SEM 1 AMBILAN JUN 2018 : 207peserta

3. JEMPUTAN PESERTA LUAR : Jangkaan 50 orang peserta

Jumlah keseluruhan: 732peserta

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM


6.1 Pemenang adalah dikira sebanyak 20 indidvidu terawal tiba ke garisan penamat.
6.2 20 pelari terawal akan diberikan hadiah “Top 10 Finisher”.
6.3 Setiap pelari akan diberikan gelang getah sebagai bukti telah melalui setiap
stesen “Colour Run”.
6.4 Pelari dikehendaki menunjukkan gelang getah semasa tamat larian terutamanya
bagi 20 pelari lelaki dan wanita terawal.
6.5 Tag nombor akan diberikan kepada 20 pelari terawal yang tamat sebelum
diberikan hadiah.
7.0 TENTATIF PROGRAM

ATURCARA PROGRAM
COLOUR RUN

Hari: Sabtu
Tarikh: 14 September 2019

7.00 a.m: Pendaftaran peserta (di astaka)

7.30 a.m: Senamrobik

8.00 a.m: Larian dimulakan

10.00 a.m: Penyampaian hadiah kepada pemenang

11.00 a.m: Bersurai

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM

JAWATANKUASA
FORUM DISKUSI CINTA HIGHCLASS: “ANTARA REALITI ATAU FATAMORGANA”

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Pensyarah Penasihat : Puan Zetty Akhmar Binti Amran

Penasihat : Mohamad Syahir Silmie Bin Zainuddin

Pengarah program : Aida Masturina Binti Hamka


Timb. Pengarah : Wan Muhammad Hakim Bin Wan Nordin
Setiausaha : Siti Nur Adibah Binti Razis
Bendahari : Ahmad Aiman Bin Ezani
Unit Publisiti & Multimedia
Ketua : Muhamad Syazani Bin Suhaimi
Penolong : Nur Husna Binti Sharif Zulkefli

Unit Makanan
Ketua : Aqilah Balqis Binti Azman
Penolong : Siti Sarah Binti Muhammad
Unit Tempat dan Peralatan
Ketua : Muhammad Aiman Bin Ahmad Zaini
Penolong : Muhammad Syafani Bin Rozali
Unit Pendaftaran
Ketua : Iqbal Yaqien Bin Zaiful
Penolong : Ilham Binti Burhanuddin
Unit Cenderahati
Ketua : Nur Fariiza Binti Ahmad Zukri
Penolong : Siti Sofwatun Binti Sidi
Unit Kebajikan dan Keselamatan
Ketua : Hasan Imran Bin Mahadi
Penolong : Muhammad Amirul Bin Mohd Zain

9.0 ANGGARAN KEWANGAN


Bil. Butiran Perbelanjaan Kuantiti Kos
1.0 Bahan yang digunakan
i. Serbuk warna RM 1 x 732 RM 732
ii. Gelang getah RM 4 x 10 RM 40
iii. Hadiah RM 10 x 20 RM 200

Makanan dan minuman RM 2 X 732 RM 1464

Jumlah keseluruhan RM2436

10.0 PERALATAN YANG DIPERLUKAN


Bil. Peralatan Unit
1 Kon 20
2 Peti kecemasan 1
3 Pembesar suara 1
4 Pita pengukur 1
5 Kerusi 20
6 Meja 10

11.0 PENUTUP
Harapan kami agar program Colour Run #Runwithsmile ini mendapat kerjasama
dan kelulusan bantuan kewangan daripada pihak Pengarah IPGKDA. Program yang
dianjurkan ini akan memberikan impak besar dalam mengeratkan silaturahim
sesame siswa pendidik IPGKDA. Selain itu, kemahiran mengendalikan sesuatu
program dan semangat bekerjasama dalam barisan JPP dan pelaksana program
akan lebih meningkay selain dapat mencapai objektif program seperti yang
dirancang. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada pihak Pengarah IPGKDA
didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

................................................................
(AIDA MASTURINA BINTI HAMKA)
Pengarah Program,
6KM COLOR RUN.

Disemak oleh,

………………………………………………
(PUAN ZETTY AKHMAR BINTI AMRAN)
Pensyarah Penasihat,
Biro Kolej Kediaman,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKDA 2019/2020
BHG. A: PENGESAHAN KETUA JABATAN/KETUA UNIT

Data / maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul.

Telah disemak dengan teliti.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

............................................. ..............................................
( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )
BHG B: PENGESAHAN PENOLONG AKAUNTAN

Kewangan mengizinkan / tidak mengizinkan

Peruntukkan yang akan digunakan ialah : ……………………..

Kenderaan boleh digunakan / tidak boleh digunakan pada tarikh / masa


tersebut.

Ulasan ( jika ada ) :


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

............................................. ..............................................
( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )
BHG. C: KELULUSAN PENGARAH

Tarikh sesuai / tidak sesuai

Masa sesuai / tidak sesuai

Tempat sesuai / tidak sesuai

Pensyarah pengiring diluluskan untuk …………. Orang sahaja


(…………….Lelaki / ………………….Perempuan )

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

Ulasan ( jika ada ) :


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

............................................. ..............................................
( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )

Anda mungkin juga menyukai