Anda di halaman 1dari 38

SK St Francis Convent (M), Jalan Khidmat, Peti Surat 10071, 88801 Kota Kinabalu, Sabah

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL ANTARA KELAS TAHAP DUA ( DARJAH 4, 5, 6 ) TAHUN 2012

TARIKH MASA HARI TEMPAT

: 31 MAC 2012 : 8.30 PAGI 4.30 PETANG : SABTU : PADANG DAN DEWAN SERBAGUNA SK ST FRANCIS CONVENT (M) KOTA KINABALU. : JAWATANKUASA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SK ST. FRANCIS CONVENT (M), KOTA KINABALU, SABAH

ANJURAN

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Permainan Tradisional antara kelas tahap dua tahun 2012 ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SK. St. Francis Convent (M) Kota Kinabalu, Sabah. Pertandingan ini dianjurkan bagi memenuhi perancangan aktiviti tahunan yang telah dilaksanakan seperti tahun-tahun berikutnya. Perkara ini melibatkan kesemua pelajar sekolah ini dan dipertandingkan antara kelas-kelas tahap dua sahaja di sekolah ini. Untuk menentukan kejayaan dan keberkesanannya, pengurususan pertandingan harus dikendalikan secara teratur. Oleh yang demikian, pengurusan pertandingan harus dirancang dengan cermat dan penuh teliti terlebih dahulu. Permainan Tradisional ini merupakan permainan yang diwarisi turun temurun di mana ia melibatkan kemahiran asas lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan yang meliputi gaya hidup sihat untuk memperoleh kecergasan, ketenangan dan menangani tekanan. Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Permainan tradisional merupakan salah satu daripadanya. Antara contoh permainan tradisional yang akan dipertandingkan ialah konda-kondi, chapteh, congkak, batu seremban, rebut negeri dan ketinting. Semoga dengan pengelolaan ini dapat menggalakkan generasi muda untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional supaya permainan tradisional ini tidak luput ditelan zaman di samping mengekalkan warisan budaya kita. Bak kata pepatah tidak luput dek hujan, tidak lekang dek panas. Diharap agar pertandingan permainan tradisional ini mampu memberi manfaat sambil dapat mencungkil bakat terpendam semua yang terlibat khususnya kepada murid-murid di sekolah ini.

2.0 RASIONAL Selaras dengan keperluan melahirkan pelajar yang mempunyai minda yang cerdas dan fizikal yang cergas, secara relevannya Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menganjurkan Pertandingan Permainan Tradisional untuk para pelajar. Ia juga bersesuaian bagi melahirkan pelajar yang berketerampilan dan mampu mengharungi perubahan globalisasi kini. Ia satu kaedah pembelajaran secara langsung, iaitu para pelajar didedahkan kepada pengurusan dan tatacara

menganjurkan sesuatu kejohanan di mana pelajar sendiri terlibat dalam aktiviti yang dipertandingkan. Program ini selaras dengan hasrat masyarakat dan negara yang sentiasa mengharapkan kewujudan barisan pendidik yang akan menyambung pendidikan berkualiti negara pada masa hadapan. Pihak sekolah sentiasa mengambil langkah proaktif untuk memastikan kumpulan pelajar di sekolah agar sentiasa diberikan peringatan, panduan, bimbingan, motivasi dan sebagainya agar berada dalam standard acuan yang ditetapkan. Kesedaran tentang masa depan negara adalah terletak di tangan mereka. Oleh itu, wajarlah mereka disedarkan supaya mereka akan sentiasa meningkatkan kualiti diri dari segi kepimpinan dan akademik.

3.0 MATLAMAT Matlamat program ini ialah untuk mempersiapkan pelajar dengan pengurusan yang berkesan dan sentiasa bersedia, mampu dan sanggup memikul tanggungjawab yang diamanahkan dan melaksakannya dengan kreatif ,berkesan ,licin dan sempurna apabila bekerja kelak. Di samping itu, program ini juga melatih para pelajar untuk menjadi lebih berdisiplin dengan mendedahkan pengalaman mengikuti sesuatu program. Selain itu, menggalakkan kerjasama dalam kalangan guru pelatih dan para pelajar.

4.0 OBJEKTIF i. ii. Mendedahkan pelajar kepada teknik pengurusan pertandingan. Mengeratkan silaturrahim antara peserta pertandingan.

iii. iv. v.

Melahirkan ciri-ciri kepimpinan pelajar dalam mengendalikan pertandingan. Meningkatkan kesihatan tubuh badan. Memupuk budaya ilmu dan kesedaran terhadap pendidikan dalam kalangan murid.

vi. vii. viii. ix.

Memupuk nilai kerjasama dalam kalangan murid. Merangsang pemikiran murid untuk menjana idea yang bernas. Menerapkan kemahiran berbincang antara murid dan rakan sekumpulan. Melatih kemahiran interpersonal dan intrapersonal murid

5.0 BUTIRAN PROGRAM

1. Nama Program Pertandingan Permainan Tradisional Antara Kelas Tahap Dua ( Darjah 4, 5, 6) Tahun 2012

2. Tarikh 31 Mac 2012

3. Tempat Padang dan Dewan Serbaguna SK. St. Francis Convent (M) Kota Kinabalu. 4. Penyertaan Pengelola : Pihak guru SK. St. Francis Convent (M) Kota Kinabalu. Peserta : Semua murid tahap dua SK. St. Francis Convent (M) Kota Kinabalu yang terdiri daripada darjah 4 ( 3 buah kelas ), 5 ( 3 buah kelas ) dan 6 ( 3 buah kelas ).

5. Anjuran Jawantankuasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SK. St. Francis Convent (M) Kota Kinabalu.

6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK Penaung : Tuan Elizabeth Mak ( Guru Besar SK St. Francis Convent Kota Kinabalu )

Penasihat

: Tuan Aloysius Polius ( Penolong Kanan SK St. Francis Convent Kota Kinabalu )

Cik Izwani Masshor ( Penolong Kanan Kokurikulum SK St. Francis Convent Kota Kinabalu)

Pengerusi

: Encik Alex Hendriks ( Ketua Jawatankuasa PJK SK St. Francis Convent Kota Kinabalu )

Bendahari

: Puan Noraliza Othman ( Pegawai Kewangan SK St. Francis Convent Kota Kinabalu )

Penyelaras :

En. Khairul Anuar Ismail ( Guru PJK SK St. Francis Convent Kota Kinabalu )

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA Pengurus Pertandingan Penolong Pengurus Pertandingan Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari : : : : : Nurfairuza Syahira Binti Sudud Siti Norhana Binti Kadir Siti Firusah Binti Saibudan Noranida Ropotoh Dg. Rafidah Binti Piut

Jawatankuasa : a) Peralatan dan Pengangkutan Penasihat Pengerusi : : Nur Alyaa Binti Amir Lee Kim Fong

b) Teknikal dan Pertandingan Penasihat Pengerusi : : Ronald Alan Jestin Noor Shahira Binti Mohd. Rozi

c) Program dan Jemputan Penasihat Pengerusi : : Nur Hanisah Maseroo Yanson Yanjurus

d) Dokumentasi Penasihat Pengerusi : : Siti Aishah Safiee Mohd. Asyraf Sinclair

e) Protokol dan Sambutan Penasihat Pengerusi : : Nur Fariha Binti Mohd Azam Ahmad Farahi Bin Mohd Aizuddin

f) Hadiah dan Cenderamata Penasihat Pengerusi : : Siti Hasanah Hassan Aaron Dylan Chai Chien

g) Jamuan Penasihat Pengerusi : : Hartini Ismail Noor Amira Saed

h) Kawalan Keselamatan dan Pertolongan Cemas Penasihat Pengerusi : : Siti Badriah Binti Badrul Bahjatu Sholehah Binti Soleh

i) Hiasan dan Kebersihan Penasihat Pengerusi : : Zulzariani Binti Zulqarnain Zulkhairi Binti Zulkifli

j) Urusetia Penasihat Pengerusi : : Azhar Bin Idrus Nur Azharina Binti Idris

k) Tugas-tugas Khas Penasihat Pengerusi : : Mohd Syafiq Bin Rosli Nur Syafiqah Binti Roslan

AHLI-AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Jawatankuasa Peralatan dan Pengangkutan: Encik Zainal Ariffin Ali ( Ketua ) Encik Rosli Bin Talib Puan Erianah Redzuan Jakerin Juhandik Encik Eddy Bin Rosdi Puan Nor Hayatee Hasrizan

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan: Encik Suhaimi Ghani ( Ketua ) Encik Wong Guan Sam Cik Nur Diyana Faisal Encik Radzi Bin Rahman Cik Edora Katherin Joseph

Jawatankuasa Program & Jemputan: Puan Mauren Moris (Ketua) Encik Izzat Izzudin Puan Izzati Hazirah Karim Encik Firdaus Wong Puan Azrina Yuniza Yunus

Jawatankuasa Dokumentasi: Encik Ikhwan Samsudin Bin Shamsul( Ketua ) Cik Vivian Thian Vick Puan Norizi Binti Berhan Encik Mohammad Sharizam Bin Abdullah Encik Asyrawi Bin Muslim Encik Victor Joshua Puan Nur Akma Binti Akmal

Jawatankuasa Protokol & Sambutan: Cik Siti Shamimi Abdullah ( Ketua ) Encik Fletcher George Cik Juddy Aidelin Jasni Cik Fatin Nazira Mohd. Din Encik Hadi Bin Iqbal Encik Akmal Bin Ilham

Jawatankuasa Hadiah & Cenderamata: Cik Nurul Ain Binti Salman( Ketua ) Puan Zainab Binti Zainrunnizam Puan Beatrice Anthony Encik Larry Bin Louis En. Abdul Halim Bin Othman

Jawatankuasa Jamuan: Puan Rashidah Wahid( Ketua ) Puan Nurul Salwa Salim Encik Jefrey Zackrin Cik Naimah Nasir Encik Zaquan Bin Adha

Jawatankuasa Kawalan Keselamatan & Pertolongan cemas: Encik Mohd Adam Bin Ahmad Aidil ( Ketua ) Puan Siti Hawa Binti Haikal Puan Ressirose Redouble Encik Harry Potter Encik Collin Cullen

Jawatankuasa Hiasan & Kebersihan: Cik Kristen Steward (Ketua) Puan Nor Amalina Karim Puan Junaini Azmizan Encik Robert Pattinson Encik Dahlan Bin Adib

Jawatankuasa Urusetia: Encik Saiful Azam Bin Abdullah ( Ketua ) Puan Nurul Fatihan Binti Fateh Encik Lim Kok Wing Puan Taylor Swift Encik Mohd. Amar Mohaizin

SENARAI TUGAS DAN SPESIFIKASI JAWATANKUASA

JAWATAN

TUGASAN

Pengurus

Ketua pengurusan program Mengurus semua urusan surat menyurat yang berkaitan dengan program.

Mengurus mesyuarat atau taklimat dengan semua ahli jawatankuasa yang terlibat.

Menjadi rujukan setiap ahli jawatankuasa program Melaporkan perkembangan semasa berkaitan dengan program kepada pengerusi.

Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh pengerusi dan penasihat dari semasa ke semasa.

Berperanan sebagai pusat mengumpul maklumat dari semua jawatankuasa dan pusat mengagihkan maklumat antara semua jawatankuasa yang terlibat.

Menyediakan senarai tugasan untuk semua jawatankuasa. Menyelaras semua perkembangan aktiviti supaya bertetapan dengan perancangan.

Memantau dan menyelaras tugas-tugas ahli.

Penolong pengurus

Membantu pengurus dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengurus.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengerusi dan pengurus dari masa ke semasa.

Memantau dan menyelaras tugas-tugas ahli.

Setiausaha

Menyediakan kertas kerja program.

Menguruskan hal-hal surat menyurat. Mencatat dan menandatangani setiap minit mesyuarat dan laporan berkaitan dengan kegiatankegiatan program.

Mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat diadakan. Membuat laporan setiap kali mesyuarat diadakan. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan program.

Menyediakan laporan akhir program. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dan pengerusi dari masa ke semasa.

Penolong Setiausaha

Membantu Setiausaha dalam menjalankan tugas yang diberi.

Menjalankan segala urusan setiausaha semasa ketiadaan setiausaha.

Menyimpan semua salinan dokumen yang turut ada dalam simpanan setiausaha.

Menyimpan semua surat-surat dalam urusan surat menyurat sepanjang program berjalan.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dan setiausaha dari masa ke semasa.

Bendahari

Bertanggungjawab ke atas semua urusan kewangan program.

Melantik jawatankuasa kecil kewangan bagi samasama mengukuhkan sumber kewangan projek.

Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

Menyediakan format penyediaan anggaran

perbelanjaan bagi perhatian dan tindakan semua jawatankuasa. Menyediakan laporan Penyata Kira-Kira program. Mengumpul, menyemak dan memperbetulkan anggaran perbelanjaan yang disediakan oleh setiap jawatankuasa. Menyediakan laporan kewangan dan mengemaskini urusan perbelanjaan dari semasa ke semasa. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat. Berusaha mendapatkan penaja atau penyumbang sama ada berbentuk kewangan atau kebendaan bagi mengurang beban kewangan yang ditanggung. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari masa ke semasa. Menyediakan laporan kewangan yang lengkap bagi rekod, rujukan dan penambahbaikan pada masa hadapan.

Penolong Bendahari

Membantu bandahari dalam menjalankan tugas yang diberi.

Menjalankan kutipan bagi mengumpul dana program. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh bendahari.

Menyimpan segala rekod kewangan.

Jawatankuasa Peralatan dan Pengangkutan

Membentuk jawatankuasa kecil peralatan dan pengangkutan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kemahiran di bidang elektronik dan mempunyai kemudahan pengangkutan.

Mendapatkan senarai peralatan yang diperlukan dari pengerusi-pengerusi jawatankuasa kecil dan pengelola

pertandingan. Bekerjasama dengan pengelola pertandingan dalam menyediakan senarai semak perelatan-peralatan yang diperlukan bagi mengelakkan masalah dan kecacatan. Membuat permohonan pinjaman peralatan teknikal. Mendapatkan dan meminjam peralatan tersebut dari pihak-pihak tertentu. Memastikan semua peralatan berfungsi dengan baik. Menyediakan peralatan-peralatan lain yang diperlukan. Memastikan peralatan dan alatan mencukupi sebelum, semasa dan selepas program. Menyediakan PA system untuk kegunaan Karnival

Permainan Tradisional. Mendapatkan bantuan kenderaan dari pihak sekolah atau lain-lain punca sekiranya terpaksa. Memastikan peralatan diangkut dan diserahkan di tempattempat yang memerlukannya dalam masa yang ditetapkan dalam keadaan yang baik. Menguruskan penghantaran balik semua peralatan yang dipinjam dari pihak-pihak yang terlibat selepas selesai program. Menyediakan laporan pengurusan bagi tujuan

penambahbaikkan pada masa hadapan.

Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan

Memberi taklimat kepada pegawai-pegawai teknik berkenaan spesifikasi tugas masing-masing.

Menguruskan hal-hal kepegawaian / kepengadilan (referi/hakim) dengan membuat jadual bertugas.

Menyediakan tempat-tempat untuk permainan. Memeriksa dan menentukan keadaan gelanggang dan kawasan permainan yang sesuai unutk digunakan.

Memastikan padang siap dan sesuai untuk pertandingan.

Menyediakan alat-alat sukan, alat-alat untuk hakim dan lain-lain pegawai.

Menyiapkan peraturan semua jenis pertandingan yang dipertandingkan serta mengagihkan kepada para hakim.

Menyediakan prosedur-prosedur pengendalian borang markah yang mudah difahami dan senang dilaksanakan supaya rahsia keputusan terjamin.

Menyediakan pembantu-pembantu yang cukuo dan menentukan tugas serta mengawal disiplin mereka.

Mengatur acara-acara sukan yang dipertandingkan dan memastikan semuanya berjalan lancar.

Menyusun aturcara yang kemas bagi diedarkan terutama pada semua ketua hakim dan hakim-hakim sebagai panduan.

Jawatankuasa Program dan Jemputan

Membantuk ahli jawatankuasa kecil jemputan dan keraian. Mendapatkan jumlah para jemputan dari setiausaha atau pengurus program.

Menyediakan kad jemputan dan buku program. Menghubungi pihak-pihak yang dijemput melalui telefon bagi memastikan kehadiran mereka.

Memperuntukkan sebahagian kad jemputan dan program untuk jawatankuasa teknik bagi pegawai-pegawai sukan.

Menaip, memperbanyakkan dan megedarkan kad jemputan.

Menyediakan atur cara karnival, buku program dan mengedarkan kepada bahagian-bahagian berkenaan.

Mengiringi tetamu kehormat ke bilik rehat, tempat majlis berlangsung dan tempat majlis jamuan.

Menyediakan laporan bagi tujuan penambahbaikkan pada masa hadapan.

Jawatankuasa Dokumentasi

Merakam video dan mengambil gambar sepanjang program berlangsung.

Menjalankan kerja-kerja menyunting video dan mempersembahkan hasil akhir.

Menyediakan gambar-gambar yang diambil semasa program berlangsung.

Menyelaras tugas-tugas dengan setiap jawatankuasa. Mengumpul semua catatan dan laporan untuk didokumentasikan.

Menyediakan Jadual Bertugas mencatat dan melapor setiap aktiviti yang dijalankan.

Jawatankuasa Protokol dan Sambutan

Menjadi

pengerusi

majlis

Pertandingan

Permainan

Tradisional. Mengedarkan kejohanan. Menentukan tempat duduk VIP dan para guru dan muridmurid. Menyediakan surat jemputan. Menguruskan ketibaan VIP. Menyediakan teks ucapan. Merancang, mengatur dan menjalankan perbarisan lintas hormat. Mengadakan pasukan-pasukan pancaragam, kompang dan bunga manggar untuk istiadat sambutan. Menyediakan dan menyematkan rozet. Mengadakan raptai pada hari sebelum program sebenar. kad-kad jemputan seminggu sebelum

Jawatankuasa Hadiah dan

Membentuk ahli jawatankuasa kecil hadiah dan cenderamata.

Cenderamata

Menentukan bilangan dan jenis hadiah dan cenderamata yang diperlukan.

Membuat anggaran perbelanjaan kesemua hadiah dan cenderamata.

Menyediakan murid untuk menyampaikan hadiah dan cenderamata serta menyediakan segala hadiah dan cenderamata.

Menetapkan atur cara dan prosedur penyampaian hadiah dan cenderamata.

Menyediakan dulang dan alas. Menentukan cara penyampaian hadiah dan cenderamata. Mengurus majlis penyampaian hadiah dan cenderamata. Mencari contoh-contoh hadiah dan cenderamata yang harganya sesuai untuk acara pertandingan.

Menempah secukupnya setelah semua dipersetujui bagi mengelakkan masalah.

Menjalankan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata selaras dengan bahagian pertandingan dan jurucara.

Menempah, menaip dan mengedarkan sijil-sijil penghargaan.

Jawatankuasa Jamuan

Menbentuk ahli jawatankuasa kecil jamuan. Mendapatkan jumlah kesemua para tetamu. Mengurus tempat jamuan termasuk penyediaan alas meja, bunga-bungaan dan sebagainya bagi memastikan keceriaan.

Menyediakan makanan dan minuman bagi petugas. Menyediakan jamuan VIP. Mengagihkan makanan dan minuman kepada peserta. Memastikan jamuan yang disediakan berkualiti dan mencukupi.

Menyediakan laporan pengurusan bagi tujuan penambahbaikkan pada masa hadapan.

Memastikan kebersihan makanan.

Jawankuasa Kawalan Keselamatan dan Pertolongan Cemas

Membentuk jawatankuasa kecil keselamatan dan kawalan. Mendapatkan khidmat kawalan keselamatan dan pertolongan cemas daripada unit beruniform sekolah seperti Kadet Polis, St. John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

Menjaga keselamatan peserta sepanjang perjalanan program.

Menjaga kebajikan para peserta program. Menyediakan kotak kecemasan dan kelengkapan lain dan pastikan semuanya berfungsi dengan baik.

Memberi pertolongan cemas kepada murid yang cedera. Menyediakan laporan pengurusan bagi tujuan penambahbaikkan pada masa hadapan.

Jawatankuasa Hiasan dan Kebersihan -

Menyediakan dan memasang bendera-bendera hiasan. Meletakkan pasu-pasu bunga di tempat yang sesuai. Memastikan kebersihan stadium sepanjang program diadakan. Menyediakan tong-tong sampah dan plastik sampah bagi mudah murid membuang sampah.

Menyediakan jawatankuasa.

jadual

tugasan

untuk

ahli-ahli

Mengemas kesemua dan memulangkan alat hiasan yang digunakn dan memastikan kebersihan di peringkat yang amat memuaskan.

Jawatankuasa Urusetia

Menubuhkan jawatankuasa kecil yang mesra pelanggan. Menyediakan peraturan-peraturan pertandingan.

Menyusun dan mengedar jadual pertandingan. Menyediakan borang penyertaan. Mengumpulkan keputusan rasmi. Menguruskan pertandingan. Menyediakan borang-borang teknikal untuk setiap acara yang dipertandingkan.

Menguasai semua maklumat berkaitan program. Membuat anggaran perbelanjaan yang diperlukan. Bertindak sebagai tempat rujukan. Menyediakan laporan jawatamkuasa untuk tujuan penambahbaikkan pada masa hadapan.

Jawatankuasa Tugas-tugas Khas

Menjalankan tugas seperti yang diminta dan diarahkan oleh pegawai misalnya dalam hal protokol dan cenderamata.

Membantu mana-mana ahli jawatankuasa yang memerlukan pertolongan.

8.0 TENTATIF PROGRAM 7.30 pagi 8:00 pagi 8:10 pagi 8:15 pagi : : : : Pendaftaran peserta Peserta berkumpul Ketibaan para jemputan kehormat Ketibaan pengetua SK St Francis Convent Kota Kinabalu 8:20 pagi : Perarakan Perbarisan murid tahap dua (darjah 4, 5, 6) 8:40 pagi : Majlis perasmian Bacaan doa Ucapan Pengerusi Pertandingan Permainan Tradisional Ucapan Ketua Jawatankuasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Ucapan perasmian Pertandingan Permainan Tradisional oleh Pengetua 9:30 pagi : Pertandingan dimulakan Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Permainan Tradisional Penyampaian hadiah Ucapan Perasmian Penutupan Pertandingan oleh Ketua Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 1:00 petang : Majlis bersurai

12:00 tengah hari :

9.0 JENIS-JENIS PERMAINAN TRADISIONAL YANG DIPERTANDINGKAN


1. Konda-kondi 2. Chapteh 3. Batu Seremban 4. Congkak 5. Rebut Negeri 6. Susun Selipar

10.0 PERATURAN DAN CARA BERMAIN PERMAINAN TRADISIONAL

1. Konda-kondi Konda Kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang. Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang. Undian secara wan to som dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.

i.

Peraturan Permainan Konda Kondi Undang-Undang Permainan Sepanjang permainan ini, jika kayu pendek itu dapat ditangkap oleh sesiapa dalam kumpulan B, jadi pemain yang menguis kayu pendek dikira mati.

ii.

Jika pemain dalam kumpulan B berjaya menangkap kayu pendek dengan menggunakan satu tangan sahaja, semua pemain dalam kumpulan A dikira mati dan kumpulan B akan memulakan permainan pula.

iii.

Jika kumpulan lawan berjaya mencampakkan kayu pendek ke dalam lubang, pemain yang menguis kayu pendek dikira mati dan terpaksa memberhentikan permainan, pemain lain dari kumpulan yang sama, pemain yang seterusnya pula akan meneruskan permainan.

Cara-Cara Bermain Konda Kondi

a. Permainan Pertama Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang. Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata. b. Permainan Kedua Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga

kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat. Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi. c. Permainan Ketiga Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.

2. Chapteh

Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh. Ia dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih. Jika ramai yang ingin bermain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk. Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.

Membuat Bola: Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai).

Sebatang paku sederhana besar. Kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4sm. Garis pusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat. Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucok paku menembusi ditengah-tengahnya.

Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah sekrap atau getah gelang dengan kemas.

Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat.

Peraturan dan Cara Bermain

Setiap kelas dikehendaki menghantar seorang wakil untuk bertanding dalam permainan ini.

Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan terlebih dahulu bagi menentukan giliran pemain.

Penetapan mata adalah berdasarkan jumlah timbangan yang terbanyak berjaya dilakukan.

Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut.

Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah.

Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan.

Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda.

Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat.

Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.

3. Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan. Menentukan Giliran Setiap kelas hendaklah menghantar dua orang wakil untuk bertanding dalam permainan ini. Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata. Cara Bermain Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah

dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. a. Buah Satu Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai dan keadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut. b. Buah Dua Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan. c. Buah Tiga

Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak. d. Buah Empat Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan. e. Buah Lima Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja. f. Buah Enam

Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara

maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai. g. Buah Tujuh Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut. Menimbang Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati. Mati Permainan

Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

4. Congkak Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimain oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

Peraturan Permainan Congkak Pertandingan akan dijalankan serentak setelah undian dibuat. Pemain-pemain dibenarkan berlatih selama 5 minit sebelum pertandingan bermula. Papan congkak yang mengandungi sekampung tujuh (7) rumah anak serta satu (1) rumah ibu. Syarat-syarat dan undang-undang permainan adalah seperti yang disediakan oleh penganjur kejohanan. Jika berlaku sebarang pertikaian, Peraturan Am Kejohanan akan digunakan. Dua (2) orang pemain yang bertanding akan berkedudukan secara mengadap. Kedua-dua pemain yang bertanding akan memulakan permainan dengan jalan/menapak secara serentak untuk pusingan pertama. Pemenang pusingan pertama akan jalan/menapak dahulu untuk permainan pusingan kedua. Pusingan ketiga akan dimainkan jika seri, kedua-dua pemain akan mula jalan/menapak secara serentak. Permainan dimulakan dengan mengambil semua buah/guli dari rumah anak di kampung sendiri, kemudian jalan/menapak dari kanan ke kiri lalu masukkan

buah/guli satu demi satu ke dalam rumah dengan mengelilingi kampung rumah papan congkak dalam keadaan tangan genggam terngadah. Ikut giliran menapak/jalan. Pemain tidak dibenarkan untuk melangkau atau memintas. Setiap kali tiba di rumah ibu sendiri hendaklah dimasukkan juga satu biji guli/buah tetapi tidak untuk rumah lawan. Buah/guli yang telah dimasukkan ke rumah ibu lawan adalah menjadi kepunyaan pihak lawan. Buah/guli terakhir yang masuk ke rumah isi mestilah dilepaskan genggaman dulu sebelum mengambil buah/guli yang ada di rumah tersebut dan kembali menapak/jalan. Pemain dikira mati giliran menapak/jalan ialah jika buah/guli akhir masuk ke mana-mana rumah kosong. Pemain lawan akan mendapat giliran

menapak/jalan kecuali jika naik rumah maka pemain hidup boleh meneruskan jalan/menapak semula. Pemain hanya boleh menikam setelah melalui kampung lawan sahaja. Tikam layar adalah ditegah. Setiap buah/guli yang telah disentuh hendaklah diambil untuk menapak/jalan. Pemain-pemain hanya dibenarkan untuk berfikir selama lima (5) saat sahaja. Mana-mana rumah terbakar tidak boleh ditanda. Baki disimpan di rumah ibu sendiri. Buah/guli yang masuk ke rumah terbakar hendaklah dibawa menapak/jalan semula. Sebagai gantinya, sejumlah buah/guli yang masuk ke rumah terbakar diambil ganti dari rumah ibu sendiri ke pihak lawan. Kesalahan Ketika Bermain Congkak. i. Bermain dengan genggam terlungkup dan tidak memasukkan buah/guli ke rumah ibu atau rumah anak. ii. iii. iv. Sentuhan buah/guli yang tidak berjalan/menapak. Berfikir melebihi lima (5) saat. Buah/guli akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum mengambil bawa buah/guli yang baru atau memasukkan buah/guli di mana-mana rumah anak dan ibu lebih dari satu (1) butir.

Penentuan Kemenangan i. Menang tapak (pihak lawan telah ketiadaan buah/guli di rumah anak) tiap papan. Pemenang ialah pemain yang memenangi dua (2) papan/pusingan, atau ii. Pihak lawan membuat tiga (3) kali kesalahan yang sama atau dibuang gelanggang. iii. Pemenang adalah pasukan yang mengalahkan dua/tiga pemain pasukan lawan.

Bantahan Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.
Cara-cara Bermain Congkak

i.

Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.

ii.

Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.

iii.

Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.

iv.

Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.

v.

Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.

5. Rebut Negeri

6. Susun Selipar

Baling selipar merupakan antara permainan tradisional tertua dalam kalangan orang Malaysia dan sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul bersama rakan dan taulan. Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah selipar yang selalunya dipakai oleh orang-orang di Malaysia. Peraturan Permainan ini boleh dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan atau mereka bermain bersama-sama. Setiap kelas hendaklah menghantar 1 kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli untuk bermain dalam permainan ini. Peralatan yang diperlukan adalah 3 belah selipar dan sebiji bola tenis. Pemain pertama daripada kumpulan utama perlu memulakan permainan dengan cara membaling bola ke arah selipar yang telah disusun. Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan kesemua selipar. Pemain kedua dari kumpulan utama boleh menyambung permainan dengan melontar bola bagi menjatuhkan baki selipar yang ada. Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan kedua berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan bola dan disasarkanke arah anggota badan kumpulan utama. Satu mata diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula kesemua selipar tersebut tanpa terkena balingan bola. Pasukan yang mengumpul mata yang banyak dikira sebagai juara.

11.0 LAKARAN KAWASAN PERTANDINGAN

Astaka

Rebut negeri

Batu seremban

Khemah

Susun selipar

Congkak

Balapan

Chapteh

Konda-kondi

Tempat duduk

12.0 SISTEM PERTANDINGAN Setiap permainan akan disertai oleh 9 orang peserta ataupun 9 kumpulan. Sistem perlawanan yang akan digunakan ialah sistem kalah mati tanpa seeded iaitu dengan hanya menggunakan undian. Sistem tersebut adalahseperti berikut:

13.0 SUMBER KEWANGAN Tajaan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Jawatankuasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. 14.0 ANGGARAN BELANJAWAN BIL PERKARA 1 Makanan dan Minuman (Minum Pagi) Urusetia dan peserta : Peserta : Pelajar tahap dua : 180 orang Guru dan jemputan VIP : 70 orang 2 Hadiah (Hamper) Johan RM 60 x 6 acara = RM 360 RM 30 x 6 acara = RM 180 RM 50 x 1 = RM 50 RM 30 x 1 = RM 30 RM 50 x 1 = RM 50 RM 150 (sumbangan daripada Ketua Jawatankuasa PJK) 100 keping 150 keping 80 karton 250 biji 5 paket KUANTITI / JUMLAH RM 2.00 x 250 orang = RM 500 (Urusetia dan peserta)

RM 3.00 x 70 orang = RM 210 (Guru dan VIP)

Naib Johan

Johan Perbarisan

Naib Johan Perbarisan

Johan Hiasan Terbaik

Piala Pusingan Permainan Tradisional

4 5 6 7 8

Sijil Penghargaan Sijil Penyertaan Air Mineral (150 ml) Roti bun Belon pelbagai warna

9 10 12 13 14 15 16

Reben plastik 1 inci (pelbagai warna) Kertas bunga (sampul hadiah) Kain putih cotton Warna Pelaka (Hitam, Hijau) Kertas A4 putih Kertas A4 warna (pelbagai warna) Whiteboard marker

10 gulung 25 helai 8 meter 4 botol 4 rim 2 rim 2 kotak biru 2 kotak merah 2 kotak hitam

17 18 19 20 21

Kad manila Guli congkak Tali rafia Banner Bendera

20 keping 5 papan 2 gulung (besar) 1 keping

1) Sabah 2) Malaysia 22 23 24 25 26 Plastik sampah hitam Bendera hiasan (segi tiga warna warni) Reben merah besar Plak sekolah Beg kertas

1 helai 1 helai 4 bungkus 4 bungkus 2 gulung 4 unit 8 keping

15.0 PENUTUP Pertandingan Permainan Tradisional ini merupakan satu cara yang amat berkesan dalam meneruskan warisan tradisi nenek moyang kita yang telah ditimggalkan sejak turun temurun. Sebagai warga pendidik, adalah wajar aktiviti seperti ini diadakan kerana murid-murid perlu dilatih dan diajar supaya dapat bermain dan menghayati permainan tradisional ini. Adalah diharapkan Pertandingan Permainan Tradisional ini dapat dijalankan dengan lancar dan teratur mengikut segala perancangan rapi yang telah dilaksanakan. Semoga dengan usaha perlaksanaan pertandingan ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan terus berjaya melahirkan murid-murid yang aktif dan bertanggungjawab serta komited terhadap tugas. Oleh itu, kami sangat berharap supaya program ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kita merancang dan Allah S.W.T juga merancang. Sesungguhnya Allah S.W.T perancang yang lebih baik. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan kerahmatan dari-Nya.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh:

....................................................................... (Cik Siti Firusah Saibudan)

...................................................................... (Cik Izwani Masshor)

Setiausaha, Pertandingan Permainan Tradisional 2012, Jalan Khidmat, Peti Surat 10071, 88801 Kota Kinabalu, Sabah.
.

Penolong Kanan Kokurikulum, SK St Francis Convent (M), Jalan Khidmat, Peti Surat 10071, 88801 Kota Kinabalu, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai