Anda di halaman 1dari 12

KALAU BETUL COUPLE ITU HALAL

Sabda Rasulullah s.a.w:


"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga
di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan
fakir & mengurangi
umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab,
dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
(Hadis riwayat Baihaqi)

Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah dalam mengupas persoalan
yang amat releven dengan situasi kita sebagai remaja yang hakikatnya masih mentah,jahil dan
perlu dibimbing dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipudaya syaitan laknatullah. Semoga
risalah ini bermanfaat kepada kita semua



Kami tidak berzina!

Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar,minum-minum. Adakah itu
menghampiri zina?

Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan
bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang
mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu
nenek moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita
berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara.

Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali
ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk
menghadapi tipu daya iblis




Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang
bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada
awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan
perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama
tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu
boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan(
berpegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat
auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang
dinyatakan oleh Rasulullah:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan
zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah
ciuman
(Muslim dan Abu Daud)

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita
berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-
hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tak diberkati
Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia,akhirat lebihlah lagi.
Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu.
Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah
berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?




Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Study group?nampak macam lain macam saja. Manja,senyum memanjang,tak macam gaya
berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye
pun,carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini..betul ke
bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu banyak masa
dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa?Awak kurang sihat ke?
Ingat,kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita
ada nafsu,ada keinginan. Itulah manusia

Kami sama-sama belajar,study group,saling memberi semangat dan motivasi

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis
yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang
yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat
dan rahmat pula

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan
suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri
seseorang,tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan
itu. Tidak!Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau
sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa
kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk
patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat!
kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa
naluri nafsu.




Tentu ada cinta secara Islam

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas
kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah
kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan
dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum
kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.

Sabda Rasulullah saw :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah
(Ibni Majah)

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Allah taala berfirman :
Dan tidak ada dosa kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu
menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu
akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan
mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang maaruf..
(Al-Baqarah : 235)

Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan
dilayan. Kemudian teringat,rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-
dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam
gelap. Hubungan makin akrab,dah berani pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi
macam kawan,sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat
dengan penzinaan?Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai
orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah
diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada
seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat,tidak sampai berzina. Kami
tahan diuji

Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan
ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut
manusia kecundang

Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak awal penciptaan manusia,Allah telah
mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah
takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan
makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan
diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa,jangan hampiri pokok Khuldi.

Firman Allah Taala:
Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya
sepuas-puasnya,apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu
menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.
(Al-Aaraf : 19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan
kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah,takut nanti mereka akan
memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah
zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan
penzinaan,kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek
moyang kita Adam dan Hawa.




Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat.
Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan
sebelum berkahwin.

Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan
yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang
terbaik. Penyayang,penyabar,pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan
semata-mata. Masa bercinta,merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila
merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian
pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta,dia
seorang yang amat penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi
bila dah kahwin,lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi,perwatakan masa bercinta tidak boleh
dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah
anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.
Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana
mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah.
Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu
prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai,
cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah
memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit. Adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.

Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru.
Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik,abang,kakak angkat adalah suatu bentuk
tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya angkat ini sebenarnya telah
masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab
ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang
yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga
diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta
sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima
cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.




Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba
menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang
yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah
berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman.

Allah Talla berfirman:
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina
atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin
dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian
terlarang kepada orang-orang yang beriman.
(An-Nur : 3)

Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak
pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta
juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang
baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Allah Taala berfirman :
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat
wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan
laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) ..
(An-Nur : 26)

Telah tercatat sebaris nama di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh
ketinggian peribadimu. Jika kau berada di jalan yang diredhai-Nya, InsyaAllah si dia turut
berada di jalan yang sama.

Kami telah berjanji untuk sehidup semati

Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan
diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis
madu,sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi
pepatah.




Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ya,masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah
mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.

Firman Allah:
Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang
memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina). Allah telah
menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.
(Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon
keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini
2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan
3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan
seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya
engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk
menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat.
Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari
kecil dengan kasih saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu
yang berdosa

Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu




Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana.

Ya Allah,bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah
taubat mereka.

Sahabatku,
Lupakanlah segala kegundahan dan keresahan.
Teguhkan diri pada Cinta Hakiki Ilahi nescaya cinta si dia yang soleh dan solehah turut kau
miliki. Allah loves you more than anyone else. Alhamdulillah ..
Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.
Sesungguhnya,Allah takkan pernah menzalimi hamba-hamba-Nya dan memungkiri janji-
Nya.
Never lose hope & trust to Allah. Keep on praying, my beloved sohabah J

Allah Taala berfirman :
Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) degan sabar dan solat,
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah : 153)



Di sini jelas, bahawa pemberian nafsu oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah tanda
kemuliaan manusia melebihi penciptaan lain tetapi jika manusia tidak dapat menguruskannya
sebagaimana yang digariskan Allah, maka martabat kemanusiaan akan jatuh setaraf dengan
haiwan bahkan lebih teruk dari haiwan.



Di akhir tulisan ini, saya kira ada baiknya kalau kita merenung
sebab-sebab
kenapa Allah menjanjikan kepada ahli syurga bidadari-bidadari yang tersimpan
di khemah-khemah mereka,
tidak memandang kepada orang lain selain
suami-suami mereka & tak pernah disentuh samada jin atau manusia.
Bukankah kerana Tuhan tahu idaman sebenar orang lelaki.
Orang lelaki memang
mengidamkan isteri yang tidak pernah tercemar perasaannya dengan menaruh
hati kepada sesiapa,
tidak pernah bercakap dengan lelaki & tidak pernah disentuh bahkan dilihat oleh mana-mana
lelaki lain
Wallahu'alam
May Allah protect all of us from being astray to the right path, Amiin


"Women should not be the moon which everyone see uncovered,
but women should be the sun which makes eyes bow down before seeing it.."


Peringatan kpd semua lelaki
"Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.''
(Imam As-Syafi'e)

Kepada lelaki,
jangan main sentuh dengan perempuan, tak baik.
Walaupun cuit-cuit di facebook, juga tidak dibenarkan.
Kalau teringin nak sentuh jugak, test dulu sentuh bara api,
(baranya, bukan apinya) kalau boleh tahan, ok teruskan ..
Tapi kalau dengan bara api pun tidak tahan,
jangan dicuba-cuba mendekatkan diri ke lembah kebinasaan..

Kepada wanita,
sudah terlalu ramai lelaki yang berilmu & berakhlak tinggi
dalam menjaga hubungan sebelumnya,
kecundang di tangan seorang wanita..
wahai wanita,
tahukah kamu siapa kamu?
kamu adalah penentu jatuh bangunnya umat manusia..

Jom MENGISLAHKAN diri : )

Anda mungkin juga menyukai