Anda di halaman 1dari 15

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 35900, TANJONG MALIM, PERAK.

___________________________________________________________________

THEME ROLE PLAY: UPSI CONFESSIONS

___________________________________________________________________

MOHAMAD FAZIRUL RAFIQ BIN AFANDI D20151070281

MUHAMAD IQRAM ZAKI BIN IDRIS D20151071160

GROUP Q

NAME LECTURER : NORA LIZA BT ABDUL KADIR


TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bagi tujuan berikut:

1. Untuk mendapatkan kelulusan dan bantuan kewangan daripada Pejabat Hal Ehwal

Pelajar & ALUMNI, UPSI berhubung dengan program ini.

2. Memohon kelulusan program dan bantuan kewangan daripada Fakulti Sains

Sukan dan Kejurulatihan, UPSI.

3. Memohon kebenaran untuk mendapatkan kemudahan peralatan daripada Jabatan

Pembangunan dan Pengurusan Harta Benda (JPPHB) dan Pusat Kokurikulum

UPSI.

4. Memohon bantuan kewangan daripada agensi awam dan swasta, korporat dan

individu untuk menjayakan program ini.

1.0 PENGENALAN

Sebagai sebuah kelab yang aktif, kami ingin menjalankan satu aktiviti yang sihat

dan memberi kebaikan kepada mahasiswa/i UPSI. Program ini bertujuan untuk memberi

kesedaran dan tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa/i serta dapat melahirkan

mahasiswa/i berilmu yang berfikiran lebih terbuka. Oleh yang demikian, demi menjalankan
tanggungjawab sosial sebagai mahasiswa/i universiti yang bitara dan cemerlang dalam

kepimpinan pendidikan berlandaskan kepimpinan sejarah serta menerajui perubahan global,

kami ingin memberikan khidmat bakti kepada pelajar dan masyarakat di sekitar Kampung

Air Panas Legong, Baling, Kedah. Program yang dianjurkan oleh Kelab Khidmat Masyarakat

(KEMAS) ini lebih memfokuskan kepada program yang berbentuk kemasyarakatan seperti

program baktisiswa, khidmat masyarakat, program anak angkat, program motivasi dan juga

program berbentuk ilmiah yang lain. Sebagai mahasiswa/i UPSI, kami beriltizam untuk

membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah serta masyarakat setempat bagi

mencurahkan ilmu dan berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar sekolah. Tambahan

pula, melalui penyertaan mahasiswa/i dalam program kemasyarakatan seperti ini, akan

menjadikan mereka lebih sensitif kepada keperluan serta kehendak masyarakat setempat. Di

samping itu, program ini juga dapat membantu mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan

mahasiswa/i. Program ini mengajak mahasiswa/i ke arah mewujudkan masyarakat belia yang

memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akhlak, jasmani, intelek, sikap

bertanggungjawab, bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak kepada

kemajuan dan kemakmuran negara. Harapan kami agar program ini dapat berjalan sebaik

mungkin dan mencapai objektif sebenar.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Untuk memenuhi keperluan tanggungjawab sosial kelab KEMAS.

2.2 Memberi motivasi kepada para pelajar sekolah agar mereka berusaha bersungguh-

sungguh di dalam pelajaran melalui slot ‘Ada Apa Selepas SPM’.


2.3 Memupuk semangat kesukarelawanan dan nilai-nilai murni dalam kalangan

mahasiswa/i melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang program dilaksanakan.

2.4 Sebagai platform kepada mahasiswa/i untuk memperolehi input-input tentang

masyarakat luar serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan pelbagai

agensi/organisasi serta lapisan masyarakat.

2.5 Melahirkan mahasiswa/i yang turut serta berbakti kepada masyarakat sekeliling

selain menimba ilmu di universiti.

3.0 JUSTIFIKASI

3.1 Program ini terbuka kepada sesiapa sahaja. Pengisian yang diterapkan dalam program

ini lebih ke arah melahirkan mahsiswa/i yang memahami dan menghayati erti

berkhidmat kepada masyarakat.

3.2 Menggalakkan penglibatan mahasiswa/i KEMAS dalam program-program luar

kampus.

3.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan mahasiswa/i KEMAS.

4.0 TARIKH DAN LOKASI PROGRAM

Tarikh : 30 Oktober hingga 02 Oktober 2015

Hari : (Khamis hingga Sabtu)

Tempat : Kampung Air Panas Legong, Baling, Kedah

5.0 SENARAI JEMPUTAN

6.1 En Muhammad Bin Abdullah

6.2 En. Muhammad Ahmad Bin Ali


6.3 Puan Masyitah Bini Ibrahim

6.4 Majlis Tertinggi dan Exco Kelab KEMAS sidang 2014/15

6.0 TENAGA PENGELOLA

Ahli Kelab Khidmat Masyarakat (KEMAS)

7.0 KUMPULAN SASARAN/ PESERTA

28 orang ahli Kelab Khidmat Masyarakat (KEMAS) dan 90 pelajar SMK Baling, Kedah.

8.0 TENTATIF PROGRAM

30 Oktober 2015 (Khamis)

MASA AKTIVITI

9.00 pagi Bertolak dari UPSI

2.00 petang Sampai di Kampung Air Panas Legong, Baling, Kedah

2.30 petang Perasmian dan penyerahan anak angkat

5.30 petang Bersurai/ bersama keluarga angkat

01 Oktober 2015 (Jumaat)

MASA AKTIVITI

8.30 pagi Bertolak ke sekolah SMK Baling, Kedah

9.00 pagi Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan 1 - Ice breaking


10.00 pagi Sembang Santai ‘Ada Apa Selepas SPM’

12.00 tengahari Makan tengahari / Solat Jumaat

2.30 petang Pelajar berkumpul di Dewan

3.00 petang Aktiviti ‘Explorace’

5.30 petang Bersurai

02 Oktober 2015 (Sabtu)

MASA AKTIVITI

8.00 pagi Senamseni

8.30 pagi Pendaftaran aktiviti-aktiviti

12.00 tengahari Makan tengahari

2.30 petang Majlis penutupan dan penyampaian hadiah

4.30 petang Majlis bersurai dan bertolak pulang ke UPSI

*Tertakluk kepada perubahan

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Pengarah Program :

Muhammad Abu Bakar Bin Siddiq

Timbalan Pengarah Program :

Muhammad Umar Bin Khattab


Setiausaha :

Aisyah Humaira Binti Muhammad

Penolong Setiausaha :

Khadijah Binti Kassim

Bendahari:

Chandra A/V Veeran

Penolong Bendahari:

Dayang Suhaila Binti Abu

AJK Aktiviti :

Muhammad Farhan bin Abdullah

Muhammad Mahari bin Aiman

Mohd Juma’at bin Nashrullah

AJK Logistik, Pengangkutan, Peralatan dan Penginapan :

Syakhira binti Mahani

Muhd Akram bin Mohd Idris

Filex Bilong Jalong

Nurul Maserah binti Borman

Nurfatihah binti Jamil


AJK Protokol :

Syafiqah binti Razali

Fatnin

Asmalina binti Ahya

AJK PDI dan Teknikal :

Muhammad Abdullah bin Ali

Nur Hidayu binti Sariman

AJK Hadiah dan Cenderahati :

Amran bin Ismail

Siti Maisarah bini Anuar

Muhammad Akmal Hafiz bin Amir

AJK Tugas-Tugas Khas :

Muhammad Bin Abdullah

AJK Makanan :

Norati binti Ibrahim

Azmah binti Kassim

AJK 3K (Kebersihan, Keselamatan dan Kebajikan)

Muhammad Abu bin Ghazali


Nurul Atikah binti Zainal

AJK Penajaan :

Bonny Anak Tunggal Kiram

10.0 KEPERLUAN PERALATAN

Bil PERALATAN Kuantiti

1 PA Sistem 1

2 Mikrofon 5

3 Rostroom 1

4 Alat Pembesar Suara 3

5 Mic Stand 3

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

12.1 Sumber kewangan (Pendapatan)

1. Yuran pelajar RM 1750.00

(RM50.00 × 35)

2. Sumbangan luar* RM 6767.00

3. Fakulti (Tajaan)*

*Banner RM 100

*Sijil RM 2.50 x 40 (RM 100.00)


*Hamper peserta (10) RM 300.00

Jumlah : RM 500.00

4. HEPA (Tajaan)*

*Hamper kecil (20) RM 100.00

*Hamper besar (10) RM 200.00

*Goodies Bag (5) RM 50.00

Jumlah : RM 350.00

Jumlah kewangan = Pendapatan- Perbelanjaan

= RM 9367.00 – RM 9367.00

=0

12.2 Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Harga Jumlah

(RM) (RM)

1. Pengangkutan Pergi balik 3500.00 3500.00

(Bas UPSI)

2. Penginapan 15 (keluarga) 70.00 1750.00

3. Makanan

Program dengan pelajar

1. Air Kotak 7 Kotak 15.00 105.00

2. Roti 170 0.60 102.00

Program Bersama penduduk

kampung
1. Mihun/kuih 230 2.00 460.00

2. Air teh/kopi 230 1.00 230.00

Hari terakhir

1. Mihun 230 2.00 460.00

2. Air teh/kopi 230 1.00 230.00

3. Makan tengahari 230 5.00 1150.00

4. Cenderahati dan sijil

1. Hamper peserta (pelajar 10 30.00 300.00

sekolah)

2. Hamper kecil peserta 20 5.00 100.00

desa/kampung 10 20.00 200.00

3. Hamper besar peserta 5 30.00 150.00

desa/kampung 5 10.00 50.00

4. Plug vip 40 2.50 100.00

5. Goodies bag

6. Sijil

5. Banner 1 100.00 100.00

6. Tag Nama 40 1.50 60.00

7. Pamplet dan poster - 50.00 50.00

8. Peralatan aktiviti 250.00

9. Lain-lain

1. Plastik sampah 2 10.00 10.00

2. Tisu - 10.00 10.00


Jumlah 9367.00

(*Jangkaan)

12.0 PENUTUP

Semoga pelaksanaan program ini dapat memberi manfaat dan kesan yang positif kepada

semua mahasiswa/i yang terlibat dalam menjayakannya. Kami berharap melalui usaha giat yang

ingin kami jalankan ini akan dapat membantu mengeratkan hubungan antara ahli KEMAS dan

masyarakat setempat. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan program ini dapat

dilaksanakan dengan jaya sehingga ke akhirnya.


Disediakan oleh: Aisyah Humaira Binti Muhammad,

Setiausaha Program,

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjong Malim Perak.

Tandatangan :……………………….

Tarikh :………………………..

Disemak oleh: Muhammad Abu Bakar Bin Siddiq,

Pengarah Program,

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjong Malim Perak.

Tandatangan :…………………….

Tarikh :…………………….

Disokong oleh: En. Anizam Bin Mohd Nor,

Penyelaras Pusat Kokurikulum,

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjong Malim Perak.

Tandatangan: ………………………………

Tarikh: ………………………………
Disahkan oleh: En Muhammad Bin Abdullah,

Penasihat Kelab Khidmat Masyarakat (KEMAS),

Fakulti Sains dan Kemanusiaan,

Universiti Pendidikan Sultan Idris,

35900 Tanjong Malim Perak.

Tandatangan: ………………………………

Tarikh: ………………………………

Diperakukan oleh: Profesor Dr. Mohammad Suhaily bin Che Ngah

Dekan Fakulti Sains dan Kemanusiaan,

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjong Malim Perak.

Tandatangan: …………………………

Tarikh: …………………………..

Disemak Oleh: Datin Norhayati Bt Hood,

Penolong Pendaftar,

Bahagian Pembangunan Pelajar,

Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,

Universiti Pendidikan Sultan Idris,

35900, Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan :......................................

Tarikh :...............................................
Diluluskan oleh: Encik Ismail Bin Man,

Timbalan Pendaftar,

Bahagian Pembangunan Pelajar,

Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,

Universiti Pendidikan Sultan Idris,

35900, Tanjong Malim, Perak,

Tandatangan :......................................

Tarikh :...............................................

Anda mungkin juga menyukai