Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM AKTIVITI MEMANAH & BERKUDA

ANJURAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI – PEMBELAJARAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR MOLEK
KM 11, JALAN BUKIT LINTANG 75460 MELAKA

1.0 PENDAHULUAN
Terapi merupakan satu kaedah untuk membantu seorang murid bergerak balas
terhadap aktiviti atau kemahiran. Dalam konteks Pendidikan Khas, terapi merupakan
kaedah bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang
melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara
maksimum dan digunakan pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, melalui terapi juga guru-guru dapat melatih murid-murid menguasai
kemahiran tertentu yang bersesuaian dengan kehidupan seharian serta mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan. Aktiviti berkuda dan
memanah memiliki tiga manfaat utama kepada murid-murid Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran iaitu olahraga, pendidikan dan pengubatan.

2.0 MATLAMAT

2.1 Membentuk konsep kendiri yang positif dan sedar akan potensi diri sendiri.

2.2 Membantu murid-murid meningkatkan nilai-nilai dalam aspek kehidupan.

2.3 Meningkatkan keyakinan diri untuk bersosial dengan masyarakat.

2.4 Membolehkan murid-murid meneruskan proses perkembangan diri yang lebih baik
ke
arah kedewasaan yang mantap.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid-murid yang pasif dan selalu mengasingkan diri untuk
berinteraksi serta memupuk sikap keyakinan diri.

3.2 Memupuk sikap disiplin diri di kalangan murid sewaktu menjalankan aktiviti luar

3.3 Membantu murid dari segi perkembangan fizikal dan sosial.

3.4 Membantu murid dalam perkembangan jasmani , motor kasar dan motor halus.

3.5 Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan


bersosialisasi dengan rakan-rakan, guru dan masyarakat.

3.6 Memberi keseronokan dan kegembiraan kepada murid-murid ketika mengikuti aktiviti
berkuda dan memanah.

4.0 SASARAN

4.1 Murid-murid
4.2 Guru-guru
4.3 Pembantu Pengurusan Murid

5.0 BUTIRAN AKTIVITI


5.1 Jangkamasa Lawatan : 1 hari
5.2 Tarikh Lawatan : 9 Februari 2023
5.3 Hari Lawatan : Khamis
5.4 Peserta :

5.4.1 Murid-murid = 40 orang


5.4.2 Guru-guru = 12 orang
5.4.3 Pembantu Pengurusan Murid = 04 orang
______________________
Jumlah = 56 orang
6.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM AKTIVITI MEMANAH & BERKUDA

6.1 Ahli Jawatankuasa Induk:


Pengerusi : En. Saufi bin Mat Kahar
Pengetua SMK Air Molek, Melaka

Ketua Rombongan : Puan Hajah Rosni binti Ahmad


PK Pendidikan Khas, SMK Air Molek

Pen. K. Rombongan : Puan Intan Norzira binti Tormudzi


Setiausaha Kurikulum Pendidikan Khas, SMK Air Molek

Setiausaha : Puan Nor Izzuana binti Ali Khan

Bendahari : Puan Mariamah binti Marzuki

6.2 Ahli Jawatan Kuasa Kerja:

Pengurusan Pelancongan : Puan Intan Norzira binti Tormudzi


Puan Nor Izzuana binti Ali Khan

Makanan & Minuman : Puan Mariamah binti Marzuki


Puan Noraini binti Yahaya
Puan Jamilah binti Alwi
Puan Norafiezah binti Ramlee

Pengangkutan : Cik Nur Hazwani binti Mohd Hamzah


En. Kathiravan a/l Pattan

Video & Fotografi : Puan Nor Ehsan binti Hasan


Puan Wan Norazimah Bt Wan Kemarulzaman
Puan Shafiza binti Othman

Dokumentasi, Laporan & : Puan Intan Norzira binti Tormudzi


Post Mortem

Keselamatan & Disiplin : En. Norhisamudin bin Daud


En. Mohd Zaidi bin Isa
En. Anuar binti Md Said
Cik Nurul Ashikin binti Johari
Puan Fatin Liyana binti Mohamed Khatib

7.0 TEMA
Beriadah mengamalkan sunnah

8.0 TENTATIF AKTIVITI BERKUDA DAN MEMANAH

Tarikh : 9 Februari 2023 (Khamis)

8.00 pagi : Berkumpul di pintu pagar utama, SMK Air Molek


8.30 pagi : Bertolak ke Equin LADAM Merah
9.00 pagi : Aktiviti Memanah dan Berkuda
12.30 tgh : Pulang ke Sekolah

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


9.1 Peruntukan yang diperlukan untuk menjayakan program ini adalah seperti di
bawah:

BIL PERKARA SUMBER


KOS (RM)
KEWANGAN

1 Pengangkutan Bas 1 hari 280.00 PCG Pend. Khas

2 Bayaran aktiviti berkuda dan memanah 1400.00 Bayaran murid

JUMLAH BESAR 1680.00

Perincian Sumber Kewangan

Pelajar-pelajar : 40 x RM35 = RM 1400.00


Pengangkutan Bas : =RM 280.00
_____________
JUMLAH RM 16800.00

Memohon PCG Pendidikan Khas bagi bayaran pengangkutan bas = RM 280.00


10.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar program yang dirancangkan ini terlaksana dengan jayanya serta
memberi manfaat yang besar kepada para pelajar pendidikan khas. Selain itu amat
diharapkan ianya dapat membawa kelainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
berjaya membentuk sahsiah terpuji dan keyakinan diri dalam berdepan dengan kehidupan
yang serba mencabar kini.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

......................................... .........................................
(INTAN NORZIRA TORMUDZI) (ROSNI BINTI AHMAD)
Setiausaha Program Lawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas
PPKI SMK AIR MOLEK SMK Air Molek

Disahkan oleh :

.........................................
(SAUFI BIN MAT KAHAR)
Pengetua
SMK Air Molek

Anda mungkin juga menyukai