Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA AKTIVITI KELAB STEM

SMK TAMAN SELASIH

1. PENGENALAN

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Engineering dan
Matematik. Penubuhan Kelab STEM adalah selaras dengan kehendak terhadap bidang kerja
yang melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi berbanding bidang lain. Pelajar sering
menganggap mata pelajaran STEM sebagai mata pelajaran yang sukar. Hasrat kerajaan
untuk mensasarkan pelajar sains 60 : 40 memerlukan ramai pelajar yang berminat
melanjutkan pelajaran dalam bidang STEM. Justeru itu perlaksanaan Kelab STEM ini dilihat
sebagai satu usaha untuk mendekatkan diri pelajar dengan aktiviti sains dan matematik serta
teknik & vokasional yang menyeronokkan. Anggapan pelajar bahawa mata pelajaran STEM
hanya boleh dipelajari di bilik darjah atau di makmal sahaja perlu diperbetulkan. Sehubungan
itu pelbagai aktiviti menarik telah dirancang oleh guru- guru untuk dimanfaatkan oleh pelajar.

2. MATLAMAT
i ) Menanam minat terhadap mata pelajaran STEM.
ii) Menimbulkan kesedaran akan kepentingan mata pelajaran STEM dalam kehidupan
seharian.
iii) Melibatkan diri dalam aktiviti Bulan STEM.
iv) Menjadikan bidang STEM sebagai pilihan kerjaya pada masa akan datang
v) Menggalakkan semangat kerjasama antara guru dan pelajar dalam aktiviti penyelesaian
masalah.
vi) Menggunakan rangkaian pusat sumber sebagai sumber maklumat untuk melaksanakan
aktiviti STEM
3. OBJEKTIF
i) Memperkasa pengetahuan, kemahiran dan kompetensi guru dalam pengajaran dan
pembelajaran subjek STEM.
ii) Membincangkan amalan terkini dan holistik dalam pengajaran dan pembelajaran STEM
selaras dengan keperluan dan pengisian pendidikan abad ke-21.
iii) Membincangkan isu – isu terkini dan cabaran berkaitan STEM.
iv) Mengenalpasti strategi untuk menggalakkan dan memperkukuhkan pendidikan STEM.
v) Menyediakan satu platform bagi peserta untuk berbincang dan berkongsi maklumat,
pengalaman serta hasil penyelidikan tentang isu berkaitan strategi memartabatkan STEM di
kalangan pelajar.

4. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua murid dan guru SMK Taman Selasih.

5. KEWANGAN
I) SUMBER KEWANGAN
( UNIT KOKURIKULUM )
II) ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL AKTIVITI ANGGARAN HARGA
1. KECERIAAN GALERI STEM
a) Streamer 2’ x 4’ 4 kpg x RM 25 RM 100
b) Banner STEM 3’ x 5’ 1 kpg x RM 40 RM 40

2. PERTANDINGAN REKACIPTA
(BAHAN TERBUANG)

a) Menengah atas
Tempat Pertama RM 20 RM 20
Tempat Kedua RM 15 RM 15
Tempat Ketiga RM10 RM10

b) Menengah rendah
Tempat Pertama RM 20 RM 20
Tempat Kedua RM 15 RM 15
Tempat Ketiga RM10 RM10
JUMLAH RM 230.00
6. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Nadziroh Binti Mohd Nadzim (Pengetua)


Naib Pengerusi : En. Mohd Khir Bin Mohd Ariffin (PK Pentadbiran)
: En. Sandrasekeran a/l Muniandy (PK HEM)
: Pn. Saniah Binti Che Omar (PK Kokurikulum)
: Pn. Fauziah Binti Mat Nor (PK Pendidikan Khas)
Ketua Penyelaras : Pn. Nor Ashikin Binti Pawanteh (GK Sains & Matematik)
Penolong Penyelaras : Pn. Saadiah Binti Abd. Rahman (GK Teknik & Vokasional)
Setiausaha : Pn. Maharyati Binti Mohamad
Penolong Setiausaha : Pn. Norhasmi Binti Hamzah (KP GKT)
AJK : Pn. Chan Kwai Leng (KP Sains)
: En. Muhammad Zahidi Bin Suradin (KP Matematik)
: Pn. Maharyati Binti Mohamad (KP Elektif Sains)
: Pn. Hazliza Binti Halim (KP ERT/SRT)
: Pn. Noraishah Binti Ahmad (KP PVMA)
: En. Hally Friden Shufah (Robotik)
: Ahli Panitia Sains & Matematik
: Ahli Panitia Teknik & Vokasional

7. PENUTUP

Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping
mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak.
Disediakan oleh : Disemak oleh :

….……………………………. ………………………………..
Maharyati Bt Mohamad Saniah Bt Che Omar
Setiausaha STEM Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Taman Selasih SMK Taman Selasih

Disahkan oleh :

.............…………………….
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN SELASIH
09000 KULIM, KEDAH DARULAMAN.

KERTAS KERJA
AKTIVITI KELAB STEM
2018

ANJURAN : KELAB STEM & JAWATANKUASA STEM


SMK TAMAN SELASIH

Anda mungkin juga menyukai