Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN

TAJUK PROJEK

PAMERAN JABATAN KIMIA &


JABATAN METEOROLOGI
JERAYAWARA STEM
SMK BANDAR PUTERI JAYA

TARIKH PELAKSANAAN

6 OGOS 2018

TEMPAT

DEWAN BESTARI
SMK BANDAR PUTERI JAYA
ANJURAN
BIDANG SAINS & MATEMATIK
BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL
DENGAN KERJASAMA

KELAB STEM, KELAB REKABENTUK DAN REKACIPTA,


PANITIA SAINS & MATEMATIK, PANITIA REKABENTUK DAN
TEKNOLOGI, UNIT KOKURIKULUM SERTA PIBG SEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Engineering


dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar
pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam
bidang pembangunan teknologi. Keperluan kepada STEM wujud apabila
kehendak terhadap bidang kerja yang melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi
berbanding bidang lain. Dasar STEM ini menjadi lebih penting kerana
perkembangan bidang kerja yang berkaitan dengan STEM adalah 3 kali ganda
berbanding bidang bukan STEM. Maka, kita perlu menanam minat kepada pelajar
untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan STEM sejak dari sekolah
lagi. Kehidupan adalah perubahan. Jika tidak ada perubahan ertinya tidak ada
kehidupan. Pendidikan itu sendiri merupakan kehidupan kerana memiliki sifat
perubahan. Sedangkan inovasi itu sendiri merupakan keupayaan yang sistematik
dalam melakukan perubahan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang tidak akan datang bergolek sebaliknya semua pelajar
hendaklah berusaha secara konsisten dan berterusan untuk memastikan kejayaan
yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, pelajar perlu mengaplikasikan
kemahiran belajar yang betul dan mempunyai motivasi serta keazaman yang tinggi
untuk berjaya dalam apa jua bidang. Inovasi dengan menggunakan bahan
terbuang ini diadakan adalah bertujuan untuk memantapkan lagi minat serta
kefahaman pelajar tentang bidang sains dan teknologi, kesedaran pelajar tentang
pemanasan global sekarang untuk mengaplikasikan teknologi hijau serta
penglibatan aktif dalam kokurikulum dan kurikulum.
2.0 JUSTIFIKASI

JERAYAWARA STEM merupakan cetusan idea yang julung kali di jalankan di


SMK Bandar Puteri Jaya. Program ini sangat penting bagi menyokong idea-idea
pelajar yang kreatif dan inovatif supaya dapat diketengahkan bagi pandangan
umum. Selain sebagai ruang lapangan kepada kelab dan persatuan menzahirkan
idea-idea ahli kelab, program ini juga sebagai bahan bukti kemampuan pelajar dan
guru untuk dipersembahkan kepada ibu bapa dan waris. Ia juga dapat mendidik
pelajar supaya berfikiran kritis dan kreatif untuk mengurangkan bilangan bahan
sisa pepejal yang dibuang oleh manusia yang saban tahun meningkat. Program
ini juga dapat menaikan semangat pelajar dalam menghasilkan sesuatu kerana
hasil kerja mereka dihargai.. Melahirkan modal insan yang berinovatif dan kreatif
melalui penghasilan projek inovasi JERAYAWARA STEM dengan menggunakan
bahan terbuang yang melibatkan pelajar dalam aktiviti Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) menerusi persatuan dan kelab.

Tercetusnya idea untuk melaksanakan JERAYAWARA STEM ini adalah kerana:


1. Adakah pelajar mengetahui tentang STEM?
2. Mengapakan pencapaian pelajar dalam Ujian TIMSS dan PISA yang
dijalankan di sekolah pada bulan Julai 2017 terlalu membimbangkan?
3. Bagaimanakah pelajar akan mengaplikasikan STEM dalam Sains, Matematik
dan Teknologi serta Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian?
4. Kenapakah pelajar tidak berminat dalam matapelajaran STEM?
5. Bagaimanakah cara guru menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif dikalangan
pelajar ?
6. Adakah pelajar diberi pendedahan tentang STEM dengan sedalamnya?

Sehubungan dengan itu, maka seharusnyalah JERAYAWARA STEM ini dilakukan


di sekolah untuk memberi pendedahan yang meluas kepada pelajar untuk
mengetahui tentang STEM seterusnya melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
sekolah.

3.0 MATLAMAT

1. Menarik minat, memotivasikan serta memberi makna (relevan) kepada murid


terhadap bidang STEM.
2. Mengaplikasikan dan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
STEM dengan betul dan mendalam dalam kehidupan, masyarakat dan
persekitaran melalui aktiviti inkuiri atau penyelesaian masalah
3. Melibatkan murid dalam aktiviti inkuiri dan penyelesaian masalah dimana
kemahiran berfikir ditekankan.
4. Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja berpasukan.
5. Mendidik pelajar agar mengurangkan pembuangan sisa pepejal dengan cara
mengitar semula bahan tersebut menjadi bahan yang baharu serta memberi
manfaat kepada dunia.
6. Memberikan pendedahan tentang kemahiran bidang STEM kepada warga
sekolah menerusi bidang sains dan teknologi

4.0 TARIKH/ MASA / TEMPAT

Tarikh :6 OGOS 2018


Tempat :Dewan Bestari, SMK Bandar Puteri Jaya
Bil Perkara Item Kuantiti JUMLAH Diperoleh
daripada
1 Makanan 15 orang 15 x RM 7 RM 105 LPBT

2 Air Mineral 1 kotak 1 x RM 13 RM 13 LPBT

Jumlah Perbelanjaan RM 118

5.0 SASARAN PESERTA


Murid dari tingkatan 4,3, 2 dan 1

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Sumbangan diperolehi daripada:

Peruntukan PCG (Matematik, Sains, RBT) = -


Peruntukan Prestasi PIBG = -
Wang Suwa = -

Jumlah Keseluruhan = RM118


Anggaran Perbelanjaan :

7.0 TENTATIF PROJEK


BIL AKTIVITI TARIKH MASA TINDAKAN
1 Pameran Jabatan Kimia 6 Ogos 2018 8.00pagi - Pn Nurita Thammili
3.00ptg Jabatan Kimia
Dewan
Bestari
2 Pameran Jabatan 6 Ogos 2018 8.00pagi - Pn Nurita Thammili
Meteorologi 3.00ptg
Dewan Jabatan Meteorologi
Bestari

8.0 JAWATANKUASA JERAYAWARA STEM

1 Penasihat : Tn. Hj. Osman bin Omar (Pengetua)

2 Naib Pengerusi I : En. Ismail bin Ahmad (Pen. Kanan Pentadbian)


2 Naib Pengerusi II : En. Anis Hilmi bin Ahmad Badri (PK Kokurikulum)

3 Penyelaras : Pn. Che Kamaliah bt Abdul Talib (GKM Sains & Matematik)
STEM

4 Setiausaha : Pn. Farah Hayana Binti Idris (Guru Cemerlang / SU Projek


Projek Inovasi/ JUK PISA)

5 Penolong Ketua : Pn. Nurain bt Abd Jalal (Penolong SU Projek Inovasi


Projek dan JU Teknologi Hijau)

6 Bendahari : Pn Nor Hafizah bt Samah (Penyelaras Kelab dan


Persatuan)

7 Urusetia : Pn. Nor Azyani bt Che Adenan Kumpulan Inovatif dan Kreatif
Sekolah
Pn Suriana Bt Mohd Nor
Pn. Khairina bt Khalid
Pn Habibah Bt Mokhtar
Pn. Fazimi bt Ahmad Fauzi
8 Jemputan : Pn. Mariaton binti Abdul Rahim Jabatan Kimia dan Kaji
Cuaca
Pn. Nurita bt Thamili

9 Brosur : Pn. Normal Iza bt Osman Ariff


Pn. Erni Sunarti bt Zulkifli

10 Banner : En. Rosli bin Saad

11 Dokumentasi : Puan Habshah bt Ghazali


Puan Zainab bt Zainuddin

12 Hebahan di fb : Puan Erni Sunarti binti Zulkifli Kelab Teknologi Maklumat


dan kelas/ Dan Komunikasi
perhimpunan &
Poster

13 Fotografi dan : Guru yang incas setiap aktiviti


Video bertanggungjawab untuk sesi
fotografi

14 Hadiah pelajar & Puan Fadzillah bt Abdullah


penyampaian
Puan Arianti bt Malek
hadiah
Tamil Chelvi a/p Kamala Karen
Puan Heizon bt Hussain
Puan Norizah binti Haji Man

15 Siaraya : En. Rosli bin Md Akhir

16 Sijil Penyertaan : Pn. Siti Rashadah bt Hj Chik


(STEM) Pn. Yasnida bt Yahya

17 Disiplin : Puan Harison bt Abd Hamid


Semua guru yang terlibat
9.0 PELAN KONTIGENSI

JERAYAWARA STEM ini mensasarkan pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 bagi


menengah rendah serta tingkatan 4 bagi menengah atas. Para pelajar ini perlu
diberi pendedahan STEM supaya mereka minat untuk mendalami bidang STEM.
Namun begitu terdapat beberapa limitasi dalam melancarkan projek ini seperti :-
 Masa penghasilan yang terhad dan perlukan pemantauan sepenuhnya oleh
guru supaya tidak mencacatkan program.
 Bantuan pembiayaan untuk perbelanjaan yang terhad bagi idea pelajar
yang banyak. Tidak dapat melibatkan semua pelajar kerana kekangan
masa dan peruntukan kewangan.

10.0 KESIMPULAN

JERAYAWARA STEM ini diharap dapat memenuhi keperluan sekolah bagi mencapai
sasaran dalam melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif disamping
mengamalkan BIDANG STEM dan teknologi hijau dalam kehidupan seharian.
Lapangan yang disediakan semoga dapat menyerlahkan lagi bakat pelajar seterusnya
menaikkan nama sekolah. Waris juga dapat memantau kemampuan anak-anak mereka
melalui saluran yang disediakan. Justeru itu, semoga ini menjadi pencetus idea bagi
projek-projek lain dimasa akan datang. Adalah diharap agar perancangan yang telah
disusun akan berjalan dengan lancar di samping mendapat kerjasama dan perhatian
semua pihak.

Disediakan oleh,

.......................................................
(PN. NURITA BINTI THAMMILI)
Guru Sains
SMK Bandar Puteri Jaya

Disemak Oleh Diluluskan Oleh,

............................................... ...............................................
(PN CHE KAMALIAH BT ABD TALIB) (OSMAN BIN OMAR)
Penyelaras STEM & GKM Sains & Matematik Pengetua,
SMK Bandar Puteri Jaya SMK Bandar Puteri Jaya

Anda mungkin juga menyukai