Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR

08110 BEDONG KEDAH

KERTAS KERJA

KARNIVAL STEM PERINGKAT SEKOLAH 2021

TARIKH
27 JUN 2021 HINGGA 31 JULAI 2021

ANJURAN
PERSATUAN STEM
SK SINGKIR
KERTAS KERJA KARNIVAL STEM SK SINGKIR 2021

1. PENDAHULUAN

Karnival STEM merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan minat murid
terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Karnival ini dijalan
secara atas talian. Penghantaran gambar dan video adalah secara atas talian
menggunakan google form yang disediakan. Pertandingan ini dijalankan selama 6
minggu dari 27 Jun 2021 hingga 31 Julai 2021. Pertandingan yang dijalankan ialah
Pertandingan Fotografi, Pertandingan Bridge Building, Pertandingan Poster Digital dan
Peta I-Think Sains. Pertandingan ini merupakan platform kepada murid-murid dalam
mengetengahkan inovasi, penemuan dan reka bentuk mengikut tema yang ditetapkan.
Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda
dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian
masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan,
komunikasi, dan literasi digital.

2. OBJEKTIF

2.1 Mencungkil dan memupuk bakat murid-murid di dalam bidang penyelidikan


dan
pembangunan inovasi sains dan kejuruteraan dan Matematik (STEM).

2.2 Untuk meningkatkan kemahiran praktikal murid dan mendorong kreativiti


dalam menghasilkan projek inovasi.

2.3 Sebagai platform kepada murid untuk mengemukakan idea kreatif dan
membangunkan
projek inovasi untuk penemuan atau penambahbaikan sesuatu projek.

2.4 Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik mengikut


kaedah
dan prosedur yang betul.

2.5 Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang Sains,


Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

2.6 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses


pembangunan projek.

2
KERTAS KERJA KARNIVAL STEM SK SINGKIR 2021

3. SASARAN

Semua murid Tahun 4 hingga 6 SK Singkir

4 .TARIKH
27 Jun 2021 hingga 31 Julai 2021

5.TEMPAT
Kediaman masing-masing.

6. ANJURAN
Persatuan STEM SK Singkir

7.AJK PELAKSANA
(Lampiran 1)

8. KERTAS KONSEP PERTANDINGAN


(Lampiran 2)

9.KOS PERBELANJAAN

Harga seunit
Bil Perkara Bilangan Jumlah (RM)

Hadiah Tempat Pertama


1 RM 30 4 RM 120.00
(Hamper Alat Tulis)
2 Hadiah Tempat Kedua RM 25 4 RM 100.00
3 Hadiah Tempat Ketiga RM 20 4 RM 80.00
4 Hadiah Tempat Keempat RM 15 4 RM 60.00
5 Hadiah Tempat Kelima RM 10 4 RM 40.00
6 Saguhati RM 5 10 RM 50.00
7 Sijil Digital - - -

JUMLAH
RM 450.00

3
KERTAS KERJA KARNIVAL STEM SK SINGKIR 2021

10. SUMBER

1. Duit Kokurikulum (BKKK)

11. PENUTUP

Keberhasilan yang dicapai melalui program ini adalah seorang orang pelajar lebih
mudah untuk memahami konsep sains dan matematik dan seterusnya dapat menanam
minat murid terhadap subjek STEM. Selain itu, murid juga lebih yakin dalam
menghasilkan idea yang kreatif dan mahir dalam kemahiran merekacipta.

Sekian.

Disediakan oleh,

.....................................
(NOOR’AIN BT SALAM)
Setiausaha
Karnival STEM SK SINGKIR

Disemak oleh,

......................................................
(KHAIRULNIZAM B. ABD. AZIZ)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SK Singkir

Disahkan oleh,

...................................
(ROSIDA BT RASHID)
Guru besar,
4
KERTAS KERJA KARNIVAL STEM SK SINGKIR 2021

SK Singkir

Lampiran 1

AJK PELAKSANA
KARNIVAL STEM PERINGKAT SEKOLAH
SK SINGKIR 2021

PENGERUSI
ROSIDA BT RASHID

NAIB PENGERUSI 1
KHAIRULNIZAM B. ABD. AZIZ

NAIB PENGERUSI 2
RUHAIZA BT ISMAIL

NAIB PENGERUSI 3
NUR HAFIZAH BT AJLAN

PENYELARAS
MUHAMMAD YUSOF FARHAN B. AHMAD HILMEE

SETIAUSAHA
NOOR’AIN BT SALAM

AJK PELAKSANA

HAKIM PERTANDINGAN FOTOGRAFI


1. SOFIAN BIN SHUIB
5
KERTAS KERJA KARNIVAL STEM SK SINGKIR 2021

2. NURKHAIRI B. MOHD. SHUKRI


3. SHARMILA BT. ABD. RAHIM

HAKIM BRIDGE BUILDING COMPETITION


1. MUHAMMAD YUSOF FARHAN B. AHMAD HILME
2. BADRUL HISYAM B. AHMAD
3. MOHD FAISAL B. MAHAMUD

HAKIM POSTER DIGITAL


1. ANIZA BT ISHAK
2. MAZIRA BT. ISMAIL
3. ZIMMAH BT. NASIR
4. ZAINAB BT. SALLEH@ISMAIL

HAKIM PETA I-THINK


1. NOOR’AIN BT SALAM
2. JALILIYAH BT. KADIR

HADIAH
1. NOR HAJJAH BT HASSAN
2. RUJIAH BT IDRIS

E-SIJIL
1. NURUL AKMAL BT. MOHD YUSOFF

6
KERTAS KERJA KARNIVAL STEM SK SINGKIR 2021

Lampiran 2

KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM


PERINGKAT SEKOLAH
SK SINGKIR 2021

PERTANDINGAN FOTOGRAFI

1.0 TEMA : KEHIDUPAN DAN ALAM SEMULAJADI


Alam semulajadi meliputi matahari, air, udara, bumi dan kitaran
fizikal yang menyokong kehidupan (seperti kitar oksigen,
nitrogen, karbon dan air) serta sistem biologi dan ekologi (Benda
hidup yang saling berinteraksi).

2.1 SYARAT UMUM PERTANDINGAN

2.2 Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.


2.3 Peserta perlu mengetengahkan unsur kehidupan dan hubungannya
dengan alam semula jadi dalam gambar yang diambil.
2.4 Gambar yang dihantar perlulah asli, terkini, hasil karya peserta dan
tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan.
2.5 Suntingan atau ubahsuai minima terhadap foto menggunakan sebarang
perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik
cantuman gambar (‘collage technique’), ‘super impose’, ‘trick
photographs’, dan gambar yang dimanipulasikan adalah TIDAK
dibenarkan.
2.6 Pihak sekolah berhak untuk menolak penyertaan sekiranya didapati
hasil karya adalah tidak asli atau diambil dari mana-mana sumber.
2.7 Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital (DSLR)
atau kamera telefon bimbit.
2.8 Pihakmsekolah tidak bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan
berkaitan dengan subjek di dalam gambar.

7
KERTAS KERJA KARNIVAL STEM SK SINGKIR 2021

2.9 Karya fotografi mestilah disertakan dengan penerangan ringkas


berhubung dengan tujuan, teknik dan mesej sains dalam gambar
berkenaan dan dihantar melalui ‘google form’ yang disediakan oleh
pihak sekolah.
2.10 Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama
yang tertera pada sijil berdasarkan butiran dalam borang pendaftaran
dalam talian.
2.11 Keputusan hakim pertandingan adalah muktamad.

PERTANDINGAN BRIDGE BUILDING

KAEDAH PERTANDINGAN

1.0 Penilaian Pertandingan :

a) Rekabentuk Jambatan – 40%


• Persembahan Projek ( Appearance Of Project),
• Kerja Kumpulan ( Teamwork)
• Soal Jawab Lisan ( Oral Q & A)
• Bahan ( Materials)

b) Ujian Daya Ketahanan Jambatan – 60%

2.0 Penilaian Rekabentuk Jambatan

a. Video pembinaan jambatan bermula dengan paparan bahan dan peralatan yang
digunakan, proses pembinaan sehingga siap dibina ditunjukkan dalam video
time-lapse berdurasi 3-5 minit dan dihantar menggunakan pautan yang
disediakan oleh pihak sekolah. Jambatan yang dibina hendaklah mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan.

b. Ujian Daya Ketahanan Jambatan

8
KERTAS KERJA KARNIVAL STEM SK SINGKIR 2021

Menguji ketahanan jambatan menggunakan botol berisi air minuman


(drinking water) 1.5 liter sebagai pemberat dan dipertontonkan dihadapan juri
secara dalam talian semasa sesi soal jawab. Ujian ditunjukkan sehingga
jambatan mengalami kerosakan pada binaan. Tambahan pemberat (botol berisi
air minuman (drinking water) 1.5 liter ) perlu ditambah selepas sepuluh (10) saat
sehingga jambatan mengalami kerosakan. Alatan dan cara menguji hendaklah
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

3.0 KRITERIA PENILAIAN

Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria berikut (fokus penilaian : rujuk rubrik
yang disediakan):

5.1 Rekabentuk Jambatan – 40 markah


• Persembahan Projek ( Appearance Of Project) – 10 markah
• Kerja Kumpulan ( Teamwork) – 10 markah
• Soal Jawab Lisan ( Oral Q & A) – 10 markah
• Bahan ( Materials) – 10 markah

5.2 Ujian Daya Ketahanan Jambatan – 60 markah

4.0 PROSEDUR PENYERTAAN

Proses pendaftaran mesti mengikut prosedur berikut:

7.1 Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.

7.2 Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi
dengan lengkap dan betul.

7.3 Pautan projek (video) mesti hantar melalui google form yang disediakan
oleh pihak sekolah.

9
KERTAS KERJA KARNIVAL STEM SK SINGKIR 2021

PERTANDINGAN POSTER DIGITAL

1.0 Penghasilan poster berdasarkan tema;

1. Stay Healthy Stay Happy / Kekal Sihat, Kekal Bahagia


2. Caring fo the Environment / Sayangi Alam Sekitar
3. Go Green Save the Planet / Amalan Hijau Selamatkan Bumi
4. Say No to Plastics / Katakan Tidak Kepada Plastik
5. Endangered Speces: Don’t Let Them Disappear / Spesies Terancam: Jangan Biarkan
Mereka Pupus

2.1 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1.Terbuka kepada murid-murid tahun 4 hingga 6 sahaja.


2. Poster dibuat menggunakan perisian yang sesuai, bersaiz A4, berorientasi landscape
atau potret dan perlu disimpan dalam pilihan format JPEG / PNG / PDF.
3. Poster mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diciplak dari internet atau lain-
lain sumber.
4. Semua hasil penyertaan adalah menjadi hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).
5. Fokus STEM: Sains

3.0 KRITERIA PENILAIAN

1. Keaslian
10
KERTAS KERJA KARNIVAL STEM SK SINGKIR 2021

2. Kreativiti
3. Ketepatan tema
4. Kekemasan

PERTANDINGAN PETA I-THINK

1.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4 hingga 6 sahaja.


2. Fokus pertandingan adalah memastikan kefahaman murid tentang sesuatu konsep
sains dan melalui penghasilan Peta Pemikiran I-Think secara digital.
3. Membina Peta Pemikiran I-Think Konsep Sains berdasarkan topik-topik sains yang
terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
4. Penghasilan Peta Pemikiran I-Think boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris.
5. Penghasilan Peta Pemikiran I-Think boleh dibina secara bebas dalam satu mukasurat
bersaiz A4 menggunakan mana-mana perisian yang sesuai dan disimpan dalam pilihan
format JPEG / PNG / PDF.
6. Peta Pemikiran I-Think mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diplagiat
daripada internet atau sumber-sumber lain.
7. Semua hasil penyertaan adalah menjadi hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).

2.0 KRITERIA PENILAIAN

1. Kandungan isi dan fakta - 40 markah


2. Keaslian - 20 markah
3. Penggunaan peta minda dan grafik - 20 markah
4. Susun atur dan ejaan - 10 markah
11
KERTAS KERJA KARNIVAL STEM SK SINGKIR 2021

5. Kreativiti - 10 markah

PENERANGAN PETA I-THINK

Peta I-think MESTILAH dibuat menggunakan aplikasi samada Paint A, Ms Word, Ms


Powerpoint, Canva dan sebagainya. Aplikasi ini boleh didapati menerusi Portal Delima.

12

Anda mungkin juga menyukai